Anda di halaman 1dari 11

Proses Komunikasi

Di dalam cerita selamat pagi cinta yang kami analisis, kami dapati banyak rose komunikasi yang berlaku di dalam cerita tersebut. Bagi paoses komunikasi intrapersonal, berlaku satu proses di mana komunikasi intrapersonal berlaku. Dalam cerita ini, komunikasi intrapersonal berlaku ketika Julia dan Azam berbicara tentang kisah cinta mereka.

Mereka seperti bercakap kepada diri mereka sendiri. Mereka menyatakan tentang kisah mereka dan menggunakan kata ganti diri yang pertama iaitu aku. Setiap dialog yang mereka nyatakan tiada sambutan daripada orang lain, bermakna komunikasi yang berlaku adalah komunikasi imtrapersonal. Komunikasi

intrapersonal yang pertama yang berlaku pada minit yang pertama saat yang ke-26, di mana Julia menyatakan tentang kisahnya. Komunikasi intrapersonal yang kedua berlaku pada minit yang pertama dan saat yang ke-51. Komunikasi yang kedua ini dilakukan oleh Azam. Azam menceritakan tentang perasaan sayangnya terhadap seseorang.

Terdapat banyak komunikasi interpersonal yang berlaku dalam cerita yang kami analisis. Komunikasi yang pertama yang dapat kita kaji adalah berlaku antara Julia dan Johan. Semasa berlakunya komunikasi ini, Johan memberi perhatian. Ini kerana johan membalas dialog yang diucapkan oleh Julia. Komunikasi ini berlaku pada saat yang ke-47. Ini merupakan salah satu contoh komunikasi interpersonal.

Seterusnya proses komunikasi interpersonal ini diteruskan dengan dialog yang diucapkan oleh pensyarah di dalam kelas Azam.

Percakapan pensyarah tersebut telah menarik perhatian daripada pelajarnya. Mereka memberi respon kepada pertanyaan pensyarah mereka yang menanyakan adakah mereka masih lagi ingat tentang pelajaran yang mereka lakukan pada saat yang lepas. Mereka menyahut pertanyaan tersebut. Proses ini berlaku pada minit yang kedua pada saat yang ke 26. Seperti yang kita sedia maklum, komunikasi interpersoanal bukan sahaja komunikasi melalui lisan tetapi gerakan badan juga merupakan salah satu daripada komunikasi interpersonal. Seperti yang terdapat pada minit yang kedua saat yang ke- 27. Pada ketika ini, Azam telah senyum kepada Suci iaitu rakan perempuan di dalam kelasnya.

Suci membalas senyuman itu. Ini merupakan salah satu contoh komunikasi interpersonal. Berbalas senyuman akan membawa kepada berlakunya komunikasi lisan. Ini terbukti apabila Azam menegur Suci ketika ngin memulangkan pen Suci yang tercicir. Perbualan ini berlaku pada minit yang ke lima saat yang ke 26. Selain itu, komunikasi interpersonal juga berlaku antara Azam dan pensyarahnya. Ketika Azam ditegur oleh pensyarahnya, dia hanya senyum.

Komunikasi interpersonal yang seterusnya berlaku antara Julia dan Ilham di kedai buku. Komunikasi yang berlaku di antara mereka adalah komunikasi lisan. Komunikasi ini berlaku antara minit yang keenam saat yang pertama.Pada minit

yang ke lapan kami dapati bahawa berlakunya proses komunikasi interpersonal bukan lisan. Ini kerana ketika Ilam mengajak Julia bermain kasut roda Julia senyum menandakan dia bersetuju atas ajakan Ilham tersebut. Selain itu, Julia tersipu malu apabila Ilham ingin mengambil gambarnya. Ini menandakan apabila Ilham mengambil gambarnya. bahawa dia malu

Berdasarkan cerita ini, hasil daripada analisis kami,kami mendapati bahawa komunikasi interpersonal ini berlaku apabila dua atau lebih pihak yan g terlibat di dalam komunikasi tersebut. Komunikasi ini membabitkan antara pihak lain.

Ciri-ciri komunikasi intrapersoanal dan interpersonal.

Ciri- ciri komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang berlaku antara dua pihak atau pun lebih. Komunikasi interpersonal tidak dapat berlaku jika hanya satu pihak sahaja yang terlibat. Di dalam cerita yang kami analisis, kami dapati setiap komunikasi interpersonal yang berlaku melibatkan lebih dari dua pihak. Selain itu, komunikasi interpersonal ini tidak terhad kepada percakapan sahaja. Ini kerana terdapat komunikasi interpersonal yang melibatkan bukan lisan. Sebagai contoh percakapan yang menggunakan gerakan badab ataupun bahasa badan. Sebagai contoh senyum.

Berdasarkan cerita yang kami kaji, terdapat di mana Azam telah senyum kepada Suci ketika mereka berada di dalam kelas. Suci membalas senyuman tersebut. Di sini dapat kita simpulkan bahawa, komunikasi interpersonal in bukan sahaja bolah dilakukan melaui percakapan malahan dari gerakan badan juga boleh melahirkan satu komunikasi yang berkesan. Oleh itu tindak balas yang diberikan oleh Suci itu merupakan satu respon pihak penerima dalam sesuatu komunikasi yang boleh ditanggap oleh pancaindera pengirim komunikasi tersebut. Seterusnya, tindak balas yang diberikan oleh Suci itu akan menentukan samaada komunikasi mereka akan berterusan kepada komunikasi lisan ataupun di matikan begitu sahaja.

Komunikasi interpersonal boleh dikategorikan sebagai satu komunikasi yang memerlukan satu medium yang mudah. Komunikasi ini tidak memerlukan medium

yang terlampau kompleks. Sebagai contoh, kita menggunakan radio untuk berkomunikasi tetapi radio merupakan satu medium yang terlalu kompleks kerana hanya kita yang bercakap, pendengar tidk dapt memberi respon kepada kita.

Komunikasi intrapersonal pula adalah komunikai yang hanya melibatkan seorang sahaja iaitu diri kita sendiri. Komunikasi ini lebih dikaitkan dengan monolog seseorang di dalam hati ataupun seseorang itu bercakap seorang diri. Berdasarkan cerita yang kami kaji, komunikasi intrapersonal berlaku pada awal cerita di mana Azam dan Julia memulakan kisah mereka. Mereka bercerita tetapi tiada respon yang diterima. Mereka seperti mengenang kembali kisah mereka.

Penghargaan

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami Puan Faizah binti Abu Bakar kerana telah memberi banyak tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga di atas segala jasa baik Puan Faizah binti Abu Bakar kerana banyak memberi kami maklumat dan bahan dalam melaksanakan tugasan ini. Sememangnya tugasan ini banyak membantu kami dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu Komunikasi ini. Kami amat bersyukur kerana pada akhirnya dengan izin ALLAH kami dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang saling bertukar idea dalam melaksanakan tugasan ini.

IPGM KAM PUS PULAU PINANG


TAJUK : PENILAIAN KERJA KURSUS PENDEK NAMA : NOR AMALINA BINTI AHMAD SABKI 900222-03-6070 NUR SYAZREEN BINTI KHOLIM

KUMPULAN KOD DAN SUBJEK

: 2SN2 : BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL (BM2311

PENSYARAH

: PUAN FAIZAH BINTI ABU BAKAR

TARIKH SERAHAN

:05 FEBUARI 2010

Setelah bertukus lumus akhirnya telah dapat saya siapkan tugasan Bahasa Melayu Kontekstual yang telah di berikan kepada saya untuk dilaksanakan. Setelah membuat tugasan ini tahap kefahaman saya terhadap Bahasa Melayu Kontekstual ini lebih mendalam. Selain itu banyak perkara yang dapat saya pelajari khususnya yang berkaitan dengan proses komunikasi, ciri-ciri komunikasi dan kesalahan bahasa yang digunakan.

Sekarang saya telah dapat membezakan di antara komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal. Banyak perbezaan yang terdapat di antara dua jenis komunikasi ini. Saya juga dapat mempelajari tentang kesalahan bahasa yang terdapat dalam penggunaan seharian masyarakat kita pada hari ini.

Ramai masyarakat kita yang mencampuradukkan bahasa inggeris didalam bahasa melayu. Masyarakat kini tidak menggunakan bahasa melayu dengan betul. Kebanyakkan remaja sekarang mengguna bahasa yang tidak terdapat dalam kamus bahasa melayu di mana bahasa tersebut boleh di gelar sebagai bahasa pasar.

(NOR AMALINA BINTI AHMAD SABKI)

Dengan ini kami Nor Amalina bt Ahmad Sabki dan Nur Syazreen bt Kholim mengaku bahawa setiap kandungan didalam tugasan ini adalah dari hasil usaha kami. Kami juga mengaku bahawa kami tidak meniru atau mengguna ayat daripada bahan-bahan yang ada termasuk dari internet mahupaun dari sumber buku rujukan.

NOR AMALINA BT AHMAD SABKI

NUR SYAZREEN BT KHOLIM

...........................................................

...................................................

Kesalahan bahasa 1.Pada minit yang ketiga saat yang ke 57 cat farish: Azam, dah kau usha-usha aku tu pasal apa? dialog yang dilafazkan oleh cat farish ini mngandungi kesalahan bahasa. Di dalam dialog tersebut terdapat penggunaan perkataan usha-usha. Perkataan ini sebenarnya tidak pasti asal usulnya. Tetapi telah menjadi gaya percakapan remaja zaman sekarang. usha usha berdasarkan dialog yang diucapkan oleh Cat Farish tersebut membawa maksud menjeling atau tengok. Ayat yang sepatutnya adalah kenapa engkau tengok aku?

2. pada minit keempat saat pertama Azam :bila aku usha kau? Terdapat penggunaan usha pada dialog yang digunakan oleh Azam. Ayat yang sepatutnya bila aku tengok engkau?

3. penggunaan perkataan bahasa inggeris yang bercampur dengan bahasa melayu. Bahasa sebegini biasanya disebut sebagai bahasa rojak.

Penggunaan perkataan i, you dan sebagainya yang di campur dalam penggunaan bahasa melayu. Sebagai contoh i tak nak ambil buku nie coz you yang pegang dulu Ayat ini salah dlam penggunaan bahasanya. Sepatutnya ayat ini menjadi saya tak nak ambil buku ini kerana awak yang pegang dahulu. Kebanyakkan dialog yang digunakan di dalam cerita ini adalah dialog yang bercompur dengan bahasa inggeris. Contoh penggunaan bahasa inggeris dalam ayat adalah so,really,was born in JB dan banyak lagi.