Anda di halaman 1dari 4

Definisi

Dalam tritisnya yang terkenal, Handbook of the Law of Torts, William Prosser menakrifkan "tort" sebagai "satu istilah yang diaplikasikan kepada satu kumpulan kesalahan sivil yang tidak tentu dan tidak berkaitan antara satu sama lain tetapi tidak sama sekali berkait dengan satu perlanggaran kontrak dimasa satu mahkamah undang-undang mampu memberi satu pampasan dalam satu bentuk tindakan tuntutan ganti rugi." Selain pampasan, dalam sesetengah kes berhad, undang-undang tort membenarkan tindakan sendiri, seperti menggunakan kekerasan yang wajar untuk membuang penceroboh. Tambahan pula dalam satu kes tort yang berlarutan, dimana gangguan terus-menerus, mahkamah pada sesetengah masanya akan memberi gran injunksi untuk menghalang daripada gangguan itu terus berlaku, sebagai contoh, satu kes pengaduan tentang bunyi yang terlalu kuat di sebuah tapak pembinaan sebelah memungkinkan mahkamah mengarahkan pembinaan itu diberhentikan sementara kes masih berlangsung. [sunting]Matlamat Undang-undang tort menentukan sama ada satu kehilangan yang menimpa sesuatu mangsa patut atau tidak patut diletakkan puncanya pada orang lain. Sesetengah hasil daripada kesalahan yang dilakukan, seperti kos-kos perubatan yang terpaksa dibayar, boleh diganti rugi. Ganti rugi boleh juga dibayar dalam bentuk wang untuk hasil tidak kewangan, seperti kesakitan yang dialami. Dalam "Matlamat-Matlamat Undang-undang Tort" (The Aims of the Law of Tort) (1951) Glanville Williams melihat empat batu asas diamana pelbagai tort bersantai: pemujukan, keadilan, pencegahan dan pampasan. Undang-undang mempunyai kecenderungan menekan matlamat-matlamat berlainan mengikut tort sengaja dengan tort yang berlaku akibat kecuaian atau liabiliti ketat. Selepas rencana si William itu, berkembangnya satu sekolah penganalisa ekonomi undang-undang yang menekankan insentif dan pencegahan. [sunting]Kategori Tort secara amnya dikatagorikan oleh dua faktor: 1. Tahap kesengajaan yang mesti dikira dengan melihat kelakuan pembuat kesalahan, dan 2. Kepentingan yang terganggu oleh perbuatan tort. [sunting]Tort

yang sengaja dilakukan

Tort sengaja adalah apa-apa perbuatan sengaja yang dikatakan boleh menyebabkan satu kecederaan berlaku kepada seseorang individu. Tort sengaja mempunyai beberapa subkatagori, termasuk tort mencederakan orang, tort milikan tanah, tort ekonomi dan tort menjaga air muka. Tort mencederakan orang Tort mencederakan orang mencederakan atau menghalang sifat keorangan si pendakwa. Tort mencederakan orang termasuk serangan, pukulanpenahanan salah dan pengenaan sengaja kesusahan emosional. Tort milikan tanah

Tort milikan tanah merangkumi semua pencerobohan terhadap hak pendakwa keatas tanah milikannya. Yang paling kerap adalah pencerobohan tanah, pencerobohan keatas barangan dan konversi. Tort ekonomi Tort ekonomi termasuk common law penipuan dan gangguan bersifat tort dengan hubungan bisnes atau kontrak. Tort menjaga air muka Tort menjaga air muka adalah tort yang tidak menyebabkan apa-apa implikasi ketara kepada seseorang atau tanahnya, akan tetapi kepada reputasinya. Tort ini merangkumi fitnah secara percakapan atau secara penulisan, penggelapan pengumuman, penzahiran. Adalah perlu difahami tort fitnah adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris "Defamation". Penggunaan istilah "saman malu" yang popular di kalangan masyarakat awam di Malaysia adalah tidak tepat. Istilah "saman fitnah" adalah lebih tepat. Ini kerana seseorang boleh menyaman seseorang lain dengan saman fitnah apabila kenyataan "tidak benar" disebarkan terhadapnya. Tidak wujud "tort fitnah" walaupun seseorang itu terasa dimalukan jika kenyataan yang disebarkan itu adalah benar. Contohnya seseorang itu tidak akan berjaya membuat saman fitnah ke atas sebuah syarikat surat khabar kerana memaparkan berita bahawa dia telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana didapati bersalah mencuri di pasar raya. Walaupun berita itu memalukan diri orang tersebut, namun jika berita itu memang benar dan bukannya fitnah, maka dia tidak akan berjaya di dalam saman fitnahnya. [sunting]Kecuaian Tort kecuaian adalah tort yang paling meluas antara kesemua tort dan adalah asas kepada kebanyakan kes kecederaan peribadi. Terdapat beberapa elemen yang sama kepada semua bidang kuasa, secara khususnya: terdapat satu standard penjagaan yang minima yang semua orang dewasa harus mencapai dalam kehidupan seharian mereka; defenden mempunyai satu tugas menjaga kepada pendakwa dan sebarang pelanggaran kepada tugas itu dengan melakukan atau tidak melakukan sesuatu memungkinkan si pendakwa menuntut ganti rugi keatas sebarangkehilangan yang berlaku disebabkan kecuaian ini. Dalam semua situasi, ia mestilah adil dan munasabah untuk memerintahkan defenden membayar pampasan kepada si pendakwa. Elemen-elemen ini sering dipermudahkan sebagai formula "standard penjagaan, tugas, pelanggaran, penyebab dan ganti rugi". [sunting]Gangguan Tort gangguan membolehkan seseorang pendakwa untuk menyaman atas kebanyakan sebab gangguan keatas haknya menggunakan tanah dengan suka sendirinya. Sebagai contoh, bunyi bising daripada lapangan terbang biasanya dipampas oleh tuntutan gangguan.

