Anda di halaman 1dari 9

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia telah mula diperkenalkan sejak tahun 1950-an. Namun pada ketika itu pendidikan awal kanak-kanak hanya mampu diikuti oleh golongan atasan dan berada sahaja. Bermula pada tahun 1960-an, barulah pendidikan awal kanakkanak berkembang secara menyeluruh termasuk kepada golongan yang kurang berkemampuan. Hal ini kerana timbulnya kesedaran tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dalam golongan mereka. Pendidikan awal kanak-kanak penting dan perlu diberikan perhatian kerana 90% daripada perkembangan otak secara optimum berlaku sebelum kanak-kanak mencapai umur lima tahun. Pandangan ini sesuai dengan pendapat Piaget bahawa perkembangan kognitif pesat semasa peringkat deria motor, iaitu semenjak kanak-kanak lahir hingga berumur dua tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak mengembangkan pengetahuan asasnya tentang objek, sebab-sebab sesuatu, ruang dan masa. Pengetahuan ini menjadi asas untuk perkembangan selanjutnya yang lebih sofistikated. Biasanya kanak-kanak yang mengikuti program pendidikan awal kanak-kanak akan lebih komited dalam pembelajaran mereka. Hal ini kerana kanak-kanak mudah untuk

menerima ilmu pengetahuan secara efektif ketika awal usia. Selain itu kanak-kanak yang mengikuti pendidikan awal kanak-kanak adalah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di tahun pertama persekolahan (Halim, 1989). Penyataan ini bersesuaian dengan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama UNICEF (1980-1989) yang mendapati bahawa kanak-kank yang mempunyai pengalaman pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah. Pendidikan prasekolah di Malaysia berlandaskan kepada satu kurikulum iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK, 2010). Kurikulum ini merupakan satu dokumen rujukan yang penting kepada pengusaha dan pendidikan di peringkat awal kanakkanak supaya pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berkesan dan mengikut saranan yang ditetapkan. KSPK digubal berkisarkan enam tunjang yang akan diteruskan pada sekolah rendah dan sekolah menengah. Ia memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun. Standard kandungan dan standard pembelajaran berpaksikan pengetahuan, kemahiran asas serta nilai dalam enam Tunjang Pembelajaran. Salah satu Tunjang Pembelajaran yang terlibat adalah Tunjang Fizikal dan Estetika. Di bawah Tunjang Fizikal dan Estetika terdapat dua perkara yang ditekankan iaitu bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan serta bidang kreativiti. Fokus utama yang melibatkan bidang perkembangan fizikal dan penjagaan kesihatan adalah perkembangan motor halus, perkembangan motor kasar, kesihatan fizikal, kesihatan persekitaran dan juga keselamatan. Perkembangan kanak-kanak adalah satu pengajian yang merangkumi segala aspek pertumbuhan dan perubahan manusia dari detik persenyawaan hingga remaja (Rohani Abdullah, 2001). Kemahiran motor halus merupakan sebuah elemen penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak sejak mereka dilahirkan. Matlamat prasekolah atau pendidikan awal kanak-kanak telah mengarispandukan kepentingan motor halus dalam kandungan objektif prasekolah iaitu kanak-kanak boleh menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar. Hal ini jelas menunjukkan signifikan pendedahan kepada kemahiran motor halus kanak-kanak supaya mereka mahir dan boleh bertindak lebih jauh ke hadapan.

Kemahiran-kemahiran inilah yang menjadi batu asas bagi kanak-kanak untuk memasuki pendidikan di peringkat yang lebih tinggi. Kemahiran dalam motor halus merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai dari peringkat tadika atau taska lagi. Kanak-kanak yang boleh menguasai kemahiran dalam motor halus dengan baik berada dalam keadaan yang selesa berbanding kanak-kanak yang belum menguasai kemahiran tersebut. Tidak dinafikan kanak-kanak boleh meningkatkan kemahiran motor halus ketika di peringkat sekolah, namun dengan pelbagai kekangan serta saiz kelas yang besar menjadikan ianya sesuatu yang agak mustahil. Ini adalah kerana kebarangkalian untuk bimbingan diberikan adalah dilakukan dengan tidak sempurna. Ini akan menyebabkan kanak-kanak yang lemah dalam kemahiran motor halus kemungkinan akan berhadapan dengan kesusahan untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran di peringkat tadika atau prasekolah ini kerana kemahiran motor halus adalah asas yang perlu dikuasai dalam mempelajari pelbagai bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah.

1.2

Latar Belakang Kajian

Kajian ini dijalankan kerana masih terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menggunakan kemahiran motor halus mereka dengan baik. Kemahiran motor halus melibatkan otot-otot kecil serta koordinasi mata. Kemahiran boleh ditingkatkan melalui pendedahan aktiviti yang boleh merangsang kemahiran kanak-kanak. Namun kemahiran menggunting masih di tahap kurang memuaskan. Kemahiran menggunting adalah kemahiran yang memerlukan penumpuan kanak-kanak terhadap objek yang digunakan serta objek yang digunting. Berpandukan kepada tahap perkembangan fizikal yang digariskan dalam buku Kurikulum PERMATA Negara, kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun sudah mampu menggunting bentuk-bentuk yang mudah, namun kanak-kanak masih dilihat sukar untuk mengaplikasikan kemahiran ini yang sepatutnya telah mampu mereka lakukan di peringkat lebih awal ini walaupun telah berumur 5 tahun. Sebelum melangkah ke alam pendidikan yang tinggi kemahiran atau penguasaan kemahiran motor halus merupakan antara salah satu kemahiran penting yang wajib dikuasai oleh kanak-kanak. Penguasaan yang baik dalam menggunakan kemahiran motor halus

adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sesebuah negara maju, ini kerana kanak-kanak yang sebegini lebih cepat dalam semua bidang pelajaran di peringkat tadika atau prasekolah yang membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan cepat dan cemerlang.

1.3

Penyataan Kajian

Matlamat utama pendidikan prasekolah adalah memastikan kanak-kanak untuk menguasai kemahiran 4M, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Keempat-empat kemahiran ini perlu mereka kuasai sebelum mereka memasuki sekolah rendah iaitu semasa mereka berumur empat hingga enam tahun. Menulis melibatkan kemahiran motor halus yang baik dari peringkat awal lagi. Sesungguhnya, untuk merealisasikan matlamat ini bukan mudah kerana proses pengajaran itu sendiri yang amat kompleks. Menurut Arasoo (1989), terdapat dua faktor yang mengawal kemahiran motor iaitu sikap atau persekitaran dan faktor genetik, termasuk perkembangan sistem saraf pusat dan fungsi neurologikal. Kemahiran motor yang rendah pada sesetengah kanak-kanak adalah disebabkan oleh kombinasi faktor-faktor yang disebutkan. Namun yang demikian, kemahiran motor kanak-kanak ini boleh ditingkatkan melalui latihan yang bersesuaian. Penyelidik ingin melihat sejauh manakah tahap kemahiran motor halus kanak-kanak dan apakah sebab yang menjadi batu penghalang terhadap perkembangan kemahiran menggunting ini. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana tahap penguasaan kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting. Kajian ini dilakukan terhadap kanak-kanak di Tadika Al-Hannah di Bandar Mahkota Cheras bagi melihat tahap kemahiran kanak-kanak tersebut sama ada telah menguasai atau belum menguasai kemahiran menggunting. Penyelidik berharap melalui kajian ini dapat memberi gambaran lebih jelas mengenai tahap kemahiran motor halus kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam menggunting. Seterusnya dapat membantu dalam membantu dalam merangka rancangan intevensi atau

pemulihan yang bersesuaian dengan tahap penguasaan kanak-kanak supaya sebarang kekurangan kanak-kanak dapat diperbaiki.

1.4

Tujuan Kajian

Kajian ini secara amnya bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan kanak-kanak 5 dan 6 tahun dalam kemahiran motor halus ketika menggunting. Secara khususnya objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut: i. Mengenal pasti tahap perkembangan kemahiran motor halus kanak-kanak lima dan enam tahun iaitu kemahiran menggunting. ii. Mengetahui faktor yang mempengaruhi masalah menggunting dalam kalangan kanak-kanak. iii. Memastikan adakah aktiviti yang dijalankan dapat membantu meningkatkan kemahiran menggunting.

1.5

Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Di antara persoalan kajian yang terjawab melalui kajian ini adalah seperti berikut: i. Adakah kanak lima dan enam tahun memiliki konsep dan asas memegang gunting yang betul? ii. Apakah faktor yang mempengaruhi kemahiran menggunting dalam kalangan kanak-kanak terbatas? iii. Bagaimanakah menggunting kompleks? cara untuk meningkatkan lurus penguasaan kepada kemahiran

kanak-kanakdaripada

bentuk-bentuk

1.6

Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan berguna kepada penyelidik serta kepada semua pihak dan institusi yang terlibat dalam merangka langkah susulan meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak agar lebih baik dengan menyesuaikan teknik pengajaran dan pembelajaran serta modul yang digunakan apabila mengajar kanak-kanak tersebut. Kajian ini juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada mana-mana pihak yang berminat untuk melaksanakan penyelidikan seterusnya. Kajian seperti ini akan memberikan gambar yang lebih jelas mengenai tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak. Selaras dengan matlamat dan objektif dalam pendidikan prasekolah untuk membolehkan murid memperkembangkan keupayaan fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang betul (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).

1.7

Batasan Kajian

Batasan kajian adalah batasan-batasan yang digariskan oleh pengkaji dalam kajian ini. Kajian ini tertumpu kepada pengaruh di tadika sahaja dan tidak mengambil kira pengaruh atau latarbelakang ibu bapa serta persekitaran di rumah kanak-kanak. Tidak dinafikan bahawa latar belakang keluarga serta persekitaran di rumah turut mempengaruhi tahap penguasaan kanak-kanak. Namun kajian ini lebih memfokuskan kepada bagaimana guru

serta pihak pengurusan tadika untuk menyediakan persekitaran dan pembelajaran yang positif dan kondusif agar tahap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menggunting atau motor halus dapat ditingkatkan. Ini kerana hampir keseluruhan masa kanak-kanak adalah dihabiskan di tadika berbanding di rumah. Kajian ini melibatkan kanak-kanak yang terdiri 2 orang kanak-kanak daripada lingkungan umur 5 tahun dan 2 orang kanak-kanak daripada lingkungan unur 6 tahun. Oleh itu, keputusan kajian yang diperolehi adalah terhad kepada kanak-kanak yang dipilih sahaja dan tidak dapat mewakili populasi yang lain. Lokasi kajian ini hanyalah terhad kepada beberapa buah negeri sahaja iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Terangganu. Ini bermakna penyelidik perlu memilih satu negeri dan daerah yang mempunyai sekurangkurangnya empat pengkaji lain. Maka, kos sara hidup adalah terhad kepada hal-hal tertentu dan keutamaan sahaja. Kajian yang dijalankan ini agak terhad dari segi masa kerana masa yang diperuntukkan untuk kajian ini adalah selama 16 minggu sahaja. Begitu juga kesesuaian waktu yang diberikan kepada penyelidik kerana proses penyelidikan ini adalah pada akhir tahun dan awal tahun. Penyelidik perlu memilih umur sampel kajian yang bersesuaian dengan tempoh waktu yang diberikan kerana pastinya akan menghadapi kesukaran dalam mengumpul maklumat yang lebih terperinci dan mendalam mengenai tahap penguasaan kanak-kanak dalam kemahiran menggunting. Oleh yang demikian skop kajian ini hanya melibatkan faktor-faktor di tadika sahaja seperti yang telah dinyatakan sebelumnya dan mengambil kira pandangan yang dinyatakan oleh kanak-kanak mengenai pengalaman mereka dalam menggunting. 1.8 Definisi Operasional

Dalam proses menjalankan kajian ini, terdapat beberapa istilah yang perlu difahami secara menyeluruh dan jelas untuk menjayakan kajian ini. Pengertian istilah-istilah tersebut ialah :

Perkembangan Fizikal

Berdasarkan kamus dewan, fizikal didefinasikan sebagai bukan dengan badan, jasmani atau bukan dengan kebendaan atau keadaan alam semula jadi. Menurut Rohani Abdullah (2001), perkembangan fizikal menurut beliau merangkumi pertumbuhan fizikal iaitu perubahan saiz badan dan kepala, kandungan badan, pertumbuhan gigi dan rangka tulang, kemahiran pergerakan motor kasar dan motor halus serta pengawalan dominan tangan kanan atau kiri.

Kemahiran Motor Kasar Pergerakan yang dihasilkan oleh otot-otot besar bahagian badan yang terbahagi kepada dua iaitu lokomot dan bukan lokomotor.

Kemahiran Motor Halus Kemahiran motor halus didefinasikan sebagai koordinasi pergerakan otot-otot kecil pada sebahagian anggota badan iaitu keselarasan di antara jari-jari tangan dengan mata seperti perlakuan menjentik, memegang, mengentel dan sebagainya.

Menggunting Memotong dengan menggunakan gunting (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Kanak-kanak Kanak-kanak ditakrifkan sebgai semua individu yang berumur dari lingkungan 0 hingga 18 tahun.

1.9

Kesimpulan

Bab ini telah membincangkan secara terperinci mengenai latar belakang penyelidikan yang berfokuskan kepada penyataan masalah yang menjadi pendorong kepada penyelidik membuat kajian. Dalam bab ini juga telah dibincangkan oleh penyelidik penyataan objektif, persoalan kajian, batasan kajian dan seterusnya definisi dan istilah yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai