Anda di halaman 1dari 4

Manual Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

1. Sila ke laman web :

http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
2. Sila log masuk ke laman tersebut dengan mengisi nama pengguna dan katalaluan :

No Kad Pengenalan tanpa sempang (-) (cth : 750624035950) guru (huruf kecil) setelah selesai klik log masuk 3. Paparan ini akan dipaparkan. Sila klik pada Data Murid untuk kemaskini murid kelas anda.

4. Paparan ini akan dipaparkan.

5. Klik pada Kemaskini Kelas untuk kemaskini kelas sebenar pelajar bagi sesi ini.

6. Paparan ini akan dipaparkan dan anda boleh kemaskini kelas pelajar dengan pilih kelas sebenar dan klik pada butang Kemaskini setelah selesai.

7. Klik pada muka surat 2 untuk senarai pelajar yang seterusnya yang tidak terdapat pada paparan pertama.

8. Klik pada Daftar Murid untuk tambah pelajar baru bagi kelas tersebut.

9. Untuk pelajar tingkatan 1, guru kelas perlu buat pendaftaran baru bagi semua pelajar kelas berkenaan dengan klik pada Daftar Murid. 10. Paparan ini akan dipaparkan. Pilih mykid untuk daftar no kad pengenalan. Klik Teruskan.

11. Sila isi kesemua maklumat pelajar berdasarkan borang maklumat yang telah diisi oleh pelajar. (rujuk catatan di muka surat belakang).

12. Untuk pelajar yang ingin dipadamkan datanya klik pada butang Padam dan pilih sebab data perlu dipadamkan. Kemudian klik Padam Murid. 13.

14. Sila maklumkan kepada guru data setelah guru kelas selesai mengemaskini maklumat murid kelas masing-masing. Segala kerjasama anda amat diharapkan bagi melicinkan kerja-kerja yang berkaitan dengannya. Terima Kasih.. Catatan : Makluman Kepada Semua Pihak KPM menutup Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua buat sementara sehingga 24 Februari 2012 ini.Ia bertujuan supaya Guru Kelas hanya memberi tumpuan kepada Info Murid sahaja terlebih dahulu supaya data ini boleh digunakan oleh Aplikasi SAPS serta SPPBS yang akan mula digunakan mulai 26 Februari 2012. Pengemaskinian Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan selepas tarikh tersebut (26 Februari 2012) sehingga 20 Mac 2012 kerana data ini akan digunakan untuk bantuan dan biasiswa.

Anda mungkin juga menyukai