Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran Saintifik 2

Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu ataupun pengumpulan maklumat dan penyusunannya. Perkataan Sains berasal daripada bahasa Latin, scinetia yang membawa maksud mendapatkan ilmu atau maklumat, Sains bermula dengan pengalaman dan mendapatkan fakta dan peraturan daripadanya. Sains menekankan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Oleh itu, Sains disimpulkan sebagai satu himpunan ilmu pengetahuan manusia yang dikumpulkan melalui satu proses pengkajian dan dapat diterima oleh akal manusia. Dalam proses inkuiri dan penyelesaian masalah kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir perlu digunakan. Kemahiran Saintifik merupakan kemahiran yang paling penting untuk

menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik. Ia teras dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kemahiran Saintifik amat diperlukan untuk mengkaji dan memahami alam, mencari jawapan kepada sesuatu masalah serta membuat keputusan secara bersistem. Kemahiran Saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses sains boleh didefinisikan sebagai membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ia juga membolehkan murid mempersoalkan tentang sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem. Ia juga dikenali sebagai kemahiran kognitif. Kemahiran proses ini terdiri daripada kemahiran yang senang ataupun yang mudah kepada yang kompleks. Ia juga dapat dikelaskan kepada kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Dalam kurikulum sains, kemahiran proses sains asas (KPSA) yang dikenalpasti dan diperkembangkan adalah memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal dan berkomunikasi, manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula merangkumi mentafsir maklumat, menggunakan perhubungan ruang dan masa, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipothesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1994). Secara keseluruhannya terdapat 12 dalam kemahiran proses sains. Pertamanya kemahiran pemerhatian merujuk kepada kemahiran yang menggunakan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran menghidu bau, merasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek ataupun fenomena. Keduanya ialah

kemahiran mengelas menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaannya. Kemahiran ketiga pula ialah kemahiran mengukur dan menggunakan nombor iaitu kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai. Kemahiran keempat pula ialah kemahiran Membuat inferens yang menerangan kepada pemerhatian. Ia juga membantu membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa. Kemahiran kelima pula ialah meramal iaitu proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku berdasarkan sesuatu data. Kemahiran keenam pula adalah berkomunikasi iaitu kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk. Ia juga mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan, graf, jadual atau gambar rajah. Kemahiran proses sains yang seterusnya ialah menggunakan perhubungan ruang dan masa iaitu kebolehan memperihalkan atau menunjukan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa. Seterusnya kemahiran mentafsir data iaitu menerangkan kebolehan memberi penerangan rasional tentang suatu objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul. Kemahiran kesembilan pula ialah mendefinisi secara operasi merupakan proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan. Kemahiran ini juga diguna untuk cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor untuk tentukan sesuatu konsep. Kemahiran kesepuluhnya ialah mengawal pembolehubah iaitu mengenalpasti pembolehubah dan menghubungkaitnya. Kemahiran seterusnya ialah kemahiran membuat hipotesis iaitu proses yang menyatakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasarkan inferens untuk menerangkan sesuatu perkara ataupun sesuatu peristiwa. Kemahiran proses sains terakhir adalah kemahiran membuat eksperimen iaitu kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis. Kemahiran manipulatif lebih menjurus kepada penggunaan dan pengendalian peralatan sains serta bahan kimia semasa melakukan sesuatu aktiviti penyiasatan di makmal kimia.Kemahiran ini juga dikenali segai kemahiran psikomotor. Kemahiran manipulatif sains meliputi mengguna dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat, membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul , mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat dan melakar spesimen, peralatan bahan sains dengan tepat dan menyimpan peralatan sains di tempat yang betul.

Kemahiran Saintifik sangat diperlukan dalam pengajaran matapelajaran Sains di semua peringkat persekolahan. Kemahiran ini adalah salah satu kemahiran yang penting dalam alam sekolah murid kerana memberi penekanan kepada matapelajaran sains dan budaya

menyelidik dan menolong murid berfikir secara kreatif. Kemahiran Saintifik juga merupakan kaedah yang digunakan oleh ahli-ahli sains di seluruh dunia. Kemahiran saintifik juga sangat penting untuk melahirkan murid yang sentiasa ingin tahu sesuatu fenomena, dapat melahirkan ahli sains yang merekacipta, mengeluarkan idea baru dan tidak sahaja menggunakan idea keluaran Negara lain. Ia juga digunakan semasa membuat sesuatu keputusan peribadi untuk diri kita dan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi dalam sehidupan seharian. Justeru itu sebagai seorang guru kita perlulah menguasai kemahiran saintifik dengan sepenuhnya agar dapat mendidik anak murid dengan baik. Tanpa menguasaan kemahiran ini murid tidak menjadi seorang murid yang berfikiran kritis dan kreatif.

B) Kemahiran saintifik dijadikan ataupun dikatakan kemahiran yang penting dalam memahami erti bidang sains yang sebenar iaitu sebagai asas kepada pendekatan inkuiripenemuan yang membolehkan seseorang individu mencari sesuatu jawapan dengan sistematik tanpa sekadar memahami sesuatu teori sahaja. Terdapat dua kemahiran yang terlibat yang tidak boleh diasingkan apabila kita memperkatakan tentang kemahiran saintifik ini iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Menurut Rozita (2000), kemahiran proses sains membolehkan murid memperoleh kemahiran berfikir asas dan bersepadu dalam membuat inferens, mengawal pembolehubah, memerhati dan menjalankan sesuatu eksperimen. Kemahiran manipulatif pula selalunya melibatkan kemahiran psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan serta bahan-bahan sains dengan betul dan juga selamat, menyimpan peralatan dan bahan-bahan sains dengan cara yang betul, mengendalikan spesimen hidup dan bukan hidup dengan betul dan cermat, mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu Hassan, 2003). Komuniti sekolah yang celik sains akan menghasilkan pembentukan masyarakat yang bersaintifik dan progresif, mempunyai daya cipta dan berpandangan jauh pada masa hadapan kelak. Oleh hal itu, pihak kementerian telah memberi peluang kepada murid untuk menyiasat tentang sains dan teknologi pada setiap masa. Namun, semua hal ini tidak akan terlaksana sekiranya guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains itu sendiri tidak dapat menguasai kemahiran saintifik. Pelbagai masalah akan dihadapi oleh murid sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ataupun aktiviti harian jika guru tidak menguasai kemahiran saintifik dengan tepat dan betul. Suatu Kajian awal oleh Tan dan Chin (2001) yang melibatkan guru sains Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) 14 minggu di Maktab Perguruan Batu Lintang didapati hanya 56.82% guru pelatih menguasai kemahiran proses sains membina 8 hipotesis manakala 26.73% guru pelatih menguasai kemahiran proses sains mengenali pembolehubah. Mereka juga berpendapat bahawa respons yang tidak betul kepada soalan berkaitan kemahiran proses sains membina hipotesis menunjukkan wujudnya kerangka alternatif ataupun miskonsepsi dalam kalangan guru tersebut. Antara masalah yang wujud jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik adalah murid tidak boleh melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) jelas

menunjukkan guru sains masih cenderung dan terikat dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan guru, tanpa memberi penekanan terhadap kesepaduan

domain kognitif, afektif dan psikomotor murid. Selain daripada itu, ramai di kalangan guru masih juga menggunakan kaedah tradisi dalam proses pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar matapelajaran sains di sekolah(Zurida, 1998). Selain daripada itu, murid juga tidak berpeluang menjalankan sesuatu amali secara tersendiri. Mereka melakukan sesuatu amali hanya mengikut prosedur yang diberi tanpa bimbingan gurunya. Ini kerana guru tersebut secara tersendiri tidak menguasai kemahiran tersebut dan tidak dapat membimbing anak muridnya sewaktu eksperimen itu. Seterusnya, menurut Meor Ibrahim (2001), mata pelajaran sains terlalu memberi tumpuan kepada penguasaan kemahiran yang diperlukan untuk mengkaji sains sebagai satu disiplin yang berorientasikan eksperimen dan kegiatan amali. Maka, kemahiran saintifik juga perlu diberi penekanan sepenuhnya. Kegagalan guru dalam melaksanakan pengajaran berasaskan kemahiran seperti kemahiran saintifik menyebabkan minat murid terhadap sesuatu kemahiran sukar dipupuk serta mengakibatkan murid kurang berminat untuk menguasai kemahiran tersebut dan seterusnya,ini menyebabkan tahap penguasaan mereka dalam

kemahiran itu menjadi rendah. Seterusnya ada dalam kalangan guru sains tidak menguasai kemahiran saintifik kerana mereka adalah bukan dari opsyen sains. Ramai guru dari opsyen bahasa dan matematik diminta untuk mengajar sains, sedangkan mereka tidak mempunyai kemahiran dalam bidang sains. Hal ini menyebabkan guru-guru tersebut berada dalam keadaan tertekan ketika mengajar dan mereka akan berasa kurang keyakinan diri dalam mengajar. Mereka juga tidak dapat mengendalikan kelas amali dengan sebaik mungkin kerana kurang mahir dalam pengendalikan alat radas dan juga konsep sains itu sendiri. Untuk mengendalikan radas dengan baik, seseorag guru itu perlu menguasai kemahiran saintifik. Justeru masalah wujud dimana guru bukan opsyen sains tidak mampu untuk menerapkan kemahiran saintifik dalam kalangan murid kerana sendiri tidak dapat menguasai kemahiran saintifik dengan baik.(Lilia et al.,2002) Jika seseorang murid tidak menguasai kemahiran saintifik masalah yang wujud kepada murid tersebut ialah tidak dapat melakukan aktiviti PEKA dengan baik. Ini kerana ramai murid bersikap negatif semasa mempelajari sains dan ada dikalangan mereka juga merasakan diri mereka telah gagal meskipun mereka belum cuba melakukan tugasan yang

diberi. Akibatnya, mereka tidak dapat menjalankan amali dengan bersungguh-sungguh dan akhirnya menjadi bosan dan mengabaikan PEKA kerana kurang minat terhadap kerja-kerja amali( Abu Hassan, 2004). Tujuan PEKA sains untuk menentukan murid benar-benar menguasai kemahiran saintifik atau tidak. (Lembaga Peperiksaan Malaysia 1999). Senario ini telah memberikan kesan kepada pencapaian murid dalam matapelajaran sains,

memandangkan PEKA adalah salah satu cara untuk mengukuhkan teori dan konsep sains dalam kalangan murid sekolah rendah. Jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik iaitu kemahiran proses sains guru tersebut tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan. Contohnya dalam konteks sains selalunya melibatkan kemahiran proses sains seperti mendefinisi secara operasi. Jika guru tidak tahu mengetahui hal itu iaitu memberi definisi sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan secara mendalam, beliau tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna serta beliau tidak dapat mengajar konteks tersebut dengan betul. Penyalahgunaan konsep juga berlaku akibat daripada hal ini. Seterusnya jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran membuat inference dengan baik beliau tidak dapat mengajar anak muridnya untuk mahir dalam teknik tersebut. Beliau tidak dapat mengajar murid untuk berfikiran secara kraetif dan kritis. Ini memberi masalah sewaktu murid membuat kesimpulan sewaktu menerang peristiwa berdasarkan sesuatu pemerhatian ataupun kesimpulan untuk sesuatu eksperimen.Hal ini boleh menyebabkan masalah miskonsepsi dalam diri guru itu sendiri dan kepada murid yang belajar dengan beliau. Jika seseorang guru tidak menguasai kemahiran saintifik ia memberi kesan

negatif kepada diri sendiri dan diri murid dalam kehidupan harian mereka. Contohnya Kemahiran mengukur dan mengguna nombor jika seseorang guru tidak tahu cara mengukur sesuatu objek dengan betul beliau tidak dapat mengajar tajuk itu dengan lengkap. Secara tidak langsung dalam kehidupannya beliau tidak dapt mengukur sesuatu barang dengan betul dan tepat. Contohnya mengukur kain dengan pembaris panjang jika beliau tidak menguasai

kemahiran mengukur ini, tidak dapat mengukur panjang kain itu dengan betul. Jika seseorang murid tidak menguasai kemahiran mengukur dan mengguna nombor ini menyebabkan murid tidak dapat menggunakan alat ukuran dengan tepat dan tidak dapat memperkembangkan kemahiran mengira. Hal ini memberi kesan buruk kepada

