Anda di halaman 1dari 3

TH 3843 MULTIMEDIA PROJECT MANAGEMENT

PUAN SITI FADZILAH BINTI MAT NOOR

ASSIGNMENT 2

MUHAMMAD AKMAL FIRDAUS BIN ABDULLAH A134609 MULTIMEDIA ( TAHUN 3)

Taklimat kerjaya telah diadakan di Dewan Multimedia FAkulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 26 Februari 2013. Dua orang penceramah telah dijemput bagi menjayakan program tersebut. Penceramah pertama yang dijemput adalah En. Mohd Azrul Mohd Noor Senior Manager Content Development dari Multi Media Synergy Corporation Sendirian Berhad (MMSC). Penceramah kedua pula dijemput dari Les Copaque Production Sendirian Berhad, En. Ahmad Razuri Roseli, Assistant Art Director. Kedua-dua penceramah adalah dari latarbelakang yang berlainan dimana En. Mohd Azrul berlatarbelakangkan edutainment dan En. Ahmad razuri di bidang entertainment.

Penceramah pertaman memulakan ceramah dengan bercerita tentang elemen-elemen atau bidang yang terdapat dalam multimedia. Antara elemen tersebut adalah, programming, storyboarder, voice over, animasi 2D dan 3D, design dan lain-lain. Penceramah juga telah menunjukkan beberapa courseware yang telah diabngunkan oleh MMSC dan telah menerangkan kepada pelajar tentang apa yang perlu di hadapi di dunia pekerjaan nanti. Pelajar juga dinasihatkan untuk menguatkan asas kepada bidang yang hendak diceburi contohnya bahasa-bahasa programming, alat-alat dan perisian yang akan digunakan. Dalam sesi soal jawab pula, En Azrul telah diajukan soalan tentang perisian yang digunakan oleh MMSC. MMSC menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Illustrator, dan Flash. En Azrul juga telah menerangkan bahawa semasa latihan industri, kebanyakan syarikat tidak akan mengambil risiko untuk memberi projek, atau tanggungjawab yang besar kepada pelajar dan hanya akan diberikan tanggungjawab yang kecil sekiranya diberikan kesempatan. Pelajar juga perlu banyak bertanya dan mengambil kesempatan untuk menambah pengalaman semasa latihan industri.

Ceramah kedua pula dimulakan dengan tayangan video Upin & Ipin bertajuk Kenangan Mengusik jiwa yang bertemakan cerita lama P.Ramlee. Video ini adalah sempena memperingati Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Dalam video tersebut Dato Aziz Satar telah dijemput sebagai watak cameo. Di dalam video tersebut, cerita-cerita klasik P. Ramlee telah diselitkan kedalam cerita biasa Upin & Ipin. Motif dijadikan episod tersebut adalah untuk memastikan legasi P. Ramlee tetap diingati walaupun setalah puluhan tahun beliau pergi.

Penceramah juga telah menceritakan serba sedikit tentang Les Copaque yang mempunyai tiga jabatan utama iaitu Animation, Art dan Story House. Tugas bagi jabatan animation ialah blocking, finalize animation dan facial & lip sync. Jabatan art pula mempunyai tanggungjawab modelling, rendering, concepr, compositing, effects dan juga game. Manakala jabatan story house pula ditugaskan dengan script writing, audio, composing, storyboard dan juga design. Video disebalik tabir pembikinan Kenangan Mengusik jiwa juga telah ditayangkan dimana pelajar telah didedahkan dengan proses animasi daripada storyboard hingga ke rendering.

Sebagai kesimpulan, taklimat kerjaya ini telah banyak membantu membuka pengetahuan pelajar tentang kerja, dan juga bidang spesifik yang diminati yang dapat diceburi di alam pekerjaan.

Anda mungkin juga menyukai