Anda di halaman 1dari 3

NAMA

: SITI NADZIRAH BT JAMALUL KHAIRUDDIN

NO. MATRIK : 027461 PROGRAM SOALAN: a) Apakah itu Ekonomi dan Iqtisad? Bumi dijadikan oleh Allah dengan pelbagai sumber dan nikmat kekayaan alam yang pelbagai jenis. Manusia pula dicipta bagi melaksanakan perintah-Nya dan memakmurkan bumi ini. Manusia bukan sekadar difardhukan atas kewajipan seperti solat, puasa, zakat dan haji sahaja malah menjadi fardhu kifayah atas ilmu-ilmu selainnya yang menjadi keperluan dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah ilmu ekonomi. Ilmu ekonomi pada peringkat awal hanya melibatkan peranan ketua isi rumah mengurus, memperuntukkan dan mengagihkan sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak dan seterusnya memaksimumkan kepuasan dan kebajikan ahlinya. Selaras dengan perkembangan tamadun manusia, skop kegiatan dan bidang ilmu ekonomi terus berkembang. Ilmu ekonomi tidak lagi terbatas kepada kegiatan isi rumah, malah kini telah mencakupi kegiatan masyarakat dan negara di peringkat antarabangsa dan universal.(disebut dalam Sabariah Ali 2012, h.2)Hakikatnya, perkataan ekonomi ini berasal daripada perkataan Greek iaitu oikounomos, gabungan daripada oikou yang bermaksud isi rumah dan nomos beerti peraturan. (ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi-24/11/12) Secara istilah, ramai ahli ekonomi memberikan tafsiran yang pelbagai mengenai ekonomi. Ahli ekonomi klasik seperti Adam Smith mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai sains kekayaan. Melalui ilmu ekonomi, individu, masyarakat atau negara boleh menjadi kaya-raya dan menikmati kemakmuran. Menurut pandangan lain pula, ilmu ekonomi dikaitkan dan didefinisikan sebagai sains kebajikan. Melalui ilmu ekonomi, kebajikan individu, masyarakat dan negara dapat diperbaiki dan seterusnya dipertingkatkan.(disebut dalam Sabariah Ali 2012, h.2)Ahli ekonomi semasa pula mendefinisikan ilmu ekonomi sebagai sains sosial yang mengkaji gelagat pelaku ekonomi iaitu pengguna, pengeluar dan kerajaan dalam membuat pilihan. Pilihan perlu dibuat berkenaan kegiatan penggunaan, pengeluaran dan pengagihan kerana faktor pengeluaran atau sumber yang dimiliki pelaku ekonomi pada asasnya adalah terhad berbanding dengan kehendak manusia yang pelbagai dan tidak terbatas.(disebut dalam Sabariah Ali 2012, h.2) Namun demikian, menurut buku The Wealth Of Nation dalam tahun 1776 oleh Adam Smith dan The General Theory of Employment, Interest dan Money oleh John Maynard Keynes pada tahun 1936 menerangkan bahawa asas kajian ilmu ekonomi ini adalah disebabkan kehendak manusia yang tidak terhad dan pemilikan faktor-faktor pengeluaran yang terhad. Manakala Alfred Marshall yang merupakan ahli ekonomi yang terkenal pada abad ke-19 menerangkan bahawa ilmu ekonomi ini sebagai satu kajian manusia dalam kehidupan sehari-harian. Kenyataan ini menunjukkan bahawa ekonomi melibatkan proses pilihan iaitu pilihan bagaimana menggunakan faktor-faktor yang terhad ini dalam memenuhi kehendak manusia.(Dr.Hamzaid Bin Yahya) : DIPLOMA PENTADBIRAN ISLAM SEMESTER 6 (A)

Maka secara umum, ilmu ekonomi boleh didefinisikan sebagai sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia dan masyarakat menguruskan sumber ekonomi yang terhad bagi memenuhi kehendak jasmani dan rohani yang tidak terhad dengan memilih cara-cara yang efisien bagi mewujudkan barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang cukup bagi kehidupan harian. (Sabariah Ali, 2012)Dalam ilmu ekonomi ini, kita akan mengkaji juga sifat-sifat permintaan dan bagaimana individu dan masyarakat memilih apa-apa yang mereka kehendaki dan sebanyak mana yang mereka kehendaki. Malah kita turut akan menyelidik peranan-peranan setiap individu dan firma pengeluaran dan penawaran barang-barang dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikehendaki oleh pengguna, dan menganalisa cara-cara yang dijalankan oleh pengeluarpengeluar dan pengguna-pengguna. Ekonomi sesebuah negara boleh dibahagikan kepada berbagai-bagai pasaran. Antaranya adalah pasaran barang-barang pengguna, pasaran faktor-faktor sumber keluaran dan sebagainya. Namun demikian, dalam ekonomi moden, kebanyakan orang tidak mengeluarkan segala-galanya yang mereka kehendaki dan tidak menggunakan segala-segalanya yang mereka hasilkan. Oleh itu, terdapatnya pengkhususan, perdagangan, pertukaran, peranan wang dan lain-lain. Ekonomi boleh dibahagikan kepada dua cabang yang besar iaitu ekonomi mikro yang meliputi bahagianbahagian kecil daripada keseluruhan kegiatan ekonomi dan ekonomi makro pula melihat ekonomi secara keseluruhan termasuk inflasi, pengangguran dan sebagainya. Tetapi, bagaimana pula dengan ekonomi yang dimaksudkan dari perspektif Islam? Ekonomi dalam bahasa Arab bermaksud iqtisad. Rafiq Yunus al-Misri (1993:11) mengatakan perkataan iqtisad daripada perkataan qasd yang bermaksud pertengahan dan bersederhana. Maksud ini diterangkan dengan jelas dalam kitab al-Quran iaitu: firman Allah Taala dalam surah al-Luqman, ayat 19: Maksudnya: dan bersederhanalah kamu dalam berjalan firman Allah Taala dalam surah al-Maidah, ayat 66: Maksudnya: daripada mereka ada segolongan yang sederhana Imam al-Iz bin Abd al-Salam mendefinisikan al-iqtisad sebagai pertengahan antara dua peringkat, dan pertengahan antara dua takat iaitu pertengahan antara kedekut dan membazir. Dari segi bahasa, beliau telah menakrifkan dengan pelbagai sudut yang berkaitan dengan iqtisad seperti iqtisad dalam infaq, penggunaan air bersih dan sebagainya. Seterusnya, menurut istilah, ia bermaksud kajian terhadap kelakuan manusia dalam menguruskan sumber-sumber yang terhad dan mengembangkan sumber-sumber tersebut bagi memenuhi keperluannya.(disebut dalam Rafiq Yunus al-Misri 1993, h.12)Menurut pandangan Khursyid Ahmad ekonomi Islam adalah manifestasi kebangkitan Islam dalam tiga dekad mutakhir ini. Menurut beliau lagi, ekonomi Islam menjadi salah satu platform pendekatan dan reaksi positif umat Islam terhadap ideologi tamadun Barat dalam usaha mereka membina kembali tamadun Islam berasaskan al-Quran dan as-Sunnah selepas mereka mengalami zaman kemerosotan.(Mohd Liki bin Hamid)

Selain itu, Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad (2005:25) mengatakan ekonomi juga merupakan rumusan tafsiran peristiwa manusia dalam menghadapi alam bendanya atau seperti kata Ibn Khaldun sebagai kehidupan manusia daripada satu rupa dan keinginan untuk mendapatkan rezeki dan berusaha untuk mendapatkannya. Akram Khan mentakrifkan ekonomi Islam sebagai kajian al-falah manusia melalui pengurusan sumber manusia berasaskan kerjasama dan penyertaan manakala Hasanuz-Zaman pula mentakrifkan ekonomi Islam sebagai ilmu pengetahuan dan penggunaan perintah dan peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan dalam perolehan dan penggunaan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah SWT dan masyarakat seluruhnya.(disebut dalam Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad 2005, h.26) Masudul Alam Choudhury memberi makna ekonomi Islam sebagai kajian sejarah, empirik dan teori bagi menganalisis keperluan manusia dan masyarakat berasaskan panduan sistem nilai Islam. Amir Mohd. Al-Faysal al-Suud berpendapat ekonomi Islam ialah satu wasilah yang digunakan oleh manusia bagi memenuhi segala hajat individu dan masyarakat sesuai dengan peraturan syariat. Mannan menganggap ekonomi Islam sebagai ilmu sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi yang berpegang pada nilai Islam. (disebut dalam Surtahman Kastin Hasan dan Sanep Ahmad 2005, h.26) Oleh itu, kesimpulannya, menurut Surtahman Kastin Hasan, ekonomi Islam didefinisikan sebagai ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yang selaras dengan kehendak syariat, daripada segi memperoleh, mengguna ataupun mengurus sumber asli bagi kebaikan diri serta kebaikan secara kebendaan dan kerohanian demi kebaikan keredaan Allah SWT.(Mohd Liki bin Hamid,218)