Anda di halaman 1dari 2

Kata-Kata Hikmah

Orang yang paling berkuasa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri. Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun. Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah & hadapilah. Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan. Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup. Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri. Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

Kata-Kata Hikmah
Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Seseorang menganggap ujian sebagai batu penghalang, sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan. Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul. Gagal selepas usaha adalah hikmah, anda akan mendapat sesuatu yang lebih besar daripada apa yang anda sangkakan. Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.

Anda mungkin juga menyukai