Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMA TAJUK KEBERSIHAN Kebersihan Diri

Standard Kandungan FOKUS UTAMA Standard Pembelajaran Standard Kandungan Standard Pembelajaran

4.4

Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Membaca kuat ayat tunggal dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

4.4.1

2.3

FOKUS SAMPINGAN

2.3.1

OBJEKTIF

Pada akhir pengajaran murid dapat: i. melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul. ii. membaca baris-baris pantun dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. i. Ilmu: Menjaga kebersihan diri KBT: Kecerdasan Pelbagai- Verbal linguistik BCB- Mencatat nota

PENGISIAN KURIKULUM

ii.

SISTEM BAHASA MEDIA


,

Tatabahasa: kata nama am Kad pantun

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGISIAN KURIKULUM KBT: KP- Verbal linguistik

AKTIVITI

CATATAN

Langkah 1 1. Guru memperdengarkan pantun tentang kebersihan diri melalui pita rakaman atau yang dilafazkan oleh guru dan meminta murid mendengarnya dengan telitii. Guru membimbing murid melafazkan pantun itu semula dengan sebutan dan intonasi yang betul. Murid melafazkan pantun dengan sebutan yang betul,intonasi dan gaya yang sesuai secara kelas, kumpulan dan individu.

2.

Lampiran 1

3.

Langkah 2 1. Guru dan murid berbincang tentang maksud pantun yang telah dilafazkan. Murid diminta mengenal pasti frasa yang berkaitan tentang kebersihan diri yang terdapat dalam pantun. Murid diminta menulis baris pantun tersebut pada kotak pantun yang bernombor. Murid diminta membaca dalam pantun yang menngandungi baris pantun tersebut semula. Lembaran Kerja 1

KBT: BCB- mencatat nota

2.

3.

4.

AKTIVITI Langkah 3

PENGISIAN KURIKULUM

CATATAN

Lampiran 1 1. Guru mengedarkan lembaran yang mengandungi beberapa baris pantun dua kerat kepada kumpulan kecil. Guru meminta murid dalam kumpulan menyusun baris pantun menjadi pantun dua kerat yang lengkap. Guru meminta murid melafazkan pantun yang telah disusun barisnya dengan sebutan yang betul dan intonasi dan gaya yang sesuai.

2.

3.

Langkah 4 1. Murid diberi lembaran kerja untuk memadankan gambar dengan pantun yang sesuai. Murid membaca pantun yang telah dipadankan dengan gambar. Lembaran Kerja 2

2.

Lampiran 1 Aktiviti 1
Baca pantun di bawah.

Ikan keli di atas rakit,

Gosok gigi supaya tak sakit.


Beli sotong masak kari,
2

Kuku dipotong kuman lari.


Ikan haruan di dalam tangki, Sabun badan buang daki.
3

Naik bot pergi ke hulu, Cuci rambut bersih selalu.

Lembaran Kerja 1 Aktiviti 2


Catatkan baris pantun yang mengandungi maklumat kesihatan yang terdapat dalam pantun Kuku dipotong kuman lari. Gosok gigi supaya tak sakit. Sabun badan buang daki.

Cuci rambut bersih selalu.

Pantun

Maklumat tentang kebersihan diri

Pantun 1

Pantun 2

Pantun 3

Pantun 4

Lembaran Kerja 2 Aktiviti 2


Tuliskan pantun yang sesuai dengan gambar yang diberi.

Ikan keli di atas rakit, Gosok gigi supaya tak sakit. Naik bot pergi ke hulu, Cuci rambut bersih selalu.

Beli sotong masak kari, Kuku dipotong kuman lari. Ikan haruan dalam tangki, Sabun badan buang daki.

___________________________________________ ___________________________________________

___________________________________________ ___________________________________________

___________________________________________ ___________________________________________

___________________________________________ ___________________________________________