Anda di halaman 1dari 3

Musab bin Umair asalnya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kaya-raya di Kota Mekah.

Dia sangat disayangi oleh kedua orang ibubapanya. Hidupnya senang-lenang dan serba mewah. Dikatakan kononnya Musab bin Umair ialah pemuda yang paling bergaya di Kota Mekah. Pakaiannya ada yang berharga sampai dua ratus dirham, satu nilai yang sangat tinggi pada zaman itu untuk sehelai pakaian. Memang dari awal lagi Musab telah memeluk agama Islam tetapi disembunyikan keIslamannya daripada kedua orang tuanya. Namun hal tersebut akhirnya sampai juga ke telinga mereka. Mereka pun mengikat Musab dengan tali agar dia tidak boleh keluar rumah. Musab berjaya melepaskan diri lalu berpindah ke Abbysinia. Seterusnya dia berhijrah pula ke Madinah untuk bersama-sama kekasihnya- Rasulullah SAW. Suatu hari, Musab melintas di hadapan Rasulullah. Ketika itu dia hanya memakai sehelai kain sahaja dan kainnya itu bertampal-tampal. Dengan perasaan yang amat sedih disertai linangan air mata, Rasulullah menceritakan kembali bagaimana kehidupan Musab sebelum Islam yang serba mewah. Namun kini Musab hanya ada sehelai kain buruk untuk dipakainya. Dalam peperangan Uhud, Musab berperanan sebagai pemegang bendera tentera Islam. Suatu ketika tentera Islam terpukul hebat dan ada sebilangannya yang bertempiaran lari menyelamatkan diri. Dalam keadaan segenting itu, Musab terus berdiri kukuh di tempatnya sambil memegang bendera. Sedikit pun tidak ada rasa gentar dalam hatinya. Seorang musuh telah menetak tangan Musab yang memegang bendera agar bendera tentera Islam tidak berkibar lagi. Musab mengambil balik bendera itu dengan tangannya yang sebelah lagi. Kali ini tangan itu pula yang ditetak musuh. Dia terus berusaha memegang bendera di dadanya dengan bantuan kedua belah tangan yang berlumuran darah. Akhirnya, dada Musab ditembusi pula anak panah menyebabkan dia rebah ke bumi. Musab pun gugur sebagai seorang syuhada. Di saat-saat pengkebumiannya, Musab hanya ada sehelai kain sebagai penutup jasad. Itupun kain itu terlalu kecil. Jika ditarik untuk menutup kepalanya, kakinya akan terdedah. Kalau ditarik menutup kakinya pula, kepalanya akan terdedah. Rasulullah SAW menyuruh para sahabat menutup kepala Musab dengan kain tersebut sementara bahagian kakinya ditutup dengan daun-daun azkhar. Begitulah sedihnya riwayat seorang pemuda yang dibesarkan dalam kehidupan serba mewah tetapi matinya dalam keadaan yang amat dhaif. Jika dulu dia ada pakaian yang berharga dua ratus dirham, tapi kini mayatnya ditutup dengan sehelai kain kecil sahaja. Sesungguhnya Musab telah berjaya.http://myalexanderwa...n.blogspot.com/ http://ikhtiarmuslim.blogspot.com/
0

#2

ediri

Group:Members Posts:1,902 Joined:16-September 08 Posted 14 January 2010 - 04:29 PM

Sebelum menerima cahaya kebenaran, Musab bin Umair adalah seorang pemuda tampan yang digilai oleh wanita-wanita di Makkah. Beliau terkenal dengan pakaian dan minyak wangi yang terbaik ketika itu, hinggakan setiap kali dia lalu di satu jalan, setiap mata pasti akan memandang dengan kekaguman

manakala haruman minyak wanginya semerbak menyegarkan dan menyenangkan. Diserikan pula dengan ketampanan wajah dan keturunan yang baik disamping kekayaan keluarganya, setiap wanita pasti akan bermimpi untuk berkahwin dengan Musab. Rasulullah juga mengiktiraf hal ini dengan sabdanya Tiada siapa yang lebih tampan di Makkah daripada Musab, tiada yang berpakaian sebaiknya dan hidup sebaiknya. Takdir menentukan bahawa Musab menerima Islam ketika mana zaman penuh cabaran di Makkah. Zaman dimana umat Islam diseksa dengan pelbagai seksaan untuk mengeluarkan mereka dari Islam, bahkan ada yang dibunuh seperti keluarga Yassir. Ketika keluarganya mengetahui akan keislamannya, ibu dan bapanya sangat marah dan memaksa Musab untuk keluar dari Islam dengan pelbagai cara. Musab dikurung dalam penjara yang gelap oleh ibu bapanya namun itu sedikitpun tidak menggugat keimanannya. Musab akhirnya dapat melepaskan diri dari penjara keluarganya, dan beliau turut sama sama semasa penghijrahan pertama ke Habsyah. Setelah kembali semula ke Makkah, segala kilauan dan gemerlapan keduniaan Musab sebelumnya telah lenyap, digantikan dengan gemerlapan dan kilauan iman. Beliau telah menukarkan segala kemewahan hidupnya dengan iman, hidupnya diabadikan untuk Islam semata-mata. Ketika ibunya melihat Musab yang telah berubah sepenuhnya, ibunya dengan penuh simpati mengajak Musab untuk kembali menikmati kehidupannya seperti dahulu dengan syarat dia menukar agamanya. Apabila Musab enggan menurut kemahuan ibunya, ibunya menjadi marah dan mengancam untuk membunuh diri. Iman Musab sedikitpun tidak terusik bahkan beliau menjawab dengan penuh keteguhan Ibu, jika ibu mempunyai sepuluh nyawa sekalipun, dan ianya keluar satu persatu, saya akan tetap tidak akan meninggalkan agama ini Melihat keteguhan Musab, ibunya berputus asa dan akhirnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi untuk memujuk Musab. Masa berlalu dan Musab semakin matang dan menjadi seorang pemuda yang bijaksana, hatinya penuh dengan keimanan dan ketaqwaan, jiwanya cerah dengan cahaya hasil didikan dari tangan nabi sendiri. Selepas dari perjanjian Aqabah, Rasulullah menghantar Musab bin Umair untuk menjadi ejen pendakwah di Madinah. Sesuai dengan kesungguhan, kepintaran dan kehebatan peribadi Musab, ramai penduduk Madinah menerima Islam di tangannya. Beliau bekerja keras, hingga tiada suatu pintu pun yang tidak disinggahinya untuk menyampaikan Islam. Musab adalah pendakwah yang hebat, penuh kesungguhan dan kebijaksanaan, antara kisah yang masyhur dan telah diriwayatkan dalam kitab muktabar seperti Hayatus Sahabah karangan Sheikh Yusuf Al Kandahlawi dan Raheeq Makhtum, karangan Safiyyur Rahman Al Mubarakfuri berkenaan pengembaraan dakwah Musab di Madinah adalah kisah pengislaman Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hudair, dua tokoh pemimpin dan golongan elit Madinah. Driwayatkan bahawa suatu hari telah keluar bersama Asad Bin Zurarah ke sebuah perkampungan Bani Zafar. Mereka duduk di tepi perigi Marq dan Musab mengajarkan tentang Islam kepada golongan yang baru memeluk Islam. Kelibat mereka telah dilihat oleh Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hadhir, lantas Saad mengarahkan Usaid agar menghalau Musab dan halaqahnya dari situ. Saad membentak Usaid dengan berkata : Lihatlah dua pemuda itu yang telah memperbodohkan golongan-golongan kita, ayuh kau halaukan mereka dari sini, kalaulah bukan kerana Asad Bin Zurarah itu anak saudaraku, nescaya aku sendiri yang akan menghalaunya Usaid lalu mengambil tombaknya lalu menuju kea rah perkumpulan Musab dan Asad, sebaik Asad terlihat kelibat Usaid sedang menuju kearah mereka, Asad terlihat satu potensi besar dan terus berkata

kepada Musab : Usaid itu adalah ketua kabilah dan itu dia sedang menuju ke sini, ku harap kau dapat jelaskan tentang kebesaran Allah kepadanya Usaid tiba di depan mereka sambil dengan marah membentak keras dan memberi amaran kepada mereka berdua agar segera beredar. Musab dengan tenang menjawab Sudikah tuan duduk sebentar dan dengar dahulu apa yang ingin kami sampaikan, sekiranya kau senang dengan kata-kata kami, teruslah mendengarnya dan jika tuan tidak menyukainya, kami akan berhenti dan beredar dari sini Usaid lalu berkata Itu adalah baik dan seadil-adilnya, lalu Usaid memacakkan tombaknya ke tanah dan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh Musab. Musab lalu membaca beberapa potong dari ayat Al Quran dan menerangkan tentang Islam kepadanya. Ternyata kalimah kebenaran yang diungkapkan oleh jiwa suci Musab Bin Umair pantas menusuk masuk ke dada Usaid, akhirnya Usaid bertanya Alangkah indahnya kalimah yang kau ungkapkan, bagaimana aku hendak memeluk agama ini? Musab lalu berkata Pertamanya, kamu harus bersuci kemudian membersihkan pakaian dan seterusnya mengucap dua kalimah syahadah dan akhirnya hendaklah kau tunaikan solat dua rakaat. Usaid kemudiannya melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dan kemudian mencadangkan pula agar mereka mendakwahi Saad Bin Muadz pula, kata Usaid : Dibelakangku ada seorang lelaki yang mana jika beliau memeluk Islam, maka tidak seorang pun dari kaumnya yang tidak akan menurutinya Usaid kemudian menyusun pertemuan antara Saad dengan Musab dan akhirnya dengan kebijaksanaan dakwah Musab Saad masuk Islam hari itu juga dan seluruh kaumnya juga turut bersamanya memeluk agama kebenaran. Itulah secebis kisah dari pengembaraan dakwah Musab Bin Umair di Madinah, tiada pintu yang tidak diketuknya, Madinah bercahaya dengan Islam atas usaha dakwahnya. Berita ini disampaikan kepada Rasulullah dimana Rasulullah ternyata amat gembira dan setelah itulah perintah untuk berhijrah mula dilaksanakan. Musab Bin Umair juga terlibat secara aktif dan memegang peranan penting dalam aspek pertahanan negara Madinah, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang panji-panji Islam ketika perang Badar dan perang Uhud. Ini membuktikan Musab bukan sahaja pintar malah juga berani dan berkebolehan dalam peperangan. Kisah keberanian Musab ini terserlah dengan begitu jelas dalam peperangan Uhud, perang di mana taqdir Allah telah menetapkan kesyahidan bagi dirinya.

Anda mungkin juga menyukai