Anda di halaman 1dari 2

www.zahrein.

com

Kuliah Maghrib
Tarikh: 23 Dec 2008
Tempat : Surau An-nur

Kita kena sentiasa meningkatkan kesyukuran kerana nikmat yang telah diberikan.
Nikmat Islam dan nikmat Iman adalah tinggi nilainya. Tanpa iman bau syurga pun
tak dapat kita bau. Kita hendaklah mempertingkatkan iman dan patuh segala perintah
Allah S.W.T dan meninggalkan segala larangannya.

Menuntut ilmu adalah satu amalan soleh. Jangan jadikan amal kita seperti debu yang
beterbangan. Sekiranya kita banyak bersyukur kepada Allah S.W.T, Allah janji akan
tambahkan nikmat.

Jika kita mengkufuri nikmat Allah, Allah akan mengazabkan dengan azab yang amat
pedih. Kita kena sentiasa muhasabah diri sendiri agar kita dapat meningkatkan
keimanan kita.

Hadis dari Imam Nawawi , Riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Rasulullah S.A.W
bersabda “ Sesunguhnya yang halal itu jelas dan haram itu jelas dan antara
keduanya ada yang samar”

Halal dan haram menrangkumi semua aspek. Iaitu kerja , makan , perbuatan ,
perkataan dan segala-gala aturan dalam kehidupan. Kita kena berhati-hati dalam
perkara syubahah.

Barangsiapa yang mengelak diri daripada perkara syubahah, ia akan jatuh kepada
perkara halal. Janganlah kita membuat perkara syubahah kerana ia akan membawa
kita kepada perkara haram
. Dalam jasad kita, ada segumpal darah, jika baik, baiklah segalanya. Dan seketul
daging itu adalah hati.

Hati baik, segala amalan kita baik. Hati kotor, semua perbuatan kita kotor. Hadis
ini adalah sebahagian dari Islam. Kita beriman kepada syurga dan neraka dan kita
percaya kepada perkara ghaib. Kita hendaklah sentiasa berdoa agar kita menjadi ahli
syurga.

Kata2 yang baik adalah sedekah. Sampaikanlah risalah Rasulullah S.A.W walaupun
satu ayat. Janganlah kita makan benda yang haram, jika kita makan benda haram
hati kita pasti akan terjejas. Harta haram akan terkena pada zuriat dan doa kita tidak
akan diterima. Jika kita makan benda yang halal, ia akan memberi kesan pada hati
kita. Oleh itu kita kena menjaga halal dan haram.

Lihatlah masyarakat kita sekarang, ia menjadi kacau bilau dan taku ini adalah hasil
dari makanan haram. Kalau syubahah , kita hendaklah tinggalkan. Itulah yang
terbaik. Kita hendaklah menjaga hati kita dengan baik. Kita kena bersihkan hati kita.
Jangan bagi hati kita ini mati. Hati mati tidak dapat terima nasihat dan teguran yang
www.zahrein.com

baik. Jangan jadi macam orang kafir Quraisy. Hati mereka gelap. Jangan sangka
hati kite bersih. Hendaklah selalu beristigfar. Hati yang suci adalah satu tanda
kejayaan.

Jikalau kita bertemu Allah dengan hati yang kufur, Azab yang pedih akan menimpa
kita. Dunia hanyalah ladang untuk kita menanamkan amal-amal soleh kita. Kita kena
sentias berdoa agar Allah menganugerahkan Hati kita dengan hati yang bersih.

Kita hendaklah selalu duduk di majlis ilmu supaya ia akan menghilangkan hati yang
kotor. Perkara-perkara yang dapat membersihkan hati adalah:

1. Membaca Al-Quran
2. Sembahyang malam

Barangsiapa yang sembahyang malam akan senantiasa mendapat naungan Allah S.W.T.
Hendaklah kita sentiasa beristigfar / Kita kena hadirkan makna dan meminta ampun.
Hendaklah kita melakukan perkara yang halal. Kita hendaklah menguatan hati untuk
meningalkan perkara haram. Wassalam

Anda mungkin juga menyukai