Anda di halaman 1dari 2

10 larangan bercinta dgn suami org

Salam guys. Info utk kita kongsi bersama. Jika ada yg terasa..teman minta maaf la.
bukan nak menyinggung.

Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan.


Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua... khususnya wanita

p/s : Ditujukan khas kepada peminta tips bercinta dgn suami org.

1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU


Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat
gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh
perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa
dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan
seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata
manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!

2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA


Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan
bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari
hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak
memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula,
kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin
akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi
masalah dalam perhubungan kamu kelak.

3. HUBUNGAN SECARA SULIT


Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan.
Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu
kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek
perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan
bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang.
Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia.
Mati kamu kena serang!

4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG


Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama
tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam
diam kamu pula yang mengalami "kerugian" kerana terpaksa berkongsi kasih dengan
keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis
formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman
di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah
saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!

5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?


Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang
lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan
perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap
perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-
benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-
terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh
memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan
hubungan dengan wanita lain!

6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU


Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu,
di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu
yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada
awalnya dia sekadar nak "test market" saja. Tak sangka pula kamu benar-benar
terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti
inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.

7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN


Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum
sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan
bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu
diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup
berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu
mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu
suatu hari nanti! Renungkan!

8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI


Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak
menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak
memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai "Action
that speak louder than words" (pandai cakap tapi buatnya tidak!)

9. BERWASPADALAH DENGAN "BOOMERANG KESALAHAN"


Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk
bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara
terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada
menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara,
jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung
segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang
menderita !

10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA


Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa
tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru
kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh
melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa
begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK
BERMAKNA!

Anda mungkin juga menyukai