Anda di halaman 1dari 12

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBEZAKAN PERKARA RUKUN DENGAN PERKARA SUNAT DALAM SOLAT MELALUI PENDEKATAN PERMAINAN MONOPOLI.

Oleh: Norhaya Isa Tuan Rozaimi Tuan Rani Norazman Mohaimin Rokiah Mohamed SK Seri Machap, 86200 Simpang Renggam, Kluang, Johor. ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana murid-murid dapat membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat dalam kalangan murid-murid Tahun 4 Bijak. Kemahiran membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat ini penting bagi mendapatkan solat yang betul dan berkualiti. Kajian ini telah saya jalankan terhadap lima orang murid. Tinjauan awal dilakukan melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, kerja rumah dan ujian pra. Hasil dapatan awal menunjukkan ramai murid yang tidak boleh menguasai kemahiran mengingati dan menghafal khususnya pada tajuk yang difokuskan. Mereka agak sukar untuk membezakan antara kedua-dua perkara tersebut. Berdasarkan analisis, masalah utama mereka ialah keliru, ragu-ragu, malas dan tidak menunaikan solat di rumah. Kelas bimbingan telah pun dibuat, saya telah memperkenalkan satu kaedah permainan iaitu MONOPOLI SOLAT. Murid diberi bimbingan selama 3 minggu. Terdapat peningkatan melalui program ini. Terdapat perbezaan antara ujian pra dengan ujian pos. Melalui ujian yang dilaksanakan berlaku satu peningkatan yang cukup memberangsangkan. Kesannya murid dapat membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dengan baik seterusnya mengenali 2 perkara tersebut.

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Solat atau sembahyang merupakan satu elemen penting dalam kehidupan seharian umat Islam bagi melahirkan generasi yang bertakwa. Namun, sudah beberapa tahun saya menghadapi situasi murid-murid yang tidak menjadikan solat sebagai agenda penting dalam kehidupan mereka . Sekiranya ada, hanyalah murid-murid yang kedua ibu bapa mereka mementingkan didikan agama. Menjadi amalan seharian saya, sewaktu masuk ke kelas, saya akan bertanya mengenai solat subuh mereka. Hanya beberapa orang murid sahaja yang mengaku melakukan solat tersebut. Rupa-rupanya mereka tidak solat subuh kerana tidak boleh membaca doa qunut, sedangkan doa qunut adalah perkara sunat, sekiranya tidak dilakukan, solat masih sah. Tahulah saya bahawa murid-murid ini tidak memahami konsep solat sepenuhnya. Mereka sekadar tahu menunaikan solat tetapi tidak mengetahui konsep yang terkandung dalam solat itu. Mereka tidak dapat membezakan antara perkara rukun (iaitu perkara yang wajib ada) dengan perkara sunat (perkara yang diberi pilihan untuk melakukannya). Melalui pengamatan saya, masalah ini berpunca daripada sikap ragu-ragu, keliru, cepat lupa dan malas. Manakala beberapa orang murid pula berpendapat setiap perbuatan solat Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

adalah sama menyebabkan timbul rasa keliru dalam membezakan kedua-dua perkara tersebut. Melalui pemerhatian daripada kerja rumah yang diberi, terdapat 5 orang murid tidak boleh menguasai kemahiran ini, sedangkan pengetahuan mengenai solat amat penting bagi menjamin solat yang berkualiti. Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan kemahiran mengingat dan menghafal, sedangkan amalan ini amat membosankan, khususnya bagi murid yang lemah. Justeru, saya cuba mengetengahkan kajian ini dengan menggunakan satu kaedah yang membolehkan mereka mengingati dan menghafal dengan cara mudah tetapi berkesan. Saya berusaha untuk mengubah corak pelaziman P&P saya yang mungkin membosankan murid dengan cara yang lebih menarik, di samping mampu menarik minat murid dengan memberi keseronokan sewaktu belajar. Saya cuba membawa murid mengenali sebuah permainan yang mengambil sebahagian konsep permainan monopoli dan saya padankan dengan meninggalkan perkara rukun dan perkara sunat dalam solat. 2.0 FOKUS KAJIAN.

Kajian ini berfokus kepada meningkatkan kemahiran membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat. Secara tidak langsung sasaran dapat mengenal pasti sekiranya meninggalkan perkara rukun, maka solat menjadi tidak sah. Manakala berbeza dengan perkara sunat. Sekiranya tidak dilakukan, solat masih dianggap sah. Oleh itu sekiranya murid tidak dapat membezakan antara kedua-duanya, maka ini akan menimbulkan masalah kepada murid dalam melaksanakan solat seharian. Dikhuatiri jika mereka meninggalkan salah satu daripada perkara rukun yang dianggap sebagai perkara sunat, maka sembahyang tidak sah atau terbatal. Justeru itu, saya menggunakan satu pendekatan yang berbentuk permainan bagi menarik minat murid-murid saya. Melalui pemerhatian saya, murid-murid ini sukakan sesuatu yang berbeza daripada biasa. Saya mengunakan kaedah membezakan kedua-dua perkara ini melalui permainan Monopoli Solat. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 3.1 OBJEKTIF AM. Meningkatkan kemahiran membezakan perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat melalui pendekatan permainan monopoli. OBJEKTIF KHUSUS. Secara khususnya, kajian tindakan ini dapat: 3.2.1 Murid boleh mengenal pasti perkara rukun dalam solat. 3.2.2 Murid boleh mengenal pasti perkara sunat dalam solat. 3.2.3 Murid dapat menunaikan solat dengan sempurna. 3.2.4 Mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran guru.

3.2

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4 Bijak yang didapati amat lemah dalam membezakan perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat. Murid-murid ini telah dikenal pasti melalui beberapa pendekatan yang telah dijalankan. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN 5.1 TINJAUAN MASALAH 5.1.1 Pemerhatian Saya menggunakan kaedah pemerhatian dalam kelas semasa P&P berjalan. Saya memerhatikan gerak laku serta maklum balas yang diberikan semasa sesi P&P berlangsung. Kumpulan sasaran ini juga dilihat melalui pemeriksaan buku tulis, kerja rumah dan ujian pra. 5.1.2 Temu bual. Saya turut menggunakan kaedah temu bual dan dilakukan secara tidak formal. Secara tidak langsung penyelidik dapat mengesan punca sebenar murid tidak dapat menguasai kemahiran menghafal dan mengingati, seterusnya tidak dapat membezakan antara perkara rukun dengan sunat. 5.1.3 Soal selidik. Borang soal selidik diberikan kepada murid untuk diisi secara jujur dan telus. Murid diberi pilihan jawapan mengapa mereka tidak dapat menguasai kemahiran membezakan antara dua perkara tersebut. 5.1.4 Ujian pra Ujian Pra dilakukan untuk menguji sejauh mana penguasaan murid dalam tajuk : Membezakan Antara Perkara Rukun dan Perkara Sunat dalam Solat. Ujian Pra ini dijalankan sebelum sesi bimbingan bermula. 5.2 ANALISA TINJAUAN MASALAH. 5.2.1 Pemerhatian. Melalui pemerhatian saya sewaktu proses P&P, didapati kaedah mengingati dan menghafal menjadi masalah kepada sebahagian murid tahun 4 Bijak ini. Apabila saya mengutarakan beberapa soalan yang berkaitan tajuk, mereka seperti keliru dan ragu-ragu untuk membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat. Mereka seperti sukar mengingati isi pelajaran, secara tidak langsung menjadikan mereka kurang minat untuk belajar. 5.2.2 Temu bual Jadual 1 : Analisis Hasil Temu Bual Suka Sembahyang Tahu erti Pendidikan 5 waktu rukun Islam dan sunat 100 %( 5 ) 20%( 1 ) 0%( 5 )

Soalan/ murid

Tahu beza antara rukun dan sunat 0% ( 5 )

Berdasarkan Jadual 1 di atas, 100% murid tersebut amat berminat belajar matapelajaran Pendidikan Islam. Hanya seorang murid (20 %) yang melakukan solat secara lengkap. Manakala tidak seorang pun yang mengetahui erti rukun dan sunat dengan betul, begitu juga dengan membezakan antara perkara rukun dengan sunat. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

5.2. 3

Soal selidik

Jadual 2 : Soal Selidik Berkaitan Membezakan Perkara Rukun dan Perkara Sunat % KUMPULAN SASARAN PERKARA Bil % % Setuju Tidak Setuju 100%( 5 ) 0% ( 5 ) 1. Minat Matapelajaran Pendidikan Islam 60% ( 3 ) 40%( 2 ) 2. Tidak Tahu 20% ( 1 ) 80%( 4 ) 3. Tidak menghafal 80% ( 4 ) 20%( 1 ) 4. Terlupa 80% ( 4 ) 20%( 1 ) 5. Keliru Berdasarkan Jadual 2 di atas, terdapat 3 orang murid (60%) yang tidak tahu adanya perbezaan antara perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat. Seorang murid (20%) saja yang tidak berminat untuk menghafalnya. Terdapat seramai 4 orang (80%) yang mudah terlupa untuk mengingati perkara perkara rukun dengan perkara-perkara sunat. 4 orang (80%) pula agak keliru untuk membezakan kedua-dua perkara tersebut. 5.2.4 Ujian Pra.

Jadual 3 : Pencapaian Murid dalam Ujian Pra GRED BILANGAN MURID A ( 80-100 ) 3 B ( 60 79 ) 19 C ( 40 59 ) 15 2 D ( 20 39 ) 3 E ( 0 19 ) 32 JUMLAH Ujian pra dijalankan kepada semua murid tahun 4 Bijak setelah menjalankan 3 kali latihan berkenaan tajuk ini. Berdasarkan Jadual 3, didapati 5 orang murid masih tidak dapat mengingati perkara rukun dan perkara sunat dalam solat dengan baik. (berada dalam gred D dan E ). Murid-murid ini dikelaskan sebagai murid yang lemah dan tidak dapat mengingat dan membezakan dengan baik. Walaupun jumlahnya tidak ramai, namun memberi kesan sekiranya tidak diambil perhatian dan tindakan, memandangkan solat merupakan elemen penting dalam kehidupan sepanjang hayat. 5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN. 5.3.1 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Sebanyak 4 aktiviti telah dirancang bagi membantu kumpulan sasaran ini. Aktiviti tersebut ialah:

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

i)

Aktiviti 1. Menggunakan pendekatan belajar dan bermain dalam satu masa. Permainan ini dilaksanakan dengan mengambil sebahagian konsep permainan monopoli dan dipadankan dengan sekiranya meninggalkan perkara rukun dan sunat dalam solat Murid diberi satu set soalan yang mengandungi 20 soalan di dalamnya (soalan yang sama dengan ujian pra tetapi diubah kedudukan nombor soalan) dan dijadikan Latihan 1. Soalan adalah berkaitan dengan membezakan perkara rukun dengan perkara sunat dalam solat. Aktiviti 2 Bermain dengan Monopoli Solat. Menyebut perkara yang terkandung dipetak berhenti. Murid diberi satu set soalan yang mengandungi 20 soalan.(soalan yang sama tetapi diubah kedudukan nombor soalan ) dan dijadikan Latihan 2. Aktiviti 3 Bermain dengan Monopoli Solat. Tunjuk cara perbuatan solat dipetak berhenti. Murid diberi satu set soalan yang mengandungi 20 soalan (soalan yang sama tetapi diubah kedudukan nombor soalan) dan dijadikan Latihan 3 Aktiviti 4 Nyanyian. Kenalpasti perkara rukun dan perkara sunat melalui perbuatan rakan.

ii)

iii)

iv) 5.4

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN 5.4.1 Aktiviti 1 ( Permainan MONOPOLI SOLAT ) a. Murid-murid didedahkan dengan teknik permainan Monopoli Solat selama 3 minggu. Dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Khamis selama sejam. b. Menjawab soalan membezakan perkara rukun dengan sunat dalam solat. c. Langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran dapat ditunjukkan seperti berikut: AKTIVITI Guru bersoal jawab dengan murid mengenai solat dan sejauh mana mereka memahami perbezaan antara rukun dan sunat. Guru mengedarkan set permainan Monopoli Solat.Guru menerangkan cara bermain.

