Anda di halaman 1dari 13

Kekeluargaan Islam

1. Pembinaan Keluarga Islam


Sebahagian kebahagiaan manusia dapat dilihat melalui
hidup berkeluarga
Islam meletakkan asas dalam membentuk keluarga
sebelum dan selepas perkahwinan
Pembentukan keluarga hendaklah berasaskan aqidah,
syariah dan akhlak serta mengambil kira aspek spiritual
& material
Matlamat berkeluarga mampu melahirka generasi
yang cemerlang di dunia dan di akhirat
2. Tujuan Perkahwinan dalam Islam
Memenuhi sunnah para Rasul
Memenuhi kehendak naluri dan mendatangkan
ketenangan jiwa
Memelihara kesinambungan manusia atau keturunan
Memelihara nasab keturunan dan meramaikan ummat
Memelihara masyarakat daripada masalah keruntuhan
akhlak dan perbuatan dosa
Merapatkan hubungan tali persaudaraan
Menghindarkan penyakit
3. Asas Pembentukan Keluarga

A. Sebelum Perkahwinan
Memilih pasangan yang baik
Pilih yang mempunyai sifat spiritual (beragama, berakhlak
mulia) dan fizikal (kesihatan, kecantikan dsb) yang baik
Setaraf (Sekufu)
Iaitu persamaan dari segi keadaan hidup kedudukan,
latarbelakang dan sebagainya
Persetujuan dan kerelaan pasangan
Persediaan kebendaan
Pastikan pasangannya sah dikahwini
B. Selepas Perkahwinan
Memantapkan iman dan taqwa
Laksanakan ibadah dan syariat dalam hidup berkeluarga
Membentuka suasana mawaddah wa rahmah (sayang
meyayangi dan kasih mengasihi)
Mewujudkan pergaulan yang baik
Melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri.
Melaksanakan keadilan dalam keluarga (isteri-isteri dan
anak-anak)
Mendidik keluarga dengan akhlak mulia
Mewujudkan ketaatan dan kesetiaan
Kemasyarakatan Islam
Masyarakat -kumpulan manusia yang hidup bersama,
pergaulan hidup dan hidup bermasyarakat (Teuku
Iskandar)
Mustafa Hj. Daud masyarakat Islam dibentuk
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah berasaskan
aqidah, syariah dan akhlak


1. Prinsip Masyarakat Islam
a. Keadilan
Iaitu memberi hak-hak asasi hidup, persamaan dari segi
undang-undang dan menerima ganjaran. Tiada
diskriminasi disebabkan perbezaan warna kulit,
keturunan, bangsa dan jantina
b. Kebebasan
Kebebasan berfikir, berideologi, bersuara dan beramal
selagi tidak memudharatkan individu dan masyarakat
c. Memelihara perdamaian dan elakkan salah faham
d. Saling sayang menyayangi
e. Persamaan

2. Perkara yang menjejaskan hidup bermasyarakat
Fitnah, mengumpat, zalim dan sebagainya

3. Hak dan tanggungjawab anggota Masyarakat

a. Orang Islam
a. Laksanakan tanggungjawab terhadap Allah
b. Eratkan persaudaraan
c. Taat kepada pemimpin
d. Tegakkan keadilan
e. Wujudkan keamanan
b. Orang bukan Islam
Hak:
dapat perlindungan
Jaminan hari tua dan harta
Kebebasan beragama
Kebebasan bekerja
Menjawat jawatan dalam kerajaan

Tanggungjawab
Membayar jizyah, kharaj dan cukai perniagaan
Patuh kepada perundangan Islam
Menghormati pemimpin dan orang Islam
Ummah Pertengahan
Iaitu umat yang adil yang sentiasa memiliki dan
melaksanakan kesederhanaan dalam setiap aspek.
Ringkasnya:
Tidak keterlaluan dalam semua hal
Berlandaskan kesederhanaan dan tidak berlebihan
Contoh kesederhanaan Rasulullah s.a.w
Lakukan aktiviti harian untuk keperluan hidup di dunia
Menjalani kehidupan seperti manusia biasa
Melakukan dan melaksanakan ibadah

Firman Allah s.w.t:

4 4 O O E O g

Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat pertengahan (pilihan lagi adil),
supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan
Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143)

Ummatan wasatan umat seimbang / pertengahan di mana mereka = umat terpilih
dan adil (Ibn Kathir)

Rasulullah mendidik umat supaya bersifat tenang dan berlemah lembut dalam setiap
keadaan dan elakkan daripada bersikap keras hati atau kekerasan kerana ianya akan
memberi imej buruk kepada Islam dan umatnya.
Contoh kesederhanaan dalam Islam:
1. Aqidah
Beriman kepada kewujudan tuhan yang esa berbanding dgn gol. yang
tidak percaya Tuhan dan gol yang percaya banyak tuhan.
2. Ibadah
Ibadah solat yang dikerjakan 5 waktu sehari semalam berbanding gol yg
tiada amalan ibadah dan gol yang beribadah sepanjang masa.
Manusia tidak dibiarkan tanpa kewajipan yg wajib
dilaksanakan/dipatuhi namun ada ketikanya diberi keringanan
bergantung kepada kemampuan.
3. Undang-undang
Manusia diberi kebebasan namun terikat kepada
hukum/syariat/peraturan yang ditentukan
4. Akhlak
Orang berakhlak mulia mencerminkan agamanya berbanding mereka
yang tidak berakhlak (tiada / lemah pegangan agama)
Ummah Terbaik (Khaira Ummah)
Iaitu umat yang melaksanakan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah bukan
sahaja aspek ibadah malah semua aspek kehidupan ekonomi, sosial, pendidikan dsb.

) _ ] - ] p C } _ [
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana)
kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar,
serta kamu pula beriman kepada Allah. (Ali-Imran: 110)
Ciri-ciri umat yang terbaik:
Menyeru orang lain melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran
Berdakwah kepada manusia supaya mentaati Allah dan menjadikan Islam sbg cara
hidup
MengEsakan Allah dan tidak melakukan perbuatan syirik
Beramal soleh
Berakhlak mulia

Anda mungkin juga menyukai