Anda di halaman 1dari 18

Inilah Nasihat Pepatah

Lama Cina

Seorang wanita tua Cina


mempunyai dua bekas pasu
air, yang digantung di setiap
penjuru galah yang
dibawanya.

Salah satu pasu tersebut telah


retak sedikit sementara pasu
yang lagi satu masih elok dan
selalu dapat mengisi air
dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang


jauh dari sungai ke
rumahnya, pasu yang retak
tersebut hanya dapat
sampai dengan separuh
penuh air sahaja.

Keadaan ini berlaku setiap


hari selama dua tahun,
wanita tua itu hanya dapat
membawa satu setengah pasu
air sahaja.

Semestinya, pasu yang


sempurna tersebut sangat
berbangga dengan
pencapaiannya.

Di sebaliknya, pasu yang retak itu


sangat malu dengan
ketidaksempurnaannya, dan berasa
sedih kerana ia hanya mampu
membawa separuh air daripada
sepatutnya.

Setelah 2 tahun berlalu


dengan kepahitan dan
kegagalan, pasu retak tersebut
berbual dengan wanita tua itu
di tepi sungai.

Aku rasa sangat malu


dengan diriku, kerana diriku
yang retak ini menyebabkan
air tertumpah di sepanjang
perjalanan ke rumahmu

Wanita tua itu


tersenyum,
Sedarkah kamu
akan bungabunga di
bahagian laluan
kamu, tetapi tidak
di laluan pasu
yang lagi satu?

Itu kerana aku selalu menyedari


kekurangan dirimu, oleh itu, aku
telah menyemai benih-benih bunga
di bahagian laluan kamu. Setiap hari
apabila kita pulang dari sungai,
tanpa kamu sedari, kamu telah
menyiram benih-benih bunga itu.

Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bungabunga yang cantik ini untuk menghiasi meja

Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin


tiada keindahan sebegini di rumah ini.

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri..

Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan


perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.

Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat


kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada semua sahabatku yang tidak sempurna, moga hari


anda ceria dan ingatlah untuk mencium bau bungabungaan di laluan anda.

Sebarkan mesej ini kepada sahabat-sahabat anda yang mempunyai


pelbagai kekurangan
Dan Allah mengetahui berapa banyak sahabat-sahabat kita seperti
itu..

Anda mungkin juga menyukai