Anda di halaman 1dari 17

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dijalankan oleh orang lain. Ianya adalah berpandukan bahan-bahan bercetak antaranya seperti buku, jurnal, tesis dan surat khabar. Kebanyakan buku yang digunakan serta jurnal yang dijadikan sumber rujukan kajian adalah hampir kesemuanya boleh didapati di perpustakaan. Selain daripada bahanbahan bercetak, tinjauan literatur turut berpandukan bahan-bahan yang diperolehi menerusi media elektronik iaitu menerusi laman-laman web di internet. Sesebuah tinjauan literatur amat penting bagi seseorang pengkaji. Ia memberikan idea dan hala tuju mengenai penyelidikan yang akan dilakukan.

2.2. Definisi Perkembangan

Setiap yang hidup mengalami perubahan sama ada dari segi pertumbuhan mahupun perkembangan. Perkembangan adalah perubahan yang bersifa kualitatif (Atan Long, 1980). Perubahan ini tidak dapat diukur secara kuantiti seperti pertumbuhan yang boleh diukur dengan kilogram bagi berat misalnya. Namun begitu perubahan dalam perkembangan seseorang itu dapat dilihat jelas berlaku jika dibandingkan dengan peringkat awal atau yang sebelumnya. Menurut Crow & Crow pula, perkembangan merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Menurut Karl E. Garrison pula perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkaitan antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku mahupun keseluruhan sahsiah adalah mengikut beberapa aturan semulajadi dan sifat-sifat yang sejagat. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat iaitu baka dan organisasi kepada struktur organism dalam keadaan yang saling berkaitan serta berhubung dengan pertambahan umur. Secara ringkas perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkaitan antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan.

2.3. Perkembangan Fizikal

Kanak-kanak berkembang menerusi beberapa aspek yang saling berhubung kait antara satu samalain iaitu perkembangan fizikal, kognitif, emosi, rohani dan sosial. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel, perkembangan fizikal didefinasikan sebagai suatu proses yang dialami dalam setiap individu yang melibatkan perubahan daripada segi perkembangan kemahiran psikomotor dan kemahiran tersebut memerlukan penglibatan penggunaan anggota badan individu terbabit.

Menurut Hurlock (1978) pula, perkembangan fizikal adalah perubahan-perubahan yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan secara tidak langsung. Tingkah laku secara langsung ini bermaksud melalui perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu, contohnya dalam permainan dan aktiviti luar. Secara umumnya, perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz, fizikal atau bentuk tubuh badan, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perwatakan manusia. Semasa melalui proses pertumbuhan kanak-kanak akan mengalami perubahan yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat diukur, pertumbuhan ini dapat membantu dalam meningkatkan perkembangan fizikal kanak-kanak. Dalam proses perkembangan fizikal ianya agak berbeza dengan aspek perkembangan yang lain yang tidak akan terhenti, perkembangan fizikal ianya akan berhenti apabila telah mencapai tahap kematangan. Perkembangan fizikal menurut Rohani Abdullah (2001) merangkumi pertumbuhan fizikal yang dapat diukur, kemahiran motor kasar dan motor halus serta mengawalan dominan tangan kanan atau kiri. Ini di sokong oleh kenyataan Woolfolk & Margetts (2007) yang menyatakan bahawa perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusia. Perkembangan fizikal menekan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Berpandukan Kurikulum Standart Prasekolah Kebangsaan yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2009), tunjang perkembangan fizikal dan estetika merangkumi perkembangan fizikal dan pengajaraan kesihatan serta perkembangan kreativiti. Kanak-kanak pada peringkat prasekolah memerlukan aktiviti yang mengguatkan kawalan otot mereka. Aspek perkembangan fizikal adalah amat penting di prasekolah kerana tanpa perkembangan fizikal yang mantap kanak-kanak akan menghadapi masalah seperti memegang pensel, penglibatan dalam aktiviti sukan, serta pengendalian peralatan. Schmidt dan Weisberg (200) menjelaskan bahawa kemahiran fizikal kanak-kanak boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu secara tertutup atau terbuka. Kemahiran fizikal tertutup adalah di mana kanak-kanak menjalankan aktiviti dalam persekitaran terkawal dan tidak berubah. Kemahiran fizikal terbuka pula adalah sebaliknya. Kedua-dua kategori kemahiran fizikal ini penting dalam perkembangan kemahiran kanak-kanak.

Perkembangan adalah suatu proses yang rencam atau kompleks. Menurut Gallahue (1993), pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kategori asas. Perkembangan ini penting bagi pergerakan diri kanak-kanak tersebut atau untuk berinteraksi yang berkesan dengan dunia persekitaran mereka. Tiga kategori dalam perkembangan fizikal kanak-kanak adalah keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti. Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut, manakala manipulasi pula melibatkan kemahiran kanakkanak berhubung dengan objek di persekitarannya.

2.3.1. Kemahiran Motor

Kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu. Menurut Singer (1980), kemahiran motor ialah pergerakan otot-otot atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diingini. Manakala Maier (1989) berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu. Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari kaki, bibir dan lidah. Selain itu, motor halus juga melibatkan koordinasi pergerakan otot kecil dan organ deria seperti pergerakan pada jari tangan dan koordinasinya dengan mata. Menurut Huttenlocher, (1994) mengatakan kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran motor halus ini secara normal melalui aktiviti harian mereka sendiri sejak umur 3 tahun. Menurut Hopkins & Butterworth (1997), perkembangan motor bayi dan kanak-kanak merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi dan kanak-kanak dalam menyesuaikan diri dengan persekitaran dan memerlukan koordinasi sistem pergerakan yang kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan, setiap kemahiran bekerjasama antara satu sama lain untuk mengawal persekitarannya secara berkesan. Misalnya:

Kawalan kepala dan bahagian di atas dada digabungkan menjadi kawalan duduk dengan sokongan; Kemahiran menendang, menghayun dan mencapai dicantumkan menjadi kemahiran merangkak; Kemahiran merangkak atau menggerakkan kaki kanan dan kaki kiri, berdiri dan melangkah diperlukan dalam kemahiran berjalan.

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus.

a)

Kemahiran Motor Kasar

Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau keseluruhan bahagian badan. Kemahiran motor kasar adalah satu kemahiran yang membantu seseorang individu untuk bergerak di sekelilingnya. Contohnya

merangkak, berdiri dan berjalan. Badan kanak-kanak semasa membesar akan menjadi semakin kurang berat atas kerana bahagian kepalanya semakin seimbang berbanding bahagian seluruh badan. Dengan perubahan ini, pusat graviti mereka akan beralih dari bahagian kepala ke bawah, menuju ke tubuh badan. Perubahan tersebut membuatkan mereka semakin seimbang. Menurut Gretchell & Robertson (1989), pada usia satu hingga dua tahun, pergerakan badan kanak-kanak menjadi semakin terkawal, seterusnya membolehkan mereka melakukan aktiviti seperti berlari. Kematangan ini menyediakan mereka untuk mengembangkan kemahiran motor baru yang melibatkan otot besar badan seperti memanjat dan melompat. Jadual 2.1 menunjukkan perkembangan kemahiran motor kasar pada peringkat kanak-kanak. Antara umur 3 hingga 6 tahun, mereka boleh meloncat pada sebelah kaki, melompat dengan menggunakan kaki secara selang seli dan membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan (Robertson, 1989).

Perkara

Umur 1 Bulan

Perkembangan Motor Kasar Mengangkat dagu apabila meniarap Koordinasi mata-tangan semasa mencapai Mengangkat dada apabila meniarap Merangkak Duduk dengan bantuan Duduk di riba sambil memegang objek Duduk di atas kerusi bayi sambil bermain dengan objek Duduk bersendirian (tanpa bantuan) Berdiri dengan bimbingan Berdiri dengan bantuan perabot Berdiri dengan sedikit bantuan Berdiri dan berjalan apabila dipapah Berdiri bersendirian tanpa bantuan Berjalan dengan bimbingan Berjalan sendirian Berjalan dengan mahir; mula berlari Berlari dengan laju tanpa jatuh

Kawalan Kepala 4 Bulan 2 Bulan Kawalan Badan 10 Bulan 4 Bulan 5 Bulan Duduk 6 Bulan 7 Bulan 8 Bulan 9 Bulan Berdiri 10 Bulan 12 Bulan 14 Bulan 11 Bulan 15 Bulan 12 Tahun

Berjalan

Berjalan di atas Beam Balance Menendang bola 35 Tahun Membaling bola secara bertujuan sambil menggerakkan badan Berjalan dengan garisan lurusberlari dengan lancar Lompat dan meloncat dengan sebelah kaki

56 Tahun 12 Tahun Menaiki Kenderaan 56 Tahun 35 Tahun

Berlari sambil menendang bola Menyesuaikan badan semasa menyambut bola Menaiki kereta atau basikal tolak Menunggang basikal tiga roda Menunggang basikal tiga roda dengan mahir dan laju Menunggang basikal dua roda Memanjat tangga Naik turun tangga Menaiki alat memanjat Meloncat di atas dua belah kaki

1 Tahun 23 Tahun

Memanjat dan Melompat 34 Tahun

Bergayut dan bergerak di atas monkey bar Meloncat pada sebelah kaki 7 9 kali dengan laju dan terkawal Melompat dengan menggunakan kaki selang seli Lompat atas dan ke depan dengan lebih terkawal dan lebih jauh

Jadual 2.1: Perkembangan Motor Kasar Kanak-kanak

b)

Kemahiran Motor Halus

Kemahiran motor halus merujuk kepada kemahiran yang melibatkan pengawalan otot-otot kecil pada tangan, pergelangan tangan, jari-jari tangan, kaki, jari-jari kaki, bibir dan lidah. Ianya juga melibatkan gabungan koordinasi pergerakan otot-otot kecil dengan organ-organ deria. Contohnya pergerakan otot di jari-jari tangan dengan mata. Dalam meningkatkan kemahiran motor halus ini kanak-kanak akan berkebolehan melakukan aktiviti harian mereka sendiri contohnya seperti dalam aktiviti membutang baju, mengikat tali kasut dan juga menggunting. Kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan pergerakan tangan dan jari dalam melakukan sesuatu aktiviti dinamakan sebagai

dexterity. Kemahiran ini juga melibatkan kebolehan mengkoordinasi mata dengan otot kecil tangan. Kemahiran ini paling banyak digunakan dalam proses tumbesaran kanak-kanak. Perkembangan ini memainkan peranan penting untuk membuka jalan baru dalam penerokaan persekitaran (Piaget, 1936). Jadual 2.2 memberi rumusan perkembangan motor halus kanak-kanak pada peringkat awal.

Memakai baju 2 3 tahun Dapat mengezip zip yang besar Mengancing dan menanggalkan 3 4 tahun butang yang besar

Makan Menggunakan sudu dengan berkesan Makan sendiri tanpa bantuan

Lain-lain Membuka pintu dengan memusing knob/pintu Menggunting kertas dengan gunting Melukis garisan lurus dan bentuk bulat

Menukar baju 4 5 tahun tanpa bantuan

Menggunakan garfu dengan berkesan

Menggunting mengikut garis Menyalin bentuk segi tiga, pangkah dan sedikit huruf

Mahir memakai 5 6 tahun baju sendiri

Menggunakan pisau untuk memotong makanan yang lembut

Melukis orang dengan 6 bahagian Menulis perkataan ringkas

Jadual 2.2 : Perkembangan Motor Halus Kanak-kanak pada Peringkat Awal

Perkembangan

kemahiran

motor

halus

merangkumi

prapencapaian iaitu pantulan genggaman dan pergerakan tangan tetapi tidak berjaya menyentuh objek, koordinasi pergerakan mencapaian dimana kawalan jari dan menggunakan mata untuk panduan, kemahiran motor

bermula secara keseluruhan, membahagikan aktiviti dan menggerakkan ke arah menguasai pergerakan motor halus. Perkembangan motor halus turut membabitkan kordinasi antara kawalan tangan dengan penglihatan kanak-kanak. Dengan kemajuan penglihatan pada peringkat prasekolah, kawalan penglihatan kanak menjadi semakin tepat. Jadual 2.3 merumuskan perkembangan koordinasi mata-tangan kanak-kanak.

Umur 1 Bulan 3 Bulan 1 Tahun 2 3 Tahun 3 4 Tahun

Perkembangan motor halus Menghisap jari Mencapai objek di depan mata Genggaman ulnar-palmar Memegang objek besar dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk (genggaman pincer / cubitan) Memegang krayon besar dan menconteng ke kanak-kiri. Menangkap bola besar Melukis dengan krayon bentuk lurus Melukis orang yang tidak lengkap Membaling bola sambil bergerak Menyambut bola dengan tangan Menyesuaikan gerak badan semasa membaling,

melambung, menyambut dan menangkap bola besar dan kecil. 5 6 Tahun Memegang krayon kecil Melukis gambar manusia lengkap dengan mata, mulut dan sebagainya Kanak-kanak dapat memegang pensel namun caranya berubah-ubah. Meniru lukisan segi empat. Melukis gambar manusia yang dua dimensi tetapi bentuknya kurang realistic Dapat menulis huruf-huruf seperti o

Dapat mewarna dalam garisan Melukis objek atau orang dengan nisbah yang munasabah Melukis segi tiga, segi empat dan bulat dengan tepat

Jadual 2.3: Perkembangan Koordinasi Mata-Tangan Kanak-kanak

Ciri motor halus ini penting terutama dalam memahami perkembangan motor halus kanak-kanak yang dapat membantu dalam membuat perancangan pembelajaran kanak-kanak. Sebagai contoh pembelajran kemahiran menggunting, adalah amat penting untuk guru memahami perkembangan motor halus dalam megawalan gunting untuk kanak-kanak ini menggunting. Guru harus tahu cara pengawalan genggaman jari tangan kanak-kanak pada gunting. Sekiranya guru mengetahui bahawa kanak-kanak masih di peringkat memperkembangkan kemahiran, guru akan mempertimbangkan beberapa penyelarasan dan penyesuaian bagi membantu kanak-kanak ini menggunting dengan baik. Contohnya guru perlu mempertimbangkan saiz, bentuk dan ciri-ciri gunting yang sesuai untuk kanak-kanak mula menggunting. Selain itu, cara postur kedudukan tangan dan badan yang betul juga dapat meningkatkan kemahiran motor halus. Kedudukan tangan, kaki dan badan ini sangat penting dalam melaksanakan tugas yang memerlukan kemahiran motor halus. Craig & Digdon (2001), menyatakan kanak-kanak seharusnya dididik cara duduk yang betul dengan punggung, lutut dan kaki berada dalam kedudukan 90 dengan kedudukan badan mereka agak kedepan sedikit. Apabila kanak-kanak berada dalam keadaan yang selepas mereka dapat menggerakkan tangan, lengan dan jari dengan stabil. Menurutnya Bayley (1969;1993) biasanya, kanak-kanak akan mengikuti turutan perkembangan yang tertentu dalam perkembangan motor mereka. Dalam perkembangan motor, tren sefalokaudal dan proksimodistal memainkan peranan penting. Tren sefalokaidal bermaksud perkembangan berlaku pada bahagian kepala (sefalis) dan berakhir pada bahagian badan bawah seperti kaki (kaudal). Tern proksimodistal pula bermaksud kawalan motor bermula pada bahagian tengah badan dan berakhir pada hujung badan. Setiap kemahiran berlaku secara peningkatan

daripada kemahiran yang sedia ada (pantulan) kepada kemahiran yang lebih rumit.

