Anda di halaman 1dari 39

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

1. Menggunakan borang pengurusan grafik (PG) banding bezakan adat resam mana-mana dua kaum atau kumpulan etnik di Malaysia.

1.1 Pengenalan Adat resam umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan dan sara hidup. Adat ialah kebiasaan, manakala resam ialah lembaga, peraturan, hukum, norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Dalam bahasa Melayu, adat merujuk kepada undang-undang atau hukum adat yang merangkumi bidang social, politik, ekonomi bahkan undang-undang samudera. Selain itu, adat resam merupakan peraturan yang sudah diamalkan sejak turun-temurun dalam sesebuah masyarakat, sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Adat resam ialah cara yang sudah menjadi kebiasaan yang diwarisi dalam sesebuah masyarakat. Kepentingan adat resam dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan kepentingannya. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula daripada kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santun.Suatu bangsa yang kaya dengan budaya dan adat istiadat. Kepelbagaian kaun yang wujud sejak dari zaman kegemilangan Melaka dahulu kala banyak mempengaruhi dan menjadikan adat resam masyarakat Melayu pada ketika itu begitu unik dan bercampur aduk dengan adat atau budaya bangsa-bangsa lain seperti Cina, India, Siam dan Arab selain bangsa Melayu itu sendiri. Begitulah amalan-amalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus permodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara ini.

Masyarakat India pula merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang kearah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak
1

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan, kematian dan sebagainya. Masyarakat India biasanya mengikut adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia.

Pada kesimpulannya, terdapat banyak persamaan di antara adat istiadat masyarakat Melayu dan India di negara ini. Namun terdapat juga amalan yang berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat itu tersendiri.

1.2 Persamaan dan perbezaan dalam adat resam kaum Melayu dan India

PERKAHWINAN

PERSAMAAN MERISIK MELAYU INDIA

Menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agama. Selalunya dilakukan oleh saudara terdekat pihak lelaki.

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

BERTUNANG BERTUNANG (MELAYU) IKAT JANJI (INDIA)

Pihak lelaki diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Majlis kenduri makan akan diadakan di rumah pihak perempuan. Hantaran yang terdiri daripada tepak sirih, sebentuk PERBEZAAN cincin, bunga, buah-buahan, kuih, manisan, pakaian dan sebagainya yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan. Pada masa itu juga, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja dan tarikh perkahwinan.

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

SELEPAS MERISIK

MELAYU

INDIA

Selepas merisik terus meminang. Pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan.

Kunjung ke rumah pengantin (pen paarttal) Kaji kecocokan pengantin dan mengikut adat Hindu Adat penyesuaian bakal akan ditentukan dengan cara tilikan dimanak Hindu.

PERSAMAAN

AKAD NIKAH (MELAYU)

PARRISAM (INDIA)

Dijalankan sehari sebelum perkahwinan dilangsungkan di rumah pengantin perempuan. Beberapa jenis hantaran seperti emas, wang mas kahwin akan dihantar ke rumah pengantin perempuan. Alat muzik tradisional masing-masing akan dimainkan semasa kedatangan rombongan pihak lelaki. Pada malam itu, pengantin perempuan akan dipakaikan inai.

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

SEMASA PERKAHWINAN MELAYU INDIA

Pertaburan beras kunit dilakukan semasa perkahwinan untuk merestui pengantin.

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

PERBEZAAN MELAYU INDIA

1. Tok Kadiakan membacakan lafaz 1. Pedanda akan menabur Sembilan nikah pada hari Akad Nikah. jenis bijirin dalam baraan api. Semasa pengantin lelaki mengkalungkan tahlli saudara-mara dan hadirin akan menaburkan beras kunyit sebagai merestui kedua-dua 2. Pengantin perempuan diberi makan pengantin itu. sirih oleh mak andam untuk membuang gemuruh. 2. Pasangan pengantin akan saling menyarungkan cincin (minji) di jari 3. Pada hari perkahwinan, pengantin kedua kaki. lelaki terpkasa melalui beberapa halangan di hadapan tangga di muka 3. Pada hari perkahwinan pengantin pintu di atas pelamin untuk akan mencuci, membasuh kaki ibu mendapatkan pengantin perempuan. bapa dengan susu.

PERSAMAAN ADAT KELAHIRAN

MELAYU 1.0 Melenggang Perut 1.1 Dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan

INDIA 1.0 Valaikkaappu 1.1 Dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia tujuh hingga Sembilan bulan.

SEMASA MENGAND UNG

1.2 berusia tujuh hingga lapan bulan. 1.3 Dilakukan oleh seorang bidan untuk membuang
6

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil dan juga membetulkan kedudukan bayi dalam perut. 1.4 Kenduri doa selamat diadakan

1.2 Upacara ini sematamata untuk melindungi bayi dalam kandungan. 1.3 Kaappu bermaksud perlindungan. Adat ini dipercayai akan melindungi bayi daripada kecelakaan yang mungkin menimpa semasa kelahiran nanti. 1.4 Para jemputan diberi makan berbagai jenis manisan.

2.0 Azan / Qamat - Bayi lelaki akan diazankan kedua-dua belah telinganya, manakala bayi perempuan akan diqamatkan.

2.0 Membisik - Membisikkan nama Tuhan Gayatri Mantiram di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong.

SEMASA BERSALIN

2.1 Memotong Tali Pusat - Tali pusat dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit dan ditanam.

2.1 Memotong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang.

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

2.2 Membelah Mulut - Bayi yang baru lahir diberi minum sedikit air madu atau kurma.

2.2 Menyapu Madu - Bayi yang baru lahir disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. - Ini adalah untuk memudahkan bayi bertutur. 3.0 Mendodoi bayi - Bayi dimasukkan ke dalam buaian yang dihiasi dengan sari perkahwinan ibunya. - Upacara mendodoi dikenali sebagai taalaattu. - Dimulakan dengan nyanyian aaraaro aaraaro atau ceritacerita nasihat. - adat ini serentak dengan adat memberi nama.

3.0 Naik Buai - Bayi dibuai di dalam buaian kain songket. - Nazam atau marhaban akan dialunkan. - Adat ini serentak dengan adat memberi nama.

SELEPAS KELAHIRAN

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

PERBEZAAN SELEPAS KELAHIRAN MELAYU Selepas bayi dibawa pulang ke rumah upacara tanggal pusat dan adat cuci lantai diadakan. Sebelum tanggal pusat bayi tidak boleh dibuaikan. Adat naik buai seelok-eloknya dilakukan pada hari Isnin atau Khamis. Kenduri doa selamat diadakan. INDIA Dibawa pulang pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Bayi dan ibu diasingkan. Orang luar dilarang melawat mereka selama dua minggu. Adat bersunat tidak dilakukan oleh kaum India baik lelaki mahupun perempuan.

SELEPAS BAYI DI BAWA PULANG KE RUMAH -

Adat bersunat dilakukan beberapa hari selepas bayi perempuan dilahirkan. Kanak-kanak lelaki akan menjalani adat bersunat dalam 7 tahun hingga 12 tahun. Adat ini dijalankan oleh Tok Mudim. Dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran. Kenduri Nasi Kunyit dan doa selamat diadakan.

BERSUNAT

Dilakukan selepas sempurna 30 hari berpantang. Selepas itu sembahyang dilakukan di kuil.

ADAT CUKUR RAMBUT

Selepas bersalin si ibu disapu

PENJAGAAN IBU DAN BAYI


9

Selepas bersalin si

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

dengan air limau yang dicampur dengan air kapur sebelum memakai bengkung. Bayi dimandikan dengan tepung beras untuk membersihkan kulit Bayi dibedungkan dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota.

ibu akan mandi selang sehari dengan air yang dididihkan bersama herba dan dedaun seperti aadatooda Selepas bayi dimandikan dengan serbuk kunyit dan minyak bijan, ia akan ditanggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk dibahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Bayi diasapkan dengan asap kemenyan.

10

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

PERSAMAAN ADAT BERTINDIK TELINGA MELAYU INDIA

1. Tukang tindik cuma menebuk kedua-dua 1. Pattar yang bermaksud tukang tindik cuping anak perempuan yang berumur 5 akan melakukan upacara ini. 10 tahun dengan duri atau sejenis jarum dan dipakaikan anting-anting emas. 2. Untuk meraikan anak perempuan yang 2. Untuk meraikan anak perempuan yang meningkat umur. meningkat umur. 3. Sebagai penghargaan perempuan. kepada kaum 3. Sebagai menghormati kaum wanita yang berada dipangkuan ibu bapa. Dianggap suatu hari nanti akan menjadi milik keluarga suaminya.

4. Hari yang baik untuk dilakukan upacara 4. Hari yang baik akan ditetapkan oleh ini ialah Rabu, Khamis atau Jumaat. tukang tilik. 5. Tradisi memandikan gadis dengan air 5. Semasa upacara ini, si gadis akan bunga-bungaan dan air jampi sambil dipakaikan dengan emas dan pakaian duduk bersila. Selepas upacara si gadis sutera yang dipanggil pavadai tavani. akan dipakaikan dengan pakaian Selepas ditindik anting-anting emas akan tempatan (Baju Melayu). dipakaikan. 6. Jamuan makan pulut kuning diadakan 6. Jamuan makan akan diadakan untuk para hadirin. para hadirin.

11

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

PERBEZAAN ADAT BERTINDIK TELINGA MELAYU INDIA

1. Adat bertindik dilakukan hanya untuk 1. Adat bertindik dilakukan untuk kaum kaum wanita sahaja. lelaki dan perempuan. 2. Sekepal pulut akan disuapkan dan 2. Selalunya dilakukan anak lelaki diberi sirih dan pinang untuk sulung. dimakan. 3. Sebelum ditusuk telinga si gadis, bacaan jampi dilakukan. Doa selamat dibacakan.

PERSAMAAN ADAT MENGUNJUNG TETAMU MELAYU INDIA

1. Menjamu tetamu juga dianggap satu 1. Kaum India mengamalkan adat perkara yang penting dalam bertegur sapa sesame sendiri dengan masyarakat melayu. sebutan vanakam apabila mengunjung ke rumah sanak saudara dan rakan. 2. Kunjungan ke rumah orang Melayu didahului dengan ucapan salam iaitu 2. Menanggalkan kasut dimuka pintu dengan berkata Assalamualaikum. sebelum masuk ke dalam rumah. 3. Sebelum masuk ke dalam rumah, pelawat menanggalkan kasut di muka 3. Berjabat tangan sambil bertanyakan pintu atau pangkal tangga. tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya. 4. Diikuti dengan berjabat tangan. 4. Digalakkan duduk di tempat (kerusi) yang disediakan. Duduk bersila jika tikar dibentangkan. 5. Tetamu duduk di tempat yang disediakan. 5. Tetamu sentiasa dijamu dengan minuman dan makanan.
12

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

6. Tetamu yang dating akan dijamu 6. Tetamu mesti sudi menerima walaupun sekadar minuman. hidangan dengan baik sebagai tanda Kebiasaanya minuman panas seperti hormat kepada tuan rumah. kopi atau teh. 7. Biasanya manisan dan kuih-muih akan dihidangkan dengan teh susu.

PERBEZAAN ADAT MENGUNJUNG TETAMU MELAYU INDIA

1. Dilarang menyilangkan kaki sehingga 1. Amatlah digalakkan membawa buah menampakkan tapak kaki. tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. 2. Jika duduk di atas lantai kaum lelaki 2. Mereka juga biasanya melangkah ke selalunya duduk bersila dan kaum dalam rumah dengan kaki kanan perempuan pula duduk bersimpuh. dahulu. 3. Adalah kurang sopan jika duduk berlunjur. 3. Penjagaan anak perempuan amat dititik beratkan, anak dara dilarang 4. Cara duduk bersimpuh, iaitu sama sekali menjemput tetamu. meletakkan bahagian punggung di Mereka disuruh berada di bilik. atas lantai dengan kedua-dua kaki berada di sebelah kanan. 5. Kedua-dua tangan perlu berada di atas peha atau lutut dalam keadaan tapak tangan bertangkup. Cara begini melambangkan satu seni ketertiban adat Melayu. 6. Masyarakat Melayu tidak suka menerima tetamu pada waktu senja kerana waktu itu adalah waktu solat Maghrib.

13

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

PERSAMAAN ADAT KEMATIAN MELAYU 1. Mayat diletakkan di tengah-tengah rumah di atas tilam beralaskan cadar yang bersih. 2. Kedua-dua tangan mayat itu dikiamkan diantara dada dan perut dan mayat itu diselimut dari kepala litup hingga ke hujung kakinya dengan sehelai dua kain panjang. 3. Disebelah mayat itu diletakkan bara atau tempat perasap yang sentiasa berbara api dan dibakar didalamnya. 4. Diberitahu kepada sanak saudara dan sahabat andai. 5. Sekiranya si mati meninggal pada lewat petang atau malam biasanya waktu dikebumikan mayat itu ditetapkan pada waktu sebelum tengahari esoknya. 6. Bacaan Al-Fatihah disedekahkan sebagai hadiah kepada roh si mati. 7. Mayat si mati akan dimandikan dan dibungkus dengan kain putih yang tidak berjahit. 8. Mengikut Islam adalah lebih afdhal mayat dikebumikan di dalam tempoh kurang enam jam. 9. Selepas hari mati ahli keluarga akan mengadakan kenduri arwah. Setiap ulangtahun hari kematian. 10. Sebagai tanda memperingati si mati sambil sedekahkan doa-doa yang merupakan rezeki atau makanan mereka di hari akhirat. INDIA 1. Mayat diletakkan di tengah-tengah rumah di atas tikar dan kain yang bersih. 2. Kaki dan tangan mayat diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan diletakkan ke dada. Si mati ditutup dengan kain yang bersih. 3. Mayat diasapkan dengan kemenyan yang dibakar. Kapur barus digunakan dalam baraan api itu. 4. Diberitahu kepada sanak saudara dan sahabat andai. 5. Biasanya waktu dikebumikan mayat akan ditetapkan pada waktu tengahari keesokannya. Ini adalah kerana menunggu saudara-mara yang datang dari jauh. 6. Lagu-lagu suci seperti teevaaram, tiruvasakam dinyanyikan sehingga ke tanah perkuburan supara roh simati sentiasa tenang dan aman. 7. Mayat akan dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan dhoti bagi mayat lelaki. 8. Selepas hari mati ahli keluarga akan mengadakan sembahyang pada hari kelapan dan ketiga puluh. Akan mengadakan jamuan makan makanan vegetarian sahaja. Sembahyang dan jamuan makanan diadakan. 9. Setiap ulang tahun hari kematian yang ditentukan oleh tukang tilikan dikuil.

14

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

PERBEZAAN ADAT KEMATIAN MELAYU 1. Memberitahu kepada siak atau penjaga masjid supaya dituliskan atau pemberitahu masjid untuk pengetahuan orang-orang kampong. Siapa yang mati, bila dan di mana dikebumikan. 2. Kain lapis yang ditutup pada mayat ditulis dengan ayat-ayat Al-Quran. 3. Selepas itu mayat diusung ke masjid untuk disembahyangkan. 4. Mayat dibawa ke kubur, keluarga simati akan menaburkan kepal-kepal tanah ke atas mayat yang telah dibuka ikatannya. 5. Kaum perempuan dibenarkan berada di kawasan tanah perkuburan. 6. Orang yang membaca talkin akan INDIA 1. Menanggalkan thaali akan dilakukan terhadap kaum perempuan jika si suami telah meninggal dunia. 2. Setelah dimandi, mulut mayat akan dimasukkan sedikit makanan (beras) vaaikkarisi. 3. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat dikebumikan. 4. Dilarang sama sekali kaum wanita pergi ke tanah perkuburan. 5. Kollic cotti dibawa oleh ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung melakukan untuk ibu yang telah meninggal dunia dan anak

15

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

dipayungkan walaupun hari tidak sulung untul ibu. hujan. 6. Di tanah perkuburan mayat akan 7. Kaum Melayu akan mengadakan dikebumikan kadangkala dibakar kenduri arwah pada hari ketiga, mengikut kepercayaan sesuatu ketujuh, keempat belas, keempat kelompok masyarakat itu sendiri. puluh dan keseratus.

16

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

2. Merujuk kepada pantang larang mana-mana satu kaum atau kumpulan etnik di Malaysia, kemukakan contoh yang sesuai dan jelaskan kewajaran pantang larang tersebut diamal dan dipertahankan oleh generasi kini. Kemukakan hujah anda beserta bukti atau alas an yang sesuai.

2.1 Definasi Pantang Larang. Pantang Larang merupakan kepercayaan masyarakat dahulu kala berkaitan dengan adat dan warisan nenek moyang. Ia terlingkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Kebanyakkan pantang larang di turunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan mendidik masyarakat , khasnya generasi muda yang lebih menyukai arus pemodenan. Pendidikan ini secara praktikalnya menerapkan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan masyarakat sejagat. Secara tidak langsung pantang larang memberi pengertian bahawa satu bentuk peraturan yang diwarisi secara turun temurun sejak berkurun-kurun lamanya. Kewujudan pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuannnya jika ia difikirkan secara logiknya. Namun ada pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Kewujudan pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkhawinan, kehamilan, kematian dan misteri. Hampir semua kaum yang hidup di Malaysia masing-masing mempunyai pantang larang mereka sendiri. Walaupun pantang larang berbeza mengikut kaum, namun ada yang telah diterima pakai oleh semua kaum. Ada juga yang diubah suai mengikut tempat atau agama. Yang penting, rakyat Malaysia harus saling memahami dan menghormati pantang larang yang diamalkan oleh setiap kaum.

2.2 Pantang larang kaum Melayu Kaum Melayu yang hidup majoriti di Malaysia mempunyai pantang larang sendiri yang diamalkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Masyarakat
17

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Melayu lama kaya dengan pantang larang yang diwariskan kepada anak masingmasing dalam usaha mereka menjaga perlakuan keluarga dan hubungan sesama anggota masyarakat mahupun kepada alam sekitar. Menurut Pensyarah Jabatan Atropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya (UM), Siti Nr Awang, masyarakat dahulu mengamalkan pantang larang sebagai panduan hidup mengenai perkara yang boleh dilakukan, larangan dan yang sewajarnya. Pantang larang dalam masyarakat Melayu ialah sesuatu yang dipersetujui mengenai perkara tertentu untuk dijadikan panduan hidup selain dihormati dalam usaha melahirkan keharmonian bermasyarakat dan mewakili nilai mahupun norma sepunya. Masyarakat Melayu mengamalkan pantang larang dalam kehidupan

mereka dari pelbagai sudut. Antaranya bolehlah digolongkan seperti berikut :

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan beberapa perkara. Antaranya ialah seperti berikut : i. Ibu dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. ii. Ibu dilarang memaku, memahat dan menggali lubang.
18

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

iii.

Ibu dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

iv.

Ibu dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

Pantang larang yang dikatakan diatas adalah sedikit sebanyak yang diamalkan pada masa kini. Sebenarnya terdapat banyak pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga sekarang. Terdapat juga beberapa pantang larang diamalkan sehingga kini dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu.

Pasangan dilarang keluar selama 40 hari sebelum diijabkabul. Mereka juga disuruh jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir, jangan cukur kening ditakuti akan menghilangakan seri muka dan lainlain lagi pantang larang yang memberi nasihat secara simbolik bagi pasangan untuk mengekalkan nilai-niai dan menjaga maruah keluarga.

19

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Tidak ketinggalan juga pantang larang diamalkan keatas lelaki bagi memberi didikan kepada mereka dalam meneruskan hidup secara berdisiplin. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk. dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan. dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit, dilarang tidur

di tengah padang, nanti emak mati, dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu, kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang merupakan antara pantang larang yang digariskan untuk golongan lelaki. Disamping itu pantang larang keatas bayi juga diikuti dalam masyarakat Melayu. Beberapa pantang larang seperti bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan semangat kerana ditakuti menjadi kurus,

dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan, tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut diamalkan untuk menjaga kesihatan bayi.

20

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Justeru itu, tidak ketinggalan juga pantang larang untuk perempuan. Seperti gambar di atas perempuan dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama. Ada lagi pantang larang seperti dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua, dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang, dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin, pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh, dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh, dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua, dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial diteruskan keatas perempuan bagi memberi pendidikan secara tersirat. Pantang larang di hutan dan sungai juga diamalkan oleh masyarakat Melayu lama kerana pada zaman dahulu kebanyakan kaum Melayu tinggal dipinggir hutan dan sungai.

Antara pantang larang adalah seperti berikut: Pantang larang didalam hutan i. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu. ii. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal. iii. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu. iv. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana. v. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir. vi. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

21

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Pantang larang di sungai i. ii. iii. iv. v. vi. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

Jangan duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul, jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata akan buta, jangan tidur selepas makan nanti perut menjadi buncit merupakan beberapa pantang larang yang diamalkan secara umumnya di kalangan masyarakat Melayu.

Walaupun pantang larangan memberi didikan dan nasihat kepada generasi kita, namun ia membebankan mereka untuk mengamalkannya dalam kehidupan harian mereka. Lebih-lebih lagi generasi masa kini lebih melihat semua aspek dari segi sains dan teknologi. Sekali dengar sesetengah pantang larang Melayu lama seakan-akan menyekat kebebasa individu dan kedengaran seperti tidak masuk di akal, meskipun hakikatnya pantang larang yang diamalkan itu dapat dilihat kebenarannya sehingga kini.

Sesetengah orang melihat pantang larang Melayu lama tidak lagi sesuai pada masa kini kerana bimbang boleh memesongkan akidah masyarakat khususnya dalam hal berkaitan kejadian, jodoh, rezeki, ajal dan maut kerana ia di tangan Tuhan. Bagaimanapun jika diteliti sesetengah daripada pantang larang Melayu lama ada sumbangan tersendiri kepada masyarakat dan boleh diterima pakai sehingga ke hari ini apalagi tidak kurang yang ia mempunyai nilai menjaga kesihatan dari segi saintifiknya. 2.3 Kewajaran pantang larang diamal dan dipertahankan oleh generasi kini. Masyarakat Melayu ialah golongan manusia yang sensitif sifatnya dan

mudah terasa. Segala larangan, nasihat dan teguran harus disampaikan secara
22

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

kiasan atau simbolik. Jika disampaikan secara terus terang pasti ada hati orang Melayu yang akan tersinggung dan terusik. Bila terusik akan muncullah perasaan malu kepada mereka yang ada di sekeliling. Salah satu usaha untuk menjaga hati dan perasaan orang-orang Melayu terciptalah pantang larang yang menjadi pembina sahsiah dan personaliti masyarakat Melayu. Dengan berpegang teguh kepada pantang larang masyarakat Melayu akan hidup penuh disiplin dengan perlakuan dan pertuturan yang begitu sopan santun. Ada banyak pantang larang yang membawa maksud tersirat. Maksud tersirat inilah merupakan tegahan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh masyarakat Melayu. Pantang larang jangan duduk diatas bantal, nanti akan naik bisul di punggung merupakan pantang larang yang biasa diamalkan dikalangan masyarakat Melayu. Secara relevennya pantang larang ini adalah wajar kerana memang perangai meletakkan punggung diatas bantal tidak senonoh, lebih-lebih lagi dengan menggunakan punggung kita duduk di merata tempat dan ia merupakan tempat najis keluar. Oleh yang demikian generasi tua menasihatkan generasi muda dengan menakutkan mereka menggunakan pantang larang sedemikian.

Memang tidak lekang daripada mulut orang-orang Melayu, orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau menyanyi di dapur akan dapat suami tua. Secara realitinya memang perempuan muda tidak akan suka berkahwin dengan lelaki tua. Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang menyanyi di dapur kerana sewaktu menyanyi boleh terleka. Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan sempurna. Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari terluka. Jika menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah tertentu yang tidak dibubuh dalam masakan. Akibatnya makanan

23

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

yang dimasak tidak sempurna. Kesannya ahli keluarga atau sesiapa yang makan makanan tersebut akan tidak berselera.

Kebanyakan orang tua masyarakat Melayu sering mengatakan pantang larang yang perlu diikuti oleh seorang wanita yang mengandung. Orang mengandung jangan memukul ular, nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau tidak sempurna sifatnya. Perangai manusia biasanya akan menggigil apabila melihat ular. Apatah lagi pula wanita mengandung memukul ular. Mungkinkah ini akan dilakukan oleh wanita yang mengandung. Sewajarnya pantang larang ini menjelaskan bahawa wanita yang mengandung tidak boleh melakukan perkara yang lasak contohnya memukul ular. Jika seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram dan sekuat hati. Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami keguguran. Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh. Akibatnya akan berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga kepada anak dalam kandungan.

Jika orang tua memberitahu keadaan yang sebenar pada wanita yang mengandung mereka tidak akan mendengar nasihat orang tua, malah mereka mengendahkan segala nasihat. Lebih merumitkan lagi jika wanita tersebut berpendidikan tinggi dan melakukan semua perkara dalam arus pemodenan. Oleh yang demikian sewajarnya pantang larang seumpama ini diteruskan bagi memberi nasihat secara tidak langsung.

24

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Di kampung Melayu yang masih mengekalkan unsur tradisi silam, waktu makan malam ditentukan selepas sembahyang Maghrib. Jika ahli keluarga ingin makan awal selalu sahaja orang-orang tua masyarakat melayu mengatakan, jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang. Maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah seisi keluarga hendaklah makan bersamasama iaitu selepas sembahyang Maghrib. Dengan cara ini akan mengeratkan tali selatu rahim sesama ahli keluarga. Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak mencukupi untuk ahli keluarga yang lain. Lauk yang ada perlu dikongsi bersama.

Pantang larang ini sepatutnya perlu diamalkan kerana ia menyeru generasi muda supaya makan makanan dengan semua ahli keluarga pada waktu yang sama. Pada masa kini generasi muda lebih gemar makanan yang disediakan di gerai-gerai yang disediakan dengan tidak bersih dan kandungan ajinomoto berlebihan. Jika pantang larang ini diteruskan oleh generasi tua maka generasi muda akan berasa takut dan akan mengurangkan tabiat makan di luar. Pantang larang umum yang biasa orang Melayu meneruskan sehingga kini ialah pantang larang mandi pada lewat malam . Masyarakat Melayu dulu

mengamalkan larangan ini dengan alasan akan dimasuki angin selari dengan fakta saintifik bahawa liang roma terbuka luas pada waktu malam dan mereka yang suka berbuat demikian akan mudah diserang paru-paru berair. Ini memberi maklumat tersirat bahawa pantang larang kaum Melayu mempunyai unsur saintifik dan

membuktikan kebijaksanaan masyarakat zaman dulu. Keadaan ini menunjukkan bahawa pantang larang harus diberi wajaran untuk mengikutinya dalam kehidupan seharian kita kerana ia mendidik dan tunjuk ajar untuk menempuh kehidupan kita pada masa yang akan datang.

25

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

2.4 Rumusan Pantang larang merupakan perlakuan atau perlakuan yang di tegah dalam masyarakat Melayu. Ia terus kekal dalam masyarakat Melayu dan beberapa elemen dalam pantang larang masih dipertikaikan dikalangan generasi muda yang berfikiran rasional dan saintifik. Tidak dapat dinafikan bahawa unsur ini semakin terhakis sedikit demi sedikit diakibatkan oleh masyarakat Melayu beransur berubah corak kehidupan kepada corak moden. Setinggi mana sekalipun kemajuan teknologi yang dicapai dan cara kehidupan berstatus Melayu elit, pantang larang membawa pengertian yang memberi pendidikan dan ia harus diteruskan dalam kehidupan masyarakat sejagat.

26

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

JAYA LUXMY A/P Y.DEVARAJ 710128 05 5278

Pelan lantai bilik darjah yang mesra budaya. Bilik darjah yang mesra budaya harus dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan pengurusan yang sistematik agar suasana pembelajaran kondusif dan seimbang dapat diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya telah memilih pelan lantai bilik darjah seperti dalam rajah disebelah kerana terdapatnya kesesuaian dan keistimewaan yang dapat diaplikasikan dalam bilik darjah mempunyai murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Aspek utama yang perlu diambil kira ialah cara penyusuanan kerusi dan meja murid. Berdasarkan pelan lantai tersebut murid dapa duduk secara kumpulan kecil dimana guru mempunyai kuasa veto untuk meletakkan murid pelbagai budaya dan social dalam satu kumpulan. Dengan adanya kumpulan kecil seperti ini murid dapat berinteraksi semasa mereka, mewujudkan persahabatan dan dapat menjalankan kolaborasi serta kerja kumpulan secara baik. Dengan adanya hubungan yang rapat dalam kalangan murid, perpaduan dan kesefahaman
27

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

dapat dieratkan dan kepelbagaian budaya tidak lagi menjadi masalah untuk guru mengawal kelas dan memastikan semua murid mendapat hak pelajaran yang sama Selain itu, pelan lantai ini mengandungi kelengkapan pembelajaran yang pelbagai seperti sudut bacaan, sudut maklumat, kemudahan LCD dan perpustakaan kelas dapat menjadikan pelajar aktif untuk mengikuti pengajaran guru. Murid bebas memperoleh maklumat daripada sumber dan kemudahan di atas sekaligus mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Dengan ini guru dapat merebut peluang untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang mengandungi kepelbagaian budaya di Malaysia dan murid akan sedar bertapa pentingnya menghormati antara satu sama lain dan mewujudkan interaksi yang baik kepada murid pelbagai kaum di dalam bilik darjah. Sudut ruang kerja membolehkan murid bergerak secara aktif dan beramai-ramai menyelesaikan tugasan yang diberikan.

Penyusunan sumber maklumat murid dan rekod serta fail murid diletakkan di sudut yang bersesuaian bagi memudahkan guru merujuk mengenai latarbelakang, pencapaian serta tahap keterlibatan serta pencapaian setiap diri seorang murid. Suasana yang kondusif dan kelas yang ceria juga dapat memupuk semangat kekitaan murid untuk kekal menjaga kebersihan dan kekemasan kelas mereka.

Tambahan lagi, dalam aspek social dan peraturan, guru berperanan besar dalam mewujukan rutin bilik darjah yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru harus menjelaskan apakah yang patut dan tidak patut ada dalam kelas bersama. Dalam masa yang sama guru boleh menggalakkan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya untuk menjaga disiplin serta bergaul mesra sesame sendiri dalam membina sahsiah yang diinginkan oleh guru.

Guru juga boleh memberimotivasi dan pujian secara langsung ataupun penghargaan kepada murid yang bertindak sebagai pengukuhan kepada murid yang Berjaya mengekalkan sikap positif antara satu sama lain.Kesimpulannya, pelan lantai perlulah mempunyai ciri-ciri yang baik kerana iannya mempengaruhi amalan murid di dalam bilik darjah.

28

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

29

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah mesra budaya Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad yang serba moden ini lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Guru perlu memastikan supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik di kelompokkan dalam satu kumpulan melalui penyusunan meja. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan perlu terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya yang erat. Pergaulan diantara kaum semasa menjalankan aktiviti kumpulan dengan menggunakan pelbagai kemudahan seperti alatan mewarna, kertas majong, manila kad mengeratkan hubungan murid dari pelbagai kaum. Aspek penting yang perlu diambil kira oleh guru semasa membina persekitaran bilik darjah mesra budaya ialah aspek fizikal dan sosio-emosi. Dari segi fizikal, guru perlu merancang susunan kedudukan dan susunan kerusi meja yang bersesuaian, penggunaan ruang dalam bilik darjah, peralatan asas yang mencukupi, bahan bantu mengajar dalam keadaan baik, serta pengudaraan dan pencahayaan yang cukup. Penyediaan persekitaran fizikal yang baik boleh mengubah suasana belajar yang membosankan, kurang selesa dan tidak ceria, kepada pembelajaran yang menyeronokkan, selesa, segar, ceria. Keadaan ini secara tidak langsung, menggalakkan murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dalam iklim perpaduan serta rangsangan belajar di kalangan murid meningkat. Sebelum melakar pelan, guru terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu, tingkap sebagai sumber cahaya dan udara, plug elektrik dan papan putih dalam bilik darjah. Ini dapat membantu guru untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan lantai bilik darjah yang guru bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran mesra budaya di dalam bilik darjah.

30

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Meja guru Meja guru diletakkan di hadapan kelas, menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru adalah di bahagian tepi kelas bukan di tengah supaya penglihatan murid pada papan putih tidak terhalang. Meja ini tidak diletakkan di sebelah pintu supaya laluan keluar masuk tidak terhalang, sebaliknya diletakkan di sebelah tingkap bagi memberi pencahayaan dan pengudaraan yang cukup untuk keselesaan guru. Keselesaan guru dapat merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.

Rak guru Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan bantu belajar termasuk CD untuk kegunaan murid.

Meja murid Meja murid disusun mengikut kumpulan berlima berbentuk V supaya memudahkan berlakunya komunikasi antara ahli dalam kumpulan. Murid-murid ditempatkan duduk berlainan kaum dalam kumpulan V itu. Susunan ini turut

menggalakkan pembelajaran berorientasikan murid yang membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran. Di samping itu, susun atur sebegini memudahkan murid menjalankan aktiviti berkumpulan. Dengan susunan berbentuk V, pergerakan murid menghadap papan putih turut diminimumkan bagi memberi keselesaan kepada murid-murid, di samping mengekalkan kontek visual antara guru dengan murid. Meja murid juga tidak diletakkan di depan pintu.

Sudut multi-media Di sudut ini, disediakan enam buah komputer dengan jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multimedia secara bijak dan bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media ini. Rasionalnya adalah supaya semua murid dapat

31

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

menikmati kemudahan ini, pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

Sudut bacaan Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid. Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka berada di rumah.

Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan bahan bacaan.

Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas digunakan dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini.

Meja bulat Meja bentuk diamond diletakkan di kiri bahagian belakang kelas bagi membolehkan murid berehat, berbincang dan membuat kerja seni. Hasil murid di pamerkan di papan yang disediakan sebelah kiri meja bentuk diamond.

Papan kenyataan Dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual tugasan ini, muridmurid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas. Murid32

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

murid turut merasa bangga melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid turut terdapat input yang bermanfaat kepada semua murid. Bekas air minuman Satu bekas air minuman yang besar diletakkan di antara sudut bacaan dan tempat simpanan bekal makanan. Ini dapat menggalakkan murid-murid untuk minum banyak air untuk kesihatan. Satu jadual disediakan untuk menyelenggara bekas air minuman ini.

Bakul sampah Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. Peti pertolongan cemas Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas dan berhampiran dengan meja guru. Penggunaan peti pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan. Pemadam api Pemadam api amatlah penting sekiranya berlaku kebakaran. Dengan adanya pemadam api dalam bilik darjah, kebakaran kecil dapat dipadamkan dengan segera serta dapat dielakkan daripada merebak. Guru perlu menjemput pegawai bomba ke sekolah untuk menerangkan kepada tindakan yang perlu mereka ambil sekiranya berlaku kebakaran dan bagaimana cara untuk menggunakan pemadam api. Jam dan kalendar Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-peristiwa penting sebegini.
33

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Pencahayaan dan pengudaraan Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga disusun tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Kesimpulannya, Kemahiran guru menggunakan kreativiti serta

mengaplikasikan pengetahuan dan teknik yang bersesuaian amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Gabungan elemenelemen fizikal dan sosio-emosi dapat mewujudkan suasana yang lebih harmoni yang membantu ke arah pencapaian objektif pembelajaran. Bilik darjah ini adalah kondusif untuk semua murid tanpa mengira perbezaan sosio-budaya sama ada dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam mahupun jantina. Murid yang belajar dalam kelas ini mendapat motivasi yang baik yang mendorong semangat mereka untuk belajar. Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik. Sudut-sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan bangsa dalam kelas. Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya.

34

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

JAYA LUXMY A/P Y.DEVARAJ 710128 05 5278

Refleksi

Sebaik sahaja menerima soalan kerja kursus ini saya dan rakan sekumpulan saya CikChandrakala meneliti soalan dan membahagikan soalan itu kepada beberapa sub topic supaya senang mencari bahan. Iaitu adat resam, pantang larang dan plan lantai. Kami bercadang hendak memilih dua kaum, iaitu kaum Melayu dan kaum India. Semasa mencari bahan, saya dapat tahu adat merupakan undang-undang atau hukum yang merangkumi bidang social, politik, ekonomi sesuatu kaum. Saya juga dapat bertanyakan tentang adat resam masyarakat Melayu kepada rakan sekerja saya. Beliau dapat menerangkan beberapa adat Melayu seperti perkahwinan, kematian, kelahiran, menjemput tetamu dan bertindik telingan yang sudah lama diamalkan di kalangan masyarakat Melayu. Beliau juga berpendapat bahawa adat seperti bertindik telinga tidak lagi diamalkan secara berleluasa generasi muda tidak berpegang kuat terhadap sesuatu adat resam dan pantang larang yang diamalkan. Arus permodenan mula menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di Negara ini. Kadangkala pengubahsuaian dilakukan mengikut keselesaan mereka. Semasa membuat kajian ini, saya tidak dapat menguraikan adat resam yang diamalkan oleh kaum India dengan tepat. Saya bertanyakan beberapa perkara seperti adat kematian dan beberapa pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat India kepada ibu saya dan jiran saya yang sudahtua.Tambahan pula saya mendapat beberapa bahan dari carian laman web. Kami pergi ke perpustakaan untuk mendapatkan buku, jurnal, majalah tentang adat resam dan pantang larang. Saya dan rakan saya berjumpa beberapa kali untuk membuat persamaan dan perbezaan adat resam dan pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan India di Negara ini.

35

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Lakaran plan bilik darjah budaya mesra juga dapat dibuat dengan huraiannya sekali. Semasa membuat kerja kursus mengenai adat resam dan pantang larang ini, saya dapat tahu sifat masyarakat Melayu yang lemah lembut dan sopan santun, juga dikenali sebagai bangsa yang kaya dengan budaya dan adat istiadat. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat India juga memiliki warisan budaya yang begitu unggul sejak zaman zaman dahulu lagi.Kepelbagaian kaum yang wujud sejak dari zaman kegemilangan Melaka dahulu kala banyak mempengaruhi dan menjadikan adat resam masyarakat Malaysia begitu unik dan bercampur aduk dengan bangsa-bangsa lain. Walaupun saya terpaksa bekerja beberapa hari dan meluangkan masa yang banyak untuk membuat kerja kursus ini, saya gembira dan puas hati dengan kerja yang dihasilkan ini. Saya juga berterimakasih kepada pensyarah saya En.Mazlan. Bagi pendapat saya, beliau adalah seorang yang berdedikasi, tekun, bersemangat untuk mengajar, baik hati dan banyak berpengalaman. Akhirnya saya dan rakan saya dapat bukukan kerja kursus ini dengan jayanya.

36

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

CHANDRAKALA A/P GOPAL 701114-08-6220 Saya Chandrakala a/p Gopal (KP: 701114086220) bersyukur kepada Tuhan kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Saya mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya En. Mazlan Ahmad rakan sekumpulan saya serta rakan-rakan yang telah menolong saya untuk menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan saya memahami konteks tugasan ini apabila pensyarah kami member penerangan tentang kehendak tugasan ini. Kami berdua mencari maklumat mengenai tugasan ini dari pelbagai sumber. Kami mendapat bahan buku dari perpustakaan Tun Abdul Razak dan bahan dari berbincang dan agihkan bahagian yang hendak dibuat. Saya dapat mengetahui adat resam kaum Melayu dan kaum India dari aspek adat perkahwinan, adat semasa mengandung, adat kelahiran, adat kematian, adat semasa mengunjung ke rumah. Saya dapat mengetahui persamaan dan perbezaan adat yang diamalkan oleh kedua-dua kaum. Seterusnya saya juga dapat mengetahui pantang larang orang Melayu yang diamalkan sehingga kini. Walaupun beberapa adat dilupakan, namun masih ada adat diamalkan sehingga sekarang. Saya dapat beberapa adat yang diamalkan berupa tidak logik dengan keadaan sekarang. Akan tetapi adat tersebut memberi pengajaran secara tersirat. Tugasan ini memberikan ilmu kepada saya, bahawa setiap kaum masingmasing mempunyai adat resam tersendiri. Murid-murid yang belajar di dalam laman web. Selepas kami

sesebuah kelas harus ditempatkan dalam keadaan berselang seli untuk memupuk perpaduan antara kaum dan ini mendorong setiap murid dapat mengetahui adat resam pelbagai kaum dan menghormati adat tersebut. Akhir sekali bolehlah dikatakan situasi seumpama ini akan mewujudkan budaya mesra di dalam kelas sesebuah sekolah. Chandrakala a/p Gopal KP : 701114086220
37

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

Bahan dari buku Jasman Ahmad, Rosnah Ramli (1997), Msyarakat Melayu, Associated Educational Distributers (M) Sdn. Bhd. Shahnil Asmar Saaid, Mohamed Reselan Malek (1995), Penerbit Prisma Sdn. Bhd.

Bahan dari Internet: http://busuk.org/ping/view/235022 http://busuk.org/ping/view/73169 http://zonfiniti.blogspot.com/2009/08/pantang-larang-melayu.html http://ml.scribd.com/doc/53537487/Tut-m2-Ptg-Larang http://malaysiana.pnm.my/01/01010201mel_merisik.htm http://malaysiana.pnm.my/01/0103ind_pengenalan.htm http://nadibahasasastera.wordpress.com/2011/02/12/pantang-larang-orang-tuamelayu/ http://kamiltri.tripod.com/adat_bertindik.htm http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yangberdaulat/adat-dalam-masyarakat-malaysia-dan-kepentinganya/

38

Budaya dan Pembelajaran (EDU 3106)

39