[sunting]Liabiliti

ketat

Liabiliti ketat diaplikasikan kepada aktiviti berbahaya (seperti pembinaan bangunan) dalam sesetengah negara bagi tujuan melindugi pihak-pihak terlibat dalam aktiviti itu daripada mengalami sebarang kecederaan yang berpunca oleh tindakan pihak lain meskipun pihak berkenaan tidak cuai dalam melakukannya. Teori ini tidak diaplikasi kepada kecederaan yang lebih serderhana sifatnya seperti penjagaan binatang buas, penggunaan bahan letupan, atau simpanan bahan radioaktif. Dalam undang-undang Inggeris, penjagaan makanan juga tertahluk kepada liabiliti ketat, dengan satu restoran boleh didakwa tidak kira betapa berhati-hati tindakan ia menjaga kebersihan. Dalam sesetengah negara, liabiliti ketat adalah peraturan dalam sesetengah kes liability produk, dengan teorinya berdasarkan hanya liabiliti ketat boleh memaksa pengilang untuk menggunakan reka bentuk paling selamat. Ia juga dipercayai bahawa paksaan ini perlu keatas semua pihak dalam "rantai perdagangan" untuk lebih berhati-hati dalam penjagaan pengeluarkan produk mereka dan tidak cacat cela. Liabiliti produk juga dikatagorikan sebagai satu cabang undang undang tort spesifik, iaitu undang-undang tort toksik. Pelanggaran hak cipta juga diklasifikasikan sebagai liabiliti ketat dalam sesetengah bidang kuasa. [sunting]Tort

dan undang-undang jenayah

Dalam common law, ramai tort berasal daripada undang-undang jenayah. Sebagaimana dinotakan di atas, masih terdapat sesetengah pertindanan diantara jenayah dan tort. Sebagai contoh, dalam undang-undang Inggeris, satu serangan adalah satu jenayah dan satu bentuk tort (sejenis pencerobohan keatas individu). Perbezaan antara kedua-duanya adalah satu tort membenarkan seseorang individu, iaitu biasanya si mangsa, (pendakwa dalam undang-undang Inggeris) untuk mendapat satu pampasan untuk tujuannya sendiri (sebagai contoh dengan pembayaran [[ganti rugi] kepada seseorang dalam satu kemalangan kereta, atau injunksi bantuan untuk menghalang seseorang daripada masuk campur dalam satu peniagaan). Tindakan jenayah pada sebelahnya pula dibuat tidak untuk mendapat pampasan untuk membantu seseorang (walaupun pampasan berkenaan sering terdapat dalam pemberikan mahkamah Jenayah), tetapi untuk menghukum seseorang kerana tindakan mereka. Ini menerangkan kenapa, sebagai contoh, pemenjaraan wujud sebagai satu penalti jenayah berat, tetapi tidak untuk tort. Kendatipun, ramai bidang kuasa masih menpunyai satu elemen hukuman sebagai sebahagian daripada undang-undang tort seperti kerosakan contoh dan 'kerosakan parah'. Terdapat situasi dimana jika seseorang defenden mengingkari perintah mahkamah, satu pendakwa boleh meminta untuk satu ganti rugi berbentuk hukuman keatasnya, termasuk pemenjaraan. Sesetengah tort mungkin mempunyai elemen umum sebagai contoh, gangguan umum, dan ada kalanya satu tindakan dalam tort akan dibawa oleh satu badan umum. Juga, di mana undang-undang jenayah adalah bersifat penghukuman, ramai bidang kuasa telah memajukan bentuk-bentuk ganti rugi

kewangan atau pengembalian dimana mahkamah jenayah boleh secara terus mengarahkan defenden untuk membayar mangsa.