Anda di halaman 1dari 5

Variasi Bahasa

Bahasa formal dengan bahasa tak formal. Bahasa formal ialah bahasa yang digunakan pada situasi formal atau rasmi. Contoh bahasa formal bahasa baku dan bahasa istana. Bahasa tak formal pula digunakan pada situasi tidak rasmi. Contoh bahasa tak formal bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa mesra, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, dan dialek. Ragam bahasa bebas merupakan bentuk yang mementingkasn aspek-aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya tidak gramatis, aspek sebutan dan intonasinya salah, serta pilihan kosa katanya tidak tepat. Berbeza daripada ragam bahasa bebas, ragam bahasa terkawal adalah bentuk bahasa yang mementingkan aspek-aspek peraturan bahasa tersebut, iaitu ayat dan imbuhannya gramatis, aspek sebutan dan intonasi serta pilihan kosa katanya tepat. Bahasa bebas I cari you last night tapi you tak ada di rumah. Kata sister you, you enjoy kat disko. Bahasa terkawal Saya mencari awak semalam tetapi awak tidak berada di rumah. Adik perempuan awak memberitahu saya bahawa awak berhibur di disko. manakala

Zaba mengistilahkan bahasa formal sebagai bahasa surat bahasa tak formal adalah bahasa cakap mulut.

Menurut beliau, bahasa surat merupakan cara pembahasan bahasa Melayu yang biasa dipakai dalam karangan bersurat sahaja iaitu: (a) Susunannya lebih lanjut (b) Ayat-ayatnya lebih lengkap (c) Pembahasanya lebih tinggi dan halus (d) Banyak memakai perkataan dan rangkaian perkataan yang janggal bunyinya dalam bahasa cakap mulut

Bahasa cakap mulut pula mempunyai: a) b) c) d) Susunan yang senang Ayat-ayat yang ringkas Perkataan yang banyak terpotong-potong Perkataan yang terpakai tidak pernah terpakai dalam bahasa surat

Bahasa halus dengan bahasa kasar Bahasa halus merupakan sistem bahasa yang beradat, bersopan santun, dan berbudaya tinggi.perkataan yang digunakan melambangkan kesopanan dan bernilai tinggi serta lengkap dengan sistem nahu. Bahasa halus juga menggunakan kata ganti nama yang lengkap dan bersopan serta nada pengucapan yang rendah, lembut, dan menimbulkan kemesraan. Dalam bahasa halus, bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu yang kurang manis. Bentuk yang kurang manis Penyakit cacar atau ketumbuhan Membasuh punggung selepas berak Hubungan seks halal antara suami isteri Badan sedang membesar suami isteri kencing berak Keluar darah haid mati Kiasan pemanis Penyakit orang baik bercebok Nafkah batin Badan tengah naik Bapak budak ini Orang rumah/emak budak ini Ke sungai kecil/buang air kecil Ke sungai besar/buang air besar Datang bulan Menghembuskan nafas terakhir

Bahasa halus digunakan untuk: I. II. III. IV. Menghormati orang yang dilawan bercakap Menjaga perasaan orang yang dilawan bercakap Mewujudkan kemesraan Menghormati peraturan adat istiadat

Lawan bahasa halus ialah bahasa kasar.bahasa kasar digunakan oleh penutur yang tidak mementingkan amalan sopan santun dalam berbahasa .kata-kata kasar akan menyinggung perasaan orang yang terlibat. Bahasa kasar terbahagi kepada dua : a) Bahasa kasar biasa b) Bahasa kasar kesat Bahasa kasar biasa a) Ialah Penggunaan bentuk bahasa yang tidak sesuai dengan tempat dan konteks sehingga menyentuh perasaan pihak yang berkenaan b) Akan menimbulkan rasa tidak selesa kepada pihak lain c) Menggambarkan penutur tersebut mempunyai tahap pendidikan yang rendah atau sifatnya yang tidak tahu berbahasa.

Bahasa kasar kesat ialah bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang penutur ketika sedang marah dan menggunakan bahasa kesat untuk memaki hamun, mengutuk, mencarut, dan sebagainya. Contoh bahasa kesat ialah sial, celaka, bodoh,kurang ajar, kepala otak, dan sebagainya.

Bahasa istana dengan bahasa biasa Bahasa istana ialah variasi bahasa yang digunakan khusus untuk golongan diraja.variasi bahasa ini juga dikenal sebagai bahasa dalaman. Bahasa ini bertujuan untuk menunjukkan perbezaan antara golongan diraja dengan orang biasa. Bahasa istana termasuk dalam variasi bahasa halus. Bahasa ini digunakan oleh orang kebanyakan apabila berhubung dengan kerabat diraja.

Perbezaan antara ciri bahasa golongan diraja dengan bahasa biasa. Ciri-ciri bahasa ini dapat ditinjau dari aspek: a) Penggunaan kata dan ungkapan khusus ; b) Penggunaan kata ganti nama diri orang; c) Penggunaan gelaran dan rujukan kehormat; dan d) Penggunaan unsur pemulukan dan pendinaan Bahasa biasa beranak makan mandi Meninggal dunia marah Bahasa istana Berputera/berputeri santap bersiram Mangkat murka

Antara rujukan kehormat bagi kerabat diraja adalah seperti yhang berikut: Status kerabat diraja Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Sultan dan Sultanah Kelantan dan Pahang Sultan dan Sultanah negeri lain selain Kelantan dan Pahang Balu Raja Raja Muda atau Tengku Mahkota Rujukan kehormat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia

Duli Yang Maha Mulia

Yang Maha Mulia Duli Yang Maha Teramat Mulia atau Yang Teramat Mulia