Anda di halaman 1dari 32

PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PUSAT PRASEKOLAH. Pengenalan.

Kualiti pendidikan prasekolah adalah bergantung kepada bagaimana pengurusan prasekolah itu dirancang secara keseluruhannya.Di Malaysia pendidikan prasekolah adalah tertakluk kepada akta 550 (akta Pendidikan 1996) dibawah sistem pendidikan kebangsaan.Dalam akta ini juga Menteri diberi kuasa dalam menubuhkan dan menyenggarakan prasekolah.Prasekolah merupakan satu program di luar sistem pendidikan formal yang tidak dicapai oleh pendidikan statutory. Namun demikian pendidikan prasekolah di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya sehingga pada tahun 1995 terdapat 10,350 pusat prasekolah di seluruh negara dengan enrolmen kanak-kanak berjumlah 447,420 orang. Kesedaran masyarakat terhadap perlunya pendidikan di peringkat awal ini menjadi titik tolak kepada perkembangan penubuhan pusat-pusat prasekolah yang menjadi seperti cendawan tumbuh sekarang. Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah :-

Menentukan matlamat dan objektif Kewangan Tinjauan kebolehbinaan

Organisasi pengurusan

Kriteria penubuhan prasekolah

Infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang, dan persekitaran

Peraturan dan undang-undang Peralatan dan sumber

Bangunan

MENENTUKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF. Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persipan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah.pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan berikut :Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi Warganegara yang patriotik. Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi. Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil. Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukkannya sebagai bahasa kedua. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. Walau bagaimanapun prasekolah juga merupakan tempat kanak-kanak mula belajar membiasakan diri dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Dimana mereka berpeluang berinteraksi bersama rakan, meningkatkan kemahiran-kemahiran perkembangan menyeluruh mereka di samping meningkatkan keupayaan berkomunikasi.

Tinjauan Kebolehbinaan. ( Feasibility Study ) Semasa merancang penubuhan sesebuah pusat prasekolah tinjauan kebolehbinaan perlu dilakukan yang mengambil kira perkara-perkara seperti berikut : Kesesuaian tapak dan lokasi prasekolah. Kumpulan Sasaran atau pelanggan. Sumber kewangan Prasarana atau Infrastruktur Kurikulum atau perancangan Sumber manusia Peraturan dan perundangan Peralatan dan perabut. Aspek di atas perlu mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Akta 267 ( Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1982. Infrastruktur Kawasan, Lokasi, Keluasan, Ruang Dan Persekitaran. Dalam merancang menubuhkan sesebuah prasekolah, tempat dan lokasi serta keluasan sesuatu kawasan untuk dijadikan prasekolah perlulah difikirkan.Mengikut Akta 267 (Perancangan ) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19 , sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik.Setiap bangunan prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan. Bangunan. Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah ialah : Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi dan kawasan sekelilingnya tidak lebih daripada 30%. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai denga kawasan yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.

Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk penggunaan prasekolah. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna. Bangunan-bangunan yang di bina khas untuk dijadikan pusat prasekolah. Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan atau rumah dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan dari tingkat atas.Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan dan keselesaan kanak-kanak secara menyeluruhnya. Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai,faktor perekitaran juga penting seperti prasekolah mestilah selamat,udara bersih,jauh dari pusat hiburan,tiada pencemaran bunyi,ada kebenaran bertulis dari jiran dan kadar tabika iaitu 1 tabika bersamaan dengan 300 buah rumah. Kewangan Kewangan adalah satu bahan menghantar dan ditukar ketika membeli sumber-sumber atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membangunkan pusat pendidikan awal kanak-kanak.Untuk menukarkan idea menjadi tindakan yang akhir terbina pusat pendidikan awal kanak-kanak, beberapa jenis sumber perlu digabungkan dengan betul.Sumber adalah pasif sehingga idea manusia dan tenaga manusia menggerakkannya dan digunakan untuk mencapai matlamat mereka.Pengendalian pusat prasekolah memerlukan pengagihan kewangan yang bijaksana.Kealpaan dalam pengagihan dan menguruskan kewangan yang ada akan mendatangkan masalah dan menjejaskan pelaksanaan pembelajaran di pusat prasekolah ini.Oleh itu pengurusan kewangan yang baik dan teratur hendaklah dirancang dan sentiasa dikemas kini antaranya ialah : Peruntukan Makanan Peruntukan Perkapita Perancangan Tahunan Perbelanjaan Peruntukan Wang Makanan Penyata Kewangan Bulanan.

Empat kategori sumber yang diperlukan untuk membina sebuah pusat pendidikan kanakkanak,berdasarkan formula MESH M (material) - Untuk bahan yang digunakan di pusat tersebut. E (equipment) - Untuk peralatan termasuklah alat mainan,dapur,pejabat,pengangkutan dan hiasan S (space) - Untuk tempat (ruang) termasuklah bangunan,taman permainan dan susunan hiasan.Termasuk juga insuran. H (human) Untuk tenaga manusia termasuklah pengetahuan,kemahiran dan kebolehan semua untuk membentuk dan menyampaikan perkhidmatan.

Organisasi Pengurusan. Pengelolaan prasekolah ialah salah satu daripada enam peranan penting pengurusan sekolah selain daripada perancangan, penyelarasan, perhubungan, penyeliaan dan penilaian. Pengelolaan adalah pengaturan, penyusunan dan pelaksanaan perancangan yang dibuat dan melibatkan pengembelengan semua elemen yang ada di sesebuah pusat prasekolah yang terdiri daripada manusia ( guru, pelajar dan staf sokongan ), material ( bangunan, kewangan, peralatan dan kawasan ). Menurut Hoy dan Miskel (Hoy dan Miskel,2001:288) pengelolaan sekolah yang berkesan adalah aspek paling asas dalam pengurusan sekolah.Aspek-aspek yang akan dikelolakan ialah akauntabiliti,pencaipaian akademik,piawaian hasil kerja,skor ujian,aktiviti pembelajaran dan pengajaran,kadar keciciran pelajaran,kepuasan bekerja dan budaya pembelajaran produktif.Aspek ini sentiasa berubah mengikut keperluan semasa dan situasi kerana setiap sekolah mencapai keberkesanan dalam pengurusan sekolah dengan kadar yang berbeza.Lantaran itu satu model organisasi berasaskan garis panduan perlu diwujudkan bagi mengukur dan menandai aras keberkesanan pengelolaan sekolah serta cara-cara untuk mempertingkatkan keberkesanan tersebut. Kemudahan asas kemudahan asas juga penting dalam penubuhan prasekolah seperti ruang pembelajaran,dapur,ruang makan,bilik air,tandas,bilik sakit dan padang permainan. 5

Peraturan Dan Undang-Undang. Pusat pendidikan awal kanak-kanak ditubuhkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua pusat pendidikan awal kanak-kanak mesti akur dengan segala pekeliling yang dikeluarkan dari masa ke semasa untuk menjamin kepatuhan dan kebekesanan perjalanan pendidikan prasekolah. Pusat pendidikan awal kanak-kanak mestilah mematuhi perkara-perkara berikut :Pemilihan Kanak-Kanak . I. Kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun layak untuk belajar di usat pendidikan awal kanak-kanak. II. Keutamaan pemilihan hendaklah diberikan kepada ibu bapa atau penjaganya yang berpendapatan sebanyak RM400.00 ke bawah dan diikuti dengan pendapatan di antara RM401.00 hingga RM800.00 jika masih ada tempat.Kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan sebanyak RM1000.00 ke atas boleh juga diterima atas alasan tanggungjawab. (mempunyai anak yang ramai) III. Pemilihan kanak-kanak untuk ditempatkan di pusat pendidikan awal kanak-kanak ditentukan oleh jawatankuasa yang dianggotai oleh Guru Besar atau Pengawai Perpaduan, Penolong Kanan atau Penolong Pegawai Perpaduan dan Guru Prasekolah. IV. Bilangan kanak-kanak di pusat pendidikan awal kanak-kanak antara 1525 orang.

Semasa di Prasekolah. I. II. Waktu belajar tidak melebihi 4 jam. Pakaian seragam tidak ditetapkan terpulang kepada prasekolah masingmasing. III. Makanan hendaklah disediakan di prasekolah atas kadar RM 1.80 sehari setiap murid. IV. Bantuan perkapita akan diberikan pada kadar RM100.00 bagi setiap kanak-kanak. V. Tiada dikenakan yuran sekolah tetapi pihak prasekolah boleh menetapkannya.

VI.

Pembantu guru prasekolah akan ditempatkan disetiap pusat pendidikan awal kanak-kanak.

VII.

Kelas pendidikan awal kanak-kanak hendaklah dikendalikan oleh guru opsyen prasekolah.

Kemudahan Di Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak. I. Kemudahan yang disediakan termasuk alat permainan di luar bilik darjah dan digunakan dengan baik.Alat permainan luar yang telah rosak hendaklah dibaiki dengan segera. II. Kawasan dan alat permainan diluar bilik darjah perlulah sentiasa bersih dan selamat digunakan. III. IV. V. Keselamatan murid hendaklah diberikan perhatiaan yang serius. Menyusun atur bilik darjah seperti yang dikehendaki. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan penjaga sebelum bermulanya sesi persekolahan. Peralatan dan Sumber. Alat-alat dan bahan-bahan adalah penting dalam sesebuah program pendidikan prasekolah kerana ia memberikan arah untuk pengajaran dan pembelajaran.Alat-alat pembelajaran boleh membantu mengembangkan perkembangan kanak-kanak samada dalam aspek fizikal, mental, sosial, emosi ataupun kehormonian. Peralatan boleh meliputi perabot-perabot seperti kerusi , meja , almari dan rak buku serta bahan-bahan yang digunakan dalam pembelajaran seperti pensil , buku , pembaris, gam dan juga menjadi bahan bantuan mengajar yang digunakan oleh guru. Sebagai penganjur sebuah tadika seseorang itu perlu mempunyai kamahiran memilih peralatan dan bahan-bahan untuk digunakan di tadika.Bahan-bahan yang dianggap berkualiti dianggap menarik,sedap disentuh atau dipegang serta teguh.Bahan-bahan perlu juga memenuhi keperluan dan minat kanak-kanak.Keselamatan alat-alat tersebut perlu difikirkan kerana kanakkanak berinteraksi dengan alat-alat sebagaimana juga mereka berinteraksi dengan guru-guru dan rakan sebaya.Oleh itu,bahan-bahan pembelajaran perlu juga selamat digunakan , iaitu ia tidak bertoksid, bersih dan memiliki tarikan deria seperti warna, tekstur dan bau yang menarik.

SUASANA FIZIKAL DALAM PROSES P&P Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Pengurusan bilik darjah yang menyeluruh melibatkan pengurusan fizikal, peralatan dan sumber, pengurusan murid (pelanggan), pengurusan organisasi, pengurusan masa dan pengurusan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian. Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri,wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea, pembimbing, fasilitator bagi melahirkan

suasana pembelajaran yang mengcakupi semua bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin, kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan. Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang wujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturan-peraturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid- murid.

PELAN LANTAI PRASEKOLAH DAN JUSTIFIKASINYA


TANDAS PEREMPUAN TANDAS LELAKI
PINTU

DAPUR
PINTU KE DAPUR TEMPAT MENGAMBIL MAKANAN

TANDAS TANDAS

PINTU
PAPAN PUTIH MEJA GURU

PUSAT SAINS & TEKNOLOGI

TEMPAT PERBUALAN PAGI DAN AKTIVITI BERCERITA/NYAYIAN

PUSAT KEROHAN IAN DAN MORAL

MEJA MURID PUSAT KOGNITIF

PINTU

MEJA MURID
RAK BUKU LATIHAN KANAKKANAK

MEJA MURID

PUSAT KRETIVITI & ESTETIKA

PUSAT MANIPULATIF

PINTU UTAMA

PUSAT BAHASA & KOMUNIKASI

PELAN LANTAI PRASEKOLAH

10

Justifikasi Pelan Lantai Prasekolah Pengurusan bilik darjah pra-sekolah perlu mempunyai ruang circle-time iaitu aktiviti wajib setiap pagi dimana murid-murid akan berkumpul bersama guru dan menjalankan sesi perbualan. Diruangan ini, sesi pengajaran dan pembelajaran dilakukan sebelum tugasan diberikan kepada murid-murid. Dalam bilik darjah pra-sekolah, ruangan ini lah yang paling banyak digunakan.

Mempunyai sudut-sudut untuk mengembangkan potensi kanak-kanak usia 5 hingga 6 tahun dari segi perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan sosio-emosi dan perkembangan bahasa. Pengajaran dan pembelajaran banyak tertumpu kepada murid dan pembelajaran murid adalah melalui permainan, Learn through play Sudut-sudut untuk perkembangan murid adalah sut binaan atau sudut bongkah, sudut lukisan, sudut bacaan, sudut main peranan atau role play dan lain-lain sudut yang difikirkan sesuai oleh guru bergantung kepasa saiz bilik darjah dan kepadatan murid seperti sudut bercerita, sudut permainan boneka, sudut matematik, sudut sains, sudut keluarga dan sebagainya.

Meja murid dalam bilik darjah pra-sekolah disusun secara berkelompok dan bukan bentuk barisan. Ini adalah kerana murid pra-sekolah banyak melakukan aktiviti berkumpulan dalam pengajaran dan pembelajaran. Dengan susunan meja begini akan memudahkan mereka berinteraksi dan berbincang sesama sendiri. Meja dan kerusi pula adalah bersesuaian dengan umur murid di antara 5 hingga 6 tahun. Terdapat juga sudut bacaan atau Book and Reading Centre dalam bilik darjah pra-sekolah. Ruang pembacaan ini diletakkan di tepi bilik darjah dan berdekatan dengan tingkap bagi memudahkan murid-murid mendapat pencahayaan ketika membaca.

11

PERLAKSANAAN AKTIVITI DAN PROSES P&P DI PRASEKOLAH


Perlaksanaan Aktiviti secara berkumpulan

Aktiviti membuat kolaj

Aktiviti mewarna Aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah juga amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat prasekolah 12

yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah

melalui teknik belajar dalam bermain. Aktiviti belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu proses yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak. Sebagai guru prasekolah,aktiviti berkumpulan juga boleh merangka pelbagai aktiviti untuk membangkitkan minat kanak- kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai- bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu sebagai seorang guru yang mengendalikan kelas. perlulah fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, sebagai guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai. Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh. Misalnya, apabila berada dalam kumpulan, aktiviti bercerita dijalankan dan sesuatu cerita itu dibacakan atau disampaikan secara lisan oleh guru. Dengan cara itu, guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak- kanak melibatkan diri secara aktif semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyi- bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak akan merasa seronok dan tidak mudah bosan. Selain itu pula, aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan juga boleh dijalankan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat membuat pengamatan bekerjasama, berinteraksi dan berkongsi ideal bersama-sama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan mengikut pemahaman dan imaginasi mereka sendiri dan melakukannya mengikut kreativiti dan kemampuan mereka.

Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.

PERATURAN KESELAMATAN
Ia melibatkan perkara-perkara seperti pertolongan cemas dan langkah-langkah bagi mengelakkan kemalangan.Selain itu pendedahan maklumat tentang agensi-agensi yang boleh menyumbang memantapkan keselamatan dan kesihatan kanak-kanak akan dapat membantu

13

guru-guru prasekolah untuk memahami bahawa pendidikan awak kanak-kanak adalah merupakan satu proses pendidikan yang didokongi oleh semua pihak.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan sepeti kemalangan , kematian atau kecederaan Tanpa perlindungan keselamatan ,individu akan berasa takut,bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada individu supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman,kedaimaian,perlindungan,bebas dari rasa resah,bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia. Penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana : 1. Dapat menjalankan aktiviti dengan bebas dan rasa selesa 2. Membantu menyuburkan nilai mengutamakan keselamatan. 3. Mengelakkan daripada kemalangan yang tidak diduga. 4. Mengelakkan daripada serangan penyakit. 5. Mengelakkan daripada kematian. Punca kemalangan 1. Penyelenggaraan alat yang kurang kemas 2. Sikap cuai dan buruk sangka 3. Tidak menimbulkan kesedaran mendalam 4. Tidak dijadikan amalan rutin di kelas 5. Pengurusan bilik darjah yang longgar. Langkah-langkah keselamatan prasekolah 1. Susunatur ruang pembelajan dalam bilik darjah Pembahagian ruang mestilah seimbang.susun atur perabot hendaklah memudahkan pergerakan murid supaya traffic flow dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan murid. 14

Pastikan peralatan yang membahayakan seperti gunting disimpan di tempat yang selamat. Pastikan peralatan elektrik ditutup selepas digunakan. Pastikan jeriji besi sentiasa ditutup.

Pastikan lantai sentiasa kering Pastikan peti pertolongan cemas sentiasa lengkap Pastikan ada alat pemadam api dalam keadaanbaik. Pelan kebakaran perlu ada dan diberi latihan kepada murid.

2. Kawasan bilik penyediaan makanan Peralatan yang tajam perlu disimpan di tempat yang selamat. Peralatan elektrik sentiasa ditutup selepas digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat. Lantai dapur sentiasa kering. Tabung gas sentiasa dalam keadaan baik

3. Kawasan bilik air Lantai bilik air dalam keadaan selamat digunakan Pencuci tandas disimpan di tempat yang selamat. Pam tandas dalam keadaan baik.

4. Kawasan luar bilik darjah Ruang di luar prasekolah harus dipagar Permukaan longkang dan permukaan lain yang terbuka masti ditutup. Tapak ruang permainan luar harus ditutup dengan rubber tiles untuk keselamatan murid jika terjatuh semasa bermain. Rumput mestilah dipotong pendek. Pastikan benda-benda yang tajam dan merbahaya tiada dalam kawasan prasekolah. Pastikan peralatan permainan luar dalam keadaan selamat. Jika ada bekas bahan kimia sama ada berbentuk cacair atau serbuk pecah misalnya termos,lampu kalimantan hendaklah dibersihkan. 15

Pengurusan Rekod dan Fail Prasekolah Definasi Rekod Maklumat yang diwujud, diterima dan diselenggara sebagai bukti oleh sesebuah organisasi atau orang perseorangan bagi memenuhi kehendak undang-undang serta semasa melaksanakan transaksi rasmi. Rekod dan dokumen 1. Buku Kedatangan Guru - Semua Guru dan Penolong Guru mestilah mematuhi waktu bertuga seperti yang ditetapkan bagi tabika masing-masing.Waktu masuk dan keluar Guru dan Penolong Guru hendaklah direkod. 2. Buku Persediaan Mengajar - Buku Persediaan Mengajar dicetak oleh Jabatan dan diedarkan kepada semua kelas.Guru hendaklah merekodkan segala perancangan dan jadual pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan iaitu: a. Pada setiap hari perancangan harian b. Pada setiap minggu perancangan mingguan 3. Buku Rekod Kedatangan Kanak-Kanak - Buku rekod kedatangan kanak-kanak dicetak oleh Jabatan dan diedarkan kepada semua kelas.Guru hendaklah merekod kedatangan harian kanak-kanak pada tiaptiap hari.Rekod-rekod lain seperti penyataan bulanan,analisis kedatangan,bayaran khas,butir-butir kanak-kanak dan ibu bapa hendaklah juga dikemaskini pada setiap masa. 4. Buku Pelawat - Pegawai,Jabatan dan Agensi - Tetamu / VIP - Guru hendaklah menyediakan Buku Pelawat dan memastikan semua pelawat ke kelas merekodkan butir-butir mereka dalam buku itu.Butir-butir yang dimaksudkan adalah seperti berikut; a) Tarikh lawatan b) Waktu masuk c) Waktu keluar d) Nama/Jawatan/Agensi e) Tandatangan f) Catatan g) Tujuan lawatan h) Tindakan yang perlu di ambil oleh Guru/Penolong Guru. 5. Borang Permohonan Masuk Ke Kelas Tabika Perpaduan - Guru hendaklah sentiasa menyimpan borang dan mengedarkannya mmengikut Prosedur MS ISO 9001:2000.

16

6. Sijil Kehadiran - Sijil Kehadiran bagi Hari Graduan Tabika Perpaduan pada hujung tahun akan disediakan dan dibekalkan oleh ibu pejabat kepada semua negeri.Pejabat Perpaduan negeri hendaklah mengagihkan sijil-sijil itu kepada Daerah/Bahagian berkenaan. 7. Fail fail JPTP - Guru selaku Setiausaha Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah mentadbir fail-fail berkaitan dengan aktiviti Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan.Surat menyurat,minit mesyuarat dan dokumen lain berkaitan dengan Jawatankuasa Penyelaras Tabika Perpaduan hendaklah difailkan dan guru adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan fail-fail. 8. Pekeliling-Pekeliling Jabatan / Garis Panduan dan Surat-surat Arahan yang dikeluarkan - Pekeliling-pekeliling Jabatan yang diedarkan dari semasa ke semasa hendaklah disimpan dengan teratur untuk sebarang rujukan 9. Prosedur MS ISO 9001:2000 (Rujuk sistem fail) 10. Buku Akaun Tunai - Diselenggarakan dengan baik 11. Buku Rekod Inventori - Diselenggarakan dengan baik 12. Baucer-baucer bayaran/ resit - Diselenggarakan dengan baik 13. Buku stok Bekalan -diselenggarakan dengan baik 14. Buku kurikulum Prasekolah Kebangsaan - Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian. 15. Buku huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan - Dirujuk dan dilaksanakan mengikut kesesuaian. 16. Rekod ujian mata (penglihatan) - Disediakan dan dilaksanakan 17. Rekod Kemajuan Kanak-kanak - Diisi dengan lengkap dan dikemukakan/diserah kepada ibu bapa/penjaga 18. Profil Kanak-Kanak -Diisi dengan lengkap 19. Rekod Harta Modal -Diisi dan dikemaskinikan

17

Contoh gembar rekod di Prasekolah

Rekod persediaan mengajar

Buku rekod kedatangan tabika perpaduan

Buku pelawat

Buku rekod kedatangan guru dan pen. guru Definasi fail

Resit & baucer

Buku Pekeliling pentadbiran

Proses mengklasifikasi,menyusun,menyimpan dan menyelenggara fail-fail bagi memudahkan pengurusan apabila diperlukan. Satu folder yang diberi tajuk,nombor,didaftar dan diindekskan dimana di dalamnya suratsurat disusun dengan cermat dan teratur. Tujuan Mewujudkan sistem fail yang seragam di Kelas Prasekolah KPM Mengelakkan berlaku pertindihan dalam memberikan tajuk dan nombor fail. Memudahkan dan mempercepatkan pengesanan fail-fail Memastikan fail-fail sentiasa terkawal mengikut sistem yang telah ditetapkan.

Klasifikasi fail Fail boleh dikategorikan kepada fail urusan am (house keeping files) dan fail urusan fungsian(functional files).Fail urusan am mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan hal pentadbiran,pembangunan dan harta,kelengkapan dan bekalan,kewangan dan

18

personal.Fail urusan fungsian pula mengandungi surat dan dokumen lampiran berkaitan dengan fungsi san aktiviti asas jabatan sendiri/(ktp) Fail terbahagi kepada dua : a) Housekeeping b) Functional Fail housekeeping adalah fail untuk melaksanakan urusan pentadbiran yang perlu ada di setiap jabatan / ktp (fail utama) : PENTADBIRAN AM BANGUNAN DAN HARTA = 100 = 200

KELENGKAPAN DAN BEKALAN = 300 KEWANGAN PERSENOL = 400 = 500

Fail functioanal adalah fail yang wujud atas keperluan sesuatu ktp / jabatan dan bukan meliputi fail berkaitan di atas = 600

Contoh membuka rujukan fail

BIL

NAMA FAIL

NO RUJ. FAIL

PEMBUKAAN KELAS TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/01)

KTP/S/30/200-1
KTP/S/01/200-1 JLD.2 KTP/S/01/200-1 JLD.3

SELARASKAN MENGUNAKAN KOD KELAS / TUNTUTAN MAKANAN SEBAGAI MAKLUMAN FAIL INI ADALAH PROSIDUR ISO 9001 : 2008

MENGIKUT KELASIFIKASI FAIL

19

Semasa membuka fail baru pastikan:

KULIT FAIL

NOMBOR FAIL (ENCLOSURE NUMBER)

SEMASA MEMBUKA FAIL BARU PASTIKAN

KELASIFIKASI (JENIS KANDUNGAN DIDALAM FAIL)


TAJUK FAIL

KERTAS MINIT

Jenis-jenis kulit fail Terdapat beberapa jenis kulit fail yang digunakan oleh jabatan dan agensi kerajaan.Jenis kulit fail adalah seperti berikut : I. II. III. IV. V. VI. VII. Terbuka kulit berwarna putih (Am 435 pin.1/80) Terhad kulit fail berwarna putih (Am 435 pin.1/80) dengan cop TERHAD Sulit kulit fail berwarna hijau (Am 436) Rahsia kulit fail berwarna merah jambu berpalang Rahsia besar kulit fail berwarna kuning muda,berpalang merah (Am438) Sampul kecil kulit fail berwarna kuning (Am 435A-pin.1/82) Fail kulit keras terdapat pelbagai jenis

Contoh fail :

20

Contoh Merekod / Pengendalian surat terima dan keluar Surat masuk : Perlu direkodkan dalam buku daftar surat masuk. Dicop atau ditulis tarikh terima Dimajukan kepada ketua jabatan atau hendaklah diberi terus kepada pegawai yang bertanggungjawab. Perlu diberi akaun terima Perlu dikandungkan dalam fail serta merta untuk tindakan pegawai bertanggungjawab. Surat keluar : Perlu direkodkan dalam kertas minit fail dan buku daftar surat keluar Setiap kandungan diberi nombor lampiran dan direkodkan di atas kertas minit menggunakan pen berdakwat merah bagi surat dan dokumen lampiran yang diterima dan dakeat biru atau hitam bagi surat yang keluar. Surat yang diterima daripada pihak luar atau bukan daripada ktp itu sendiri perlu direkodkan dengan menggunakan pen merah sahaja. Memo bertarikh..daripada.dikandung. Surat yang dikeluarkan oleh ktp ke mana-mana orang / jabatan /ktp lain / pihak swasta dan lainlain perlu direkodkan dengan menggunakan pen biru atau hitam sahaja. Memo bertarikhkepadadihantar Lain-lain perkara berkaitan faillina ; Surat yang diterima perlu mempunyai cop bila surat tersebut di hantar kepada ktp / di terima ktp Meletakkan no kandungan ( ) atau kandung (terima) surat keluar dan masuk

Surat yang diterima oleh ktp dari pejabat / agensi kerajaan lain / krt / ngo / ibubapa atau manamana sahaja pihak selain ktp sendiri KTP / S /30 /200 1 (1) Dalam perkara yang sama tetapi surat dikeluarkan ktp kepada pejabat / agensi kerajaan lain / krt / ngo / ibubapa atau mana-mana pihak selain ktp sendiri. KTP / S /30 /200 1 (2) Jumlah salinan surat atau edaran dikeluarkan Surat hendaklah disediakan dalam tiga (3) salinan.Salinan asal dihantar kepada penerima,salinan kedua dikandungkan dalam fail yang berkenaan (rekod fail yang berkenaan di

21

kelas) dan salinan ketiga pula dikandungkan dalam fail timbul (float file) atau sampul kecil.Jika ada keperluan salinan tambahan perlu dinyatakan dan diedarkan sebagai dalinan kepada (s.k) Contoh : surat di hantar ke Pengarah JPNIN WPKL S.K PPD Sentul PPPD Sentul Pengerusi JPTP Prosedur Penutupan Fail : Kategori fail yang aktif 100 lampiran / 100 no kandungan / lampiran 1 inci tebal (mana-mana yang terdahulu) Ketegori fail yang tidak aktif 5 tahun tidak digunakan / rujuk Penggunaan sampul kecil contoh surat permohonan kemasukan kanak-kanak ktp Contoh nama dan nombor rujukan fail KTP sentul 100 = PENTADBIRAN BIL NAMA / PERKARA NO RUJUKAN FAIL PROSIDUR ISO / /

1 2

3 4 5 6

7 8 9 10

PENGAMBILAN KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/02) GARIS PANDUAN PENYEDIAAN MAKANAN KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05) LAPORAN AKTIVITI TABIKA PERPADUAN LAPORAN BULANAN TABIKA PERPADUAN MAKLUMBALAS KEPUASAN PELANGGAN (JPNIN/TP/05) LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN UNTUK KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05) PENGUMPULAN MAKLUMAT TABIKA PERPADUAN MESYUARAT GURU / PENOLONG GURU DAERAH SENTUL SURAT ARAHAN / PEKELILING JABATAN AKTIVITI / LAWATAN TABIKA PERPADUAN 22

KTP/S/30/100-1 KTP/S/30/100-2

KTP/S/30/100-3 KTP/S/30/100-4 KTP/S/30/100-5 KTP/S/30/100-6

/ /

KTP/S/30/100-7 KTP/S/30/100-8 KTP/S/30/100-9 KTP/S/30/100-10

11 12 13 14

INSURANS KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN LAPORAN KESIHATAN KANAK-KANAK TABIKA PERPADUAN BUKU PERKELILING (ISO) MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)

KTP/S/30/100-11 KTP/S/30/100-12 KTP/S/30/100-13 KTP/S/30/100-14

200 = BANGUNAN DAN HARTA BIL 1 2 3 4 NAMA/PERKARA PEMBUKAAN KELAS TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/01) PEMINDAHAN KELAS TABIKA PERPADUAN(JPNIN/TP/060 NAIK TARAF / PEMBAIKAN RT / TABIKA PERPADUAN (JPNIN/SK/13) NO RUJUKAN FAIL KTP/S/30/200-1 KTP/S/30/200-2 KTP/S/30/200-3 PROSIDUR ISO / / /

300 = KELENGKAPAN DAN BEKALAN BIL 1 2 3 4 5 NAMA/PERKARA PENGURUSAN ASET ALIH JABATAN (JPNIN/SK/17) PELUPUSAN,KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA ASET (JPNIN/SK/18) PENYELEGGARAAN ICT (JPNIN/SK/19) NO RUJUKAN FAIL KTP/S/30/300-1 KTP/S/30/300-2 KTP/S/30/300-3 PROSIDUR ISO / / /

400 = KEWANGAN BIL 1 2 3 4 NAMA/ PERKARA TUNTUTAN PERJALANAN GURU TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05) TUNTUTAN PERJALANAN PENOLONG GURU TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05) URUSAN PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN TELEFON TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05) GARIS PANDUAN PENGENDALIAN AKAUN 23 NO RUJUKAN FAIL KTP/S/30/400-1 KTP/S/30/400-2 KTP/S/30/400-3 KTP/S/30/400-4 PROSIDUR ISO / / / /

5 6 7 8

TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/05) PERMOHONAN PENGELUARAN WANG NOTIS PEMBAYARAN EFT PENGAGIHAN PERUNTUKAN MAKAN MINUM TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/07)

KTP/S/30/400-5 KTP/S/30/400-6 KTP/S/30/400-7

500 = PERSONAL BIL 1 NAMA/PERKARA URUSAN PENGAMBILAN,PELANTIKAN DAN PERLANJUTAN KONTRAK PERKHIDMATAN GURU (JPNIN/SK/14) URUSAN PENGAMBILAN,PELANTIKAN DAN PERLANJUTAN KONTRAK PERKHIDMATAN PENOLONG GURU (JPNIN/SK/14) PERIBADI GURU PERIBADI PENOLONG GURU NO RUJUKAN FAIL KTP/S/30/500-1 PROSIDUR ISO /

KTP/S/30/500-2

3 4

KTP/S/30/500-3 KTP/S/30/500-4

600 = FUNGSIAN / FUNCTIONAL BIL 1 2 3 4 NAMA / PERKARA PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYELARAS TABIKA PERPADUAN (JPNIN/TP/03) CUTI PERISTIWA NO RUJUKAN FAIL KTP/S/30/600-1 KTP/S/30/600-2 PROSIDUR ISO /

Penutup fail fail-fail aktif yang boleh ditutup adalah seperti yang berlaku: I. II. tebal satu inci mangandungi 100 lampiran (yang mana lebih awal)

24

Contoh Fail Aktif Yang Ditutup

Tempat menyimpan fail diubahsuai baru dengan mengambil kira akan aspek keselamatan,kecantikan dan kesesuaian dengan cara penyimpanan dan jenis kulit fail yang digunakan.Rak juga dapat menghindar dari ancaman anai-anai,bubuk-bubuk,tikus dan serangga serta terhindar daripada kelembapan.Tempat penyimpanan fail baru dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula dilaksanakan melibatkan fail-fail jabatan manakala peringkat kedua melibatkan fail Perkeliling Perkhidmatan,Pekeliling Perbendaharaan,Pekeliling Am,Pekeliling Kontrak serta surat-surat Perkeliling Am. Kulit fail dari jenis keras digunakan.Sebelum ini menggunakan kulit fail nipis Am 435 tetapi tidak berkesan kerana sukar disusun secara menegak serta nombor fail tidak dapat dilihat.Jumlah tajuk fail telah dikurangkan dari 393 kepada 137.Fail yang tidak aktif perlu dilupuskan. Format rekod perjalanan dan penyimpanan fail juga perlu digunakan.Bahagian pendaftaran fail akan merekodkan pengedaran fail dengan mencatatkan nama Pegawai atau bahagian mana fail telah diedar serta tarikh diedarkan.Pelekat warna pula boleh digunakan untuk memudahkan fail dikenali serta diletak atau dikeluarkan dirak-rak yang disediakan kerana fail-fail ini diasingkan mengikut warna bahagian masing-masing.

25

Contoh gambar rak dan peti besi menyimpan fail.

26

Refleksi
Alhamdulillah, akhirnya dapat saya menyiapkan tugasan pada kali ini iaitu tentang penubuhan dan pengurusan pusat pendidikan awal kanak kanak dan sistem fail dengan jayanya. Sepanjang proses untuk menyiapkan kerja kursus ini,saya telah berjaya mendapat pelbagai maklumat dan manfaatnya. Pada mulanya, agak sukar untuk saya memahami dan melengkapkan tugasan ini. Ini kerana saya berkhidmat di kelas prasekolah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, saya tidak pernah mengetahui tentang prosedur penubuhan prasekolah. Saya telah mendapatkan bahan dari internet, buku dan pihak pihak tertentu. Akhirnya barulah saya tahu bahawa terdapat banyak aspek dan prosedur yang perlu dilakukan dalam menubuhkan sesebuah prasekolah. Antaranya ialah kriteria yang perlu ada untuk menubuhkan pusat prasekolah ialah seperti pemiihan tapak, kemudahan prasarana, kewangan dan sebagainya. .Ini termasuklah dari segi prosedur-prosedur yang utama seperti semua prasekolah perlu didaftarkan terlebih dahulu dibawah Akta 550 (akta pendidikan 1996) mempunyai lokasi dan bangunan yang sesuai begitu juga dengan keselamatan dari segi fizikal,persekitaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) yang mana perlaksanaan aktivitinya mestilah bersesuaian dengan kanak-kanak. Walaubagaimanapun,terdapat sedikit kelemahan dalam perancangan penubuhan prasekolah ini. Sebagai contoh,dalam prosedur penubuhan prasekolah ia akan mengambil masa yang lama untuk mendapat kelulusan dari pihak Majlis Pembandaran,untuk mendapatkan lesen,untuk mendapatkan premis atau lokasi yang sesuai dan CF.Selain itu, setiap lokasi atau premis yang sesuai mestilah mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan,bomba,dan tenaga nasional untuk keselamatan pelajar.Dari segi kewangan pula tidak mencukupi kerana kerajaan hanya menyediakan peruntukan sebanyak RM 10,000 sahaja untuk penubuhan sesebuah prasekolah. Ini kerana aspek kewangan sangat penting kerana banyak urusan yang melibatkan kewangan seperti kos prasarana, kelengkapan perabot dan sebagainya. Dari segi sistem fail di prasekolah,terdapat beberapa maklumat baru yang telah saya dapati hasil dari kajian dan tinjauan saya. Contohnya sekarang saya menggunakan fail putih berkulit tebal. Ini kerana fail berkulit tebal dan keras ini mudah untuk disusun dan didirikan di rak. Tetapi mengikut sistem fail yang sistematik, hanya fail berkulit nipis yang boleh digunakan. Terdapat kelemahan dalam penggunaan fail ini seperti fail berkulit nipis ini menyukarkan penyimpanan fail kerana fail ini tidak boleh berdiri dengan kemas dan tidak teratur bila disimpan malah fail-fail ini sukar untuk dicari dan terpaksa membaca dari daftar fail. Selain itu, semua fail perlu ada nama fail dan dinomborkan serta mempunyai indeks di bahagian dalamnya. Sebelum ini, saya hanya menamakan dan menomborkan setiap fail di kelas tanpa menulis indeks di bahagian dalam. Sebenarnya indeks ini penting untuk kita mengetahui dan mencari bahan seperti surat yang ada di dalam fail. Contohnya seperti fail 27

surat menyurat, kita hanya perlu merujuk kepada nombor indeks dan akan mendapat surat yang disimpan dengan mudah dan cepat . Ini dapat menjimatkan masa dan sistematik tanpa perlu membaca setiap tajuk surat. Dari segi penyimpanan fail, saya menyusun fail di dalam rak terbuka supaya ianya nampak teratur dan kemas. Dari pada hasil kajian saya, sebenarnya fail perlu disimpan di dalam rak besi tertutup. Ini untuk menjaga fail dari rosak sama ada koyak atau dimakan oleh serangga seperti anai anai. Ini boleh menjamin keselamatan fail supaya dapat disimpan dan digunakan untuk tempoh yang lama sebelum fail ditutup. Di luar laci rak besi juga perlu dilabelkan supaya kita tahu senarai fail yang ada di dalam laci berkenaan. Setelah meneliti hasil kajian tugasan ini,saya mencadangkan penambahbaikan seperti berikut,dalam perancangan penubuhan prasekolah prosedur untuk kelulusan dicadang dapat dipercepatkan sekiranya semua syarat telah lengkap.Dari segi kewangan pula peruntukkan untuk penubuhan prasekolah dari RM 10,000 dapat di naikkan sehingga RM 50,000 memandangkan kos penyelenggaraan dan intraskuktur bagi meningkatkan prasekolah yang mempunyai persekitaran yang lebih kondusif dan pengajaran & pembelajaran yang lebih mantap.Bagi sistem fail di prasekolah pula,saya mencadangkan bagi mengelakkan kerosakan, kehilangan data dan maklumat prasekolah saya mencadangkan semua maklumat dipindahkan ke dalam sistem komputer yang tahap keselamatan lebih terjamin dan mudah dicari ini kerana kemahiran ict adalah penting dalam sesebuah organisasi malah guru prasekolah atau kakitangan yang baru turut mudah menguruskan dan menyambung tugasan guru yang telah berpindah.Keadaan ini menjadi kerja lebih mudah dan teratur. Walaubagaimanapun,kerja kursus ini banyak membantu saya memantapkan ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru dan pendidik dalam bidang dan kerjaya yang saya ceburi sekarang.Ini adalah penting untuk memastikan bakal guru yang bakal lahir pada masa hadapan adalah guru yang kritis.kretif dan inovatif.Secara tidak langsung,saya mempelajari dengan lebih mendalam mengenai prasekolah.Ini amat penting untuk persediaan bagi menempuh peperiksaan bagi akhir semester nanti. Akhir sekali saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya Cik Hoh An Nui kerana banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya.Tidak lupa juga kepada rakanrakan yang turut membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.Saya amat berharap agar tugasan yang telah saya siapkan ini akan menepati kehendak soalan yang telah diberikan. Sekian terima kasih.

28

RUJUKAN
BUKU
1) Shahizan Hassan dan Ahmad Shahabudin Che Noh,(2006).Panduan Merancang Aktiviti Prasekolah.PTS Professional Publishing Shn.Bhd 2) Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah,Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,(2004).Panduan Kurikulum Prasekolah,PTS Publication & Distributors SDN . Bhd 3) Sukatan pelajaran KDPM Pengajian Prasekolah (2002).Modul Pendidikan prasekolah.

INTERNET
1) 2) 3) 4) www.scribd.com/.../kepelbagaian-gaya-pembelajaran-dan-kemahiran-belajar www.slideshare.net www.Haslidalehb.blogspot.com.my www.scribd.com/.../gaya-pembelajaran

INDIVIDU - Puan Nor Haslinda Binti Osman, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Sentul

29

PERANCANGAN PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAKKANAK


SOALAN
1. Semasa merancang penubuhan sesebuah prasekolah apakah kriteria-kreteria utama yang perlu diberi perhatian? 2. Untuk apakah objektif dan matlamat penubuhan pusat prasekolah? 3. Bagaimanakah pelaksanaan aktiviti dan proses p& p di prasekolah? 4. Mengenai sistem fail pula,apakah tujuan sistem fail dalam penubuhan dan pengurusan prasekolah. 5. Bagaimanakah sistem pengurusan fail yang sistematik di prasekolah dapat diwujudkan.

JAWAPAN
1. Kriteria penubuhan prasekolah yang utama adalah kita perlu menentukan matlamat dan objektif sesebuah prasekolah itu ditubuhkan.Selain itu,kriteria seperti tinjauan kebolehbinaan,infrastruktur kawasan,lokasi,keluasan,bangunan,peralatan dan sumber amat penting.Tidak ketinggalan kriteria peraturan dan undang-undang,organisasi pengurusan serta kewangan harus di ambil berat bagi membina prasekolah yang bermutu tinggi. 2. Matlamat penubuhan pusat prasekolah secara umumnya adalah untuk memberi peluang yang sama kepada semua kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan pada umur seawal 4 tahun. Objektif dan matlamat pendidikan prasekolah menggambarkan harapan dan jangkaan yang perlu dicapai oleh kanak-kanak prasekolah. Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persipan untuk masuk ke tahun satu di sekolah rendah.pendidikan prasekolah membolehkan kanak-kanak mencapai tujuan seperti mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif yang menjadi Warganegara yang patriotik,Menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran bahasa untuk berkomunikasi. Menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan bahasa Tamil. Menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukkannya sebagai bahasa kedua. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian. 30

Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik. Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya. 3. Aktiviti dan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah juga amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanakkanak secara menyeluruh. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Aktiviti belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu proses yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak.Sebagai guru prasekolah,aktiviti berkumpulan juga boleh merangka pelbagai aktiviti untuk

membangkitkan minat kanak- kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai- bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu sebagai seorang guru yang mengendalikan kelas. perlulah fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, sebagai guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja

berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai. Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh.Misalnya, apabila berada dalam kumpulan, aktiviti bercerita dijalankan dan sesuatu cerita itu dibacakan atau disampaikan secara lisan oleh guru. Dengan cara itu, guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak- kanak melibatkan diri secara aktif semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyi- bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dengan cara ini kanak-kanak akan merasa seronok dan tidak mudah bosan.Selain itu pula, aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan juga boleh dijalankan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat membuat pengamatan bekerjasama, berinteraksi dan berkongsi ideal bersama-sama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan 31

yang diberikan mengikut pemahaman dan imaginasi mereka sendiri dan melakukannya mengikut kreativiti dan kemampuan mereka. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.

4. Sistem fail penting dalam penubuhan dan pegurusan prasekolah kerana dapat mewujudkan sistem fail yang seragam di Kelas Prasekolah KPM,mengelakkan berlaku pertindihan dalam memberikan tajuk dan nombor fail,memudahkan dan mempercepatkan pengesanan fail-fail memastikan fail-fail sentiasa terkawal mengikut sistem yang telah ditetapkan.

5. Tempat menyimpan fail diubahsuai baru dengan mengambil kira akan aspek keselamatan,kecantikan dan kesesuaian dengan cara penyimpanan dan jenis kulit fail yang digunakan.Rak juga dapat menghindar dari ancaman anai-anai,bubuk-bubuk,tikus dan serangga serta terhindar daripada kelembapan.Tempat penyimpanan fail baru dibuat dalam dua peringkat iaitu peringkat pertama bermula dilaksanakan melibatkan fail-fail jabatan manakala peringkat kedua melibatkan fail Perkeliling Perkhidmatan,Pekeliling Perbendaharaan,Pekeliling Am,Pekeliling Kontrak serta suratsurat Perkeliling Am.Kulit fail dari jenis keras digunakan.Sebelum ini menggunakan kulit fail nipis Am 435 tetapi tidak berkesan kerana sukar disusun secara menegak serta nombor fail tidak dapat dilihat.Jumlah tajuk fail telah dikurangkan dari 393 kepada 137.Fail yang tidak aktif perlu dilupuskan.Format rekod perjalanan dan penyimpanan fail juga perlu digunakan.Bahagian pendaftaran fail akan merekodkan pengedaran fail dengan mencatatkan nama Pegawai atau bahagian mana fail telah diedar serta tarikh diedarkan.Pelekat warna pula boleh digunakan untuk memudahkan fail dikenali serta diletak atau dikeluarkan dirak-rak yang disediakan kerana fail-fail ini diasingkan mengikut warna bahagian masing-masing.

32