kehidupannya. Secara amnya murid membiasakan diri dengan ukuran-ukuran am yang digunakan dalam kehidupan harian. Contohnya seperti menukar gram kepada kilogram tanpa menguasai kemahiran ini murid tidak dapat berurusan dalam hal penukaran ini dengan baik. Kemahiran eksperimen dalam kemahiran proses sains merupakan sesuatu kemahiran yang sangat penting dalam mengajar matapelajaran sains. Ini kerana matapelajaran sains selalunya melibatkan aktiviti eksperimen. Seseorang guru perlulah mahir dalam menjalankan sesuatu eksperimen sebelum mengajar anak muridnya. Jika beliau membuat silap dalam menjalankan eksperimen maka murid mungkin mengalami miskonsepsi jika eksperimen yang dijalankan memberi hasil yang berlainan. Selain daripada itu, jika berlakunya sesuatu kecuaian semasa membuat eksperimen di dalam makmal, bukan sedikit bahaya yang mendatang, bahkan maut juga boleh mengundang. Oleh itu, pengetahuan yang kukuh mengenai teori serta kemahiran melakukan eksperimen mestilah seiring. Seterusnya guru perlu memberi peluang untuk murid cuba untuk melakukan eksperimen secara hands on. Ini kerana mempelajari sesuatu eksperimen dalam matapelajaran sains tanpa berpeluang untuk mencuba adalah ibaratkan lagu tanpa irama. Jika murid tidak menguasai kemahiran saintifik dengan baik mereka tidak dapat menjawab soalan bahagian B dengan lengkap. Ini kerana semua soalan yang ditanya di bahagian B melibatkan kemahiran saintifik seperti membina hipotesis, membuat keputusan, menyatakan pemboleh ubah dan sebagainya. Jika mereka tidak menguasai kemahiran ini murid tidak tahu cara bagaimana untuk mendapat maklumat dalam soalan yang diberi. Hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dengan sempurna.Secara tidak langsung kadangkala mereka gagal juga dalam peperiksaan akibat tidak menguasai kemahiran ini. Selain daripada itu, jika murid tidak menguasai kemahiran saintifik mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan mengaplikasika maklumat yang perolehi dengan kreatif. Kurang penguasaan kemahiran ini menyebabkan murid tidak dapat mengelaskan pemerhatian, membentuk fakta, membina konsep, memberi alasan bagi setiap hasil dapatan, menilai serta membuat kesimpulan pada eksperimen yang dilakukan. Ini membawa murid kepada tidak berjaya menganggar sebarang perubahan yang akan berlaku dalam sesuatu fenomena. Selain kemahiran proses sains seseorang guru juga perlu menguasai kemahiran manipulatif. Menurut Abu Hassan (2003) beliau juga menyatakan, dalam satu jangka masa tertentu, iaitu sebelum pengajaran berakhir guru perlu memberi peluang kepada murid

membersih serta mengembalikan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat manakala semasa melakukan eksperimen, guru perlu membimbing murid dari segi teknik penggunaan alat, pengukuran, penggunaan bahan, keselamatan dan kebersihan. Selain daripada itu, demontrasi juga diperlukan untuk menunjukkan teknik yang betul dalam penggunaan sesuatu alat dan bahan. Selain daripada itu, sesuatu eksperimen yang dijalankan dalam amali sains kadangkala melibatkan bahan-bahan kimia yang mempunyai sifat-sifat yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada tisu sel manusia jika tidak dikendalikan dengan berhati-hati. Menurut Halimaton dan Zaiton (1997), kecederaan yang berpunca daripada bahan kimia tidak sepatutnya berlaku sekiranya murid mempunyai pengetahuan yang mendalam dan sentiasa menggunakan teknik yang betul semasa mengendalikannya. Oleh itu, kegagalan murid untuk menguasai sepenuhnya kemahiran manipulatif tersebut semasa menjalankan amali bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri tetapi turut melibatkan orang lain. Oleh hal itu, jika guru tidak mengajar cara betul untuk menggunakan alat dengan cermat maka peluang untuk seseorang murid mengalami kecederaan adalah agak tinggi. Selain daripada itu, Kemahiran manipulatif juga dikira satu daripada komponen penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bidang sains. Tanpa penguasaan yang baik, seorang guru tidak dapat mengajar mata pelajaran sains dengan berkesan serta menyerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid ketika berada di makmal, walhal cara pengendalian alatan dan bahan dalam makmal kimia sangat penting dalam menjamin keselamatan murid. Justeru, penting guru untuk menguasai kemahiran manipulatif sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains berlaku dengan sempurna kelak. Seterusnya jika guru tidak menguasai kemahiran manipulatif tidak dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran amali sains di sekolah, Jika beliau tidak memiliki pengetahuan dan menguasai kemahiran manipulatif beliau tidak dapat membimbing anak muridnya menjalankan aktiviti penyiasatan mereka dengan efektif dan sistematik. Tanpa mengamalkan teknik-teknik amali dengan baik seseorang guru tidat dapat membimbing muridnya ketika menjalankan sesuatu aktiviti amali. Selain itu, jika seseorang murid tidak mnguasai kemahiran manipulatif mereka tidak dapat melakukan pergerakkan koordinasi motor kasar dan motor halus dengan baik. Mereka juga tidak boleh menggunakan peralatan sains dengan betul dan cermat. Seterusnya

