Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI BINA INSAN GURU Pada kali ini,kami menjalankan BINA INSAN GURU di Sekolah Taman Universiti 4.

Pada hari khamis,bertarikh 5.7.12,kami berkumpul di depan HEP pada pukul 7.00 pagi.Kami menjamu sarapan pagi yang disediakan.Pada pukul 7.30 pagi,kami bertolak ke destinasi yang ditetapkan.Perjalanan mengambil masa agak lama kerana jalan agak sesak dan sekololah tersebut agak jauh. Selepas beberapa lama,kami sampai di sekolah tersebut.Kami dijemput oleh tutor kami Encik Mohan di depan sekolah.Beliau membawa kami masuk ke sekolah tersebut.Kami disambut dengan mesra oleh pihak sekolah.Sekolah tersebut

sememangnya besar dan cantik.Kami dijemput ke bilik mesyuarat. Kami berjumpa dengan guru besar sekolah tersebut dengan mesra. Dalam bilik mesyuarat, kami diberikan maklumat dengan terperinci tentang sejarah sekolah tersebut.Kami juga diberitahu struktur pentadbiran sekolah tersebut dengan sebegitu teliti sekali.Selepas itu,kami dibawa ke kelas untuk melihat guru cemerlang sains mengajar.Beliau mengajar dengan sebegitu baik sekali.Bilik darjah amat terkawal dan murid-murid melakukan apa yang dikehendaki tanpa membuat bising. Kami menemu ramah gur cemerlang tersebut.Kami menujukan banyak soalan kepada beliau.Walaubagaimanapun,beliau dengan sabar menjawab soalan kami dengan baik.Beliau sememangnya seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Selepas itu,kami dibawa menjamu selera di kantin sekolah.Kantin sekolah sangat bersih dan cantik sekali.Kami menjamu selera dengan gembira sekali.Kami

dibawa untuk mengelilingi sekolah selepas habis menjamu selera.Sekolah tersebut amat cantik,bersih dan mempunyai banyak kemudahan dan bilik yang lengkap.Muridmurid sekolah tersebut amat bahagia kerana dapat belajar dalam keadaan yang sebegitu selesa sekali. Selepas melihat sekolah,kami menunggu bas sekolah.Malangnya bas sekolah akan tiba lewat.Oleh itu, kami balik sendiri dengan bas awam ke IPG KTI.

Disediakan oleh: Sia Su Ching

Anda mungkin juga menyukai