Anda di halaman 1dari 2

Latar Belakang Tahun 1997 merupakan detik yang bermakna apabila timbulnya ilham untuk membuat pengubahsuaian pada

baju operasi bomba. Berdasarkan kepada artikel yang bertajuk How has NASA helped save firefighters? oleh Craig Haggit (2000) idea ini tercetus apabila dua orang anggota bomba Houston diketuai oleh Gary Vincent, Ketua Penolong Perancangan dan Penyelidikan di Jabatan Bomba Houston telah datang ke NASA Johnson Space Center (JSC) dengan topi keledar yang sangat rosak dalam tangan dan meminta untuk membantu bagi mengelakkan daripada berlakunya kebakaran pada pakaian perlindungan mereka dan rakan-rakannya yang lain. Mereka mahu mencuba beberapa jubin Kapal Angkasa sebagai penebat kerana mereka telah mendengar bahawa jubin ini boleh bertahan pada suhu 1100 darjah Celsius (2000 darjah Fahrenheit). Selepas mesyuarat awal dijalankan, satu pasukan jurutera di NASA JSC yang diketuai oleh Tico Foley dan anggota bomba Houston telah menyediakan senarai kawasan yang bermasalah pada baju operasi bomba supaya teknologi NASA dan pengetahuan baru peralatan bomba. Malah, penambahbaikan ini juga perlu dilakukan dengan cepat kerana semakin meningkat anggota bomba mati setiap tahun disebabkan oleh tekanan haba dan berkaitan serangan jantung berbanding dari asap dan api kebakaran. Baju operasi bomba pada dahulunya hanya dapat membolehkan anggota bomba untuk bekerja lebih kurang 20 minit sebelum mereka diatasi oleh haba metabolik di dalam baju operasi tersebut. Oleh itu, penambahbaikan yang lebih baik dan segera perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini. Menurut Marianne J. Dyson (2001) dalam artikelnya yang bertajuk Spacesuits, Firefighters, and Helping Hands menyatakan bahawa Jurutera NASA, Tico Foley telah berkata bahawa banyak masalah yang mereka (anggota bomba) hadapi merupakan masalah yang sama yang kita sudah diselesaikan bagi sut angkasawan. Menurut dapat memberikan penambahbaikan untuk pakaian dan

Foley, terdapat 3 perkara yang mengehadkan masa satu ahli bomba itu di barisan hadapan kepada kira-kira 20 minit. Pertamanya, mereka kekurangan udara segar untuk bernafas. Selain itu, api menjadi terlalu panas walaupun melalui pakaian pelindung, dan otot ahli bomba mewujudkan haba di dalam pakaian dan menjadi begitu panas

walaupun tanpa kebakaran, maka ahli bomba boleh disebabkan oleh strok haba. Teknologi sut angkasa sedang digunakan untuk menangani ketiga-tiga masalah ini. Oleh itu, melalui peristiwa tersebut, merupakan sejarah berlakunya penambahbaikan dan pengubahsuaian dalam baju operasi bomba yang telah digunakan sekarang.

RUJUKAN Craig Haggit (2000). How has NASA helped save firefighters? Diakses pada 17 Februari 2013, daripada laman web: http://science.howstuffworks.com/innovation/nasainventions/nasa-savefirefighters3.htm Mariaane J Dyson (2001). Spacesuits, Firefighters, and Helping Hands. Diakses pada 18 Februari 2013 daripada laman web:http://www.nss.org/adastra/volume13/dyson.html