kelemahan pengendalian bahan-bahan sains kadangkala menimbulkan kemalangan yang besar kepada murid jika tidak diguna dengan cara yang betul. Sebagai kesimpulannya selaku seorang guru sains di sekolah adalah penting bagi seseorang itu mahir dalam semua komponen yang terdapat dalam bidang sains dengan sempurna. Sebelum menjadi seorang guru yang terlatih, bakal-bakal guru juga perlu menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang sama seperti seorang pelajar untuk menjadi seorang pendidik yang baik dan berkebolehan. Oleh itu, setiap aktiviti amali perlu dirancang dengan teliti dan sempurna iaitu dengan menggabungkan ketiga-tiga domain kognitif, afektif dan psikomotor agar para murid memperoleh kemahiran saintifik yang berkesan pada masa akan datang.

Bahagian C Eksperimen : Cara tumbuhan menghasilkan makanan Objektif Untuk mengenalpasti cara tumbuhan menghasilkan makanan secara sendiri. Pengenalan Tumbuhan memerlukan penjagaan khas untuk membolehkan ia tumbuh. Tumbuhan memerlukan tanah, udara, cahaya dan air. Tumbuhan juga perlu dibaja secara kerap untuk membantu proses tumbesarannya. Baja mengandungi mineral yang boleh membantu tumbuhan membesar dengan sihat. Tumbuhan membuat makanannya sendiri melalui proses fotosintesis. Proses fotosintesis akan membebaskan oksigen yang amat diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Pernyataan masalah a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari, udara, dan air untuk membuat makanan? b) Adakah tumbuhan memerlukan baja untuk membuat makanan? c) Adakah tumbuhan memerlukan baja, air, udara dan cahaya matahari untuk membuat makanan secara sendiri? Hipotesis Tumbuhan tidak boleh membuat makanan dan tidak hidup tanpa cahaya matahari, udara dan air. Pemboleh ubah malar Prosedur yang berlainan Pemboleh ubah dimanipulasi Keadaan tumbuhan Pemboleh ubah bergerak balas Tumbuhan

Bahan/radas I. II. III. Tumbuhan Baja Beg plastik

Prosedur A 1. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber pencahayaan yang baik. 2. Air dituang pada tumbuhan hijau pada setiap hari. 3. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun. Prosedur B 1. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. Tumbuhan diletakkan dibawah tempat yang tidak ada cahaya. 3. Tumbuhan hijau ditutup dengan beg plastik. 4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun. Prosedur C 1. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. Tumbuhan hijau diletakkan di ruang yang mempunyai sumber percahayaan yang baik. 3. Air dituang pada tumbuhan hijau pada setiap hari 4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun. Prosedur D 1. Tumbuhan hijau dimasukkan dengan baja. 2. Tumbuhan hijau di letakkan di ruang yang mempunyai sumber percayaan yang baik. 3. Tumbuhan hijau tidak disiram dengan air. 4. Pemerhatian dilakukan pada setiap hari. Pemerhatian dilakukan terhadap warna dan kesegaran daun.

