Anda di halaman 1dari 4

PERSETIAAN PENGAKAP Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, yang saya, dengan seberapa daya upaya

saya, akan: Taat kepada tuhan, raja dan negara ; Menolong orang pada setiap masa ; Menurut undang-undang pengakap.

Persetiaan ini sentiasa dilafazkan pada setiap istiadat pengakap. Semasa melafazkannya, ahli Pengakap mestilah berdiri dalam keadaan sedia. Tangan kanan diangkat separas bahu.Tapak tangan ke hadapan, manakala ibu jari diletakkan di atas kuku jari kelingking dan tiga jari tengah diluruskan.

PENGERTIAAN PERSETIAAN PENGAKAP Taat kepada Tuhan Ahli pengakap mestilah beragama dan mematuhi ajaran agama. Hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan yang memberikan rezeki dan kesihatan. Ahli pengakap mestilah yakin kepada diri sendiri dan sentiasa menunjukkan contoh yang baik.

Taat kepada Raja Ahli pengakap hendaklah mentaati dan mematuhi Yang Dipertuan Agong, Raja-raja dan wakil-wakil raja. Undang-undang negara dan istiadat raja difahami. Disiplin dan tatatertib mestilah sentiasa diamalkan.

Taat kepada Negara Ahli Pengakap hendaklah menghormatu undang-undang negara, pemimpinpemimpin dan dasar-dasar kerajaan. Mencegah diri daripada hal-hal yang boleh memburukkan negara.

Menolong orang pada setiap masa Ahli Pengakap mesti jujur dan rela hati berbakti kepada orang yang memerlukan pertolongan. Pengakap haruslah membantu pihak keselamatan atau orang ramai ketika berlaku malapetaka, kecemasan atau kemalangan.

Menurut Undang-undang Pengakap Ahli pengakap hendaklah mematuhi dan mengamalkan semua prinsip yang terkandung dalam undang-undang pengakap.

UNDANG-UNDANG PENGAKAP 1. Pengakap ialah seorang yang sentiasa DIPERCAYAI, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap ialah seorang yang TAAT kepada DYMM Yang-Dipertaun Agung serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin Pengakapnya, ibu bapanya, majikannya,dan orang-orang bawahannya. 3.Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya BERGUNA dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah BERSAUDARA dan bersahabat kepada sekalian orang dan Pengakap lain malah apa negeri, pangkat dan agama sekalipun. 5. Pengakap ialah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa BERBUDI. 6. Pengakap adalah baik dan KASIHKAN BINATANG. 7. Pengakap ialah seornag yang sentiasa MENURUT PERINTAH dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengkapnya tanpa apa-apa soalan. 8. Pengakap ialah seorang yang sentiasa TABAH HATI, sabar dan sentiasa manis air mukanya walau dalam kesusahan. 9. Pengakap ialah seorang yang BERJIMAT cermat. 10. Pengakap adalah bersih dan SUCI FIKIRAN, SUCI PERKATAAN dan SUCI PERBUATAAN.

ISTIADAT LAUNG AGONG

1. Akela berteriak PEK ! ( bermaksud PKK berhenti, diam dan dengar arahan seterusnya dalam keadaan sedia). 2. Akela berteriak PEK ! PEK ! PEK ! lalu melebarkan kedua tangan separas bahu yang menunjukkan isyarat untuk membentuk bulatan kecil. 3. Sambil berteriak PEEEEK, pengakap kanak-kanak berlari menghampiri Akela lalu membentuk bulatan mengelilingi Akela mengikut sekawan. Akela mendepa tangan dan PKK pula berpegangan tangan. 4. Akela angkat tangan tinggi sedikit. PKK mengangkat tumit. Akela menurunkan tangan rapat ke peha, PKK segera melepaskan pegangan sesama mereka lalu duduk mencangkung rapat manakala tangan berada di sisi luar kedua belah peha lalu berteriak ' AKELA, KITA BUAT HABIS BAIK ". Sebaik sahaja menyebut BAIK, pkk terus berdiri dlm keadaan sedia mengadap Akela. 5. Petugas dari sekawan bertugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar sambil berteriak " KAMU BUAT HABIS BAIK " ( intonasi menyoal ). PKK yang membalas hormat sambil menjawab " KAMI BUAT HABIS BAIK ". 6. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia. ( PKK tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turunkan tangannya dari posisi tabik hormat ).

Istiadat Laung Agung hanya bermula daripada Perkara 1 - 6 seperti di atas. Selepas selesai perkara no. 6, Istiadat Mengibar Bendera dilakukan bagi PKK.

Anda mungkin juga menyukai