Anda di halaman 1dari 7

Seni fizikal yang berasal dari Perancis memerlukan seseorang perlu mara dari satu tempat mula ke tempat

tujuan, sepantas dan secekap yang boleh dengan menggunakan keupayaan tubuh badannya semata-mata. Laluan dari tempat mula dengan tempat dituju itu adalah apa yang ada di persekitaran, sama ada yang berbentuk semula jadi ataupun konkrit. Tubuh badan menjadi satu-satunya peralatan dalam parkour dan aktiviti disiplin ini boleh dilakukan sesiapa saja kerana ia membabitkan semua kemahiran semula jadi yang boleh dilakukan manusia iaitu berlari, melompat juga memanjat. Ia juga dilihat sebagai suatu cara yang membolehkan seseorang meneroka potensi tubuh badan mereka sama ada mampu untuk menghadapi halangan menggunakan pergerakan yang menggabungkan kawalan dan keaktifan. Kelengkapan yang diperlukan pula hanyalah kemeja T, seluar panjang dan sepasang kasut larian. Berlari, merangkak, melompat, berguling dan bergayut dari suatu tempat serta mengseimbangkan diri adalah perkara asas dalam aktiviti ini. Semuanya berdasarkan satu tujuan iaitu tidak berhenti pada mana-mana halangan, sama ada dinding, jerjak, susur, pohon, dedaun, semak-samun, batuan, jurang dan apa juga halangan. Gambaran kepada pergerakan ini adalah badan seseorang seolah suatu `benda yang bergerak laju dan bebas namun mereka mampu mengawalnya. Parkour banyak memerlukan kekuatan dalaman manusia untuk beraksi. Seni ini juga memerlukan semangat sejati seorang wira dan memberikan aksi sebenar kepada pengamalnya yang dikenali sebagai traceur (lelaki) dan treceus (wanita). Pergerakan ini dipercayai wujud sejak berzaman lamanya, suatu masa yang mana manusia terpaksa belajar kemahiran memburu, menyerang dan mempertahankan diri. Mengikut peredaran zaman, muncul pula kumpulan seperti ninja diikuti dengan tentera komando yang diajar pergerakan ini untuk melaksanakan sesuatu misi. Masa kini, pasukan bomba, tentera dan pasukan khas polis turut mempelajari latihan seumpama ini. Bagi David Belle, parkour menggambarkan keghairahan, gaya hidup dan sukan masa kini. Ia juga kaedah semula jadi untuk membangunkan semua kualiti yang semula jadi yang ada dalam tubuh manusia. Meningkatkan kekuatan, ketangkasan, kepantasan dan kuasa adalah langkah utama dalam kaedah ini. Sebagai pengamal gimnastik, olahraga dan seni pertahan diri, saya mempunyai keupayaan dan kemahiran asas tertentu tetapi saya dapati semua ini ada batasnya. Lantas, saya terfikir untuk mencipta sejenis sukan mengikut cara saya sendiri, tanpa memerlukan sebarang alatan dan hanya memerlukan seluar, kemeja T dan sepasang kasut larian yang baik. Ketika berlari, saya akan tetapkan satu perkara untuk mewakili satu objektif dan saya berkata pada diri sendiri, `saya harus ke sana cepat dan tiada yang dapat menghalang, kata beliau yang begitu mengagumi karakter hero seperti Daredevil dan Spider-Man. Parkour dianggap sebagai sukan yang lengkap berdasarkan pelbagai kemahiran yang dibangunkan ketika melakukannya. Walaupun secara teori ia tampak mudah, hakikatnya disiplin ini sukar dikuasai kerana ia menguji keupayaan pengamalnya secara berterusan dan adakah mereka bersedia dengan halangan sedia ada. Seni fizikal ini bukan saja meningkatkan kesihatan dan koordinasi fizikal malah membina kesungguhan, keazaman, motivasi, kekuatan, ketahanan, ketangkasan dan keberanian yang juga kualiti asas dalam kehidupan.

Aktiviti ini juga diibaratkan sebagai cara untuk menyelami diri dan mempelajari bagaimana untuk mengawal tubuh sendiri. Seseorang menjadi lebih kuat dan belajar bagaimana untuk mengatasi halangan mental serta fizikal. Seseorang traceur yang baik boleh mempamerkan prestasi baik dalam sukan lain yang memerlukan kemaraan, ketangkasan, kuasa, kawalan diri yang baik dan ketajaman pemerhatian. Sebab itulah Parkour dianggap sukan yang hampir sempurna kerana ia mengkehendaki semua kebolehan fizikal pada tubuh manusia dan pada masa sama memerlukan pertimbangan berterusan terutama dalam penilaian jarak, kebolehan dan risiko. Kini Parkour mendapat sambutan di seluruh pelusuk dunia dengan keunikan tersendiri di setiap tempat yang berlainan. Malaysia turut memiliki komuniti peminat parkournya sendiri yang wujud sekitar 2002. Bagi yang berminat menyertai aktiviti parkour, anda boleh mendapatkan maklumat di laman komuniti Parkour Malaysia di alamat www.pkmy.tk. Remaja kita berbakat KEGIATAN peminat parkour di Malaysia dikatakan bermula beberapa tahun lalu sejak ia mula dikenali menerusi program televisyen atau sedutan babak aksi dalam beberapa filem. Dari situ, kebanyakan peminat parkour ini mula mencari maklumat lebih meluas melalui internet. Bagi tujuan berinteraksi dan berkongsi maklumat mengenai seni fizikal ini, sebuah laman komuniti khusus untuk peminat parkour tempatan turut dibangunkan. Qayyim Hafidzi, 20 adalah antara penggemar dan penggiat parkour tempatan yang aktif. Kata Qayyim, beliau mula mendapat maklumat mengenai parkour melalui internet beberapa tahun lalu dan mula aktif sejak setahun lalu. Kebanyakan yang terbabit dalam parkour di sini adalah remaja. Selalunya kami akan berkumpul pada hujung minggu di beberapa lokasi bersesuaian seperti di taman sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Mengikut konsep asas parkour itu sendiri, kami akan `mencuba laluan yang ada di lokasi yang dipilih dan meredah setiap halangan yang ada di situ dalam tempoh masa paling pantas, katanya yang dihubungi baru-baru ini. Ditanya sama ada aktiviti kumpulannya itu pernah `diganggu pihak berkaitan, Qayyim menjawab tidak pernah. Aktiviti yang kami lakukan ini tidak membahayakan orang lain. Kebiasaannya, jika terdapat ramai kanak-kanak, kami akan berpindah ke lokasi lain, katanya sambil menambah, parkour juga memberi manfaat kepada fizikal dan mental pengamalnya. Katanya, seni parkour membentuk banyak nilai positif dalam diri penggiatnya, terutama disiplin. Gerakannya, tambah Qayyim dapat meningkatkan keupayaan fizikal, lebih-lebih lagi jika ia kerap dilakukan. Kecederaan dapat diminimumkan jika seseorang membuat persiapan yang lengkap serta menguasai kaedah atau kemahiran yang betul.

Tambah beliau, komuniti peminat parkour di Malaysia semakin berkembang masa kini dengan adanya medium internet. Mereka bukan saja dapat memanfaatkan maklumat terkini mengenai seni fizikal itu malah berkongsi video aksi parkour masing-masing dengan peminat parkour seluruh dunia.

http://www.bharian.com.my/Misc/IKON/Hari/aktif/20070512165247/Article/ Seni dalam pendidikan adalah mendidik seni dalam Pengajaran dan pembelajaran di institusi2 pendidikan seperti di sekolah2atau di Institusi2 Pengajian Tinggi. Setiap tahapnya ada pendekatan yang berbeza serta objektif dan matlamatnya yang khusus. Seni dalam pendidikan dimulakan dari Pra-Sekolah yang mengambil pendekatan bermain-main sambil menghasilkan kerja2 seni. Di Sekolah Rendah aktiviti2 seni mula diperkenalkan dengan memfokus kepada 4 bidang.. i. Melukis dan menggambar ii. Mereka dan Mencorak iii. Kraf Tradisional iv. Membentuk dan Membuat Binaan. Di Sekolah Menengah pula asas2 seni secara teori dan praktik mula di dedahkan kepada murid2. Antara yang penting ialah unsur2 asas seni seperti garisan,rupa,bentuk,jalinan,warna dan ruang. Dengan mengenali asas2 ini barulah seseorang pelajar itu mampu untuk menghasilkan kerja seni atau menghayati hasil seni. Aku bukan seorang guru seni tapi cuma beristerikan seorang pendidik seni. http://forum.cari.com.my/viewthread.php?action=printable&tid=277790 Keinginan untuk pencapaian kreatif. - Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif . Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. - Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka.

Keinginan untuk kefahaman. - Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. http://mforum.cari.com.my/redirect.php?tid=277790&goto=lastpost Seni Visual merupakan satu kaedah pengajaran di mana kita mengajar student kita ke arah mengenal objek-objek alam semulajadi dan alam benda. Ia lebih kepada hasilan garisan ke arah membentuk rupa dan kesenian. Muzik dan pergerakan pula merupakan satu subjek khas yang banyak memberi kesan di dalam kerohanian umpamanya seperti sayang menyayangi, kejiwaan yang akan digambarkan semasa menghayati muzik dan lirik, malah pelajar lebih senang untuk diserapkan dengan nilai-nilai murni di dalam proses pembelajaran. Kesan positif kepada guru ialah kita akan saling memahami perasaan (guru dan pelajar) ketika kita menyertai proses pengajaran dan pembelajaran ketiga-tiga subjek di atas. Malas pelajar lebih senang berbicara dari hati ke hati antara guru yang mengajar subjek berikut. InsyaAllah..!! http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=3088 Matapelajaran ini mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan seharian, ia juga memberi tunjuk ajar tentang aktiviti fizikal yang boleh dijalankan untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan cergas.
Kecerdasan Verbal- Linguistik Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk - keboleban memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna. Contoh aktiviti: Perbahasan, perbendaharaan kata, ucapan formal, penulisan kreatif, bacaan, jurnal, diari, puisi, jenaka dan bercerita.

KECERDASAN
Verbal- Linguistik Kembali ke atas

KEBOLEHAN
Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

CONTOH KERJAYA
Penulis, penyajak, penceramah, pelatih

2. Kecerdasan Logik - Matematik

Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik). Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Contoh aktiviti: Penggunaan simbol, rumus, urutan nombor, pola abstrak, perkaitan sebab dan akibat (logik), penyelesaian masalah, pengurusan grafik dan pengiraan.

KECERDASAN
Logik - Matematik Kembali ke atas

KEBOLEHAN
Menaakul, mengira, membuat analisis

CONTOH KERJAYA
Saintis, jurutera, akauntan

3. Kecerdasan Fizikal- Kinestatik

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan. Contoh aktiviti: Tarian kreatif, drama, main peranan, aktiviti jasmani, latihan fizikal, pemain sukan dan seni pertahanan diri.

KECERDASAN
Fizikal- Kinestatik

KEBOLEHAN
Melakukan gerakan, menari, berlakon, bersukan, bermain permainan

CONTOH KERJAYA
Atlit, pemain bola sepak, peninju, penari, pelakon, tentera, polis

Kembali ke atas

4. Kecerdasan Visual-Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang. Berkebolehan menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang. Contoh aktiviti: melukis, mengecat, skema warna, garis rentuk dan ruang, mencipta gambaran mental, imaginasi aktif, peta minda, menvisual secara spatial dan mengorientasi diri dalam matriks ruang.

KECERDASAN
Visual-Spatial Kembali ke atas

KEBOLEHAN
Mencorak, melukis, mengukir

CONTOH KERJAYA
Pelukis, pengukir, arkitek

5. Kecerdasan Muzikal-ritma

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik. Contoh aktiviti: Persembahan muzik, bunyi vokal, bunyi instrumental, nyanyian dan drama lagu.

KECERDASAN
Muzikal-ritma Kembali ke atas

KEBOLEHAN
Menulis karangan, sajak, puisi, pantun dan memberi ucapan

CONTOH KERJAYA
Penulis, penyajak, penceramah, pelatih

6. Kecerdasan Intrapersonal

Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri. Contoh aktiviti: Teknik metakognisi, strategi pemikinm, proses emosi, prnktis mind fullness, taakulan tahap tinggi, disiplin diri dan amalan pemusatan.

KECERDASAN
Intepersonal Kembali ke atas

KEBOLEHAN
Mementingkan nilai murni, berpendirian, berminat dalam falsafah

CONTOH KERJAYA
Pengarang, penyajak, ahli falsafah

7. Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan untuk rnendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkornunikasi dengarn berkesan secara pragmatik terbadap petanda tersebut. Contoh aktiviti: kornunikasi antara individu, latilhan ernpati, latihan kolaboratif, rnernberi maklurn balas, strategi pernbelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

KECERDASAN
Naturalis

KEBOLEHAN
Mengenali, menyusun dan mengkategorikan

CONTOH KERJAYA
Petani, ahli botani,

pelbagai jenis lora dan fauna

ahli biologi

http://www.cikgu.net.my/malay/teknikmengajar/cerdas.php3