Anda di halaman 1dari 3

..


Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan
Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan
ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang
ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dihormati sekalian
Firman Allah dalam ayat 51-52 surah al-Furqan :

O4 E4^Og- E4u1E4l O)
] lO4CO~ -6OCO^^ ^) E
;7gC> -jOgE:^- -;)_E_4
gO) -41E__ -LOO)l ^)g
51. dan kalau Kami kehendaki, tentulah Kami utuskan Dalam tiap-tiap negeri, seorang Rasul pemberi
amaran.
52. oleh itu, janganlah Engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan
berjuanglah Dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka Dengan perjuangan Yang besar dan
bersungguh-sungguh.


Umat Islam mesti menitikberatkan garisan antara iman dan kufur dalam kehidupan. Kita mesti berhati-hati
terhadap perbezaan antara Islam dan jahiliah. Kita wajib mengetahui secara mendalam tentang halal haram,
pahala dan dosa serta Syurga dan neraka. Umat Islam yang dijanjikan kemenangan oleh Allah S.W.T sentiasa
menghidupkan budaya ilmu dan dakwah dalam kehidupan seharian agar pergerakan kita sentiasa disuluhi
cahaya wahyu bukannya ditutupi dengan kegelapan nafsu. Kita mesti lahirkan diri kita antara golongan yang
bakal dibayangi oleh Arasy Allah S.W.T pada hari akhirat nanti sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w
dalam sebuah hadis :

e

) (
Maksudnya : 7 golongan yang akan mendapat perlindungan Allah S.W.T pada hari yang tiada perlindungan
melainkan perlindungan Allah S.W.T pada hari akhirat nanti iaitu :
Golongan pertama ialah pemimpin yang adil di mana kebiasaannya jika pemimpin tunduk dan patuh kepada
Allah S.W.T serta adil dalam bertindak mengikut garisan yang telah ditetapkan oleh syarak maka rakyat
bawahan pun ramai yang mengikut jejak langkahnya dalam mencari keredhaan Allah S.W.T di dunia dan
akhirat. Rosaknya pemimpin maka ramailah rakyat jelata yang turut rosak kerana rakyat megikut agama
pemimpin mereka. Kita sentiasa mengalu-alukan perancangan kerajaan untuk memastikan pelajar sekolah
rendah wajib khatam al-Quran dan memahami agama dengan baik tetapi dalam masa yang sama pemimpin
mestilah bukan sahaja mampu membaca al-Quran tetapi bersungguh-sungguh dalam melaksanakan segala
tuntutan al-Quran yang menyeluruh termasuk ekonomi, perundangan, sosial dan sebagainya bukannya
menjadikan Islam sebagai agama ibadat khusus semata-mata. Musuh Islam tidak pernah gerun terhadap
pemimpin umat Islam yang kaya harta jika kurangnya agama sebaliknya musuh Islam sentiasa berusaha dalam
memerangi pemimpin umat Islam yang miskin harta tetapi kaya agama kerana harta tidak pernah menggugat
kedudukan kuffar tetapi agama telah banyak meruntuhkan kezaliman dan kesesatan kerajaan kuffar sebelum ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Golongan kedua ialah pemuda yang hidupnya sentiasa beribadat kepada Allah S.W.T di mana
golongan ini mestilah dilahirkan dalam sesebuah negara bagi mengelakkan lebih banyak kemungkaran dan
kerosakan yang berlaku. Apabila umat Islam sentiasa menjaga ibadat khusus seperti solat, puasa, zakat ditambah
dengan makan minum perkara yang halal dari hasil yang halal, menguruskan keluarga, masyarakat dan negara
mengikut kehendak syarak disamping berusaha melaksanakan seluruh tuntutan Islam dalam setiap kerja dan
pergerakannya sehingga semua itu dihisab sebagai ibadat oleh Allah S.W.T maka segala masalah jenayah dan
keruntuhan akhlak dapat ditangani dengan baik. Sebaliknya jika umat Islam memisahkan urusan dunia seperti
ekonomi, perundangan, sosial daripada dosa pahala maka keadaan kehidupan mereka semakin lama semakin
hancur serta semakin dekat kepada kekufuran yang menyebabkan tiada lagi perbezaan yang ketara antara umat
Islam dengan bukan Islam. Inilah yang bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T dan penghinaanNya. Kita
begitu bimbang apabila salah satu program yang bakal bermula pada pertengahan bulan Februari nanti tidak
memasukkan jadual waktu sembahyang dalam aktivitinya yang bakal menyukarkan peserta yang majoritinya
beragama Islam untuk sembahyang atas alasan ia adalah isu peribadi. Jika sembahyang sebagai tiang agama
diabaikan bagaimana negara mahu melahirkan warganegara yang soleh. Oleh itu kita desakkan agar sebelum
program ini dijalankan maka waktu sembahyang mestilah diletakkan dalam jadual secara hitam putih. Ingatlah
bahawa solat 5 waktu tidak boleh ditinggal melainkan pada perkara yang dibenarkan oleh syarak walau pun
berada dipuncak gunung-ganang, berada di tengah hutan, meredah lautan, dan sebagainya. Kita dapat lihat kesan
daripada tidak sembahyang menyebabkan ramai pemuda Islam yang runtuh akhlaknya dan banyak melakukan
jenayah sehingga menggugat keamanan negara.
Golongan ketiga ialah seseorang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid di mana pemimpin
wajib berusaha menghidupkan masjid bukan berusaha mematikannnya agar negara dapat melahirkan lebih ramai
rakyat yang sentiasa berjemaah di masjid serta menghidupkannya dengan pelbagai aktiviti yang dapat
mengembalikan semula kegemilangan Islam. Begitu juga dengan penerusan kepada menjadikan hari Jumaat
sebagai hari berkerja di kebanyakan negeri sebagaimana dibuat oleh penjajah merupakan suatu yang
menyempitkan masa umat Islam untuk beribadat. Tindakan yang tidak bertamadun ini boleh menyebabkan umat
Islam semakin jauh daripada masjid

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,
Golongan keempat ialah 2 orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T di mana mereka
bersatu dan berpisah kerana Allah di mana kasih sayang yang ditanamkan atas dasar iman ini begitu penting
terutama dalam berhadapan dengan kekejaman musuh Islam. Betapa bahayanya apabila kasih sayang seumpama
ini tiada dalam hati sanubari umat Islam Begitu juga kasih sayang berasaskan iman wajib disuburkan agar
saudara seagama sentiasa dibantu walau di mana mereka berada. Kita mesti sentiasa membantu sekurang-
kurangnya dengan doa agar Allah S.W.T membantu umat Islam yang sedang ditindas di Palestin, Iraq,
Afghanistan, Kashmir, Selatan Filiphina, Acheh dan sebagainya. Begitu juga dengan tekanan disebabkan
larangan bertudung ke atas umat Islam di Perancis. Tidak lupa kepada nasib yang menimpa umat Islam di
Selatan Thailand termasuk Fatani, Narathiwat, Yala yang kini ditekan akibat pembakaran sekolah, bom balai
polis dan kehilangan senjata 2 minggu lalu yang telah menyebabkan pelbagai tindakan keras dikenakan
termasuk perintah berkurung yang menjejaskan perjalanan majlis ilmu pada waktu malam serta pemeriksaan ke
atas pondok-pondok bila-bila masa yang dikehendaki sehingga baru-baru ini ada kubur yang baru ditanam
mayatnya diperintah agar digali semula atas alasan disyaki dijadikan tempat simpan senjata. Umat Islam terus
ditekan sedangkan bukti yang menyatakan umat Islam yang terlibat dalam kejadian itu belum diketahui.

Sidang Jumaat yang diberkati Allah,
Golongan kelima ialah seorang lelaki yang dipujuk oleh seorang wanita yang mempunyai
kedudukan dan cantik untuk berzina lalu dia menyatakan bahawa dia takutkan Allah di mana usaha
dalam memastikan kebanyakan pintu zina ditutup mestilah ditingkatkan. Jika terlalu banyak pintu zina dibuka
maka semakin ramai yang cuba dan menghampirinya sehingga semakin teruknya keruntuhan akhlak rakyat.
Betapa malangnya apabila ramai yang lantang bersuara membantah tindakan kerajaan Terengganu yang
membuat etika berpakaian terhadap orang bukan Islam supaya lebih sopan. Sedangkan suara ini tidak
kedengaran apabila wanita dijadikan alat pelaris barangan melalui iklan yang menjolok mata. Apa yang lebih
malang ialah apabila pernah berlaku di mana seorang mufti boleh dipecat kerana menegur ratu cantik. Kita turut
mendesak agar beberapa program- program diasingkan antara peserta lelaki dan perempuan serta dititikberatkan
adab mengikut Islam bukannya nafsu. Jangan rosakkan rakyat dengan aktiviti pergaulan bebas sepanjang
program tersebut sehingga anak-anak yang dididik begitu lama oleh ibubapa dan guru-guru akhirnya dirosakkan
dalam masa beberapa bulan.
Golongan keenam ialah seseorang yang bersedekah lalu dia sembunyikannya sehingga tangan
kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya di mana umat Islam sentiasa
dilatih agar memberikan barangan miliknya kepada orang yang lebih memerlukannya melalui zakat. Apabila
diri sentiasa dilatih dengan perkara yang wajib lalu melembutkan hati untuk melakukan sedekah sunat dengan
penuh keikhlasan. Sedekah jenis inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana ia bakal menguatkan kembali
kesatuan umat Islam dan ekominya yang bakal menggugatkan kedudukan musuh.



Sidang Jumaat yang dirahmati Allah ,
Golongan ketujuh ialah seseorang yang mengingati Allah S.W.T dalam keadaan sunyi lalu
menitislah air matanya di mana umat Islam mesti berusaha untuk lahir sebagai golongan yang bertindak cergas
seumpama singa disiang hari ketika melawan musuh serta begitu rapat hubungannya dengan Allah S.W.T
terutama waktu malam. Golongan inilah yang digeruni oleh musuh Islam kerana mereka bakal dibantu oleh
Allah S.W.T. Ingatlah bahawa persediaan untuk melawan musuh bukan semata-mata bergantung kepada
kekuatan tentera dan senjata tetapi apa yang lebih penting ialah ikatan perhubungan umat Islam dengan Allah
S.W.T yang membolehkan datangnya pertolongan dan kemenangan daripada Allah S.W.T.
Firman Allah dalam ayat 63-64 surah al-Furqan :

14lgN4 ^}4uOO- -g~-.-
4pO=;4C O>4N ^O- L^OE-
-O)4 N_4:C~ ]OU)_E^-
W-O7~ VUEc ^g@ =}Cg~-.-4
]O+-O):4C )_)4Og -4Oc
V41g~4 ^gj
63. dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan
sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka,
mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;
64. dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) Yang tekun mengerjakan Ibadat kepada Tuhan mereka pada
malam hari Dengan sujud dan berdiri,

Anda mungkin juga menyukai