Anda di halaman 1dari 13

Bahan Bantu Mengajar??

Kamus mendefinisikan bahan sebagai sesuatu atau beberapa benda yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk sesuatu tujuan. Bahan juga berkaitan dengan hal-hal yang akan dibincangkan seperti dalam pengajaran dan pembentangan. Kamus Longman Dictionary of Contemporary English telah memberikan definisi bahan sebagai information from which a (written) work is to be produced. Pada asasnya, perkataan bahan dapat diertikan sebagai merangkumi sebagai segala benda, alat, maklumat dan media yang dapat memenuhi sesuatu tujuan dan bahan. Oleh itu, bahan bantu mengajar merupakan bahan sokongan yang dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selain cara penyampaian isi pelajaran secara konvensional. Guru memainkan peranan penting dalam menentukan bahan bantu mengajar yang berkesan. Keberkesanan bahan bantu mengajar yang dipilih mampu mempengaruhi minat murid-murid untuk meneruskan tumpuan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan pengajaran dan bahan bantu mengajar ada berbagaibagai. Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku, carta atau slaid yang dipancarkan pada layar dan sebagainya yang merupakan bahan yang menyokong penyampaian pembelajaran.

Fungsi Bahan Bantu Mengajar


Penggunaan bahan bantu mengajar bertujuan membantu guru mengajar dengan lebih berjaya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan kepentingan murid-murid. Melalui falsafah ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha menjelaskan konsep pembangunan kemanusiaan dalam penggubalan kurikulum selain memberi perhatian kepada perkembangan individu khususnya dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Sehubungan itu, bahan bantu mengajar dapat dilihat sebagai medium yang berupaya menyerlahkan bakat dan potensi murid dalam Bahasa Melayu dan sastera. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) menggariskan beberapa perkara berkenaan Bahasa Melayu antaranya Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan... (Yahya Don, 2005). Dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersesuaian, murid-murid akan mengalami proses pembelajaran yang lebih interaktif dan segar sekali gus menepis tanggapan stereotaip yang menyatakan bahawasanya pembelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan.

Definisi Dan Kategori Bahan Bantu Mengajar


Definisi Bahan Bantu Mengajar Adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran. Ia boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya. Dibahagikan kepada 3 kategori: a) BBM bukan elektronik BBM asa seperti papan tulis, buku teks dan papan pamer BBM bukan elektronik seperti buku rujukan, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majallah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya b) BBM berbentuk elektronik Seperti filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman ,piring hitam , kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer c) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar Seperti lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran kadangkala dianggap sebagai media pengajaran atau media yang boleh membantu guru dan membolehkan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membentuk sikap yang baik. Proses penilaian dan pemilihan bahan-bahan yang diperlukan untuk memenuhi hasrat ini bukanlah satu kerja yang mudah. Kerja ini melibatkan kerja-kerja penyuntingan bahan supaya ianya sesuai dengan objektif pengajaran yang seharusnya selaras dengan kehendak dan matlamat Sukatan Pelajaran dan Objektif Pendidikan Negara secara keseluruhannya. Untuk menyediakan bahan-bahan yang sesuai dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran itu, guru hendaklah memproses bahan-bahan tersebut sebelum ianya

digunakan. Beberapa langkah boleh digunakan, umpamanya proses memilih, mengolah, membina, menggunakan dan menilai. Proses ini merupakan satu proses yang berterusan dan ianya harus dilakukan berdasarkan kriteria pemilihan bahan yang telah ditetapkan. Proses penyedian bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran itu, secara ringkas Seperti gambarajah berikut: Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran Pemilihan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada bahan-bahan itu bahan-bahan teks atau sumber-sumber lain, yang dilihat daripada tiga perspektif: a) perspektif komunikatif atau fungsional yang memandang bahasa sebagai media komunikasi antara manusia. Perspektif ini menekankan kepentingan pembelajaran melalui penggunaan bahasa yang membolehkan pelajar-pelajar mendapat peluang secara kerap untuk berinteraksi sesama sendiri dan guru dalam situasi yang semula jadi. b) Perspektif struktural yang memandang bahasa sebagai satu sistem tatabahasa dan perbendaharaan kata. Perspektif ini menekankan persembahan dan latihan asas struktur bahasa. Pelajar-pelajar akan diajarkan sistem tatabahasa bahasa tersebut. c) Perspektif kemahiran yang menekankan empat kemahiran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran-kemahiran itu digambarkan Seperti berikut: Prinsip-Prinsip Pemilihan Bahan a) Bahan mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.

b) Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.

c) Guru harus sedar akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif. Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah tamat belajar. Pelajarpelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi. Pada akhir pembelajaran nanti, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana Bahasa Malaysia boleh berfungsi sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan bahasa untuk berkomunikasi. Oleh itu, pelajar-pelajar harus diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

d) Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar. Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu. Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi. Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahanbahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan yang mereka jalankan,

kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang diperuntukkan kepadanya.

e) Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari semasa ke semasa. Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran. Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira, tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa. Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi potensi pengajaran bahasa mereka.

f) Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai enggerak untuk mempelajarai sesuatu akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya. Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada. Pengajaran Bahan-Bahan Pembelajaran Pengolahan bahan-bahan pengajaran bermaksud membuat adaptasi atau menyesuaikan semula bahan-bahan pengajaran itu dengan membetulkan segala kesilapan yang terdapat di dalamnya, memperjelaskan aspek-aspek yang kurang dapat difahami, menambah aspek-aspek yang kurang ditekankan dan membuang aspek-aspek yang tidak penting dan yang tidak berkaitan. Semua ini bertujuan menjadikan bahan-bahan tersebut lebih sempurna sifatnya dan sesuai serta bertepatan dengan keperluan pelajar dan pengajaran yang direncanakan. Dalam penyesuaian bahan-bahan bahasa, guru perlu memastikan bahawa butir-butir dalam kandungan bahasa itu mengandungi unsur-unsur bahasa dan penerangan bahasa yang selari dengan kehendak kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Disamping itu, guru hendaklah juga memastikan bahawa aktiviti-aktiviti bahasa yang terdapat dalam bahan-bahan tersebut dapat membantu murid-murid membentuk

kecekapan bahasa dan kecekapan berbahasa mereka. Semasa menyesuaikan semula bahanbahan pengajaran dan pembelajaran, perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian. a) Inspirasi dan kreativiti Aspek ini hendaklah ditekankan oleh guru supaya bahan-bahan yang disediakan menggalakkan daya cipta dan kreativiti para elajar. Ini bermakna, daripada bahan-bahan itu, mereka dapat memanjangkan pandangan dan pendapat mereka, mendapatkan inspirasi mencipta idea-idea baru dan sebagainya. b) Menjadikan dialog bersifat komunikatif Aspek ini ditekankan supaya pelajar-pelajar dapat eluang berinteraksi sesame sendiri dan menguasai kecekaan berbahasa.

c) Menjadikan aktiviti pembelajaran releven dan berguna Bahan-bahan pengajaran haruslah disesuaikan supaya ianya berkaitan dengan objektif pembelajaran dan memberi faedah kepada para pelajar apabila ianya dapat dikuasai. d) Mengadakan beberapa contoh yang praktikal Bahan-bahan yang berupaya memberikan contoh-contoh yang praktikal membolehkan pelajar-pelajar memahami aspek-aspek pembelajaran dengan baik di samping dapat pula bekerja dalam konteks dan situasi yang bermakna. e) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran dan psikologi Dari segi luaran, bahan-bahan itu haruslah berguna dan dapat memenuhi keperluan belajar pelajar-pelajar. Ini bermakna, bahan-bahan itu harus boleh membantu para pelajar dalam kerjaya mereka atau membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang baik. Dari segi psikologi pula, bahan-bahan itu haruslah dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar terutama dari segi minat, kebolehan mental, umur, kecenderungan dan sebagainya.

f)

Menggunakan bahasa autentik

Penggunaan bahasa autentik membolehkan para pelajar memahami penggunaan bahasa berdasarkan situasi sebenar. Ini membolehkan mereka berinteraksi dalam bentuk yang lebih sempurna di samping berupaya memenuhi keperluan hidup mereka sehari-hari.

