Anda di halaman 1dari 11

PERANAN KERAJAAN DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

ROSUAN BIN MOHAMAD 6 PISMP KS PJ PM 2

Pelan rancangan

Penyertaan pihak swasta

Menyeimbangkan antara wilayah dan kaum

P E R A N A N K E R A J A A N

Memantapkan sistem pendidikan

Mempelbagaikan kegiatan ekonomi

Pelan Rancangan
Agenda pembangunan negara yang mempunyai falsafah tertentu, objektif dan matlamat, fokus, program-program dan strategistrategi pelaksanaan

RANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN (RPLT)

Fokus : pembangunan luar bandar dan meluaskan kawasan pertanian

Langkah diambil : penubuhan RIDA pada tahun 1951 untuk pembangunan ekonomi, FELDA(1956) untuk pembangunan tanah, MARA(1966) untuk bantuan kredit dan teknikal, PORIM (1979) untuk pembangunan penyelidikan pertanian Unit Perancang Ekonomi (EPU) mempunyai peranan untuk merancang pembangunan ekonomi negara

Menyeimbangkan Antara Wilayah dan Kaum


Bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 Matlamat : membasmi kemiskinan : menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum.

Menawarkan perkhidmatan dan kemudahan awam seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah

*menambahkan peluang untuk menukar kegiatan yang mempunyai daya pengeluaran yang rendah kepada yang tinggi seperti rancanganrancangan tanah FELDA, FELCRA, projek perikanan dan ternakan moden dan sebagainya *menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional pada 17 Jun 1991 yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Dasar Pembangunan Nasional ini menandakan bermulanya Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2).

Mempelbagaikan Kegiatan Ekonomi


Variasikan kegiatan ekonominya seperti perindustrian dan pertanian.

Kerajaan telah melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983 :


* Kajian Dasar Perindustrian Malaysia (KDPM) menilai dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang ada mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. * Pelan Induk Perindustrian (PIP). menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am di samping menentukan strategistrategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi.

Dasar Pertanian Negara (DPN)


Tujuan : mempercepatkan transformasi sektor pertanian kepada yang lebih moden, berkomersil dan mapan bagi meningkat komoditi eksport negara seperti hasil tanaman, ternakan, perikanan dan perhutanan.

Dasar Perindustrian Negara (DPN)


Tujuan : sebagai pemangkin untuk meningkat produktiviti organisasi, kemahiran pekerja dan sebagainya Dalam perancangan bagi Rancangan Malaysia ke-7, strategi perindustrian adalah bagi meningkat pengeluaran berasaskan teknologi tinggi untuk mengurangkan penggantungan ke atas tenaga buruh.

Memantapkan sistem pendidikan

Menyediakan satu sistem pendidikan yang membolehkan setiap rakyat mendapat ilmu dgn mudah.

Melakukan pelaburan ekonomi seperti bantuan kewangan. Contoh : biasiswa dan tajaan.

Penyertaan Pihak Swasta


Dasar

Penswastaan Negara

Penjualan perusahaan milikan negara atau milikan awam kepada sektor swasta yang akhirnya menyebabkan ekuiti swasta dikuasai oleh sektor swasta Contoh : Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia Berhad (TM), Malaysia International Ship Company(MISC)

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai