Anda di halaman 1dari 6

RESEPI SAJIAN SET BERPANTANG Ikan Selar Panggang Garam, halia, kunyit kan ikan selar.

Balut dgn daun pisang atau daun kunyit, panggang. Halia Muda Goreng Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm bekas kedap udara.

Sup Sayur Campur Bahan2: Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional) Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling akhir takmau overcooked. Ayam Panggang Bahan2: Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah & putih, lada hitam- ditumbuk} Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit) Kerabu Ulam Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam, bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat} Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais. Masa nak makan, gaul dgn nasi panas Sup (ayam atau ikan haruan) Bahan2: Ayam atau ikan haruan (mana2 je), halia- dipotong, lada hitam-ditumbuk. Cara: Rebus sekaligus bahan2 di atas. Hidang bersama nasi. Halia yg dipotong mesti makan. Ikan Pindang BAHAN-BAHANNYA: ikan parang 2 biji bawang merah (tumbuk) 2 biji bawang putih (tumbuk) 2 cm halia (tumbuk) 1.5 cm kunyit (tumbuk... nak pakai serbuk pun ok)

asam jawa air suling 10 biji cili padi* 2 helai daun kunyit (potong 5 dan dibuang tulangnya) garam secukup rasa *orang tak pantang boleh boh cilipadi, orang yg berpantang jangan boh eh CARA-CARANYA: 1) Tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau... 2) Masukkan asam jawa ngan air suling tadi 3) Bila air dah didih, masukkan ikan dan garam 4) Bila dah nak masak, masukkan cili padi dan daun kunyit Ikan Goreng Halia Muda parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka Halia muda - agak2 Bawang besar di mayang Ikan digoreng garing Halia muda di hiris Bawang besar di mayang Tumbuk halia muda dan bawang besar Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat) Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

Ikan bilis masak lemak lada hitam Ikan bilis (agak2 banyaknya) 1 mangkuk santan kelapa (yang pekat) 2-3 ulas bawang kecil 1/2 inci kunyit hidup lada hitam Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili padi) Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis Tunggu sampai masak

Ikan Haruan Goreng Rempah 1 ekor ikan haruan (sedang besar) 2" halia 2 ulas bawang merah 40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Chef Wan atau muslim Best) 2 sudu rempah ikan air asam jawa/garam secukup rasa 1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2" 2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit

3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak) 4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk) 5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak 6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam * Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak. Sup Kurma Merah (Cina) 100 gm ayam / 50 gm ikan bilis 20 gm kacang hitam 20 gm kurma merah Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa masih panas. Sup Lobak Putih 1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm) Sedikit daun kucai Garam secukup rasa Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia untuk dihidangkan. Ikan Bilis Berkunyit 5 cm kunyit 1 genggam ikan bilis 2 camca teh lada hitam Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulamulamam seperti ulam pegaga dan daun selom Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri Ikan Haruan @ Tenggiri Lada hitam 20 biji Halia 1 inci @ lebih Kunyit Hidup 1 inci @ lebih Bawang Putih 2 ulas Asam Keping 2 keping Airgaram secukup rasa Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis. Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agakagak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas. Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula bagus untuk pulihkan luka. Ayam Halia Kukus Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung) 4 ulas bawang putih

2 inci halia 3 ulas bawang merah Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah Garam sedikit serbuk perasa (kalau mahu) 1 sudu besar minyak bijan Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas. Ayam/Ikan Panggang Bahan perapnya saya suka campur halia, bawang putih, lada hitam, serbuk kari, dan garam Kerabu Pegaga bunga kantan Bahan bahan 1 cekak pegaga - dipotong kecil 1 kuntum bunga kantan - hiris halus 3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak 1 sudu kecil lada hitam 1 biji cili merah - hiris halus 2 ulas bawang merah dimayang halus 2 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus segenggam ikan bilis - goreng tanpa minyak Caranya: 1. Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus. "2. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau, bunga kantan dan juga cili merah." 3. Gaul rata dan hidangkan. Kerabu Kurau Kering Bahan bahan 5 keping ikan kurau kering 1 sudu kecil lada hitam kisar 2 helai daun cekur (dimayang) 2 sudu besar cuka Caranya 1. Bersihkan ikan kurau, goreng dgn minyak seminimum mungkin hingga masak 2. kecaikan isi ikan tadi dan tumbuk. 3. Satukan dengan semua bahan yg lain, gaul rata. 4. Hidangkan dgn nasi panas. Ikan Bilis & Lempoyang Bahan-bahan Ikan bilis, isi lempoyang, lada hitam, air perahan limau Caranya

"Lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak hingga kering. Tumbuk hingga lumat. Campurkan isi lempoyang yang telah dibersihkan dan tumbuk jangan sampai terlalu lumat. Campurkan sedikit cuka atau air perahan limau untuk melembabkannya. Makan bersama nasi panas. Amat sesuai untuk wanita selepas bersalin. " Rendang Jantung Pisang (Banyakkan susu) Bahan-bahan Jantung pisang / Pegaga Daun Kunyit Halia Santan pekat Ikan Tenggiri Lada hitam Cili Kering (buang biji) Bawang Merah/putih Asam Keping Caranya Masak rendang seperti biasa, Apabila kuah semakin kering, masukkan ikan tenggiri Makan dgn nasi panas.

Ikan Bilis Salai basuh bilis bersih2...pastu panaskan kuali tanpa minyak tau....salai sampai kering and taburkan lada hitam yg dah ditumbuk halus...

TIPS SAJIAN SET BERPANTANG

DONTS Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang, pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga makanan tajam dan berbisa, ikan masin. Air Teh! Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta melemahkan daya ketahanan fizikal & mental Dilarang mkn ikan yg boleh menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit seperti ikan kembung, ikan tamban,cencaru,tongkol & makanan laut.

DOS Diigalakkan memakan ulam seperti pucuk peraga, mengkudu,ulam raja & ulam2 yg lain. sayur-sayuran yg disyorkan selain ulam seperti sawi,lobak merah,asparagus,brokoli, tomato,salad,cili merah/hijau,ubi kentang & bawang2. Makan buah2an semasa seperti epal merah (bkn masam), buah kurma,tin,zaitun,delima,blackcurrant(air-ribena),limau manis (kecuali limau bali), buah peach & anggur (tidak digalakkan ibu2 yg lemah bhg dada & paru2, masalah bronkitis krn boleh menyebabkan batuk) Tips memasak ikan "Makan nasi dgn ikan bakar kosong, kadang2 ikan bilis goreng tanpa minyak, lada hitam tumbuk tak tinggal, sayur lobak putih masak air, elok untuk banyakkan air susu. semua kukus je, ikan bilis goreng tanpa minyak, ikan haruan buat sup. Elakkan ayam jika boleh." Makan ikan segar & dijauhi makan ikan berbisa seperti bawal hitam,terubuk, ikan berduri,ikan pari. ini boleh menyebabkan bisa-bisa batu merian(uterus) yg masih lemah & keadaan luka. Amalkan makan ikan haruan masak kunyit ngan air asam pekat-pekat campur lada hitam

Anda mungkin juga menyukai