Pembinaan Bahan-Bahan Pembelajaran Pembinaan bahan-bahan pengajaran dilakukan setelah guru-guru dapat memilih dan mengolah bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk diketengahkan kepada murid-murid

mereka. Sebenarnya ada banyak faktor yang harus dilibatkan dalam proses pembinaan bahan. Walau bagaimanapun, di bahagian ini, penulis hanya akan menekankan aspek kandungan bahan bahasa yang perlu diberi perhatian oleh guru-guru. a) Ketahanan Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk murid-murid belajar sendiri.

b) Kos Bahan yang dibina atau dibeli hendaklah sesuai dengan kedudukan kewangan sekolah. Walau bagaimanapun guru-guru perlu ingat bahawa keberkesanan pengajaran bukan terletak kepada mahal atau murahnya bahan yang digunakan, malahan penggunaannya akan lebih bererti jika bahan tersebut dibina oleh pelajar-pelajar sendiri. Cara ini bukan sahaja memupuk daya cipta pelajar tetapi juga boleh menjimatkan bahan-bahan terpakai.

c) Aspek-aspek Teknikal Alat yang dipilih biarlah sesuai dengan kemudahan bilik darjah sama ada boleh digantung atau dilekatkan pada dinding atau boleh diancarkan ataupun boleh didirikan di atas meja atau sebagainya.

d) Ketepatan Maklumat Bahan yang dipilih hendaklah boleh memberi atau menyamaikan maklumat yang tepat kepada pelajar, misalnya akhbar, poster, rakaman, rancangan radio/tv dan sebagainya. Ketepatan maklumat juga diambil kira dari segi penggunaan warna dan ukuran saiz. Misalnya warna hijau untuk daun, biru untuk langit dan lain-lain.

e) Mudah Alih Guru juga harus memastikan sama ada alat yang diipilih itu digunakan di bilik lain atau tidak, ataupun adakah alat tersebut akan diedarkan dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain. Mudah alih juga bermaksud sama ada bahan tersebut boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, atau bahagian tertentu sahaja, atau dalam keadaan tertentu.

f)

Saiz/Pengelolaan Kelas

Saiz kelas atau besar atau kecilnya kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan, sama ada untuk kuliah umum di dewan, atau pengajaran biasa di bilik darjah, atau untuk pengajaran berkumpulan, atauun pengajaran individu.

g) Jangka Masa Guru juga perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti itu akan dijalankan supaya alat atau bahan boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi waktu pengajaran yang pendek alat atau bahan yang mudah dikendalikan perlu digunakan supaya tidak berlaku pembaziran masa.

h) Strategi Pengajaran Pembelajaran Untuk strategi pengajaran pembelajaran bahasa guru harus menyesuaikan alat atau bahan yang dipilih dengan objektif pelajaran, taraf penguasaan bahasa pelajar, pengetahuan dan pengalaman pelajar, minat pelajar, dan situasi bahasa yang dirancang.

i)

Bentuk dan Fungsi

Istilah fungsi merujuk kepada proses menyampaikan maksud. Biasanya maksud disampaikan melalui bentuk-bentuk bahasa. (perkataan dan bunyi disusun mengikut peraturan-peraturan bahasa). Walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu maksud boleh disampaikan melalui nonverbal means tetapi penggunaan bentuk-bentuk bahasa adalah lebih kerap digunakan. Dalam hal ini, bahan-bahan engajaran haruslah dipilih daripada bentuk-bentuk bahasa yang dapat menyatakan fungsi. Bahan mestilah mengajar bentuk-bentuk bahasa kerana bentuk dan fungsi adalah dinyatakan melaluinya. Tanpa bentuk komunikasi verbal tidak akan berlaku. Bentuk-bentuk bahasa merujuk kepada fonologi (penglahiran bunyi-bunyi individu, tekanan, irama, intonasi), tatabahasa (morfologi dan sintaksis), perbendaharaan kata (leksis) dan wacana (sekuen ayat-ayat). Aspek-aspek bahasa seperti ini perlu diberi perhatian untuk membolehkan murid-murid mengenal dan menggunakan bahasa itu dengan betul.

j)

Ketepatan

Ketepatan bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat, terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. Konsep ini berdasarkan daripada communicative competence yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan, tanpanya peraturanperaturan tatabahasa adalah tidak berguna. Apabila kita menggunakan bahasa, kita harus

dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu.

k) Kepelbagaian Kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa bertujuan mendedahkan kepada para pelajar beberapa variasi bahasa yang digunakan secara meluas dalam masyarakat. Pengetahuan pelajar-pelajar terhadap variasi-variasi bahan membolehkan mereka memilih variasi-variasi yang sesuai untuk digunakan dalam konteks dan situasi-situasi tertentu. Kepelbagaian melibatkan variasi-variasi bahasa seperti dialek (kelas dan geografi), style (formal, neutral dan informal), laras (occupational register), dan medium (lisan dan tulisan). Dalam pengajaran dan pembelajaran bahan variasi-variasi bahasa seperti ini adalah penting untuk ketepatan stilistik.

l)

Kemahiran Bahasa

Aspek ini melibatkan kemahiran pada aras penerimaan iaitu kemahiran membaca dan mendengar dan kemahiran pada aras penglahiran iaitu kemahiran menulis dan bertutur. Aspek-aspek bahasa ini harus dilihat sebagai setiap bahagian yang berhubungan dan bukan terpisah-pisah sifatnya. Oleh yang demikian, kemahiran-kemahiran ini harus digabungjalinkan untuk mewujudkan satu strategi pembelajaran yang lebih bermakna.

m) Standardisasi dan Simplikasi Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Dalam proses ini, bahan-bahan tersebut disunting, diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.

n) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja sekadar daat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum yang mendokong semangat perpaduan dan kesejahteraan rakyat, maka unsur-unsur yang bertentangan dengan cita-cita dan semangat tidak sepatutnya wujud dalam sebarangan pengajaran yang digunakan.

Penggunaan Bahan-Bahan Pengajaran Aspek-aspek lain yang perlu difikirkan ialah cara bahan itu disampaikan kepada para pelajar. Adakah bahan-bahan itu guru sahaja yang menggunakannya? Bagaimanakah tindak balas pelajar terhadap bahan tersebut? Adakah bahan itu bermanfaat kepada semua pelajar? Dan adakah amanat atau pengetahuan yang hendak disampaikan melalui bahan itu jelas, dan secara keseluruhannya dapat memenuhi objektif pengajaran? Untuk mencapai satu tahap penggunaan bahan yang berkesan, beberapa soalan harus dapat dijawab oleh para guru. a) Adakah bahan-bahan pengajaran yang digunakan itu dapat memenuhi keperluan pancaindera para pelajar? Semua bahan pengajaran sama ada yang digunakan oleh guru atau yang digunakan oleh pelajar mestilah mempunyai sifat-sifat yang dapat memenuhi keperluan pancaindera para pelajar. Dari segi visual umpamanya, bahan-bahan itu harus mempunyai format dan susunan yang sesuai, jelas dan kemas. Begitu juga dengan bentuk huruf, ilustrasi dan penjilidannya.bagi bahan-bahan yang dirakamkan, ianya perlulah dapat didengar dengan jelas, mudah difahami, ringkas dan padat. Biasanya, bahan-bahan yang dirancang mengikut keperluan pencaindera para pelajar akan lebih berkesan dan berfaedah.

b) Banyak manakah bahan-bahan itu dimuatkan dalam sesuatu situasi pengajaran dan pembelajaran. Semua jenis bahan pengajaran bahasa dalam pelbagai bidang ilmu tidak boleh diajar secara sekaligus. Oleh sebab sistem pendidikan kita berdasarkan peringkat-peringkat perkembangannya, maka bahan-bahan yang digunakan itu hendaklah dipilih, disesuaikan dan digunakan mengikut masa yang telah ditentukan pada setiap peringkat. Dalam kontek ini, bahan itu tentulah dipengaruhi oleh sukatan pelajaran bahasa pada peringkat yang telah diterapkan itu. Dalam hal mengajarkan sesuatu bahan itu dalam sesuatu waktu tertentu, bahan-bahan yang disediakan hendaklah mencukupi, tidak kurang dan tidak pula melebihi daripada masa yang telah ditetapkan. Guru harus memastikan bahawa dalam masa yang sesingkat itu, bahanbahan yang disediakan harus memiliki sifat-sifat mendidik, memberi pengetahuan dan kemahiran serta harus dapat disampaikan dalam masa tersebut.

c) Apakah bentuk atau perkara-perkara yang hendak diajar? Hal ini juga ditentukan oleh objektif pengajaran dan pembelajaran yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Dalam pengajaran bahasa Malaysia sekolah menengah, perkara penting yang perlu diajar ialah mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa (morfologi, sintaksis), peribahasa, perbendaharaan kata, unsur-unsur sastera, tulisan jawi, bahan sumber dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahan-bahan yang digunakan mestilah disusun dengan mengambil kira perkara-perkara tadi. Penggunaan bahan harus dapat menekankan aspek-asek ini dalam bentuk yang teratur dan sistematik.

d) Adakah bahan-bahan itu dapat disampaikan dengan cara yang terbaik? Keupayaan pelajar-pelajar menyerap pengetahuan yang disampaikan biasanya bergantung kepada sejauh mana guru mereka dapat menyampaikan pengajaran itu kepada mereka. Dalam hal ini, guru-guru harus sentiasa memikirkan cara-cara yang terbaik yang dapat digunakan untuk memudahkan pemahaman mereka. Guru harus memastikan pendekatan, kaedah dan teknik, aktiviti-aktiviti serta alat-alat bantu mengajar yang digunakan sesuai untuk menyalurkan ilmu pengetahuan daripada bahan-bahan tersebut.

e) Adakah terdapat perbezaan dariada segi jumlah dan kualiti dalam teks. Jika seseorang guru itu menggunakan teks sebagai bahan-bahan pengajaran, guru itu harus sedar bahawa sesebuah teks itu selalunya dibina daripada pelbagai bahan yang berkaitan dalam pelbagai disiplin ilmu. Semakin banyak gabungan disiplin ilmu, maka makin luas isi, pengetahuan dan aktiviti engajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, bahan-bahan yang termuat dalam sesebuah teks jamin kesinambungan isi dan pengungkapan idea yang berterusan. Perhatian harus diberikan kepada kandungan persembahan, bahasa, ilustrasi, penerapan nilai dan sensitiviti, latihan dan aktiviti dan sebagainya supaya tidak menjejaskan pengajaran guru.

Penilaian Secara Keseluruhan Pertimbangan guru terhadap kriteria memilih bahan-bahan pengajaran telah menyebabkan guru memandang bahan-bahan tersebut daripada pelbagai segi dengan beberapa disiplin. Walau bagaimanapun, proses menilai seharusnya tidak terlalu mekanikal sehingga melibatkan penilaian secara profesional pada setiap peringkat. Dengan melihat bahan-bahan pengajaran daripada pelbagai perspektif yang berlainan, dan menentukan kriteria menilai secara eksplisit, kita berharap dapat memberikan maklumat-maklumat asas, (profesional judgement) dan membuat keputusan dalam bidang yang penting ini. Penilaian boleh dipraktikkan secara berkesan, terutamanya melalui senarai semak, dan guru-guru boleh membuat penilaian berdasarkan senarai semak tersebut. Perkara-perkara yang disenaraikan di bawah ini adalah cadangan yang mungkin dapat membantu guru-guru mendapat gambaran secara keseluruhan terhadap sesuatu bahan pengajaran, jika guru-guru itu menilai secara umum tanpa merujuk kelas-kelas tertentu atau kumpulan-kumpulan tertentu pelajar. a) Secara ringkas nyatakan objektif bahan-bahan pengajaran. b) Sejauh manakah bahan-bahan itu berjaya mencapai objektif-objektif yang telah dinyatakan? c) Beri perhatian kepada kekuatan-kekuatan tertentu.

d) Beri perhatian kepada kelemahan-kelemahan tertentu. e) Adakah perkara-perkara yang tertinggal? f) g) Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak digunakan? Untuk situasi pembelajaran yang bagaimanakah bahan-bahan ini tidak sesuai digunakan?

h) Bandingkan bahan-bahan itu dengan bahan-bahan lain yang telai dinilai. i) Buat satu kesimpulan umum.

Jika guru-guru ingin menilai bahan-bahan pengajaran untuk sesebuah kelas dalam satu-satu situasi tertentu, guru-guru itu seharusnya mempunyai satu senarai objektif yang ingin dicapai. Ini akan membolehkan guru-guru itu menyesuaikan dan memadankan objektif-objektif pengajaran dengan potensi bahan-bahan tersebut. Ketidaksesuaian yang terlalu ketara akan membuatkan guru-guru mencari bahan-bahn lain. Namun demikian jangan mengharap kesesuaian yang begitu tepat. Bahan-bahan daripada buku-buku teks, diwujudkan untuk pasaran umum dan secara meluas. Tiada satu pun teks yang betul-betul sesuai untuk satu-satu kelas tertentu, terutama pada tahap perkembangan tertentu. Jadi, tugas guru selanjutnya ialah mencari bahan-bahan yang hampir-hampir dapat memenuhi dan menepati keperluan mereka dan kemudian bersedia mengolah dan menyesuaikan bahan-bahan itu untuk memenuhi keperluan sendiri.

Kesimpulan Daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa aspek pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia memberi kesan kepada prestasi para pelajar. Ini terbukti dengan fenomena yang wujud di sekolah-sekolah akhir-akhir ini. Daripada pemerhatian biasa, proses pemilihan, penyesuaian dan penggunaan bahan tidak mengikut prinsip yang sepatutnya. Bahan-bahan itu juga tidak pernah dicuba dan tidak pernah dinilai. Sebagai penutup, disarankan beberapa cadangan iaitu bahan-bahan teks Bahasa Melayu yang digunakan perlu dipelbagaikan, iaitu tidak bergantung seenuhnya keada satusatu atau dua teks sahaja. Selain itu, semua bahan dalam sesebuah teks tidak seharusnya digunakan semuanya tanpa pilihan dan penyesuaian. Guru perlu memilih bahan-bahan yang releven dengan pelajar pada waktu itu. Bahan-bahan yang terdapat dalam teks juga perlu diubahsuai mengikut keperluan pelajar dan pengalaman guru. Bahan-bahan teks yang berupa ulasan, ringkasan dan panduan lulus peperiksaan tidak wajar dibiarkan mempengaruhi guruguru. Bahan-bahan tersebut tidak wajar digunakan tanpa pemilihan, penyesuaian, sekatan dan panduan guru. Bahan-bahan teks yang dipilih juga perlu disertai dengan alat bantu mengajar yang lain supaya engajaran menjadi lebih menarik dan pelajar cepat mengingat dan memahaminya. Bahan-bahan yang akan digunakan perlulah dicuba terlebih dahulu dan

dinilai dari semasa ke semasa. Akhir sekali, bahan-bahan teks yang digunakan perlu disertai dengan penggunaan kamus bagi mewujudkan satu dimensi baru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah-sekolah.