Anda di halaman 1dari 38

1.0 PENGENALAN Menurut Zafir et al.

(2002), aspek keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam sesebuah firma adalah sangat penting dan perlu dititik beratkan oleh majikan kerana ia dapat mengurangkan kos perkhidmatan klinik panel, rawatan selepas kemalangan, mengurangkan risiko tuntutan undang-undang serta memotivasikan pekerja sehingga meningkatkan tahap produktiviti firma atau syarikat. Ini bermakna pekerja yang merupakan input berubah yang penting dalam proses pengeluaran. Justeru, pekerja perlulah diberikan perhatian yang paling penting dari segi aspek keselamatan dan kesihatan agar mereka dapat bekerja dalam situasi yang selamat dan aman bagi meningkatkan kepuasan atau utility dalam menjalankan tugasan harian mereka. Kesan daripada tindakan tersebut, firma akan dapat mengurangkan masalah pusingganti (rotation) buruh yang tinggi (Janet, 1997). Melalui hasil kajian-kajian lepas, kepentingan OSH telah dibuktikan dan melonjakkan output dalam sector ekonomi. Maka dengan itu, kerajaan telah mengubal dan menguatkuasakan beberapa akta yang dapat mengawal serta memberikan panduan kepada majikan-majikan dalam menyediakan keadaan tempat kerja dan suasana kerja yang selamat dan teratur. Bermula pada awal tahun 1913, enakmen yang di panggil sebagai Machinery Enactmen of 1913 telah dikuatkuasakan di negeri-negeri bersekutu dan diperluaskan kepada negeri-negeri lain selepas tahun 1914. Sehingga tahun 1953, aspek kesihatan pekerja mula ditekankan apabila Ordinan Kejenteraan 1953 diperkenalkan dimana ordinan ini telah memansuhkan Machinery Enactmen of 1913 yang terpakai sebelum ini, dan digantikan kepada Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera di bawah Kementerian Buruh pada masa itu. Selepas itu Akta Petroleum 1984, Environmental Quality Act 1974 (EQA) dan Akta keselematan dan kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA) pula diperkenalkan bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja secara bersepadu. ( Buletin JKKP,1994). Selepas Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 1

diperkenalkan, negara telah berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada 1994, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan ada 109,447 kes kemalangan industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes pada tahun 2005, penurunan sebanyak 60 peratus sejak Akta ini diperkenalkan. Satu perkara tidak dapat dinafikan ialah aliran penurunan bilangan kemalangan ini nyata berlaku sejak kegitan berkaitan Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dijalankan sejurus selepas akta itu digubal pada 1994. 2.0 KAJIAN LITERATUR Persekitaran tempat kerja yang selamat dan sesuai amat penting dalam sesebuah organisasi untuk melindungi aspek OSH. Namun begitu, faktor manusia melalui penggunaan buruh dalam proses pengeluaran pasti akan mewujudkan keadaan yang sebaliknya. Menurut Yusof et al. (2002) dan Kazutaka et al. (1997) faktor tekanan kerja atau stress merupakan salah satu penyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan di tempat kerja. Di mana tekanan ini wujud akibat sukar menyesuaikan diri dengan penggunaan jentera yang berteknologi tinggi, kurangnya masa rehat akibat kerja lebih masa atau bekerja mengikut shift , ataupun wujudnya perbezaan budaya dalam organisasi pengeluaran yang dijalankan oleh syarikat multinasional. Contoh yang jelas seperti syarikat pengeluar peralatan elektronik yang dibuka oleh pelabur negara luar yang hanya mementingkan tingkat keluaran yang maksimum untuk keuntungan yang tinggi. Keadaan ini terbukti apabila Yusof et al. (2002) membuat kajian ke atas 242 operator pengeluar pengeluaran, yang menunjukkan 51.3 peratus daripada mereka mengalami tekanan keraja yang sederhana atau tinggi. Selain itu, sikap pekerja yang tidak mematuhi peraturan atau cuai semasa menjalankan tugas yang diberikan juga merupakan faktor manusia yang perlu ditekankan (Robbins dan Cenzo, 2001). Masalah ini amat ketara apabila sikap ini dilakukan oleh pekeraja di sector pembinaan ataupun pertanian. Untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja, pihak pengurusan atasan organisasi juga perlu berkerjasama. Seperti yang dikaji oleh Fadzli et al. (2002), factor majikan 2

dan penyelia juga merupakan penyumbang kepada keadaan persekitaran kerja yang tidak selamat serta kurang sesuai. Misalnya, majikan yang kurang mementingkan aspek keselamatan serta mengabaikan faktor rekabentuk ergonomik atau susun atur peralatan pejabat atau jentera, pasti akan menimbulkan masalah atau kemalangan yang tinggi sekiranya berlaku kebakaran ataupun perkara yang tidak diingini terjadi. Malah terdapat juga majikan yang kurang mementingkan kebajikan pekerja sehingga tahap kepuasan pekerja untuk menjalankan tugas adalah rendah. Di mana kebajikan pekerja seperti cuti rehat yang cukup, keadaan kantin yang bersih, program riadah seperti pertandingan sukan antara jabatan, serta mewujudkan program kesihatan seperti yang dicadangkan oleh Janet (1997), akan memberi kesan positif kepada penurunan kadar kemalangan, di samping dapat menaikkan imej syarikat atau nilai muhibah kepada bakal pekerja lain ataupun pelabur. Malah menurut Zafir et al. (2002), dan Janet (1997), pelaburan dalam aspek OSH ini akan dapat mengurangkan kos pengeluaran atau firma dalam jangka masa panjang. Sejak 12 tahun Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 diperkenalkan, negara Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemalangan industri. Pada 1994, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaporkan ada 109,447 kemalangan industri dan angka itu menurun kepada 43,385 kes (2005), penurunan sebanyak 60 peratus. Satu perkara tidak dapat dinafikan ialah aliran penurunan bilangan kemalangan ini nyata berlaku sejak kegitan berkaitan KKP dijalankan selepas akta itu digubal pada 1994. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn berkata, di samping Minggu KKP, negara juga menyambut Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada 28 April setiap tahun bermula 2005 bagi memperingati nasib mangsa kemalangan industri dan ahli keluarga. Aktiviti majlis itu tidak terbatas kepada isu bahaya fizikal di tempat kerja saja, sebaliknya memberi penekanan kepada bahaya psikososial seperti penyalahgunaan dadah dan alkohol dengan lima Seminar Pencegahan Dadah di tempat kerja dianjurkan dengan kerjasama JKKP tahun lalu kata Dr Fong. Selain itu, beberapa siri lawatan luar negara dilaksanakan majlis itu untuk menimba pengetahuan dan meluaskan pengalaman terutama dalam pengurusan pencegahan kemalangan industri di Jepun, Program Back to Work di Perancis dan 3

Keselamatan di tapak bina di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Dr Fong berpuas hati dengan peranan majlis itu kerana kerjasama dan komitmen yang baik di kalangan tiga agensi penting di bawah kementerian di dalam aspek KKP iaitu JKKP, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Perkeso. (Berita Harian, 02 March 2006 ). Kajian semula Pernyataan Polisi Telekom Malaysia (TM bhd) menggariskan komitmen Kumpulan terhadap OSHE di samping mematuhi undang-undang serta syarat-syarat Standard Organisasi Antarabangsa (ISO). Polisi yang disemak semula telah diperakui oleh Jawatankuasa Pengurusan OSHE Syarikat. Ia mengukuhkan komitmen TM dalam bahagian-bahagian berikut: Untuk mematuhi keperluan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) serta alam sekitar yang berkaitan. Untuk mengambil semua langkahyang wajar dan praktikal untukmeminimumkan bahaya kesihatandan risiko kecederaan bagi anggota TM, kontraktor-kontraktor dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan aktivitiaktiviti perniagaan TM. Untuk mengelakkan pencemaran dan kerosakan harta benda TM menerusi pengekalan sumber asli dan alam sekitar secara aktif. Untuk mempertingkatkan Sistem Pengurusan OSHE secara berterusan.

Bagi memastikan penguatkuasaan peraturan OSHE yang lebih meluas di tempattempat kerja, struktur urus tadbir OSHE telah disemak semula dalam suku tahun ketiga 2008, menjadikan Ketua Bahagian Pembangunan Rangkaian (ND) dan Operasi Rangkaian (NO) bertanggungjawab secara langsung ke atas perkara-perkara yang berkaitan OSHE. Satu ciri utama struktur OSHE yang baru ialah penubuhan satu Jawatankuasa ND dan NO OSHE yang mengawasi semua tugas jawatankuasa kawasan. Seterusnya, sejajar dengan penyusunan semula Pengurusan Modal Insan Kumpulan (GHCM), fungsi dan tanggungjawab Unit OSHE telah ditetapkan kepada dua pecahan unit yang utama: Polisi & Prestasi dan Pematuhan & Khidmat Nasihat. 4

dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan adalah lebih stabil. Tangga jenis ini merupakan yang pertama di Malaysia dan boleh dianggap satu contoh amalan terbaik untuk bekerja di tempat-tempat yang tinggi. Program latihan keselamatan ditempat tinggi telah dianjurkan bersama Institut

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), dan diperkenalkan pada akhir 2006.Seramai 400 orang anggota kontraktor menghadirinya pada 2007,dan lebih daripada 2,400 orang anggota kontraktor memperoleh pasport keselamatan mereka pada 2008. Program ini merupakan suatu integrasi usahasama di antara Unit OSHE, Bahagian Perolehan Kumpulandan Bahagian-Bahagian Operasi untuk menguatkuasakan keperluan OSHE yang baru dalam kontrak-kontrak. TM menjangkakan penyertaan 100.0% daripada Kontraktor Jadual Kadar Harga (JKH) dan Mini JKH pada suku pertama 2009, sebelum program ini berkuat kuasa sepenuhnya pada bulan April 2009. Merujuk kepada risiko berkaitan dengan kerja di tempat tinggi,Jawatankuasa Pengurusan OSHE TM bersetuju mewajibkan satu program latihan keselamatan kepada semua yang bekerja di tiang atau tangga. Program latihan ini akan diteruskan hingga 2009 bagi memenuhi keperluan anggota yang masih belum memanfaatkannya. Seramai 464 Pegawai Penyelia (SO) daripada Bahagian Pembangunan Rangkaian seluruh negara telah menghadiri latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan keupayaan mereka untuk memulakan langkahlangkah proaktif dan memantau pematuhan terhadap keperluan OSH oleh kontraktor dan anggota mereka ketika bekerja di lokasi-lokasi TM. Program latihan ini memenuhi keperluan pematuhan peruntukan OSHA 1994. Tahunan OSH TM Bhd, 2008) (Sumber:Laporan

Rajah 2.1 : Statistik kemalangan kerja Tanpa Hilang Upaya Kekal (THUK)

Rajah 2.2 : Statistik kemalangan kerja Hilang Upaya Kekal (HUK) Sumber : Lawan Web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja, 2011 6

3.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT DAN PENUBUHAN UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN ( OSHA ) TM UNIFI SDN BHD ditubuhkan pada Januari 2011 dan merupakan salah satu Syarikat yang berkaitan Telekomunikasi yang berkait rapat dengan Syarikat Komunikasi gergasi di Malaysia iaitu TM Berhad. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menyediakan satu system komunikasi canggih yang menggunakan teknologi Jalur Lebar berkelajuaan Tinggi atau Highspeed Broadband (HSBB). UniFi bermaksud Uni (kesatuan/perpaduan) dan Fi (fiber optic). Dengan kelajuan antara 5Mbps ke 20Mbps. Penggunaan Fiber digunapakai dan merupakan teknologi yang sangat popular untuk Local Area Network (LAN). Selain itu, syarikat telefon kini giat menukar saluran telefon biasa kepada kabel fiber optic. Di masa depan, hampir semua komunikasi akan menggunakan fiber optic. Oleh kerana penyediaan perkhidmatan ini juga tidak terkecuali daripadan risiko hazad dan kemalangan semasa bekerja, satu unit keselamatan dan kesihatan telah ditubuhkan bertujuan untuk mengelakkan,mengurangkan dan mengenalpasti punca-punca penyakit perkerjaan dan langkah-langkah pencegahannya serta kesan positif yang bakal diperolehi hasil daripada keberkesanan penubuhan unit ini. Didalam syarikat terdapat beberapa persekitaran kerja yang mana setiap satunya berbeza standard of prosedur (SOP),penggunaan peralatan pelindungan diri (PPE), dan langkah-langkah pencegahannya.Unit-unit tersebut dibahagikan kepada dua unit iaitu Network Operation Centre (NOC) dan Operation and Mantainance (OMT). Unit NOC terdedah kepada persekitaran dalam pejabat manakala unit OMT pula terdedah kepada persekitaran luar pejabat seperti kerja-kerja pemasangan peralatan di persekitaran tempat tinggi, didalam lurang, di bahu jalanraya dan premis pelanggan. Dengan menggunapakai Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA) 1994 (Akta 514), diharap dapat menyediaakan persekitaran dan tatakerja yang selamat dan selesa kepada pekerja-pekerja. Justeru itu, unit OSHA disyarikat ini akan merangka,menyediakan dan memastikan setiap SOP dan perlaksanaannya

diaplikasikan dan dipatuhi oleh setiap pengurus,ketua unit dan pekerja-pekerja bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. 3.1 CARTA ORGANISASI UNIT OSHA TM UNIFI

Managing Director Safety & Health Officer (secretary) Manager

Assistant Manager

Assistant Manager

Assistant Manager

Rajah 3.1 : Carta Organisasi Unit OSH TM Unifi Sdn Bhd 3.2 PENYATA DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TM UNIFI 3.2.1 Dasar

TM UNIFI SDN BHD bertekad untuk mempertingkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan dengan menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan secara teratur dan penuh tanggungjawab. Kami sentiasa berusaha untuk memastikan semua aktiviti, khidmat dan produk yang dihasilkan tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada para pekerja, pelanggan, orang awam dan sesiapa jua yabg berurusan dengan syarikat. Kami percaya bahawa system pengurusan kerja yang baik perlu disepadukan dengan prinsip keselamatan dan kesihatan serta diberi keutamaan yang sewajarnya. Pihak pengurusan, penyelia, jawatankuasa keselamatan dan kesihatan serta semua pekerja 8

akan bersama-sama berusaha untuk mencapai objektif dan misi syarikat melalui pendekatan yang digariskan oleh syarikat. 3.2.2 Tanggungjawab Pihak Pengurusan

a) Kewajipan menyediakan Polisi OSH (OSH 94 Act 514 Bah. IV : Seksyen16) i. ii. iii. iv. Menyediakan dasar yg bertulis. Semakan dari masa ke semasa dasar bertulis. Mengadakan susunatur dan perkiraan di dalam melaksanakan dasar tersebut. Memaklumkan kepada pekerja

b)

Kewajipan terhadap orang lain selain dari pekerja mereka ( Bah. IV : Seksyen17) i. ii. Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja

c) Bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan dasar dan memperuntukan sumber yang mencukupi bagi mencapai objektif tersebut d) Menyedia dan memelihara tahap keselamatan dan kesihatan yang tertinggi bagi setiap kemudahan peralatan dan system berserta dengan kebajikan dan kemudahan pertolongan cemas e) Memberi latihan dan bimbingan berkaitan aspek keselamatan dan kesihatan f) Menyediakan peralatan keselamatan dan perlindungan ( PPE) yang mencukupi

g) Mematuhi semua perundangan dan peraturan Negara serta mempraktikan amalan h) keselamatan yang terbaik

Memastikan setiap aktiviti dan lokasi kerja dibawah pengawasan

masing- masing selamat daripada risiko keselematan dan kesihatan i) Mewujudkan komunikasi yang berkesan antara pihak pengurusan dan pekerja j) Memastikan setiap kontraktor dan pembekal dipilih berdasarkan keperluan keselamatan dan kesihatan syarikat k) Mewujudkan dan mengemaskini prosuder kecemasan selaras dengan keperluan perundangan dan komuniti setempat 3.2.3 Tanggungjawab pekerja a) Setiap pekerja bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesihatan diri sendiri, rakan sekerja, syarikat dan masyarakat b) Mematuhi sebarang peraturan keselamatan dan kesihatan yang dibuat oleh pihak pengurusan c) Memakai peralatan perlindungan diri ( PPE) yg dibekalkan oleh majikan d) Berkerjasama dengan pihak pengurusan dalam semua aspek keselamatan dan kesihatan

10

3.2.4 Polisi dan Misi unit keselamatan Dan Kesihatan Pekerja TM UNIFI SDN BHD SAFETY AND HEALTH POLICY TM UNIFI SDN BHD Safety and Health Policy explicitly demonstrates our commitment and intension towards complying to the safety and health regulation such as the Occupational Safety and Health Act 1994 (OSHA), Factories and Machineries Act 1967 (FMA), Environmental Quality Act 1974 (EQA) and other applicable statutory obligations by local authorities, government department and agencies. The Safety and Health Policy outline our responsibilities in ensuring the safety, health and welfare management of employees, subcontractors and the general public is given appropriate attention. It also acts as a general guideline for creating, developing and implementing suitable safety program in the workplace. SAFETY CULTURE STARTS WITH YOU MANAGING DIRECTOR,

. Mohamad Sharmizi Bin Ab Razak DATE : 02 Januari 2011 Misi Untuk melatih,memantau, dan member khidmat nasihat serta membimbing pihak pengurusan dan pekerja-pekerja dalam meningkatkan kesedaran keselamatan

11

dan kesihatan agar dapat memujuk budaya kerja yang selamat berpandukan Akta OSHA94 (Act 514) dan garis panduaan daripada syarikat. 3.3 AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA 1994 ( OSHA 94) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah digubal pada 25 Februari 1994 dan bertujuan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua orang di tempat kerja.Ia telah digubal berdasarkan konsep peraturan kendiri dengan tanggungjawab utama bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terhadap orang yang mewujudkan risiko dan bekerja dengan risiko.Akta ini menyediakan proses perundingan pada peringkat dasar dengan penubuhan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.Proses perundingan juga merangkumi program keselamatan dan kesihatan yang dilaksanakan oleh majikan dan wakil pekerja sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Akta ini mengandungi 67 seksyen yang dibahagikan kepada 15 bahagian dan dilampirkan dengan tiga jadual.Tiga bahagian yang pertama menyatakan tujuan Akta dan menyediakan infrastruktur untuk perlantikan para pegawai dan Majlis Negara.Intipati Akta ini adalah peruntukan dalam bahagian IV hingga VI.Bahagian ini menyediakan kewajipan am mereka yang mewujudkan risiko contohnya majikan, orang yang bekerja sendiri, perekabentuk, pengilang, pembekal dan lain-lain dan mereka yang bekerja dengan risiko iaitu para pekerja.Bagaimana Akta ini dilaksanakan dan dikuatkuasakan adalah dijelaskan di dalam bahagian lain. Adalah diharapkan akta ini dapat menyumbang mempromosikan budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja di Malaysia.Garis panduan ini diterbitkan dengan tujuan untuk menyediakan maklumat yang terperinci dan membantu mereka yang menguatkuasakan Akta ini.Ia juga berguna kepada mereka yang bekerja ke arah memastikan pematuhan kepada peruntukan Akta ini.Perkara yang mempunyai kekaburan telah dikenalpasti dan garis panduan telah diberikan. - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,2006) 3.3.1 Tujuan Akta

12

a) Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja b) Untuk melindungi orang-orang ditempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang bekerja) daripada bahaya-bahaya c) Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi d) Untuk mengadakan suatu mekanisma kearah satu sistem perundangan yang berasaskan kepada peraturan dan tataamalan industri disamping peruntukkan Akta 3.3.2 Kewajipan am majikan (Sek 15,16,17) a) mengadakan program senggaraan pencegahan dan prosuder selamat terhadap penggunaan loji dan bahan b) memberikan latihan, pengetahuan dan penjagaan berterusan kepada pekerja c) memastikan tempat kerja selamat seperti housekeeping, pencahayaan dan lain-lain d) mengadakan program industrial hygiene bagi memastikan persekitaran kerja sihat cth. Alat pelindung diri (PPE), permonitoran, ujian LEV dan lain-lain.. e) Membentuk dasar bertulis berkenaan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan Komitmen oleh majikan 13

Keselamatan dan kesihatan disepadukan didalam misi, matlamat dan objektif organisasi mewujudkan sistem untuk mengurus keselamatan dan kesihatan f) Menjalankan pengusahaan dengan cara yang tidak boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan orang lain

g)

Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaannyayang boleh menyentuh keselamatan atau kesihatan orang lain

3.3.3 Kewajipan Am Pekerja a) Memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja b) Memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap OSHA 1994 c) Memakai peralatan perlindungan diri ( PPE) yg dibekalkan oleh majikan d) Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah OSHA 1994 dan peraturan-peraturan

3.4 JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA ( JKKP )

14

Jabatan ini berada dibawah Kementerian Sumber Manusia.Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan, kebajikan orang orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti-aktiviti pekerjaan(OSH 1994).Antara fungsi utamanya adalah untuk mencegah Kemalangan Industri dan Penyakit Pekerjaan dengan objektif mengurangkan kadar Kemalangan Maut sehingga 20% , mengurangan kadar Kemalangan yang dilaporkan(maut, huk, thuk) sehingga 20% menambahan jumlah pemeriksaan penguatkuasaan sehingga100% serta promosikannya sehingga 200% dan memastikan penambahan jumlah pengamal KKP kepada 10,000 orang.Undang-undang yang dikuatkuasakan oleh JKKP ialah Akta keselematan dan kesihatan Pekerjaan 1994 ( OSHA), Akta Petroleum 1984, Akta Kilang dan Jentera 1967 (FMA) 4.0 PENCEGAHAN KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA Elemen utama dalam mencegah dan mempertingkatkan keselamatan terdiri daripada tiga aspek penting dan perlu perlu dititikberatkan dalam mencegah kemalangan. a) Mencegah perbuatan yang tidak selamat. cth. Tidak memakai cermin pelindung semasa mengunakan gerudi b) Mencegah persekitaran yang tidak selamat. cth. lantai licin.80% daripada kemalangan disebabkan oleh perbuatan yang tidak selamat manakala 80% daripada punca kemalangan boleh dicegah oleh pihak pengurusan c) Kebanyakan dikenalpasti. 4.1 KRITERIA MENCEGAH KEMALANGAN kemalangan boleh dielak Jika puncanya dikenalpasti,

kemungkinan kejadian yang sama sukar terjadi dimasa hadapan jika puncanya

15

a) Kerjasama majikan dan pekerja b) Diterajui oleh Pihak atasan c) Perlu mengadakan polisi yang jelas dan boleh di laksanakan d) Kerjasama dari pihak majikan dalam memberi sokongan kewangan dan tenaga kerja e) Cara-cara yang bersesuai dengan tempat kerja digunapakai f) Menjadikan unsur keselamatan adalah salah satu prestasi syarikat. 4.1.1 Mengenalpasti Hazad Hazad adalah sesuatu keadaan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemalangan dan boleh menyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa, kerosakan, kemusnahan peralatan, kemusnahan persekitaran dan kerosakan barang-barang bernilai.Terdapat beberapa jenis hazad iaitu: fizikal : Bising, getaran, Tekanan mrental haba Kimia : Tumpahan, pembebas wasap Biologikal : Aedes, Aids, Virus, Bakteria Kebakaran Bahan Api Elektrikl : litr pintas, kebakaran, kejutan elektrik Mekanikal: Terpotong, guris, calar Radiasi : UV, Non-lonization Ergonomik Pengendalian secara manual Letupan : Tabung gas

4.1.2 Mengawal risiko hazard Berikut adalah kaedah untuk mengawal risiko sesuatu hazard a) Menghapuskan hazard (Eliminate) b) Menggantikan hazard (Substitute) c) Kawalan rekabentuk/kejuruteraan (Engineering) 16

d) Menghadkan dedahan kepada hazard/kawalan pentadbiran (Administrative) e) Peralatan perlindungan diri.

Biologikal

Radiasi

Toxic

Bahaya

Mudah Terbakar

Rajah 4.1 : Simbol-simbol Hazard

4.1.3 Penguatkuasaan Keselamatan Am Berpegang kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan (OSHA) 94 Act 514, Beberapa garis panduan dan amalan kerja yang wajib diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap majikan, ketua unit dan pekerja-pekerja bagi mengenalpasti punca dan cara-cara pencegahan hazad dan bahaya persekitaran agar amalan kerja akan terjamin keselamatannya dan seterusnya dapat menghindarkan diri daripada terlibat dengan kemalangan di tempat kerja. Tujuan penguatkuasaan juga adalah bertujuan bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di TM UNIFI SDN BHD akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak selamat oleh majikan, ketua unit dan pekerja-pekerja. 4.1.4 Perlaksanaan Keselamatan Am a) Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di dalam Premis Syarikat b) Laporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaaan tidak selamat yang mana boleh mendatangkan kecederaan kepada manusia dan kerosakan kepada harta benda.

17

c) Pastikan semua peralatan dan bahan-bahan disimpan di tempat yang betul serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih. d) Gunakan perkakas dan peralatan yang betul dan selamat ketika bekerja. e) Sekiranya anda atau peralatan yang anda kendalikan terlibat dalam kemalangan, laporkandengan segera serta dapatkan bantuan mula. f) Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan hanya boleh dilakukan apabilamendapat kebenaran untuk melakukannya. g) Gunakan peralatan perlindungan diri yang telah diluluskan dan pastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik. h) Jangan bergurau dan elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja. i) Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan bantuan sekiranya perlu. j) Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan Pejabat k) Patuhi semua arahan, prosedur, tanda amaran, peraturan dan undang-undang Syarikat l) Rujuk Pegawai khas yang berkenaan bagi mendapatkan arahan, prosedur dan garis panduan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. m) Kenalpasti pintu keluar dan laluan kecemasan bagi bangunan dimana anda berada. n) Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan di tempat berkenaan. 18

4.2

PERALATAN PELINDUNGAN DIRI (PPE) Objektif pemakaian peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah untuk melindungi pekerja dari risiko kemalangan atau kecederaan dengan mengadakan serta mewujudkan suatu penghadang atau perlindungan daripada bahaya-bahaya ketika di tempat kerja. Penggunaan peralatan perlindungan diri bukan suatu gantian diri untuk kaedah kawalan kejuruteraan dan amalan kerja yang paling baik atau berkesan tetapi ianya perlulah juga digunakan bagi menjaga keselamatan dan kesihatan para pekerja. Ia menggariskan keperluan perlindungan untuk mata, muka, kepala, kaki dan tanggan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekal, diguna, dan diselenggarakan bilamana keperluan dan pengunaannya telah dikenal pasti dapat digunakan untuk mengurangkan risiko berlakunya kemalangan atau penyakit akibat aktiviti yang dijalankan. Peralatan perlindungan diri ( PPE ) akan dibekalkan kepada pekerja berdasarkan keperluan aktiviti kerja untuk kegunaan peribadi semasa kerja, seperti yang digariskan dalam dasar penggunaan peralatan perlindungan diri. 4.2.1 Dasar Adalah menjadi dasar syarikat untuk menyediakan peralatan perlindungan diri yang sesuai dan memenuhi piawaian kepada pekerja-pekerja yang menjalankan aktivitiaktiviti kerja seperti berkerja di dalam pejabat, bekerja di dalam ruang terkurung ( Confined Space ), bekerja di luar pejabat, seperti di tempat tinggi, di tepi / atas jalan raya dan kawasan pembinaan dan sebarang aktiviti kerja yang telah dikenal pasti memerlukan penggunaan PPE. 4.2.2 Tanggungjawab a) Majikan (Pihak Pengurusan) 19

Pihak pengurusan setempat ( line management ) adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penggunaan dan pemakaian perlindungan diri ( PPE ) para pekerja di lokasi kerja, ini adalah termasuk :

i. ii.

Mengenal pasti dan membekalkan PPE yang bersesuaian kepada para pekerja. Memastikan pekerja telah dilatih tentang cara penggunaan, penjagaan dan pembersihan PPE.

iii.

Menyimpan dan mengemaskini rekod-rekod pengagihan PPE kepada pekerja dan latihan yang telah dijalankan.

iv.

Majikan hendaklah memastikan pemakaian PPE telah dipatuhi segi penggunaan dan penjagaan yang betul dengan menjalankan pemeriksaan dan pemantauan berterusan.

v.

Mendapatkan bantuan unit OSH untuk mengenalpasti dan melihat bahayabahaya ( hazards ) di tempat kerja

vi.

Memaklumkan kepada unit OSH sekiranya terdapat bahaya baharu atau sebarang penambahan atau pengurangan terhadap proses kerja.

vii.

Memastikan peralatan perlindungan diri yang rosak atau tidak berfungsi digantikan seberapa segera.

b) Pekerja i. Pengguna / pemakai peralatan perlindungan diri ( PPE ) adalah bertanggungjawab terhadap keperluan seperti berikut : ii. Menggunakan atau memakai PPE seperti yang diperlukan berdasarkan arahan atau prosedur kerja. iii. iv. 20 Menghadiri sesi latihan penggunaan dan penjagaan PPE yang diperlukan. Menjaga dan menyelenggara PPE sebagai mana diperlukan.

v.

Memaklumkan kepada pemyelia tentang keperluan membaiki atau menggantikan PPE yang rosak.

vi.

Membuat penilaian dan mengemaskini tahap keberkesanan penggunaan PPE secara keseluruhannya.

c) Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan i. Unit OSA adalah bertanggungjawab terhadap pembangunan, khidmat nasihat dan tunjuk ajar terhadap perlaksanaan peralatan perlindungan diri ( PPE ) dikalangan pekerja. Antaranya adalah: ii. Menjalankan aktiviti mengenal pasti dan menilai bahaya yang di tempat kerja bagi menentukan keperluaan penggunaan PPE. iii. Memyimpan dan mengemaskini rekod-rekod aktiviti penilaian bahaya, memberi latihan dan bantuan teknikal kepada majikan tentang cara-cara penggunaan dan penjagaan PPE yang dibekalkan iv. Memberi khidmat nasihat dan panduan kepada majikan, dari segi pemilihan dan pembelian PPE. v. Membuat penilaian semula dari segi kesesuaian dan keberkesanan PPE yang sedang digunapakai.

4.2.3 Perlindungan Mata Dan Muka serta Perlaksanaannya a) Setiap pekerja yang berada atau bekerja di lokasi kerja / menjalankan aktiviti kerja yang telah dikenalpasti mendatangkan bahaya kepada mata, dikehendaki memakai pelindung mata sebagai langkah pencegahan kecederaan mata. b) Sebagai langkah perlindungan pekerja, majikan ( ketua, pengurus, penyelia ) berkenaan hendaklah membekal dan menyediakan cermin mata keselamatan (safety glass) atau goggles yang bersesuaian kepada pekerja.

21

c) Bagi pekerja yang menggunakan kacamata ( prescription glass ), mereka hendaklah dibekalkan dengan perlindungan mata yang sesuai iaitu boleh dipakai bersama kacamata. d) Perlindungan yang sesuai hendaklah digunakan bila masa pekerja terdedah kepada bahaya seperti objek melayang, percikan besi panas, tumpahan / percikan asid dan sebagainya. e) Safety glass atau goggles dan perlindungan muka ( face shield ) hendaklah digunakan bersama semasa menjalankan aktivi kerja sekiranya terdapat potensi bahaya percikan / tumpahan asid atau bahan kimia. 4.2.4 Perlindungan Kepala dan Perlaksanaannya a) Topi keselamatan hendaklah dibekalkan kepada setiap pekerja untuk digunakan semasa berada atau bekerja di lokasi kerja / aktiviti yang terlalu bahaya dikenalpasti terhadapnya terhadap risiko kepada kecederaan kepala akibat bahaya tertimpa / tercucuk objek yang jatuh. b) Kecederaan kepala biasanya disebabkan oleh objek yang melayang atau terjatuh, atau terlanggar sesuatu objek. Topi keselamatan mestilah mampu menahan / menyerap kesan hentakan atau tekanan akibat tertimpa objek yang jatuh. Ketahanan bahagian luar topi keselamatan direka / diperbuat sebegitu rupa supaya mampu menahan hentakan dan bahagian dalam topi terdapat abah-abah ( harness ) yang akan menahan / menghalang bahagian luar topi dari terkena kepala pemakai.

22

Rajah 4.2 : Safety Glasses dan Topi keselamatan

4.2.5 Perlindungan Kaki dan Perlaksanaannya a) Kasut keselamatan adalah diperlukan semasa menjalankan aktiviti kerja seperti mengendali atau mengangkat objek atau peralatan berat dimana terhadapnya risiko kepada kecederaan kaki akibat terhempap atau dihentak oleh objek tersebut. Ciri keselamatan di bahagian depan kasut (steel-toe cap) dapat melindungi kaki, terutama jari-jari kaki, dari bahaya hentakan tersebut. b) Ciri keselamatan di bahagian depan kasut dapat memberi perlindungan kepada kaki pekerja dari risiko kecederaan akibat bahaya dihempap, digelek oleh jentera mesin atau objek yang bergerak. c) Tapak kasut keselamatan yang diperbuat dari getah serta ciri-ciri ketahanan dari minyak dan haba boleh melindungi kaki, terutamanya tapak kaki, dari bahaya tergelincir dan lecuran atau lelasan kulit akibat kesan kimia berbahaya.

4.2.6 Perlindungan Tangan dan Perlaksanaannya a) Kemalangan yang melibatkan kecederaan tangan boleh diklasifikasikan di dalam empat kategori iaitu luka, lelasan kulit, lecuran dari haba atau kepanasan dan kesan / bahaya bahan kimia. b) Sarung tangan perlulah dipakai semasa mengendali atau memegang objek yang mempunyai bahagian tepi yang kasar dan tajam, objek yang terlalu panas atau sejuk. Jenis sarung tangan yang perlu diguna pakai untuk aktiviti tersebut adalah seperti kulit, sarung tangan untuk kegunaan kerja kimpalan, sarung tangan berpenebat dan sebagainya.

23

c) Sarung tangan haruslah diganti secara berkala, bergantung kepada kekerapan penggunaan dan ketahanannya terhadap bahan atau objek yang dikendalikan.

4.2.7 Tali Pinggang Keselamatan dan Perlaksanaannya a) Tali pinggang keselamatan mestilah dipakai ketika bekerja di kawasan atau di tempat tinggi yang boleh mengakibatkan seseorang jatuh pada jarak melebihi 10 kaki. Dengan menggunakan tali pinggang dengan betul, penggunaannya dapat menggurangkan risiko dan mengawal bahaya jatuh. b) Apabila berkerja di tempat tinggi, tali mestilah dipendekkan seseberapa yang boleh dan diikat dengan kukuh. c) Tali keselamatan hendaklah diperiksa sebelum digunakan dan digantikan sekiranya perlu. d) Jangan bergantung penuh dengan tali pinggang keselamatan sehingga ianya telah diperiksa dahulu dengan teliti. 4.2.8 Jaket Pemantulan Cahaya dan Perlaksanaannya a) Jaket pemantul cahaya adalah jaket yang berfungsi memantul cahaya supaya ianya lebih jelas dilihat oleh orang awam atau pengguna jalan raya terhadap pekerja yang sedang bekerja. b) Pemakaian jaket pemantul cahaya boleh memberi amaran kepada penggunapengguna jalanraya bahawa terdapatnya pekerja sedang berada / bekerja di jalan raya. c) Jaket pemantul cahaya hendaklah sentiasa dipakai apabila bekerja atau berada di kawasan jalan raya di mana terdapat bahaya dilanggar oleh kenderaan terutamanya di dalam suasana gelap atau malam.

24

d) Pemakai jaket tersebut boleh dilihat dengan jelas walaupun dari jarak yang jauh oleh pengguna jalan raya dan dapat mengurangkan risiko kemalangan dilanggar oleh kenderaan.

4.3 PANDUAN KESELAMATAN DI PEJABAT Panduan keselamatan bertujuan untuk memudahkan majikan dan pegawai yang terlibat dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di pejabat dalam mengenapasti keperluan dan tindakan yang perlu diambil bagi memastikan persekitaran pejabat berada dalam keadaan selamat dan kondusif serta mematuhi Akta Persekitaran dan Keselamatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) OSHA 1994. Kaedah panduan adalah dengan mengemukakan persoalan-persoalan dalam perkara-perkara yang berkait rapat dengan isu-isu keselamatan dan persekitaran pekerjaan di mana ianya dapat membantu bagaimana pelan tindakan diambil bagi mewujudkan persekitaran pejabat yang selamat, ceria, bersih dan kondusif. Umumnya, seseorang bekerja selama 8 jam sehari di tempat kerja. Ini merupakan satu jangka masa yang panjang. Oleh itu, keselamatan di tempat kerja perlu dititikberatkan oleh setiap pekerja dan majikan. Oleh yang demikian, beberapa peraturan keselamatan umum di pejabat perlu dipatuhi dan dijadikan amalan berterusan. Objektif panduan adalah untuk mengenalpasti bahaya-bahaya di dalam pejabat yang yang perlu di titikberatkan dan dikawal bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku. . Setiap pejabat juga perlu menerapkan prinsip 5s iaitu Seiri, Seiton, Sieso, Seiketsu dan Shitsuke (kekemasan, kebersihan, standard, displin dan psikologi) organisasi. Dengan ini, pasti akan dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja kerana tahap persekitaran tempat kerja yang bersih, cara penglabelan bahan berbahaya yang sistematik serta susun atur peralatan yang kemas dari segi ergonomik (Mary , 2000). 4.3.1 Panduan Keselamatan Am di pejabat 25

Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh peralatan, perabot, dawai elektrik dan lain-lain. a) Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik. b) Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan dedahan sinar UV. c) Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali dibuka. d) Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat seperti almari, meja, peralatan dan kotak supaya tidak mengalami kecederaan manual. Gunakan troli jika perlu. e) Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air minuman. f) Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan. g) Pastikan alat pemadam api mudah dicapai. h) Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera sekiranya berlaku kebakaran. i) Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan kepenatan. 4.3.2 Prosedur dan perlaksanaan keselamatan pejabat a) Laluan Selamat Setiap Majikan, Ketua unit dan pekerja hendaklah Menyediakan laluan selamat di dalam premis yang diawasi. Memastikan laluan selamat yang dibina boleh digunakan sebagai laluan kecemasan sekiranya berlaku keadaan kecemasan atau kecemasan 26

kebakaran. Memastikan laluan selamat sentiasa bersih dan bebas daripada halanganhalangan yang boleh mengganggu lalulintas. Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan di laluan berkerja adalah dilarang sama sekali.

b) Ruang Bekerja Majikan dan Ketua unit hendaklah menyediakan ruang bekerja yang selamat dan secukupnya di dalam premis yang diawasi dan setiap pekerja hendaklah memastikan ruang bekerja bebas daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan. c) Alat pemadam Api Majikan dan Pegawai OSH adalah bertanggungjawab memastikan semua peralatan pemadam kebakaran diselenggara dan boleh berfungsi dengan baik dan diletakkan di tempat yang sepatutnya. Majikan dan pegawai berkenaan hendaklah menandakan tempat berkumpul semasa kecemasan dan memaparkan pelan evakuasi semasa kecemasan .Adalah menjadi satu tanggungjawab pihak pengurusan untuk melakukan latihan kebakaran bersama para pekerja dengan bantuan pihak bomba. d) Peti Pertolongan Cemas Pegawai berkenaan atau penolong cemas adalah bertanggungjawab memastikan Peti Pertolongan Cemas ditempatkan di dalam pejabat.Penolong Cemas hendaklah memastikan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas sentiasa mencukupi setiap masa. Setiap majikan,pegawai dan para pekerja hendaklah menjaga dan tidak menyalahgunakan perkakasan dan ubat-ubatan di dalam Peti Pertolongan Cemas yang disediakan. Pegawai Penolong Cemas PTJ adalah bertanggungjawab merancang aktiviti penyelenggaraan kemudahan dan peralatan pertolongan cemas. Penolong Cemas hendaklah menyelenggara semua kemudahan dan peralatan. e) Visual Display Units (VDUs) Penyelidikan yang lama telah dibuat dari segi keselamatan dan kesihatan tentang kesan penggunaan VDUs kepada para penggunanya. Faktor keletihan anggota badan 27

bukan disebabkan oleh penggunaan VDUs kerana sinaran atau radiasi yang dikeluarkan oleh VDUs adalah terlalu kecil dan tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna. Faktor keletihan besar kemungkinan disebabkan oleh cara duduk yang salah dan etika penggunaan alatan VDUs yang tidak mengikut prosedur yang disyorkan. Ini boleh dikaitkan dengan aspek Ergonomik terhadap reka bentuk kerusi,meja dan peralatan-peralatan yang lain. Oleh itu, parameter ergonomik dan perlaksanaan yang disyor adalah seperti berikut : i. ii. iii. Ketinggian kerusi mestilah boleh diubah mengikut kesesuaian pekerja Posisi papan kekunci hendaklah samarata dengan lengan pengguna Skrin VDUs hendaklah diletakkan di tengah-tengah dan 90 pada arah memandang, mata pengguna memandang kebawah sedikit kearah skrin pada sudut 15- 20. Penggunaan kerusi yang boleh berpusing dan diubah ketinggiannya amat digalakkan untuk pengguna VDUs sepenuh masa iv. Jarak diantara pengguna dengan skrin adalah sekitar 35cm ke 80cm untuk mendapatkan jarak pandangan dan cara duduk yang sesuai dan selesa.

Rajah 4.3 : Parameter ergonomic dan prosedur duduk yang betul 28

v.

Elakkan cara duduk dengan keadaan static dan tidak berubah pada tempoh masa yang lama, duduk dalam keadaan membongkok dan duduk yang tidak selesa.

vi.

Berehat seketika 10 saat30 saat pada masa 30 minit dan lakukan pergerakkan badan,tangan, kaki dan stretching. Perbanyakan riadah selepas waktu kerja.

vii.

Laporkan kesakitan dan ketidakselesaan kepada ketua unit dan jika perlu, buat pemeriksaan dengan doctor di klinik atau hospital f) Penghawa dingin

Sistem hawa dingin adalah keperluan penting kepada sesebuah pejabat bagi menjamin keselesaan setiap anggota di dalam perjabat. Kerja-kerja penyelenggaraan perlu dibuat dan mengenalpasti bahaya yang terhasil daripada system ini dan sewaktu proses penyelenggaraannya. Terdapat empat jenis hazad yang terhasil daripada system hawa dingin yang perlu diberi perhatian dan panduan tentang pencengahannya iaitu : i. Bahaya Mekanikal terdapat banyak bahagian yang bergerak seperti belt, pully dan gear. Bekalan kuasa perlu dimatikan terlebih dahulu sebelum melakukan penyelenggaraan. ii. Bahaya Elektrikal pastikan kondiut yang digunakan mempunyai sambungan dawai bumi bagi mengelakkan insiden litar pintas dan jangan menggunakan peralalatan yang tidak ditebat secukupnya. iii. Bahaya Kimia Gas Refrigerant terkandung di dalam system hawa dingin dan kebocoran silinder boleh melepaskan gas tersebut seterusnya mengakitkan kecederaan terutamanya mata.Oleh itu, penggunaan safety goggles adalah diwajibkan kepada pekerja penyelenggaraan.

29

iv.

Bahaya Persekitaran Sistem hawa dingin split unit menggunakan outdoor unit untuk dipasang diluar banggunan pejabat. Pekerja penyelenggara yang terdedah kepada cuaca panas digalakkan untuk memakai peralatan PPE yang sesuai. g) Peralatan Elektrik

Kemalangan disebabkan oelh peralatan elektrik perlu dielakkan dengan mematuhi peraturan IEE yang disarankan. Namun langkah-langkah pencegahannya perlu ditekan bagi mengelakkan insiden litar pintas dan kejutan elektrik daripada terjadi.Panduan yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan adalah : i. Pengiraan beban tersambung, kehendak maksima, kebolehan current carrying, sust voltan, pemutus litar dan lain-lain perlu dititik beratkan ii. Rekabentuk pendawaian perlulah mengikut piawaian dan mempunyai system perlindungan iii. Menggunakan system pembumian BS 6651: 1985 sebagai panduan dan memastikan setiap peralatan elektrik mengikut piawaian ini.

4.4 PANDUAN KESELAMATAN DI RUANG TERKURUNG Kerja-kerja pendawaian atau splicing kabel optic kebanyakkannya dilakukan di dalam lubang sempit dibawah permukaan tanah. Ruang terkurung adalah ruang yang mempunyai laluan keluar dan masuk yang terhad . Keadaan di dalam ruang berada pada tekanan atmosfera yang tinggi yang boleh merbahayakan pekerja. Ruang terkurung adalah seperti lurang (manhole) dan ruang terhad (confined space). Justeru itu, pihak OSH dan majikan perlu memastikan setiap panduan disediakan dan perlu dipatuhi oleh setiap pekerja agar kemalangan dan insiden buruk dapat dielakkan.

30

4.4.1 Prosedur dan perlaksanaan keselamatan di ruang terkurung ( lurang) a) Kawalan kemasukan ke dalam lurang Penyelia hendaklah memastikan sekurang-kurangnya tiga orang pekerja yang mengendalikan tugas tersebut,iaitu dua orang yang bertugas di dalam lurang dan seorang berada di atas lurang ( stanby person) b) Peralatan kerja dan keselamatan i. Penyelia hendaklah memeriksa keadaan dan jenis peralatan yang perlu dibawa sebelum keluar ke lokasi kerja dengan membuat semakan (checklist) ke atas peralatan tersebut. ii. Penyelia perlu memastikan pekerja memakai peralatan perlindungan diri (PPE) seperti topi,kasut , sarung tangan keselamatan, jaket pemantul cahaya dan abah-abah (hardness) yang disambung pada tali hidup serta membawa sekali escape set dan gas detector. iii. Pemasangan papan tanda amaran, kon keselamatan dan lampu amaran (blinker/flashing light) yang mencukupi perlu dipantau oleh penyelia agar berada pada jarak yang ditetapkan berdasarkan arahan pihak berkuasa tempatan. Jika perlu,arahkan seorang pekerja untuk mengawal lalulintas. iv. Pengcahayaan yang sesuai dan mencukupi perlu disediakan semasa berkerja di dalam lurang dan hanya lampu suluh berciri intrinsically safe sahaja yang boleh digunakan 31

c) i.

Persekitaran Kerja Penyelia perlu memastikan sekiranya ada air di dalam lurang, perlu dikeringkan terlebih dahulu dengan menggunkan pam air dan air buangan perlu disalurkan ke tempat yang sesuai.

ii.

Peralatan seperti blower hendaklah dipastikan tidak diletak diluar had kawasan kerja yang mana boleh menyebabkan gangguan lalulintas

iii.

Kekotoran atau sebarang objek disekeliling bingkai lurang perlu dibersihkan supaya penutup lurang dapat ditutup dengan sempurna bagi mengelakkan bahaya kepada orang awam.

iv.

Penyelia hendaklah memastikan tiada pekerja yang merokok dan menyalakan api terbuka yang bukan untuk tujuan kerja serta makan dan minum semasa berada di dalam lurang.

v.

Setelah selesai kerja-kerja di lurang, pastikan pekerja-pekerja membersihkan diri dengan membasuh kaki dan tangan menggunakan sabun antiseptic bagi mencegah jangkitan penyakit dan bahaya biologi.

32

Rajah 4.4 : Peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kerja-kerja di lurang

4.5 PANDUAN KESELAMATAN DI TALIAN ATAS Talian atas adalah tempat kerja yang biasanyan melebihi 10 kaki dan tidak melebihi 30 kaki dimana pekerja pada biasanya memerlukan bantuan seperti tangga atau skylift . Pemantauan keselamatan yang tidak mengikut garis panduan yang betul boleh mengakibatkan perkerja jatuh dan tercedera. Merujuk kepada risiko berkaitan dengan kerja di tempat tinggi,pihak pengurusan syarikat bersetuju mewajibkan satu program latihan keselamatan kepada semua yang bekerja di tiang atau tangga. Untuk memastikan tahap keselamatan yang lebih baik dan meminimumkan kecederaan, tangga-tangga aluminium mudah alih baru dengan ciri-ciri keselamatan tambahan yang menepati standard BS 2037:1994 telah diperkenalkan untuk kegunaan pekerja. Penggunaan peralatan pelindungan diri juga akan diberi perhatian dan pemantauan yang sewajarnya. 4.5.1 Prosedur dan perlaksanaan keselamatan di talian atas a) Kawalan keselamatan kerja-kerja berhampiran jalan raya i. Pemasangan papan tanda amaran, kon keselamatan dan lampu amaran (blinker/flashing light) yang mencukupi perlu dipantau oleh penyelia agar berada pada jarak yang ditetapkan. ii. Jarak yang selamat adalah tidak kurang daripada 2 kali ganda jarak memberek bagi kenderaan yang memandu pada kelajuaan maksimum untuk had laju dikawasan itu. Bagi jalanraya utama,papan tanda amaran hendaklah dipastikan oleh penyelia bertugas diletakkan pada jarak 50 150 meter dari kawasan kerja. Pita amaran hendaklah dipasang mengelilingi kawasan kerja 33

atau dimana terdapat pekerja iii. Penyelia perlu memantau jika kaki tangga perlu diletakkan pada jalan raya, kenderaan syarikat dan tanda amaran perlu diletakkan di antara arah oncoming traffic dan tangga sebagai penghadang berserta peralatan lain seperti kon keselamatan dan lampu amaran. b) Keselamatan kerja penanaman tiang i. ii. Penyelia perlu menguji dan memastikan keseimbangan tiang yang ditanam. Gunakan tali yang diikat di atas tiang dan tarik tali di tiga penjuru dengan jarak 120 antara tali ke tali yang lain. Pekerja perlu memastikan tiang seimbang dan selamat dikendalikan. iii. Pastikan tiang ditanam pada jarak sekurang-kurangnya 3 kaki ke bawah (backfilling) dan tali dilepaskan selepas tiang telah dipastikan benar-benar seimbang dan kukuh. iv. Penyelia perlu melakukan ujian ketahanan tiang dengan menguji pangkal tiang tidak berlubang dan rosak bagi mengelakkan tiang patah. Pastikan juga tiang tidak berada pada keadaan condong. Selepas ujian dibuat, baru boleh dilakukan kerja-kerja pengambusan tanah. v. Bagi tiang yang sedia ada, ujian tolak (push test) perlu dilakukan dengan menyandarkankan tangga kebahagian tiang. Selepas dipastikan tiang selamat, barulah pekerja dibenarkan untuk naik ke atas dan melakukan kerja-kerja di talian atas. c) i. Keselamatan kerja diatas tiang Tangga hendaklah diperiksa oleh penyelia terlebih dahulu untuk memastikan bahawa tangga adalah selamat digunakan dan jenis tangga adalah mengikut 34

piawaian akta keselamatan yang disyorkan ii. Penyelia perlu memastikan hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk bekerja diatas tangga pada satu-satu masa. iii. Kaki tangga hendaklah dipastikan oleh pekerja diletakkan di kawasan rata dan kuat serta perlu meletakkan bahagian atasnya pada tempat yang kukuh. Adalah penting untuk memastikan tangga tidak mudah menggelongsor. iv. Penyelia perlu memastikan pekerja memakai peralatan pelindungan diri yang lengkap seperti topi keselamatan,sarung tangan,jaket keselamatan dan tali pinggang keselamatan yang sentiasa diikat pada tiang. v. Bagi kerja atas tiang yang lama, adalah digalakkan untuk menggunakan sky lift kerana ia lebih selamat berbanding tangga disebabkan keadaan yang lama diatas tiang akan menyebabkan kepenatan dan ketidakselesaan pada pekerja.

Rajah 4.5 : Perkerja di talian atas

35

5.0 KESIMPULAN Selain daripada penguatkuasaan OSHA 1994 oleh pihak JKKP, pihak majikan serta pekerja juga perlu memainkan peranan secara kolektif. Di mana pelbagai program atau pendekatan yang boleh diterapkan oleh pihak pengurusan untuk mewujudkan kumpulan masyarakat yang peka dengan elemen OSH serta bebas daripada bencana atau kemalangan maut yang terlalu tinggi. Manakala Azlah et.al (2002) pula mementingkan keberkesanan penyeliaan di tempa kerja. Ini kerana penyelia merupakan pekerja yang berpengalaman dan perlu memberi tunjuk ajar tentang prosedur bekerja yang sewajarnya. Penerapan prinsip 5s iaitu Seiri, Seiton, Sieso, Seiketsu dan Shitsuke perlulah diberi galakan oleh pihak pengurusan seperti penglabelan bahan berbahaya yang sistematik dan susun atur peralatan yang kemas dari segi ergonomik (Mary , 2000), pasti dapat meningkatkan lagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.Hasil daripada pemantauan penuh, perlaksanaan dan kesedaran dari setiap majikan, ketua-ketua unit, penyelia dan para pekerja, pasti akan memberikan banyak kesan yabg positif kepada keselamatan dan kesihatan diri sendiri seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti syarikat. Pelbagai usaha boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan di tempat kerja. Sikap produktif terhadap pemantauan dan penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan perlu dilakukan oleh pihak pengurusan dengan menyediakan panduan dan mencadangkan satu pendekatan yang boleh membantu dalam usaha-usaha efektif yang bertujuan untuk mengurangkan kadar kematian dan kemalangan di tempat kerja dan syarikat. Hasilnya, kebaikan yang diperolehi daripada panduan dan perlaksanaan melalui garis panduan keselamatan dan kesihatan syarikat amatlah menguntungkan kerana dapat menghasilkan persekitaran kerja yang selamat,selesa dan dihindari dari insideninsiden yang tidak diingini. 36

RUJUKAN Abdul Rahman Talib. 2003. Garispanduan Sistem Pengurusan Keselamatan dan keshitan Pekerjaan (OSH-S/ILO-OSH 2001). Majlis Taklimat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,UKM Zafir Mohamed dan Fazilah Mohamad. 2003. The Occupational Safety and Health Issues In Malaysia, Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Kazutaka Kogi and Tsuyoshi Kawakami. 1997.Psychosocial Issues. Environmental Management and Health: MCB University Press. Mary OhEocha. 2006.A Study of Influence of Company Culture, Communications and Employee Attitudes on The Use of 5Ss For Environmental Management at Cooke Brother Ltd, Vol. 12 No. 5: MCB University Press Laporan tahunan 2008, Keselamatn,kesihatan pekerja dan alam sekitar (OSHE), 184195, TM Berhad. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerja .2002. Manual Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja. Edisi Pertama: Julai 2002, MKKP 01-22. TM Berhad M.Mansur, A. Mokhtar, dan Z. Abdul Karim 2006. Penguatkuasaan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 Di Malaysia. Fakulti Ekonomi, Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. A.Md Ali, R.Thuaibah, dan R.Syaharizatul. 2007.Penyeliaan Efektik Dalam Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Industri. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. OSHA 1998. Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) and Regulations = Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) dan Peraturanperaturan as 1st January 1998.Legal Research Board. Kuala Lumpur, International Law Book. NIOSH 1994. Guidelines for Public Safety at Construction Sites. National Institute of Occupational Safety and Heath Malaysia. Kuala Lumpur 37

Whitelaw, J .2001. Safety:What do You Think?, New Civil Engineer,January, 22-24. Hinze, J. and Wiegand, F. 2009. Role of designers in construction worker safety. Journal of Construction Engineering and Management. ASCE, 118(4), 677-684. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Malaysia. 2011. Statistik Jabatan: Kemalangan Pekerjaan Mengikut Sektor.

38