2.4. Bantu Tanda (Milestone) Perkembangan Kemahiran Motor Halus

Setiap kemahiran pergerakan yang baru membolehkan kanak-kanak mengawal badan dan menambah kebolehan mereka berhubung dengan persekitaran mereka. Apabila kanakkanak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, peluang untuk meneroka persekitaran berganda. Pencapaian motor kanak-kanak membawa kesan yang besar kepada perhubungan sosialnya. Kemahiran motor baru seperti menunjuk ke arah permainan membolehkan kanakkanak berkomunikasi secara berkesan. Perubahan dari segi kemahiran motor, kebolehan berinteraksi sosial, berfikir dan menggunakan bahasa saling menyokong perkembangan satu dengan lain. Selain kemahiran motor kasar, kanak-kanak juga berupaya memiliki kemahiran motor halus seperti memakai baju, menyikat rambut, menggunakan sudu ketika makan, menggunakan gunting untuk memotong kertas dan menulis. Batu tanda kemahiran motor halus kanak-kanak boleh di bahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat bayi dan petatih, peringkat awal kanak-kanak dan peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak.

2.4.1. Kemahiran Motor Halus Bayi dan Petatih (0 2 tahun) Ketika dilahirkan bayi mempunyai daya kawalan motor yang lemah dan terhad. Walaupun begitu, mereka sudah menguasai banyak bahagian kawalan otot yang kemudiannya menjadi selaras dan sempurna dalam pergerakan tangan, lenggan dan jari-jari tangan. Kemahiran mencapai dan menggenggam bertambah baik dalam masa dua tahun pertama kehidupannya. Biasanya bayi hanya memperlihatkan pergerakan bahu, lengan dan siku secara kasar. Kemahiran menggerak pergelangan tangan, memusing tangan, dan menyelaras ibu jari serta jari yang lainnya berlaku kemudian.

Menurut Gesell (1928) dan Shirley (1933), pada usia dua tahun pertama ini kawalan tangan bermula sebagai pergerakan yang berbentuk pantulan kemudian berkembang menjadi kemahiran motor halus yang lebih terkawal.

2.4.2. Kemahiran Motor Halus Awal Kanak-kanak (2 6 tahun) Menurut kajian-kajian Furuno et al. (1987), kecekapan motor halus kanak-kanak pada usia 2 hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat. Sejak lahir hingga umur 3 tahun, kanak-kanak banyak dilatih kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu. Apabila mencapai usia prasekolah, kebolehan menyimpan dan mengendalikan sesuatu ini akan menjadi semakin mahir, misalnya dalam permainanmemasukkan blok ke dalam bentuk lubang yang sesuai. Mereka juga sudah mempunyai kebolehan untuk mengambil objek-objek kecil seperti manik menggunakan ibu jari dan telunjuk (kawalan pincer), namun mereka masih belum cermat dalam kawalan tersebut. Semasa umur 4 tahun, pengendalian motor halus kanak-kanak sudah meningkat dan menjadi lebih cekap dan tepat. Walaupun begitu, kanak-kanak pada usia ini tetap menghadapi masalah untuk membina menara tinggi dengan blok-blok kerana kurang sempurna dalam meletakkan blok tersebut. Pada umur 5 tahun, motor halus kanak-kanak akan semakin terurus dan meningkat lebih maju. Seiring dengan penyelarasan antara mata dan jari kanak-kanak pada usia ini mampu untuk mengimbangi kawalan tangan, lengan dan badan dengan pergerakan mata. Oleh itu mereka dapat membina sesuatu binaan yang lebih kompleks dengan mahir dan mudah sahaja. Pada umur 5 hingga 6 tahun, penguasaan kawalan jari serta penyelarasan tangan dan mata menyebabkan kanak-kanak dapat mencapai kebolehan yang berikut dalam kemahiran motor halus: Mencantum puzzle atau menyesuaikan gambar. Membina bentuk-bentuk blok yang bersaiz kecil. Mengginting mengikut garisan tepi gambar dan menampal gambar. Melukis bentuk segi tiga, segi empat, bulatan Melukis orang dang mbar yang lebih rumit.

Menggunakan sudu semasa makan. Mengenakan butang dan zip. Menyikat rambut dan menggunakan tandas tanpa bantuan.

2.4.3. Kemahiran Motor halus Pertengahan dan Akhir Kanak-kanak (7 11 tahun)

Semasa kanak-kanak mulai memasuki alam persekolahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang memuaskan dan bersedia untuk belajar menulis, membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah di bahagian tangan dan kaki terutamanya. Dengan ini, segala aktiviti dan pergerakan seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan sempurna

2.5. Kemahiran Menggunting

Menggunting dengan tepat menggunakan gunting ialah salah satu kemahiran motor halus yang sering dipandang remeh. Apabila kita melihat kanak-kanak menghadapi kesukaran menggunakan gunting, kita selalunya akan memarahi mereka atau menggunting untuk mereka. Menggunting memerlukan koordinasi pelbagai kemahiran termasuk koordinasi motor halus, koordinasi biteral serta koordinasi mata dan tangan. Seperti kemahirankemahiran yang lain, kemahiran menggunting berkembang secara berurutan dan memerlukan arahan yang sesuai serta latihan berterusan untuk perkembangan sempurna. Murid yang menghadapi masalah menggunting akan ketinggalan di dalam pelajaran dan

yang lebih serius lagi akan menyebabkan objektif pembelajaran dan pengajaran yang ditetapkan tidak dapat dicapai. Kajian ini juga dapat membantu pengkaji bagi meningkatkan minat belajar yang positif dalam diri responden yang mana responden menunjukkan rasa seronok dan berminat untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran selain dapat melakukan aktiviti kemahiran motor halus yang menggalakkan mereka berdikari dan lebih yakin dalam menghasilkan sesuatu kerja yang diberikan. Aktiviti menggunting merupakan salah satu aktiviti yang mampu untuk meningkatkan kawalan koordinasi tangan kanak-kanak yang seterusnya dapat

mempertingkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menulis dan banyak lagi aktiviti harian yang melibatkan kemahiran motor halus. Selain itu, selain daripada aktiviti menggunting pelbagai teknik lain juga boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid. Contohnya, guru boleh menggunakan doh iaitu meliputi kemahiran meramas, membentuk, mencubit, memicit doh dan sebagainya. Doh tersebut boleh dibuat sendiri oleh guru dengan menggunakan pelbagai warna sebagai ganti kepada plastisin. Kemahiran menggunting adalah salah satu kemahiran yang dipandang remeh oleh guru atau orang dewasa berikutan persepsi yang beranggapan bahawa aktiviti menggunting adalah bahaya untuk kanak-kanak. Namun hakikatnya sekiranya kanak-kanak dibimbing dan dikawal semasa menggunting tidak mustahil kemahiran motor halus kanak-kanak dapat ditingkatkan disamping koordinasi mereka. Memotong menggunakan gunting adalah penting dan digunakan dalam kebanyakan aktiviti seni di tadika. Namun begitu tidak ramai pihak yang beranggapan begitu termasuklah guru-guru tadika itu sendiri dan juga ibu bapa. Mereka tidak menyedari bahawa meotong menggunakan gunting boleh dianggap sebagai kemahiran pra-tulis. Ini adalah kerana, jika dilakukan dengan betul ia akan memberikan banyak latihan kepada kanakkanak menggunakan jari tripod bersama-sama iaitu jari ibu, jari telunjuk dan juga jari tengah. Dalam cengkaman pensil yang matang boleh dilihat bagaimana jari tripod berfungsi dengan baik bersama-sama untuk mengawal pensil. Menggunting menggunakan gunting dengan cara pegangan gunting ynag betul mampu untuk memberikan latihan kepada jari jemari kanak-kanak dan mampu menguatkan otot tangan kanak-kanak.

