Anda di halaman 1dari 6

Sila ambil perhatian kepada semua guru pelatih agar dapat menghafal kesemua arahan yang ada di dalam

asas kawad kaki. A reminder to all trainee teachers where you have to memorize the basic instructions in marching. (Hukuman = Arahan/Perkara)
JADIKAN TIGA BARISAN Hukuman: Skuad masuk baris Kesalahan biasa: - datang beratur tiada berlari - bercakap-cakap - barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih PARAS Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras NOMBOR Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. Hukuman : Ke kanan lurus. Kesalahan biasa : - tidak membilang nombor dengan cepat - menyebut nombor dengan suara yang perlahan - lupa nombor masing-masing

SEDIA Hukuman : Skuad,skuad......sedia! Kesalahan biasa : - kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan - berdiri tidak tegap dan mata bergerak - kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat - tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan - belakang tangan menghala ke hadapan - badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata - tidak memandang 200m ke hadapan - semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapat dua bunyi SENANG DIRI Hukuman : Senang ......diri! Kesalahan biasa : - siku bengkok - lutut tidak tegap dan tiada bertahan - jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu - menggerakkan kaki kiri - pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan - jatuh tumit atau hujung kaki dahulu REHATKAN DIRI Hukuman : Rehatkan diri Kesalahan biasa : - kedua-dua tapak kaki bergerak - menggeliat dan bercakap-cakap MEMBETULKAN BARISAN Hukuman : Ke kanan...... lurus! Hukuman : Pandang......hadapan!

Kesalahan biasa : - kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus - pinggang lemah semasa kaki bergerak - badan dan kepala tidak tegak - siku bengkok - turun tangan dengan lambat BUKA DAN TUTUP BARISAN Hukuman : Buka barisan......gerak! Hukuman : Tutup barisan......gerak! Kesalahan biasa: - kedua-dua badan tidak rapat ke badan - tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang - tangan dan bahu bergerak - mata pandang ke bawah - badan tidak tegak BERPUSING Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; Bergerak ke kiri, kiri ......pusing; Menghadap ke belakang, belakang .......pusing; Menghadap ke hadapan, belakang ......pusing; Bergerak ke kiri, belakang ......pusing; Bergerak ke kanan, belakang......pusing; Menghadap ke belakang, kanan......pusing ; Menghadap ke hadapan, kanan......pusing Kesalahan biasa : - badan berlonjak semasa berpusing - tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing - tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing - kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki

- keberatan badan di atas kaki yang belakang - menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang - membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang BERSURAI DAN KELUAR BARIS Hukuman : Ber......surai Hukuman : Keluar......baris Kesalahan biasa ; - bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris BERJALAN Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) ~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci ~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci ~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci ~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci Masa berjalan ~ Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit ~ Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit ~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih ~ Berlari- 180 langkah dalam satu minit CEPAT JALAN Hukuman : Skuad, dari kiri .......cepat jalan! Ingatan: - Lenggang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. - Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. Kesalahan biasa : - lutut kendur - lenggang tidak lurus - hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit

- pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. - apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama BERHENTI Hukuman : Skuad..berhen...ti! Kesalahan biasa : - bergoyang selepas berhenti - badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti - lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti - turun tangan terlalu lambat - menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan PUSING KE BELAKANG Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing Kesalahan biasa : - lutut bengkok semasa pusing - membiarkan tangan berayun-ayun - tidak mengangkat kaki cukup tinggi - pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan TUKAR LANGKAH (cepat jalan) Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan) Kesalahan biasa : - melenggangkan bahu dan tangan - tidak membongkokkan lutut - tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (semasahentak kaki sahaja) Hukuman : tukar langkah

Kesalahan biasa : - badan seolah-olah mengeliat - terlalu pantas HORMAT SEMASA BERJALAN 1) Hormat ke kanan Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat 2) Hormat ke hadapan Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat Kesalahan biasa : - melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai