Anda di halaman 1dari 11

NAMA PEMBENTANG: MOHAMMAD FIRDAUS BIN CHE MUSA MOHAMAD RUSHDIE BIN SAUFEE MOHD AZLAN MUHAMAT NOOR

* * * * *

Terjemahan

[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr [97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? [97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [97 : 4] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah)

[97: 5] sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing.

Lailat al-Qadr= Malam Keagungan

Antara hari dan malam kebesaran dan penuh keberkatan dalam Islam ialah malam al-Qadr atau disebut juga dengan malam nuzul al-Qur`an. Allah menjadikan malam ini penuh keberkatan, ketinggian, kemuliaan dan keagungan, sesiapa menghayatinya kerana mengharapkan keredaan Allah nescaya diampuni dosa-dosanya yang silam.


[97: 1] Sesungguhnya Kami turunkan al-Qur`an itu pada malam al-Qadr. Dimaksudkan dengan malam al-Qadr ialah malam yang membawa berkat dan yang disebutkan secara isyarat menerusi firtman Allah : * * * [1]* Terjemahan: Sesungguhnya Kami telah menurunkan alQuran itu pada malam yang banyak berkat; dan sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala perintah yang bijaksana, iaitu perintah dari sisi Kami. Sesungguhnya Kamila yang mengutuskan para Rasul. Sebagai rahmat dari Tuhanmu rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

*
[97: 2] Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu?

Soalan nini dijelaskan dalam ayat-ayat beriktnya. Jika uslub ini menggunakan fi`l mudari`, istifham itu tidak dijelaskan jawapan dalam ayat berikutnya, seperti :

[24]

Terjemahan : (wahai Muhammad!) Tahukah engkau barangkali dia datang mahu membersihkan hatinya. Uslub dengan fi`l mudari` ini tidak diberi jawapan baginya. Sila kembali kepada pertanyaan Tahukah engkau apakah malam al-Qadr itu? Jawapannya akan disusuli selepas ayat ini. Manusia mungkin tahu kelebihan malam al-Qadr ini, tetapi tidak mampu memahami sesuatu yang melebihi keupayaan akalnya. Dia perlu mendapatkan sumber wahyu bagi mengetahui lebih banyak ilmu dan maklumat tentang kelebihan dan keistimewaan yang disediakan padanya.

* [97 : 3] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan

Seribu bulan bersamaan 83 tahun 4 bulan, tetapi tidak disebutkan dengan bilangan tahun, sebaliknya disebutkan dengan ungkapan yang lebih mudah iaitu seribu bulan. Maksudnya beribdat dalam satu malam al-Qadr ini lebih baik dari beribadat seumur hidup kerana umur 83 tahun bagi seorang manusia dikira panjang bagi umat ini.

*
[97 : 4] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah)

Perkataan asal Tanazzalu, ialah tatanazzalu, lafaznya mudari` yang menunjukkan erti turun secara berkala, ia diturunkan bukan hanya sekali sahaja, tetapi berulangulang sekali pada setiap tahun, kerana itu nabi saw menyuruh agar kita berusaha mencarinya pada sepuluh malam yang akhir pada bulan Ramadan, sebagaiman diriwayatkan bahawa apabila masuk sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan, baginda bersungguhsungguh lalu mengikat tali pinggang, mengejutkan keluarganya dari tidur dan menghidupkan malam-malam itu sepenuhnya.

* [97: 5] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing

Perkataan al-salam (sejahtera) ertinya sejahtera didengar, ceria, manis dan membawa ketenangan kepada semua dan pada semua perkara. Manusia tidak sejahtera jika anggotanya sakit-sakit, sendi-sendi tangan dan lututnya tidak berfungsi dengan baik, atau keperluan hidupnya masih belum cukup atau jiwanya masih ada sesuatu yang belum ditunaikan. Orang sakit memang tidak sejahtera, orang miskin tidak sejahtera dan orang yang menyimpan dendam juga tidak sejahtera.

RUJUKAN

[1] al-Dukhan: 3-6 [2] al-Baqarah: 185. [3] Aal `Imran: 3. [4] al-Dukhan: 1 [5] al-Zarkashi, al-Burhan fi `Ulum al-Qur`an, 1/288. [6] Ibn Taymiyyah, Majmu` al-Fatawa, 20/196-197. al-Shatibi, alI`tisam, 1/485-486. [7] Tafsir al-Qurtubi, 20/134. [8] Tafsir al-Qurtubi, 20/137. [9] al-Bukhari, Salat al-Tartawih, Raf` Ma`rifat al-Qadr li talahi alNas, hadith (1883) daripada Ubadfah ibn al-Samit. [10] Fath al-Bari, 4/268. [11] Fath al-Bari, 4/267.

[12] Tafsir Ibn Kathir 4/4533. Katanya, isnad hadith ini qawyy, tetapi matannya Gharib Jiddan.Fath al-Bari, 4/262. [13] Tujuh peringkat ciptaan adalah merujuk kepada ayat al-Mu`minum: ayat 12-14. [14] Sila rujuk surah `Abasa: ayat 27-32. [15] Fath al-Bari, 4/264-285. [16] Ibid. [17] al-Bukhari, al-I`tikaf: al-I`tikaf fi ai-`Ashr al-Awakhir, hatdith (1887) daripada Abu Sa`id al-Khudri. [18] Muslim, al-I`tikaf: al-I`tikaf fi al-`Ashr al-Awakhir, hadith (2008) daripada `A`ishah ra. [19] al-Bukhari, al-Manaqib, sifat al-Nabi (3290) daripada Ibn Abbas ra. [20] al-Tirmidhi, al-Da`awat an Rasulillah saw, hadith (3436) daripada `A`ishah ra. [21] al-Isra`:1 [22] al-Isra`:79 [23] al-Dhariyat: 17 [24] `Abasa:3

Anda mungkin juga menyukai