Menggunting melibatkan dua kemahiran yang berbeza iaitu kemahiran dalam menggunakan gunting dan juga kemahiran bagaimana untuk menggunting pada garisan. Oleh itu perlu dipastikan bahawa gunting dipegang dengan betul. Cara memegang gunting yang betul adalah dengan ibu jari melalui satu lubang dan jari tengah melalui lubang yang lain dan jari telunjuk berada di luar gunting. Namun sekiranya jari kanak-kanak tersebut sangat kecil, jari telunjuk tersebut dibolehkan untuk melaui lubang yang sama dengan jari tengah. Guru-guru juga seharusnya lebih prihatin terhadap masalah murid dan mengambil inisiatif dengan melaksanakan intervensi yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran motor halus murid. Latihan motor halus yang berterusan mampu mengubah tahap keupayaan murid ke arah yang lebih baik. Pihak pengurusan juga perlu memantau proses P&P yang berlaku agar murid-murid didedahkan dengan pendidikan yang berkualiti.

2.6. Kajian-Kajian Dalam Negara

Suhainita Md. Zain (2008) yang telah menjalankan kajian yang melibatkan enam orang pelajar dengan mengkaji tahap kemahiran motor halus pelajar tersebut dalam aktiviti menggunting. Hasil dapatan kajian tersebut agak mengecewakan di mana tahap kemahiran motor halus kanak-kanka masih di tahap yang rendah. Namun, beliau telah menggunakan dan mempraktikkan bebarapa kaedah intervensi untuk membantu perkembangan kemahiran motor halus menggunting dalam kalangan kanak-kanak iaitu melalui teknik menggunting garisan lurus, garisan zig-zag, garisan bengkang bengkok dan penghasilan bentuk. Intervensi yang dijalankan telah menunjukkan hasil yang positif dalam meningkatkan tahap kemahiran motor halus kanak-kanak dalam kemahiran menggunting.

Menurut kanjian yang dilakukan oleh Noor Hidayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim pada 2008, masalah gangguan kepada proses perkembangan kemahiran motor pada peringkat kanak-kanak 5 tahun boleh membawa kepada risiko untuk interaksi antara kanakkanak ini menjadi tidak stabil akibat keadaan sosial yang tidak seimbang. Kajian yang dilakukan oleh Noor HIdayah Sabaruddin dan Halijah Ibrahim ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap keupayaan kemahiran motor dalam kalangan kanak-kanak, menganalisis kemahiran motor halus mengikut jantina dan membuat perbandingan keupayaan kanakkanak. Hasil dapatan kajian menunjukkan majority kanak-kanak berusia 5 tahun berada pada tahap kemahiran motor yang memberangsangkan.

2.7. Kajian-kajian Luar Negara

Di dalam kajian Poor Role Models: Children Say Two Third of Parents Do Almost No Physical Activity yang dijalankan oleh Dr. Gavin Sandercork mendapati salah satu penyebab kanak-kanak mengalami kurang bergerak dalam aktiviti fizikal adalah disebabkan faktor pengaruh ibu bapa mereka sendiri yang tidak menggalakkan aktiviti fizikal dilakukan. Ibu bapa sepetutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-kanak dengan memberikan dorongan kepada kanak-kanak terhadap aktiviti fizikal dan aktif. Menurut Cooper (2010) dalam Knowledge and Understanding of the World, kemahiran motor halus diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengendalikan peralatan teknikal, membuat dan mengukur. Kajian Comptom (2010) turut mengatakan kanak-kanak memerlukan kemahiran motor halus dan motor kasar juga untuk melakukan aktiviti kreatif seperti menari, drama dan seni.

2.8. Kesimpulan

Keseluruhan dalam bab ini telah menjelaskan secara terperinci mengenai konsep, pengertian, teori-teori berkaitan dan kajian-kajian lepas mengenai tajuk kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara. Hasil dapatan kajian literature menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran motor halus di peringkat awal sangat penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak.