Anda di halaman 1dari 44

ISU-ISU KERUNTUHAN AKHLAK DALAM MASYARAKAT

SEKS BEBAS. KETAGIHAN ARAK,DADAH & ROKOK. LUMBA HARAM. KECELARUAN GENDER. BUNUH DIRI

KHAIRUNNISA.AINUR ADHWA

ISU KEMAKSIATAN DAN PELBAGAI KERUNTUHAN AKHLAK DI MALAYSIA

Setelah negara kita merdeka 50 tahun dulu,adakah jiwa raga, minda dan tingkah laku rakyat Malaysia benar-benar merdeka?
Renungan untuk menjawab persoalan di atas, sebanyak

1.13 % remaja terlibat dengan kes buang bayi, 40 % menonton bahan lucah, 16% berjudi, 70 % merokok, 14 % terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 25 % mengambil
minuman keras dan 18

% melakukan seks bebas


(majalah Siti,2006).

SEKS BEBAS

perilaku atau perbuatan seks yang dilakukan di luar nikah.

kurangnya didikan agama juga menjadi


punca utama mengapa mereka tidak dapat menahan diri daripada terjebak dalam kancah maksiat seperti ini. Antara kesan-kesan mengamalkan seks bebas ialah

kehamilan.
Kehamilan yang tidak dirancang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4

juta remaja dunia

pernah menggugurkan

kandungan.


Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk. (Al-Israa: 32)

KETAGIHAN ARAK, DADAH & ROKOK

DALIL PENGHARAMAN ARAK


Di dalam agama Islam, surah Al Maidah ayat 90, Allah SWT berfirman:

Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan."

KESAN MEMINUM ARAK


Abdul Laith Assamarqandi berkata dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin: Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh bahaya: Peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa anak-anak kecil dan tercela di kalangan orangorang berakal. Memboroskan harta dan merosakkan akal. Menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan. Terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang. Terdorong melakukan zina kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.

Arak adalah pembuka bagi segala kejahatan. Perbuatan meminum arak mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak yang diminumnya. Dikenakan hukuman dera 80 kali di dunia dengan disaksikan oleh keluarga dan teman-teman. Perbuatan meminum arak menutup pintu langit disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari. Membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika mati.

PENGHARAMAN DADAH
Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Al Diar Al Masriah Al Sabiq (bekas Mufti Mesir), Al Syeikh Hasanin Mahkluf dalam kitabnya, "Fatwa Al Syari'iyah (m/s: 184) bahawa dadah adalah haram hukumnya dari segi penggunaan, pemberian dan membuat jualan perniagaan.

FATWA PENGHARAMAN ROKOK


Mesyuarat telah meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta memutuskan bahawa menanam tembakau/merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah HARAM dengan berpandukan dalil-dalil serta nas-nas al-Quran, hadis dan pendapat para ulama yang muktabar.

KETERANGAN/HUJAH
i. Merokok merupakan perbuatan ke arah pembaziran wang sedangkan membazir adalah saudara Syaitan, Firman Allah Subhanahu wa Taala dalam Surah Al-Israa" ayat 27: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.

ii. Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:
Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

iii. Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157:

Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkaraperkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

iv. Rokok (tembakau) menyebabkan fikiran menjadi lesu, kerana bahan-bahan bahaya seperti Narkotin, Candu Tar, Karbon Monoksida serta Sebatian Pridine Methly Alkohol. Rasulullah s.a.w. melarang terhadap sesuatu yang boleh memabukkan, bahkan melesukan fikiran sebagaimana tegahan Baginda dalam sebuah Hadis yang diberikan dari Ummi Salamah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah menegah Rasulullah s.a.w. daripada tiaptiap perkara memabukkan dan melesukan fikiran". (Hadis riwayat al-Imam Ahmad dan Abu Daud)

LUMBA HARAM

Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti perlumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai mat rempit bukanlah merupakan satu isu yang baru.

Remaja merempit untuk mencari keseronokan,

kepuasan, kemasyhuran, wang dan


perempuan.
Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182 penunggang motorsikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya

berusia antara 16 tahun dan 25 tahun.

Wheelie
menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.

Wikang
menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.

Scorpion
menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.

Superman
menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.

KECELARUAN GENDER

KECELARUAN GENDER
DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Kecelaruan gender ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

golongan individu yang berjantina lelaki tetapi ingin menjadi seorang perempuan digelar sebagai pondan. golongan individu yang berjantina perempuan ingin menjadi seorang lelaki dan golongan ini digelar sebagai pengkid.

PONDAN

PENGKID

BUNUH DIRI

DALIL PENGHARAMAN BUNUH DIRI


Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. (An-Nisa : 29)

Hukum bunuh diri adalah HARAM dan BERDOSA

BESAR.
Ia dikira sebagai jenayah kerana dengannya manusia menzalimi diri sendiri. Perbuatan bunuh diri dianggap zalim kerana:
menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri. mendapat seksaan yang pedih di Akhirat.

FAKTOR MENDORONG SESEORANG MEMBUNUH DIRI

Lemahnya pegangan agama

Mengalami tekanan emosi dan tidak bertawakal kepada Allah

Tidak berkongsi dengan orang lain untuk mencari jalan penyelesaian

Tiada kesabaran dalam kesusahan dan ujian

Menghadapi kekecewaan dalam hidup

PUNCA-PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK

Kurang didikan agama

Pengaruh rakan sebaya

Pengaruh media massa

Perasaaan ingin tahu dan mencuba

Sikap keluarga

KESAN TERHADAP FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK

Keruntuhan institusi kekeluargaan akan berlaku

Masyrakat akan menjadi porak peranda dan berpecah belah Umat Islam akan mundur dan dipandang hina

Wujudnya pergaduhan dalam masyarkat

Kadar jenayah akan meningkat

Anda mungkin juga menyukai