Anda di halaman 1dari 20

TUTORIAL MINGGU 5: PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN KESAN PROGRAM KELAS INTERVENSI AWAL (KIA 2M)

DISEDIAKAN OLEH : ASMAA BT MOHD SHAFIE NURUL SYAZWANI BT AZIZ SAHIDA BT SHAFIE SYAFIQAH LIYANA BT SAHARUDIN

PENGENALAN
Diperkenalkan pada tahun 2004. Membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah sesuai untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas dengan secepat mungkin.

PERANCANGAN KIA 2M
Strategi pengajaran dan pembelajaran KIA2M melibatkan beberapa langkah berikut:
Pencalonan

Tindakan susulan

Ujian penapisan

Penilaian

Perancangan

Pengajaran

Dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu Tahun

Satu bagi murid-murid yang gagal melepasi tahap minimum


mengikut skor yang telah ditetapkan dalam ujian Penapisan yang dijalankan pada awal tahun. Dalam masa tiga bulan mengikut ini, murid di Sekolah Kebangsaan diperuntukkan sebanyak sembilan belas waktu seminggu untuk mempelajari bahasa Melayu. Waktu yang diperuntukkan ini adalah khusus untuk murid

belajar asas membaca dan menulis.

19 waktu dibahagi kepada : 12 waktu (Bahasa Melayu) 3 waktu ( Pendidikan Jasmani dan Kesihatan) 2 waktu ( Pendidikan Muzik) 2 waktu (Pendidikan Seni)

KEMAHIRAN ASAS

Kemahiran teras

Kemahiran lanjutan

KEMAHIRAN TERAS
Kemahiran wajib yang perlu diajar kepada murid untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran yang paling penting dalam membaca dan menulis. Kemahiran ini terdiri daripada: (a) mengenal, membaca dan menulis huruf a hingga z. (b) membentuk suku kata daripada huruf konsonan dan vokal. (c) membina, membaca dan menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup.

KEMAHIRAN LANJUTAN
Membekalkan murid dengan kemahiran asas tambahan yang diperlukan bagi membolehkan murid membaca dan menulis dengan baik dan berkesan. Guru perlu memilih dan menentukan kemahiran mengikut kesesuaian dan kemampuan murid yang mengikuti program ini.

PELAKSANAAN KIA 2M

GURU

STRATEGI KIA 2M BAHAN MURID

BERPUSATKAN GURU
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

BERPUSATKAN MURID
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

BERPUSATKAN BAHAN
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

PENDEKATAN
Dalam pelaksanaan KIA2M, pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

PENDEKATAN SECARA KELAS


Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

PENDEKATAN SECARA BERKUMPULAN


Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid. Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

PENDEKATAN SECARA INDIVIDU


Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Bercerita

Kuiz

Latih tubi

Lakonan

TEKNIK PENGAJARAN

Tunjuk cara

Menyanyi Main peranan

Soal jawab

KESAN KIA 2M
Murid mula menunjukkan minat untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis. Penguasaan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis meningkat. Murid menunjukkan sikap positif dan mula berani untuk bertanya dan berinteraksi dengan guru. Meningkatkan keyakinan diri untuk belajar. Dapat mengesan murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai