Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG



Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya di pagi nan indah ini, kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan dan keberkatan-Mu dalam seluruh hidup
kami. Kami berkumpul bersempena dengan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-24 dan Hari
Anugerah Kecemerlangan SK Pendas Laut sesi 2012 untuk bermusyawarah, bertukartukar pendapat, menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah
memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .
Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kam , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini
akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.
Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbalalamin ,
Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah hubungan antara kami, jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan
dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir,
guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.
Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram ,
Ya Allah kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan akhlak yang mahmudah, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
indahkanlah diri kami dengan kesihatan.





.

Anda mungkin juga menyukai