Anda di halaman 1dari 14

Kemahiran menggabungkan bunyi huruf menjadi suku kata dan kemudiannya menjadi kata yang Kemahiran melihat dan

mengenal pasti bentukbentuk yang sama dan berbeza. bermakna. Kemahiran mendengar dan mengenal pasti bunyi-bunyi yang sama dan berbeza.

Kemahiran Kemahiran mengenal semua huruf

Kemahiran Prabacaan

menghubungkan bentuk huruf dan bunyi

Kemahiran mencerakin bentuk kata kepada suku kata dan seterusnya huruf dan bunyi . Kemahiran pengamatan bentukbentuk yang sama dan berbeza yang membandingkan perbezaan makna.

. Kemahiran pergerkan motor bagi mengukuhkan penglihatan dan pengamatan murid.

Kaedah Abjad berfokus terhadap pembunyian abjad dan guru pada mulanya akan mengajar huruf vokal dan konsonan yang lebih mudah dan selalu digunakan dahulu

Kaedah Fonetik mengenal huruf dan mengaitkannya dengan bunyibunyian. Kaedah fonetik terdapat dua jenis aktiviti iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar

Kaedah Asas Membaca

Kaedah Pandang Sebut melibatkan aktiviti membunyikan suku kata dan ayat berdasarkan gambar.

Kaedah Suku Kata ujaran terkecil yang mengandungi sekurangkurangnya sebuah vokal dan konsonan.

Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan, dan depan ke belakang.

Menekap atau menyurih bentuk-bentuk geometri dan garisan putus.

Menyambungkan titik-titik di atas kertas. . Melukis garis lintang dari kiri ke kanan, melukis garis tegak dari atas ke bawah, dan bawah ke Kemahiran Pratulisan atas. Melukis bulatan arah lawan jam, garis melengkung, dan bulatan arah jarum jam. Melukis garis condong

Menyalin corak mudah dan bentuk-bentuk, dan

Mengenal huruf-huruf dan dapat membezakan keserupaan dan perbezaan bentuk huruf-huruf tersebut.

2.1

Sejarah Ringkas Seni Boneka Sejak awal zaman manusia sudah mengadakan pertunjukkan sama ada untuk

memuja tuhanya atau untuk menghiburkan diri atau ahli-ahli masyarakat atau suku kaum masing-masing.Kadangkala mereka berlakon , kadangkala mereka memainkan boneka dengan menggerakkan atau menghidupkan objek-objek seperti kayu dan tanah liat untuk menjelaskan cerita mereka.Objek-objek ini diukir untuk mewakili watak-watak cerita.Dengan peredaran masa, tangan dan kaki yang bergerak akhirnya dijadikan cirri penting boneka,kerana yang bergerak seoalah-olah hidup.Begitulah permulaan seni boneka yang wujud sekarang. Tinggalan boneka awal itu telah ditemui di dalam makam-makam tamadun silam di Negara-negara China ,India,Mesir dan Greece.Boneka Yunani Kuno banyak persamaannya dengan boneka-boneka yang masig digunakan di Sicily dan di Belgium.Batang besi dilekatkan di kepala boneka dan tangan dan kakinya dikendalikan dengan tali ataupun lidi.Boneka mudah diangkut.Apabila orang Yunani Kuno berpindah atau menggembira dari tempat ke tempat , mereka turut membawa boneka mereka.Dengan itu, boneka mereka terkenal di Negara-negara lain, seperti di Itali.Orang Rumawi diketahui menggunakan kedua-dua anak0anakan dan boneka sarung tangan.Apabila Empayar Rom runtuh dan tempat-tempat hiburan mereka ditutup,juruboneka kehilangan pekerjaan lalu menyertai kumpulan acrobat, penjugel dan penyanyi kembara yang merantau ke serata Eropah untuk mengadakan pertunjukkan di dalam kota dan di pasar. Gereja Kristian,pada zaman awalnya, menadapati permainan boneka suatu kaedah yang baik untuk menampilkan cerita-cerita di dalam kitab Injil kepada orang yang tidak tahu membaca dan menulis.Di Itali pada abad kelima belas , boneka digunakan dalam Commedia dellArte, sekumpulan cerita tentang sepasukan badut bertopeng , termasuk yang kita kenali sebagai Harlequin, Scara-Much san Punch.Badut-badut ini mempunyai sifat yang tersendiri.Mereka memainkan peranan mengikut jalan cerita yang sudah dipersetujui tetapi dengan dialog yang diubah-alih sesuka hati, sama seperti yang masih dilakukan oleh pengendali Punch dan Judy.Pertunjukkan Commedia dellArte mendapat sambutan yang hangat di

Itali.Apabila juruboneka dan pelakonnya membawa pertunjukan itu ke Eropah , sambutannya juga di luar dugaan. Seni boneka mempunyai zaman gemilang dan zaman malapnya.Semasa Ratu Elizabeth memerintah England,Parlimen meluluskan satu akta yang menggolongkan pelakon dan juruboneka jalanan sebagai penjenayah kecuali mereka yang memperoleh lessen daripada kerajaan melalui penaung yang karya.Halangan begini menyusahkan pelakon dan juruboneka meneruskan kerjaya mereka. Pada tahun 1642, Oliver Cromwell telah mengharamkan teater pentas tetapi tidak teater boneka.Maka persembahan-persembahan boneka Berjaya menarik penonton yang banyak.Malahan , selama beberapa tahun , Cuma boneka yang terus menghidupkan seni teater Inggeris. Pada tahun 1660, Raja Charles II kembali ke England untuk menaiki takhtanya semula.Kepulangan beliau telah diiringi oleh beberapa banyak penghibur dan juruboneka.Tugas mereka ialah membantu rakyat merayakan peristiwa itu. Pada abad kelapan belas, seni boneka menjadi sanjungan golongan bangsawan.Banyak teater yang Berjaya bergerak maju di daerah West End,London, dan di Bath.Tetapi menjelang akhir abad itu, golongan bangsawan mula jemu terhadap boneka.Sekali lagi permainan boneka menjadi kesenian milik rakyat jelata, lalu dimainkan di pesta-pesta dan di lorong-lorong. Persembahan yang diadakan di lorong-lorong itu sangat popular.Punchmen atau juruboneka menghabiskan hamper keseluruhan masanya di London atau di Bandarbandar peranginan di tepi pantai, untuk mengadakan pertunjukan bagi golongan pertengahan yang mula pandai bercuti.Syarikat pertunjukkan anak-anakkan terus berhijrah dari Bandar ke Bandar , membawa kesemua kelengkapan , termasuk pentas dan tempat duduk untuk berates-ratus penonton, denagn pedati yang ditarik oleh kuda.Kelengkapan ini dipasang semula di tapak pesta atau di padang awam sebelum pertunjukkan diadakan.Teater-teater ini dikendalikan oleh keluarga-keluarga yang menjaga rahsioa kemahiran dan kepandaian masing-masing.Tiada siapa yang bukan ahli keluarga dibenarkan melihat cara boneka mereka dikendalikan.

Apabila Peperangan Dunia Pertama tercetus, boneka-boneka itu dibungkus dan di simpan di dalam stor dan bangsal di segenap ceruk negeri.Selepas itu, kebanyakannya dilupakan.Tetapi sekarang minat terhadap teater boneka di England telah bangkit semula.Di sana sini , muncul beberapa kumpulan teater yang menggunakan boneka-boneka tali,rod kayu,sarung tangan dan wayang untuk mengadakan pertunjukan mereka.Sesetengahnya telah membuka teater tetap di London , Norwich dan Birmingham.Begitulah sejarah ringkas bentuk teater yang paling awal di dunia. 2.2 Definisi Boneka Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998) mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang digerak serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan. Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuhtumbuhan dan sebagainya yang digerak lakonkan oleh pemainnya dengan

menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu watak atau cerita.Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepadatiga peringkat, iaitu mudah dan tingkas, sederhana danrumit. Boneka adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang

digerak,lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej.Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama ada menerusi dialog yang dipertututrkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.Boneka terus berkembang mengikut perkembangan zaman.Secara amnya , boneka dicipta untuk tujuan keagamaan dan hiburan.Boneka yang digunakan di Mesir,Itali,Jepun,Cina dan India berkait rapat dengan agama dan kepercayaan. Boneka ini dicipta bertujuan menghiburkan orang ramai.Pelbagai watak dicipta dan dilakonkan mengikut olahan skrip.

2.3

Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran


Tujuan utama penghasilan boneka ialah untuk memenuhi fitrah naluri kanak-

kanak yang gemar bermain. Melalui bermain, pemikiran dan daya fikiran kanak-kanak dapat diasah agar berfikiran lebih kreatif dan berinovasi dalam kehidupan. Selain itu penggunaan boneka juga turut terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Kesannya timbullah konsep pembelajaran yang berasaskan permainan. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Disamping itu ia juga dapat mengelakkan pelajar cepat bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Selain itu dapat mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan.Penggunaan boneka juga dapat mengguna dan memperkukuh kemahiran bahasa melalui pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.Ia juga memepercepatkan dan mempermudahkan pemahaman murid terhadap sesuatu cerita ,peristiwa atau isi pelajaran.Daya kreativiti untuk mengahasilkan ciptaan dan karya seni dapat di pupuk dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.lebih-lebih lagi, penggunaan boneka juga dapat membina keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan berkesan, memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman dan terangsang dan berminat untuk belajar secara tekal dan kekal. 2.4 Jenis jenis boneka

Boneka daripada peralatan sebenar Boneka jenis ini diperbuat menggunakan peralatan sebenarnya seperti teko, cawan,sudu, gardu, senduk dan sebagainya.Biasanya perkakas ini tidak digunakan lagi kerana reka bentuknya telah ketinggalan zaman, rosak yang kecil atau warnanya pudar kerana dimakan hari.Untuk keselamatan, elakkan dari menggunakan peralatan yang rosak teruk seperti pecah uang tajam dan sebagainya. Alat-alat yang hendak

digunakan ini kemudiannya dihias dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk menggambarkan raut wajah yang dihendaki mengikut watak yang sesuai.Untuk

menghasilkan reka bentuk yang mudah, guru boleh melukis mata, hidung dan mulut menggunakan Marker PenHigh Performance agar tahan lama dan tidak mudah hilang.

Jenis jenis boneka a) b) c) d) e) f) g) Boneka Sarung Tangan Boneka Lidi Boneka Wayang Kulit Boneka Tongkat Boneka Bertali Boneka Jari Boneka Tongkat

a) Boneka Sarung Tangan (Glove)

Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala dan badan sahaja. Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami bahagian dalam boneka berkenaan. Diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung kaki yang diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu watak tertentu.Manik, bola pingpong, guli, kain baldu dan kertas keras boleh digunakan untuk membina bahagian mata, hidung dan mulut.Manakala benang bulu dan kain baldu dijahit menyerupai sepasang telinga,misai dan rambut.Boneka jenis ini mudah dikendalikan dengan bahagian jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut boneka seiring dengan gerak mulut penggunanya.Boneka ini boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakanboneka jenis ini, kesemua jari atau hanya sebilangan jari dimasukkanke dalamsarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.

b) Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal.Kemudian lidipanjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggotatertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya. Rupa bentuk bonekadilukisdi atas

kertas tebal,diwarnakan dan bentuknya dipotong keluar.Boneka ini juga bolehdibuat daripada kulit,plastik,lutsinar dan kertas tebal.

c) Boneka Wayang Kulit Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.Semasa memainkan boneka ini,ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih.Lampu dinyalakan dan bayangbayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. d) Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap tetapi mempunyai tongkat seperti kayu,rotan,buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut. Boneka ini menggunakan konsep wayang. e) Boneka Bertali Boneka bertali diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache plaster-of-Paris atau kayu.Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak.Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat angota -angota badan itu bergerak

f) Boneka Jari Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan jari-jari tangan penggunanya. Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja. Mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa jari untuk menggerakkannya.Boneka jari biasanya terhad pergerakannya.Mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk menutup jari. Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan terhad,dan digunakan di

dalam kelas prasekolah atau tadika-tadika untuk aktiviti bercerita dengan kanakkanak. g) Boneka Tongkat Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai pemegang seperti kayu, rotan,

buluh dan sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit,tetapi berbentuk tiga dimensi.Contoh boneka haiwan yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah rama-rama,kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai sayap yang panjang dan sebagainya.

2.5

Pentas

Persembahan Boneka semasa membuat persembahan boneka, pelbagai jenis pentas boleh digunakan. Jenis-jenis pentas tersebut adalah seperti berikut: 1. Pentas Kerusi Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas pentas.Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk dijadikan tiang utama. Rentang sehelai kain hitam sebagai tirai. 2. Pentas rentang Pentas jenis ini amat mudah dikendalikan.Guru hanya perlu merentang sehelai tirai hitmayang diikat pada dinding ke dinding.Dawai boleh digunakan untuk meregangkan tirai berkenaan dan mengikatnya ke bahagian tepi dinding setelah selesai digunakan.Untuk memudahkan pengurusan, guru juga

bolehmembina secara tetap pentas rentang yangdisesuaikan dengan situasi dan boleh dilipat untuk memudahkan penggunaannya 3. Pentas Tingkap Lazimnya pentas jenis ini dikategorikansebagai pentas sementara. Tingkap terbuka (tanpa cermin) bolehdigunakan sebagai pentas. Dalam keadaan bilik darjah yang terkawal,guru perlu duduk di luar dan muridmurid menonton di dalam bilik darjah. 4. Pentas Pintu

Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan sebagai pentas.Kain, papan dan kertas tebal boleh direntang untuk menutupi bahagian bawah pintu.Guru berada di luar dan murid-murid berada di dalam bilik darjah. Pentas jenis juga boleh dikategorikan sebagai pentas sementara. 5. Pentas Meja Susun beberapa buah meja dan tutup dengan kain di bahagian hadapan.Guru duduk di belakang meja semasa bermain boneka berkenaan.Penggunaan lukisan pemandangan bersaiz besar akan memberikan kesan penghayatan yang lebih dalam kalangan murid yang menonton 6. Pentas Berlipat Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan rangka kayu sebagai bingkainya yang kemudiannya ditutup menggunakan kain hitam.Mudah disimpan kerana di kedua-dua belah dindingnya boleh dilipat stelah selesai meggunakannya. Selain kayu, guru juga boleh menggunakan bahan terbuang seperti kotak besar yang telah dilukis flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak. 7. Boneka Tanpa Pentas Boneka tanpa pentas Boneka (biasanya sarung tangan) dimainkan ke arah audiens. Aktiviti yang sesuai ialah aktiviti lisan yang dilakukan secara berpasangan. 8. Teknik overhead projektor (OHP) Overhead projektor boleh digunakan untuk menggantikan teknik wayang kulit. Objek diletakkan dan digerakkan dan digerakkan di atas cermin lutsinar. OHP dipancar ke dinding atau kain layar.

2.6

Kebaikan Menggunakan Boneka Penggunaan boneka sangat membantu dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Antara

kelebihan

menggunakan

boneka

dalam

kelas

adalah

pembelajaran lebih seronok, pengajaran lebih tersusun, pembelajaran menjadilebih dekat dan juga memperkayakan pengalaman.Kelebihan pertama menggunakan boneka dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas ialah pengajaran lebih

tersusun.

Mengikut

pendekatan

sistem,

media

ialah

satu

komponen

dalam

pembentukan pengajaran. Untuk memuatkan media dalam pengajaran, pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya lebih tersusun. Dengan bahan bantu mengajar seperti boneka, pengajaran lebih tersusun kerana boneka memudahkan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam penyampaian cerita kanak-kanak.Kelebihan yang kedua adalah pembelajaran menjadi lebih dekat. Untuk makluman, sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dibawa melalui watak-watak yang digemari oleh kanakkanak. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke dalam kelas. Sebagai contoh ialah cerita-cerita istana. Watak-watak dalam istana bolehdi dedahkan dalam kelas melalui penggunaan boneka.Seterusnya, kelebihan ketiga ialah memperkayakan pengalaman. Seperti yang diketahui umum, terdapat pelbagai jenis boneka yang dihasilkan oleh pelbagai negara. Namun begitu, boneka dari setiap negeri adalah berbeza.Contohnya ialah Kelantan. Boneka yang popular di Kelantan ialah boneka wayang kulit. Jadi, negeri-negeri lain seperti Johor dan Kuala Lumpur mungkin tidak mengenali wayang kulit. Dengan adanya penggunaan boneka wayang kulit melalui persembahan media dan persembahan realistik dalam kelas, Pengetahuan dan pengalaman murid-murid di negeri-negeri tersebut akan bertambah.Kelebihan keempat ialah pembelajaran lebih seronok. Pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkah laku dalam kalangan murid. Dengan melihat pelbagai jenis boneka, pelajar akan lebih fokus untuk belajar. Ini akan menerbitkan rasa seronok kepada murid kerana persekitaran bilik darjah adalahsteril. Oleh sebab seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut,perubahan tingkah laku murid akan lebih mudah terhasil

2.7

RUMUSAN

Aktiviti pengajaran menggunakan boneka dapat merangsang minda murid untuk memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan daya kreativiti, perkembangan komunikasi dan bahasa,sosio emosi, menambah ilmu pengetahuan dan juga pengalaman.Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak, menghubungkaitkan dengan keseronokan,meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan

tekanan,meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak disamping memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta

penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang

dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.

Rujukan

1. Seni Boneka, Lyndie Wright, SAMA Publications & Distributors SDN BHD, Cetakan pertama 1994 2. http://sakiladollah.blogspot.com/2011/09/pengajaran-dengan-menggunakanboneka.html 3. http://www.scribd.com/doc/62168997/Boneka 4. http://notapismpks.blogspot.com/2011/10/literasi-bm-penggunaan-bonekadalam-p.html 5. http://www.scribd.com/doc/77307083/Esaimen-LB 6. Modu PPGl WAJ 3104 Literasi Bahasa,cetakan jun 2011,Kementerian Pelajaran Malaysia 7. Bahan Rujukan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Literasi Bahasa,Hj,Daud Md Saman, Muhaiyuddin Mohamed Azizi,cetakan 2011,Pekan Ilmu Publication Sdn.Bhd.