Keputusan Eksperimen Prosedur A Pemerhatian Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tetap segar Hari 3 Kelihatan daun bertumbuh dengan kecil Hari 4 Daun segar dan kelihatan hijau Inferens -Daun segar -Hal ini kerana tumbuhan hijau mendapat untuk cahaya menjalani matahari proses

fotosintesis

Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tidak menunjukkan perubahan ketara Hari 3 Daun mula layu Hari 4 Daun terus gugur

-Daun Layu - Ruang yang ditutup dengan beg plastik tidak dapat cahaya matahari dan udara

menyebabkan daun tidak dapat menjalani proses fotosintesis.

Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tumbuh dengan segar Hari 3 Daun tumbuh dengan banyak dan segar Hari 4 Daun tetap segar dan kelihatan hijau

-Daun segar - Hal ini kerana tumbuhan hijau mendapat cahaya matahari dan zat tambahan untuk bertumbuh dengan sebar dan menjalani proses fotosintesis.

Hari 1 Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2 Daun tidak menunjukkan perubahan ketara Hari 3 Daun mula menjadi kuning Hari 4 Tumbuhan mula layu

-Daun Layu Tumbuhan hijau tidak

mendapat keperluan asas air menyebabkan tumbuhan layu

dan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.

Perbincangan 1. Nutrien asas tumbuhan memerlukan udara, air, cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis. 2. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari. Tanpa cahaya matahari tumbuhan tidak dapat hidup dan tidak dapat menjalankan proses fotosintesis. 3. Tumbuhan memerlukan sumber air. Tanpa air tumbuhan tidak dapat hidup. 4. Tumbuhan memerlukan udara. Tanpa udara tumbuhan tidak dapat hidup. 5. Tumbuhan memerlukan zat tambahan seperti baja untuk bertumbuh dengan penuh segar. 6. Tumbuhan hijau mempunyai klorofil dalam daun hijaunya yang menyerap cahaya matahari untuk membuat makanan dengan sendiri daripada karbon dioksida yang terdapat diuadara dan air daripada tanah. 7. Tumbuhan hijau dalam prosedur A dan C hidup disebabkan membuat makanan dengan sendiri berbanding B dan D yang tidak dapat keperluan asas.

Kesimpulan Sebagai kesimpulan, menyimpul bahawa tumbuhan hijau memerlukan kesemua keperluan asas seperti cahaya matahari, air dan udara untuk terus bertumbuh dan menjalankan proses fotosintesis. Tumbuhan juga memerlukan baja untuk proses pertumbuhan yang baik. Tumbuhan yang mati disebabkan tidak mendapat keperluan asasnya.

Sebagai seorang guru Sains dicsekolah saya memilih eksperimen keperluan asas tumbuhan dan elemen yang diperlukan untuk tumbuhan hidup dan membuat makanan. Menerusi eksperimen ini guru dapat menerangkan cara tumbuhan menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan untuknya. Daripada diolog yang diberi saya mengetahui bahawa murid mengalami miskonsepsi dalam cara tumbuhan makan. Mereka beringat bahawa tumbuhan makan seperti manusia. Bagi murid B, dia percaya bahawa baja, tanah dan air cukup untuk sesuatu tumbuhan hidup dengan baik manakala murid A pula beringkat bahawa tanpa baja sesuatu tumbuhan boleh hidup dengan penuh segar. Kedua-dua murid mempunyai miskonsepsi dalam keperluan asas tumbuhan. Miskonsepsi ini menyebabkan mereka berfikiran sebegini. Oleh hal demikian sebelum menerang proses fotosintesis mereka perlu mengetahui keperluan asas tumbuhan menerusi eksperimen yang diberi. Menerusi eksperimen tersebut murid mengetahui keperluan asas sesuatu tumbuhan. Dengan menggunakan eksperimen ini, guru boleh menjelaskan cara tumbuhan membuat makanan dengan sendiri iaitu proses fotosintesis. Proses itu memerlukan udara, air dan cahaya matahari. Selain itu, baja juga diperlukan untuk tumbuhan untuk tumbuh dengan penuh segar. Dengan cara ini guru senang untuk menerang tajuk proses fotosintesis iaitu cara tumbuhan membuat makanan dengan sendiri. Jika seseorang murid dijelaskan dengan cara ini murid itu kemungkinan besar mendapat konsep tumbuhan menghasilkan makanan dengan sendiri. Secara tidak langsung miskonsepsi terhadap tajuk ini juga akan diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai