Anda di halaman 1dari 3

PERKATAAN fitnah berasal daripada kalimah Arab bermaksud perbuatan menuduh sesuatu

perkara bersifat tidak benar atau dusta.


Dari sudut bahasa Arab, fitnah berasal daripada kalimah fatana yang dimaksudkan sebagai
proses pengasingan emas tulen daripada bahan logam lain melalui proses pembakaran. (Lisan
al-Arab, Beirut: Dar Sadir, m/s: 317). Menurut al-Quran, fitnah itu membawa konotasi makna
yang pelbagai seperti kekafiran (syirik), kedustaan, kezaliman, kebinasaan, maksiat, ujian,
peperangan, bencana, konflik, godaan dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
-OUg-~4 _/4EO 4pO7> OE4ug
4pO74C4 g].- *. W p)
W-OOg4^- E 4p4;NN ) O>4N
4-gj-- ^_@

Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu
semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan
lagi melainkan terhadap orang yang zalim. (surah al-Baqarah, ayat 193)

Fitnah bermaksud kedustaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
O }7> +4[ug ) p
W-O7~ *.-4 E4)4O 4` EL7
4-g)O;N` ^g@
Kemudian tidaklah ada akidah kufur mereka selain dari mereka menjawab dengan dusta.
Demi Allah Tuhan kami, kami tidak pernah menjadi orang-orang yang mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain). (surah al-Anaam, ayat 23)
Fitnah bermaksud kezaliman. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Lalu mereka berkata,
kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami
landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (surah Yunus, ayat 85)
Fitnah bermaksud kebinasaan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: Dan di antara mereka
(yang munafik itu) ada yang berkata, izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan
janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun
tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu). Dan sesungguhnya azab jahanam
meliputi orang yang kafir. (surah at-Taubah, ayat 49)
Jika dirujuk kepada pemahaman masyarakat kita mengenai fitnah, terdapat hadis Rasulullah
s.a.w yang menerangkan perkara ini yang bermaksud:
Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya (di
belakangnya) bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya
bererti kamu menfitnahnya. (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Perbuatan memfitnah itu lahir dari dalam hati individu yang penuh dengan sifat negatif dan
keji seperti hasad, iri hati dan dendam. Masalah itu bermula daripada hati yang menjadi ibu
kepada setiap tindak tanduk manusia. Jika dilihat kepada sirah Rasulullah s.a.w serta
keluarganya, Ummu al-Mukminin Saidatina Aisyah r.a tidak terlepas dari menghadapi ujian
fitnah. Allah s.w.t merakamkan peristiwa ini menerusi firman-Nya yang bermaksud:
Ep) 4g~-.- +7.~E} l^e")
O4:NN 74g)` _ +O+l=O^4` -4O=
7- W 4 4O- OOE= 7- _
]7g <jO- gu+g)` E`
=U=O4^- =}g` ^e"- _
Og~-.-4 _^4O> +4Og
gu+g` +O R-EO4N 7g4N ^

Sesungguhnya orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari
kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan
ia baik bagi kamu, tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan
kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam
menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di Akhirat).
(surah an-Nuur, ayat 11)
Jika dilihat fitnah itu adalah sebagai ujian dan cubaan. Sebelum ini kita digemparkan dengan
keadaan di mana sebuah majalah mingguan agama lain menggunakan kalimah Allah bagi
merujuk kepada tuhan mereka. Ketika itu, umat Islam didatangkan dengan cubaan. Benarlah
kata sesetengah pihak bahawa kita sekarang berada di zaman fitnah. Pelbagai permasalahan
yang timbul memerlukan umat Islam muhasabah diri agar imej Islam tidak tercalar dan
maruah Islam tidak tergadai. Dalam menghadapi situasi ini, secara umumnya dapat dilihat
pelbagai pihak terus bangkit menyuarakan ketidakpuasan hati umat Islam demi untuk
menjaga martabat Islam daripada dirobek oleh orang lain. Perkara itu mahu diselesaikan
dengan cara yang agresif dan tegas, manakala pihak yang lain memilih untuk menggunakan
kaedah diplomasi dan perundangan. Malah, kesatuan dan semangat bersama umat Islam
tampak lebih jelas melalui isu berkenaan. Namun, perkara yang harus kita ambil perhatian,
kadang-kala tindakan agresif kita yang melampau membuatkan pihak lain mengambil
peluang dan ruang memburukkan imej Islam. Kejadian beberapa buah gereja dibakar oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab haruslah dilihat oleh umat Islam sebagai satu situasi yang
sedikit sebanyak mencalar imej Islam yang menjulang prinsip keadilan dan keharmonian.
Sungguhpun masih belum jelas, siapakah dalang di sebalik perbuatan terkutuk itu, kita
sewajarnya sedar bahawa mungkin juga perkara itu disebabkan tindakan kita yang terus
agresif tanpa menghiraukan nasihat pihak berkuasa.
Harus difahami, bertenang bukanlah bermaksud kita mengambil enteng terhadap isu ini,
namun kebijaksanaan dalam menghadapi ujian dan cabaran di zaman fitnah mutakhir ini
semestinya dapat mengelak kejadian yang lebih buruk daripada berlaku.
Sebagai umat Islam yang sentiasa teguh mempertahankan kesucian dan ketinggian agamanya,
marilah sama-sama kita menjaga setiap tingkah laku kita bagi mendepani seribu satu ujian
dan cabaran yang semestinya tidak akan berhenti di sini.
Kerap kali kita merasakan, jika kita yang menjadi mangsa fitnah, maka musnahlah bagi yang
membuat fitnah itu. Tetapi adakah kita sedar, kadangkala tindak-tanduk dan pertuturan kita
yang membuka ruang untuk kita terus difitnah

Anda mungkin juga menyukai