Anda di halaman 1dari 4

Budaya Melepak

Sunday, October 3, 2010

Negara sekarang ini sedang melalui zaman pembangunan yang pesat.Dengan pertumbuhan ekonomi sejak kebelakagan ini,ramai yang beranggapan bahawa Negara kita telah pun berada di landasan yang kukuh untuk menjadi sebuah Negara yang maju.Namun perlu diperhatikan bahawa pembangunan bukan sahaja menghebatkan dimensi ekonomi tetapi juga dimensi sosial dan budaya.Remaja adalah aset negara yang penting di mana daya sumber tenaga manusia untuk masa hadapan dan ia bergantung kepada remaja masa kini.Menurut Sezali Din(1997:71),di Malaysia golongan remaja dianggarkan kira-kira 60%-70%daripada 20.69 juta penduduk negara ini.Dari sudut kenegaraan,remaja mempunyai perananuntuk menyumbang terhadap pembangunan,kemajuan dan permodenan. Hakikatnya para remaja di Malaysia pada hari ini sedang melalui satu kemelutan sosial dan kekeliruan hidup akibat daripada perkembangan sosial,ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.Banyak pihak memperkatakan tentang permasalahan sosial golongan remaja.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pembangunan di Malaysia telah dapat menangani perkara tersebut dengan baik sehingga perkara tersebut tidak menonjol sebagai agenda utama pembagunan.DI sebaliknya,sejak akhir-akhir ini isu berkaitan perilaku remaja dan gejala yang berkaitan dengannya menarik perhatian orang ramai dan kerajaan.Antara masalah sosial yang dikenalpasti membabitkan golongan remaja hari ini yang dikira sangat berleluasa adalah isu budaya melepak yang merosakkan remaja masa kini.Keadaan ini amat mendukacitakan kerana ia menunjukkan peningkatan berterusan dan berada di tahap yang amat membimbangkan. Kegiatan melepak merupakan satu masalah sosial yang dipandang serius oleh masyarakat Malaysia.kegiatan ini telah menjadi tema perbincangan yang hangat dalam forum,seminar,bengkel dan ceramah pada masa kini.Gejala membuang masa dengan melepak pastinya merupakan suatu penyakit di dalam masyarakat.Kegiatan ini dilakukan tidak kira golongan lelaki mahupun perempuan.Tingkah laku ini dilakukan oleh golongan terbesar penduduk negara dan biasanya berlaku di bandar-bandar yang sedang pesat membangun.Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa tujuan,matlamat,objektif,hala tuju dan misi oleh golongan remaja.Mereka diperhatikan

oleh orang ramai yang lalu lalang di situ dan memaparkan imej yang negatif di mata masyarakat.Mereka akan berkumpul di suatu tempat sambil memerhatikan orang ramai,merokok,nermain lagu di kaki lima.Adakalanya mereka akan mengusik gadisgadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu.Tingkah laku ini hanya membuang masa mereka sahaja. Punca wujudnya budaya lepak adalah daripada faktor-faktor sikap ibu bapa,keadaan di rumah,pengaruh rakan sebaya,pengaruh media massa dan masalah penyesuaian.Didapati juga kebanyakkan golongan remaja yang terlibat dalam budaya lepak mempunyai masalah keluarga,sukar membina hubungan rapat dengan ahli keuarga dan sebagainya. Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri sering bertengkar dan berselisihan faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.Seorang anak akan megharapkan kasih sayang daripada ibu bapa walaupun mempunyai seorang rakan yang rapat dengannya untuk berkongsi semua masalah dan memberi kegembiraan kepadanya.Kasih ibi bapa sangat penting dan berharga kepada seorang anak.Apabila seorang anak tidak dapat kasih sayang dan perhatian daripada keda-dua ibu bapa maka mereka akan terpengaruh kepada rakan sebaya dan akan mula mengikuti rakannya untuk meluangkan masa lapangnya dan akhirnya terjebak dengan masalah sosial.Bagi sesetengah ibu bapa pula,akan bertengkar di depan anak-anak mereka dan melepaskan geram pada anak-anak mereka.hal ini akan menyebabkan anak mereka akan mengalami tekanan dan berasa takut dan bosan dengan perangai ibu bapa mereka serta tidak berasa senang untuk berada di rumah sendiri.Maka mereka akan keluar dari rumah untuk mencari kegembiraan dan untuk melupakan peristiwa yang memberi tekanan kepada mereka. Dalam menghadapi perkembangan masa transisi,remaja sentiasa menghadapi masalah penyesuaian.Penyesuaian ini seringkali menyebabkan remaja melakukan anti sosial yang menyebabkan masalah kenakalan yang menjadi budaya melepak.Tidak dapat dinafikan bahawa pengaruh kumpulan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan tingkahlaku seseorang.Mengikut seorang ahli psikologi Robert j.Harigust,salah satu tugas daripada tugas penting remaja perlu diberi perhatian ialah

membentuk perhubungan baru yang lebih matang dengan kawan-kawan yang sama umur,tidak kira jantina.Hal ini menunjukkan bahawa mereka tidak begitu suka melepak secara perseorangan tetapi mereka melepak secara berkumpulan.Selain itu,cara interaksi seorang remaja dengan rakan sebaya adalah lebih terbuka kerana ahli kumpulan tersebut mempunyai minat serta kegemaran yang sama.Sementara itu,apabila seseorang remaja pemikiran rakan-rakan sebayayang sama minat,maka hubungan mereka menjadi erat. Sementara itu,pengaruh media massa turut menjadi faktor pembentukkan tingkahlaku lepak di kalangan remaja.Menurut,Mohd Salleh(1999),pengaruh media massa khasnya televisyen kadang-kadang boleh memberi kesan buruk kepada pembentukan peribadi remaja,khasnya aktiviti lepak.Cerita-cerita siri jenayah,persembahan drama keluarga dan rancangan-rancangan lain kian menjiwai budaya barat.Siaran yang berunsurkan budaya barat lebih menekankan pemikiran-pemikiran yang memberi kesan negatif di kalangan remaja.Pemikiran negatif yang memisahkan agama dan kehidupan seharian mempengaruhi remaja ke arah aktiviti yang tidak berfaedah.Di samping itu,siaran televisyen yang berunsurkan negatif menghapuskan budaya pemikiran tinggi dan nilainilai murni di mana individu menghadapi kesukaran dalam pencarian dan pembinaan makna bagi setiap aspek dan aktiviti kehidupan. Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.Pada pendapat kami,langkah pertama yang harus diambil adalah melalui didikan agama.Melalui didikan agama seseorang akan dapat membetulkan perspektif dan pemikiran seseorang insan.Setiap ajaran agama mengajar mereka bagaimana untuk tidak meluangkan masa dengan kegiatan yang haram atau bertentangan dengan agama dan budaya.Selain itu,perhubungan dengan ibu bapa mereka dapat dipulihkan dn dapat melahirkan satu keluarga yang baik dan sihat. Langkah kedua adalah peranan ibu bapa.Ia adalah amat penting dalam memberikan perhatian Yang serius terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka.Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasi masalah tersebut.Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan bahawa mereka

berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukan moral.Selain itu,tingkatkan penghayatan terhadap nilai-nilai murni,motivasi,melatih anak cara bersopan,prinsip-prinsip akauntabiliti,tepati janji,amanah,sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak.Ibu bapa hendaklah menjadi role modelkepada anak.Keibubapaan yang merupakan corak asuhan dan peranan ibu bapa pasti berfungsi dalam menunjukkan arah,membimbing,mendidik,dan mengerakkan individu yang berada dalam institusi tersebut.Ibu bapa mempunyai tanggungjawab memberi didikan agama kepada anak-anak.Kewajipan ini mesti dilaksanakan dengan contoh dan amalan seharian.Hukum-hukum dan peraturan agama mengenai hidup perlu diajar kepada anak sebelum mereka mencapai baligh,khususnya perkara-perkara yang seksualiti.Menurut Kaplan(1975)budaya lepak adalah berkaitan dengan psikopotologi iaitu mengalami masalah personaliti,ganguan mental dan emosi. Langkah seterusnya yang boleh diambil ialah melalui pendekatan akademik.Ini boleh dilakukan dengan menambah aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah.Begitu juga dengan perubahanperubahan teknik-teknik pengajaran seperti pengunaan komputer,video,bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.Tambahan pula.sistem perundangan di sekolah amat penting kerana peruntukan undang-undang yang lebih ketat di peringkat sekolah boleh mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.Penguatkuasaan undang-undang di peringkat sekolah ini adalah melalui pihak berkuasa seperti polis.Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar.Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis. Hal ini sangat penting diperjuangkan bukan sahaja oleh individu dan keluarga malahan bagi suatu bangsa dan sebuah negara merdeka supaya lebih bermaruah,berdaulat dan bermartabat.Secara keseluruhannya,fenomena budaya lepak yang menjadi tunjang kepada gejala sosial wajar diberi perhatian oleh semua pihak.Ia penting untuk mendapatkan kesejahteraan hidup yang harmoni dan amalan melepak tanpa arah tujuan agar masa yang ada dapat dimanfaakan dengan sebaik-baiknya.