LANGKAH Langkah 1

Langkah 2

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

CARA BERMAIN MONOPOLI SOLAT Semua peserta melontar buah dadu secara bergilir. Sesiapa yang mendapat bilangan terbanyak akan memulakan permainan. Sewaktu bermain, sekiranya ada pemain yang berhenti dipetak meninggalkan rukun solat (merah), maka pemain tersebut dikehendaki turun ke petak MULA.Ini kerana pemain tersebut telah meninggalkan rukun solat, solat tidak sah dan perlu diulang semula.Sekiranya pemain berhenti dipetak meninggalkan perkara sunat (hijau)maka pemain tersebut boleh meneruskan permainannya. Ini kerana, sekiranya pemain meninggalkan perkara sunat, solat masih lagi sah dan boleh diteruskan. Sekiranya berhenti dipetak KEPUTUSAN, pemain tersebut hendaklah mengambil kad keputusan dan mengikut arahan yang diberikan. Pemain yang berjaya ke petak akhir dikira sebagai pemenang / memonopoli atau menguasai solat. Boleh dimain lebih daripada seorang. ARAHAN KAD KEPUTUSAN Sebutkan 3 rukun solat yang kamu tahu. Sebutkan 2 dari perkara sunat. Bacakan niat solat subuh. Bacakan bacaan al-Fatihah

Guru sebagai fasilitator sambil membantu mereka yang tidak dapat bermain dengan baik. Murid mula bermain hingga tamat.

Langkah 3

Pengukuhan dengan nyanyian. Menjawab soalan.

Langkah 4

Murid diingatkan agar menjaga solat dengan baik. (Penutup)

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

Rajah 1 : Papan Permainan Monopoli Solat


24 KEPUTUSAN 25 26 Tidak duduk Tahiyat Akhir 23 Tidak Membaca Tahiyat Awal 22 21 Tidak duduk Tahiyat Awal 20 19 Tidak duduk diantara 2 sujud 18 Meninggalkan Sujud

27 28 Tidak Membaca Tahiyat Akhir

Monopoli Solat
KEMBALI KE PETAK MULA RUKUN

17 16 Meninggalkan Iktidal 15 Meninggalkan Ruku

14 KEPUTUSAN 13 Tidak Membaca Surah

29 30 Tidak Membaca Selawat 31 Sujud Sahwi

12 11 Tidak Membaca Amin selepas Fatihah 10 Tidak Membaca Al Fatihah 9 Tidak Membaca Doa Qunut 8 7 Tidak mengangkat Takbiratul Ihram 6 1 Tidak Berniat 2 3 Tidak berdiri dengan betul (yg berupaya) 4 Terlupa Doa Iftitah

32

TERUSKAN SUNAT

33 KEPUTUSAN 34 Tidak Memberi Salam 35

36 37 Tidak Tertib

TAMAT MULA

5 KEPUTUSAN

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

i.

Pemerhatian Berdasarkan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini menunjukkan minat kerana mereka belajar dengan kaedah yang menarik. Mereka beranggapan permainan tersebut seperti satu pertandingan. Mereka berlumba-lumba agar dapat menghabiskan permainan berbanding kawan-kawan lain. Mereka sangat gembira, tambahan pula ada rakan-rakan yang terpaksa turun ke petak MULA setelah melalui petak-petak tertentu. Refleksi Saya merasakan pendekatan belajar sambil bermain boleh merangsang minat murid seterusnya boleh membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat. Mereka bermain dalam suasana ceria dan harmonis. Walaupun ada ketikanya beberapa orang murid terpaksa berpatah ke petak asal, namun mereka tetap mempunyai daya saing yang tinggi untuk memonopoli permainan tersebut. Mereka seperti tidak sabar untuk melalui kotak KEPUTUSAN bagi mengetahui apakah perkara yang akan mereka lakukan. Hasil dari latihan 1 (31 Mac 2005) pada aktiviti 1, menampakkan masih banyak lagi kelemahan murid yang perlu diperbaiki. Sasaran belum dapat membezakan dan memahami konsep rukun dan sunat. Saya merumuskan bahawa mereka bermain dengan gembira hanya berpandukan warna pada petak berhenti. Namun, terdapat juga peningkatan dalam ujian ini berbanding dengan ujian pra yang lalu. Kesemua murid masih tidak dapat menjawab dengan betul bagi semua soalan.

ii.

5.4.2

Aktiviti 2. Hasil aktiviti 1 kurang memberangsangkan, saya menjalankan Aktiviti 2 bagi mengukuhkan lagi pemahaman murid. Langkah-langkah Aktiviti 2 adalah seperti berikut: a. Permainan MONOPOLI SOLAT. b. Murid dikehendaki menyebut perkara rukun atau sunat pada petak berhenti. c. Murid menjawab soalan i. Pemerhatian Murid dikehendaki bermain MONOPOLI SOLAT dengan satu aktiviti tambahan. Mereka dikehendaki menyebut perbuatan yang terdapat di kotak berhenti. Nampak lebih meriah dan menyeronokkan. Mereka bersungguh-sungguh untuk menyebut dan yang paling penting memberikan jawapan yang betul dan tepat. Sewaktu ujian diberi mereka bersemangat untuk menjawab. Dalam pemerhatian saya, murid murid ini agak lebih yakin kerana mereka sudah dapat memahami konsep rukun dan sunat. Melalui latihan 2 yang diberi, masih ada lagi murid-murid lemah yang perlu dibimbing. Mereka masih lagi tidak berjaya menjawab kesemua soalan seperti yang saya sasarkan.Namun demikian terdapat peningkatan dalam ujian tersebut. Ujian ini dijalankan setiap 2 kali selepas sesi rawatan, bertujuan untuk mengukuhkan lagi pemahaman murid.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

ii.

Refleksi Saya mendapati terdapatnya perubahan dalam pencapaian latihan 2 (5 April 2005) ini, walaupun peningkatannya tidak seperti yang saya harapkan, namun telah memberi impak yang baik. Saya agak berpuas hati kerana murid-murid tersebut sudah mula memahami serba sedikit konsep rukun dan sunat serta permainan yang saya jalankan. Teknik latih tubi menyebut perbuatan dalam solat banyak membantu mereka mengingati kedua-dua perkara tersebut di samping keseronokan bermain.

5.4.3

Aktiviti 3 a. Permainan MONOPOLI SOLAT Murid dikehendaki melakukan perbuatan solat yang terkandung dipetak berhenti. b. Murid menjawab soalan. i Pemerhatian. Kumpulan sasaran ini nampak lebih bersemangat untuk menjalankan aktiviti ini. Melalui pemerhatian saya, mereka sudah tahu apa yang perlu mereka lakukan. Mereka lebih bersemangat, berlumba-lumba dan dapat membantu rakan-rakan dalam menyebut perbuatan rukun dan sunat sewaktu melakukan aktiviti tersebut.Ini lebih memudahkan proses memahami apa yang diajar. Menjawab latihan dengan bersungguh-sungguh. Refleksi Saya berpuas hati dengan pencapaian murid-murid ini. Terdapat peningkatan yang cukup memuaskan jika dibandingkan dengan latihan 3 yang lepas. Mengikut pencapaian Latihan 3 (11 April 2005) yang telah dijalankan, 2 orang murid hampir berjaya menjawab semua. Mereka juga sudah mula yakin untuk melakukan aktiviti ini. Terdapat murid yang membantu rakanrakan. Mereka telah berjaya melakukan perbuatan solat pada petak berhenti dengan betul. Ini membuktikan mereka sudah menguasai hampir semua perkara rukun dan sunat. Saya perlu mengukuhkan lagi kefahaman murid-murid ini agar mereka dapat mencapai tahap kefahaman yang saya tetapkan.

ii

5.4.4

Aktiviti 4. a. Nyanyian. (Mari Kita Solat) b. Menamakan perbuatan yang dibuat oleh rakan. i. Pemerhatian Murid-murid sangat gembira, benarlah, kanak-kanak sukakan sesuatu yang berbeza. Mereka dapat menghafal lagu dengan baik. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, murid-murid ini telah berjaya menjawab dan menamakan perbuatan yang dilakonkan oleh rakan mereka dengan betul. Di antara mereka ada yang menjawab dengan pantas. Hanya seorang murid yang masih dianggap lemah, namun berjaya menjawab semua soalan dengan tepat dengan bantuan fasilitator. Mereka berdaya saing untuk menjawab dengan lebih pantas dan mendahului rakan yang lain.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

ii.

Refleksi Semestinya saya amat gembira, murid-murid ini telah menguasai kemahiran membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat dengan baik sekali, malah mereka juga sudah mengenal pasti kedua-duanya sekali. Di akhir aktiviti saya meminta seorang daripada rakan mereka melakukan perbuatan rukun ataupun sunat di samping saya menyoal setiap daripada mereka. Ini bertujuan untuk mengesan sejauh mana mereka mengenali perbuatan rukun atau sunat. Mereka berjaya menyebut nama perbuatan tersebut dengan betul. Saya amat bimbang sekiranya murid-murid ini sekadar menghafal tetapi tidak dapat membeza dan mengenali perbuatan rukun atau sunat. Kebimbangan saya berakhir apabila melihatkan situasi ini. Saya merasakan kaedah latih tubi yang baik, menarik dan berterusan, boleh membantu murid menguasai dan mengatasi masalah ini.

5.4.5

Ujian Pos Sebagai penilaian akhir bagi mengesan keberkesanan kaedah dan aktiviti yang telah dijalankan, satu ujian pos telah dibuat. Item ujian adalah sama seperti ujian pra. Murid dikehendaki menjawab 20 soalan yang membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat.Di dalam ujian ini, semua murid telah berjaya menjawab semua soalan dengan tepat. Jadual 4 : Perbandingan Pencapaian Murid Ujian Pra dan Ujian Pos BILANGAN MURID KUMPULAN SASARAN GRED UJIAN PRA UJIAN POS 5 A ( 80- 100 ) B ( 60 79 ) C ( 40 59 ) 2 D ( 20 39 ) 3 E ( 0 29 ) JUMLAH 5 5 Berdasarkan Jadual 4, terdapatnya peningkatan dalam Ujian Pos. Semua murid telah berjaya menjawab semua soalan berbanding ujian pra yang lalu.

5.5

Refleksi Keseluruhan

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pos, berlakunya satu peningkatan yang cukup baik hasil dari kajian tindakan yang dijalankan. Hasil dapatan daripada kajian ini telah menunjukkan berlakunya peningkatan murid dalam ujian pos. Jadual 5 : Pencapaian Individu Murid Sasaran Melalui Ujian Pra, Ujian 1, Ujian 2, Ujian 3 dan Ujian Pos. PENCAPAIAN MURID SASARAN NAMA MURID Bil PRA LAT. 1 LAT. 2 LAT. 3 POS MURID A 3 20 1. 9 17 18 MURID B 3 20 2. 7 16 19 MURID C 2 20 3. 7 13 17 MURID D 2 20 4. 6 12 18 MURID E 2 20 5. 4 8 15 Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

10

Berdasarkan Jadual 5, terdapatnya peningkatan pencapaian individu dalam menguasai kemahiran membezakan antara perkara rukun dengan perkara sunat. Terdapat perbezaan yang jelas hasil dapatan dari ujian pra,ujian 1, ujian 2, ujian 3 dan ujian pos. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kesemua aktiviti dapat dijalankan dengan baik. Permainan tersebut dapat dilaksanakan dalam keadaan yang ceria dan harmoni. Murid amat gembira dan masing-masing bersaing untuk menguasai permainan namun dalam keadaan berdisiplin dan terkawal. Ini bersesuaian dengan naluri semulajadi kanak-kanak yang sangat cenderung sukakan permainan. Selain merangsang minda murid yang lemah, mereka dapat menguasai kemahiran dalam tempoh masa yang lebih minima dari cara belajar biasa dan tidak tertekan. Kesemua aktiviti tersebut mempunyai kesinambungan bagi mendapatkan hasil yang baik untuk murid memahami dan membezakan perkara rukun dengan perkara sunat. Melalui aktiviti 1, murid hanya bermain dengan warna, tanpa memahami konsep rukun dan solat dengan sempurna. Namun, ada peningkatan hasil daripada latih tubi bermain. Seterusnya, dalam aktiviti 2, mereka diminta untuk menyebut apakah perbuatan yang tertulis dikotak berhenti. Secara tidak langsung, mereka bertutur dan berfikir serta memahami pengertian rukun dan sunat. Manakala melalui aktiviti 3, murid dikehendaki menunjukkan perbuatan solat (amali) dipetak berhenti. Aktiviti ini nampaknya menyeronokkan, mereka boleh bergerak dan melakukan perbuatan tersebut. Secara tidak langsung, minda mereka juga turut cerdas berfikir dan menjadikan mereka lebih kreatif. Jika dilihat kepada aktiviti 4, lebih kepada pengukuhan kepada sasaran. Pastinya nyanyian adalah aktiviti yang cukup menghiburkan. Mudah dan menarik. Sesungguhnya kaedah nyanyian juga membantu murid untuk membezakan 2 perkara tersebut. Pada akhir aktiviti pula murid-murid diminta untuk menyebut kembali apakah perbuatan solat yang telah ditunjukkan oleh rakannya. Ini membuktikan mereka bukan hanya boleh membezakan tetapi mereka juga mengenal pasti setiap perkara rukun dan sunat. Apa yang penting ialah, setelah mengikut kelas rawatan secara latih tubi dan berterusan, maka mereka dapat menjawab soalan Membezakan Perkara Rukun dengan Perkara Sunat dalam Solat dengan begitu baik. Pastinya kaedah permainan MONOPOLI SOLAT ini amat membantu murid murid untuk menguasai kemahiran yang ditetapkan. Mereka bukan hanya memandang dan mengecam warna, tetapi menyebut, malah melakukan perbuatan solat dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Sebagai penyelidik saya amat berpuas hati di atas perubahan ini. Syukur kepada Allah, kerana mengizinkan usaha yang sedikit ini mampu membantu mengubah persepsi murid bahawa setiap sesuatu itu akan menjadi mudah seandainya kita lebih tekun dan bersungguh-sungguh. Kaedah ini telah berjaya membantu murid untuk membezakan perkara-perkara rukun dan sunat, seterusnya dapat mengenali antara dua perkara tersebut dengan baik. Secara tidak langsung aktiviti ini dapat menimbulkan keyakinan diri dan disiplin diri yang tinggi bagi murid-murid ini. Kesannya, murid bertambah yakin bahawa subjek Pendidikan Islam ini bukanlah satu subjek yang membosankan dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian sebagai individu muslim. 6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya.

Setelah dilihat hasil dari kajian ini, saya bercadang untuk membantu murid-murid lemah dalam mengenal pasti bahagian perkara-perkara sunat yang terdapat dalam solat. Perkara-perkara ini juga amat mengelirukan murid-murid sekiranya tidak dibantu.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

11

BIBLIOGRAFI Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2002 ) Huraian Sukatan Pendidikan Agama Islam Tahun 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamus Dewan 1994 Edisi Ke 3.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mazniyah Md.Jaafar, Muhammad b.Hussin, Choo Suen Lan, Mohd Zubir b. Embong Aminuddin b.Mohd Sani, Zakiah bt. Adris ( 1995 ).Modul Kajian Tindakan.Kuala Lumpur.Bahagian Perancangan & Penyelidikan Pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 --------------------------------------------------------Sekolah Rendah

12

Anda mungkin juga menyukai