Anda di halaman 1dari 3

CONTOH INSTRUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 3

ITEM

PERNYATAAN ITEM

Band

Standard Prestasi

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai nilai sahsiah.

Deskriptor

B3D1 Memberi respon kepada elemen muzik

Eviden

B3D1E5 Menunjukkan mud sedih, riang, marah dan takut.

Instrumen

1. Pemerhatian

Aktiviti

1. Murid mendengar penerangan guru tentang ikon mud. 2. Murid mendengar rakaman lagu (pelbagai mud). 3. Murid menunjukkan mud (mimik muka) berpandukan lagu yang dimainkan. 4. Murid membuat persembahan untuk menunjukkan mud lagu dalam kumpulan yang telah dibahagikan.

Contoh Item

1) Mud Riang 2) Mud Sedih 3) Mud Marah 4) Mud Takut

CONTOH INSTRUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 3

ITEM

PERNYATAAN ITEM

Band

Standard Prestasi

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal serta mempunyai nilai sahsiah

Deskriptor

B3D2 Menunjuk cara nyanyian, permainan alat perkusi dan rekoder

Eviden

B3D2E6 Bermain alat perkusi, rekoder serta nyanyian dengan dinamik kuat dan lembut

Instrumen

1. Pemerhatian

Aktiviti

2. Guru menunjukkan kad ikon dinamik kuat dan lembut. 3. Murid membunyikan kayu tik tok secara dinamik kuat dan lembut mengikut kad ikon yang ditunjukkan oleh guru. 4. Dalam kumpulan murid membuat persembahan membunyikan kayu tik tok dengan kreativiti masing-masing mengikut dinamik kuat dan lembut.

Contoh Item

Dinamik lembut

Dinamik kuat

CONTOH INSTRUMEN STANDARD PRESTASI DUNIA MUZIK TAHUN 3

ITEM

PERNYATAAN ITEM

Band

Standard Prestasi

Menguasai pengetahuan dan kemahiran serta mengaplikasikannya dalam aktiviti muzikal dengan betul dan tepat serta menjadi murid contoh kepada yang lain dan berketrampilan dalami nilai sahsiah.

Deskriptor

B5D1 Memberi respon kepada semua konsep muzik dan pengendalian rekoder dengan betul dan tepat

Eviden

B5D1E4 Mempraktikkan dinamik kuat serta lembut dengan betul dan tepat.

Instrumen

1. Pemerhatian 2. Latihan 1. Murid mendengar penerangan guru tentang dinamik kuat dan lembut. 2. Murid mendengar rakaman lagu Saya seekor gajah. 3. Murid lelaki menyanyikan lirik lagu Saya seekor gajah, manakala murid perempuan menyanyikan lirik saya seekor tikus. 4. Dalam kumpulan kecil murid membuat persembahan. 5. Latihan mewarna. (Warnakan dinamik kuat dengan warna merah dan dinamik lembut dengan warna hijau pada lirik lagu Saya seekor gajah. Saya Seekor Gajah Saya seekor gajah di hutan sunyi Mencari kawan-kawan sama menari Lenggang lenggang lenggang ke kanan Lenggang lenggang lenggang ke kiri Bam bam bam bam Saya seekor tikus di lubang kecil Mencari kawan-kawan sama menari Jengkit jengkit jengkit ke kanan Jengkit jengkit jengkit ke kiri Ting ting ting ting

Aktiviti

Contoh Item

ulang 2x

ulang 2x