Anda di halaman 1dari 5

MINIT MESYUARAT HEM KALI PERTAMA (HAL EHWAL MURID) 2011

Tarikh Masa Tempat

: 28.12.2011 : 9.00 pagi : Pusat Sumber SK Sungai Dua, Karak

Kehadiran : Semua Guru hadir.

Agenda Mesyuarat: Ucapan dan kata aluan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. A Wahab Bin Mat Tahir.

1) Carta Organisasi Hem 2012 1.1. Guru Penolong Kanan HEM, Pn.Rozita Bt Sudin menyatakan carta Organisasi HEM untuk tahun 2012. Carta Organisasi boleh dirujuk di dalam Buku Perancangan Tahunan 2012.

2) Takwim Unit HEM 2.1. Takwim Unit HEM telah dihasilkan melalui minggu. 2.2. Mesyuarat asrama yang pertama diubah kepada hari Sabtu. 2.3. Pembetulan : a) Mesyuarat Asrama 29.12.2011

b) Mesyuarat Asrama 17.5.2011 c) Mesyuarat HEM kedua 8.3.2012 2.4. Jadual Tugas guru yang baru telah disediakan. 2.5. Tajuk atau topik untuk tema minggu boleh ditukar dan ia berbentuk fleksibel. 2.6. Buku laporan bertugas telah dipecahkan kepada dua bahagian mengikut Asrama dan Kehadiran Sekolah. 2.7. Laporan pada tahun lepas 2011 dilaporkan sangat longgar. 2.8. Terdapat ruang catatan yang boleh diisi. Contohnya : Pekerja tidak menggunakan pencuci tandas untuk mencuci tandas.

3) Perhimpunan Pagi. 3.1. Guru bertugas perlu mencatatkan apa yang berlaku di dalam buku laporan kedatangan. 3.2. Buku Laporan Kedatangan perlu diletakkan di atas meja GPK HEM setiap hari Jumaat.

4) Pendaftaran Murid Tahun 1. 4.1. Pendaftaran Orentasi murid Tahun 1. 4.2. Pendaftaran akan bermula pada pukul 9.00 pagi, 3 Januari 2012. Semua Guru terlibat dan telah ditetapkan mengikut AJK masing-masing.

5) Buku Kehadiran Murid

5.1. Buku kehadiran murid untuk sesi 2012 belum diterima lagi. 5.2. Buku Kehadiran murid mestilah dilengkapkan dan ditutup di setiap akhir bulan. Buku Kehadiran Murid perlu ditulis menggunakan pen yang berdakwat hitam. 5.3. Guru kelas mesti melengkapkan jadual kedatangan murid selewat-lewatnya sebelum rehat.

5.4. Setiap kelas mempunyai guru pembantu dan guru pembantu perlu memberi kerjasama.

6) Kebajikan. 6.1. Skim Simpanan Buku Teks ( En. Irwan Tan Piat Seng ) 6.2. Lantikan Baru Guru Penolong SPBT iaitu Pn. Julaila Bt Jantan. 6.3. Guru Kelas secara automatik dilantik sebagai AJK untuk membantu En Irwan

mengira buku teks bagi tahun 2012. 6.4. Pada 3.1.2012 semua buku teks akan dibawa ke kelas masing-masing dan perlu serahkan kembali fail SPBT kepada En. Irwan pada 23.1.2012.

6.5. KWAPM ( Pn.Naemah Bt Hamzah ) 6.6. Seramai 198 orang murid daripada 210 telah menerima bantuan KWAPM. 6.7. Bantuan yang diterima diberi melalui Buku, yang tiada buku diberi dalam bentuk tunai. 6.8. Bagi murid Tahun 1, urusan membuka akaun akan dijalankan pada minggu ke-2 persekolahan.

6.9. RMT ( Pn.Nor Azian Bt Zaharia ) 6.10. Program Susu 1 Malaysia akan dilaksanakan pada waktu rehat semasa makanan RMT. 6.11. Jumlah murid yang menerima RMT adalah seramai 107 orang. 6.12. Guru yang terlibat perlu menyediakan carta organisasi , Menu Makanan, dan Penerima RMT pada Dewan Makan.

7) Disiplin ( En. T. Vijaya Ragavan ) 7.1. Buku Rekod Kawalan Disiplin perlu ada walaupun tiada bertanda atau diisi, ini merupakan arahan dari pihak PPD Bentong.

7.2. Guru pengajaran dan pembelajaran perlu mencatatkan masalah disiplin dalam Buku Rekod Kawalan Disiplpn Kelas. 7.3. Jika guru tidak hadir, guru ganti juga boleh mengisi buku tersebut. Guru perlu mencatitkan sekiranya murid tersebut terlibat dengan aktiviti seperti Kokorikulum atau sebagainya. 7.4. Buku tersebut akan disahkan oleh GPK HEM setiap akhir bulan.

7.5. Pengawas ( Pn. Suryati Kadir ) 7.6. Watikah perlantikan pengawas akan dibuat pada 16.1.2012 . 7.7. Laporan telah dibuat dan pengawas sekolah ini dikatakan kurang mempunyai sikap kepimpinan dalam diri mereka. 7.8. Pn. Rozita mencadangkan agar mewujudkan Kem Kepimpinan pada 24.2.2012. 7.9. Pada 3 5.03.2012 cadangan oleh pelajar UITM untuk menjalankan Kem Jalinan Mesra iaitu seramai 30 orang pelajar dan pensyarah.

8) 3K Keselamatan, Kesihatan, Kebersihan 8.1. Keselamatan Pada tahun 2011, sistem penerapan keselamatan dilaporkan adalah sederhana. 8.2. Guru perlu menyediakan dan membanyakkan carta / maklumat ibu bapa untuk pengetahuan murid. 8.3. Penerapan Keselamatan juga boleh dimasukkan semasa sesi perhimpunan . 8.4. Selain itu, bilik khas seperti makmal komputer, bengkel Kemahiran Hidup, serta bilik khas yang lain perlu adakan peraturan keselamatan dalam bentuk carta. 8.5. Kesihatan Kad Kesihatan ada pada GPK HEM. 8.6. Kebersihan Guru Penolong Kanan HEM dan KOKORIKULUM akan membuat pemantauan. 8.7. Guru bertugas mingguan perlu membantu Pn. Faridah Bt Mat dalam membuat pemantauan dari segi kebersihan dan keceriaan.

9) Hal-hal lain. 9.1. Minit mesyuarat atau laporan perlu diserahkan seminggu selepas aktiviti dijalankan. 9.2. Setiap Unit mesti mempunyai fail masing-masing. 9.3. Buku Aturcara iaitu buku program, atau brosur boleh dikepilkan sekali sebagai sebahagian dalam laporan.

10) Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.. Saidatul Adawiyah Bt Mohd Halil Setiausaha HEM SK Sungai Dua

.. Pn.Rozita Bt Sudin GPK HEM SK Sungai Dua

Anda mungkin juga menyukai