Anda di halaman 1dari 7

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tema 1. Sayangi Diri Unit 1. Mengenali Diri 1.

Perlakuan berikut merupakan antara yang tidak perlu ada pada diri seseorang, kecuali. A. Yakin B. Suka membantah C. Suka berbual kosong D. Bertangguh melakukan kerja 2. Kelakuab berikut merupakan perlakuan bertanggungjawab di rumah, kecuali. A. Menjaga adik B. Menolong ibu C. Menjaga kebersihan D. Menonton televisyen sepanjang hari

Unit 2. Pengurusan diri Soalan 3 berdasarkan gambar dibawah

3. Makanan yang mengandungi protein terkandung dalam. A. Roti B. Susu C. Mentega D. Buah

4. Antara yang berikut, pengucapan manakah sangat sesuai apabila berinteraksi dengan orang yang lebih tua? A. Pak cik, boleh saya tolong? B. Ah, menyusahkan sahaja! C. Eh, itu bukan tugas saya! D. Tak perlulah pakcik nak tunjuk kuat Tema 2. Sayangi keluarga Unit 3. Mengenali keluarga sendiri Soalan 5 berdasarkan rajah di bawah.

Minah + Hasan Suraya + Zamri Jamal Alia Kalid + Asyikin Firdaus

5. Apakah hubungan antara Firdaus dan Jamal? A. Anak B. Biras C. Sepupu D. Adik beradik

6. Perlakuan berikut merupakan cara-cara kita menyayangi anggota keluarga, kecuali. A. Membantu ibu bapa B. Bertutur dengan sopan C. Melakukan larangannya D. Meraikan hari istimewa untuk mereka

Tema 3. Hidup bersama di sekolah dan masyarakat. Unit 4. Interkasi dengan komuniti sekolah 7. Bagaimanakah cara kita berinteraksi dengan betul? A. Mengabaikan disiplin B. Bertutur dengan sopan santun C. Melarang pelawat datang ke sekolah D. Mengusik kawan yang sedang belajar

8. Pasangan yang manakah yang salah tentang tugas pelawat sekolah? A. Jururawat membantu doktor memeriksa murid di sekolah B. Posmen menghantar surat menyuarat sekolah C. Nazir membuat pemantauan keadaan sekolah D. Jurujual buku menjual alat tulis kepada murid

9. Kamu hendak masuk ke tandas tetapi pekerja sekolah sedang membersihkan tandas. Apakah tindakan kamu? A. Meminta izin untuk masuk terlebih dahulu B. Tidak perlu ke tandas dan balik semula ke kelas C. Memarihanya kerana menyebabkan kamu lambat D. Membantunya membersihkan tandas supaya cepat siap

Unit 5. Kenali dan aspresiasi warisan budaya Malaysia. Soalan 10 berdasarkan pernyataan di bawah. Pakaian tradisional ini telah menjadi pakaian tradisional masyarakat melayu dan cina di Melaka

10. Apakah pakaian tradisional tersebut? A. Kebaya Nyonya B. Baju kurung Pahang C. Baju kurung moden D. Baju kurung Kedah

11. Selain daripada sari, orang perempuan India juga mengenakan pakaian tradisioanl yang dikenali sebagai. A. Dhoti B. Lenga C. Punjab D. Samfu

12. Masyarakat tradisional Melayu kebiasaanya bersarapan pada waktu pagi dengan. A. Nasi goreng B. Nasi minyak C. Nasi lemak D. Nasi beriani

Tema 4. Kenali budaya Malaysia Unit 6. Kenali dan aspresiasi adab sosial budaya Malaysia

13. Pilih pasangan yang salah mengenai perlakuan sopan. A. Bersalam ketika bertemu B. Menguap menutup mulut C. Duduk menggoyangkan kaki D. Batuk memalingkan muka ke arah lain

soalan 14 berdasarkan gambar dibawah

14. Sekiranya seorang pelancong mendatangi anda untuk bertanyakan sesuatu, apakah tindakan anda? A. Membiarkannya begitu sahaja B. Memberikan bantuan yang sewajarnya C. Memintanya bertanya kepada orang lain D. Memanggil polis untuk membantunya

Tema 5. Malaysia Negaraku Unit 7. Kenali Malaysia

15. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tempat bersejarah yang terkenal di Malaysia? A. Bukit Melawati. B. Pulau Tioman C. Taman Negara Pahang D. Pantai Cherating

Soalan 16 berdasarkan pertanyaan di bawah. Negeri ini digelar negeri di bawah bayu Mempunyai gunung yang tertnggi di Asia Tenggara.

16. Pernyataan di atas merujuk kepada negeri A. Sabah B. Pahang C. Melaka D. Perlis Unit 8. Berbangga dengan identiti negara Soalan 17 berdasarkan slogan di bawah.

Kami sayangkan keamanan

17. Kenapa slogan di atas sangat penting? A. Semua orang perlukan kekayaan B. Semua orang mahukan kasih sayang C. Semua orang mahu disayangi D. Semua orang mahu hidup aman dan makmur

18. Yang manakah antara berikut merupakan cogan kata yang ada kaitan dengan semangat patriotisme? A. Bersopan amalan kita B. Keranamu malaysia C. Malaysia boleh D. Malaysia maju Tema 5. Sedia hadapi cabaran Unit 9. Membina budaya cemerlang untuk masa hadapan 19. Apakah yang harus kita lakukan agar lebih berjaya dalam pelajaran? A. Berusaha bersungguh-sungguh B. Tidak perlu minat dalam pelajaran C. Belajar mengikut masa tertentu sahaja D. Membuat rujukan apabila hampir peperiksaan

20. Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dilalui sebelum berjaya? A. Gagal untuk kali pertama B. Sentiasa berjaya setiap masa C. Tiada dorongan daripada ahli keluarga D. Tidak mempunyai wang secukupnya untuk belajar.

Anda mungkin juga menyukai