Anda di halaman 1dari 13

Kata-kata hikmat

Juga dikenali sebagai kata-kata bijak pandai, kata-kata bestari atau madah pujangga. Merupakan kata-kata yang tersusun indah dan mengandungi pengertian yang tinggi yang menjadi pedoman hidup masyarakat. RAJIN DAN USAHA TANGGA KEJAYAAN KEKITAAN YANG ERAT TIADA YANG BERAT

Cogan kata
Juga dikenali sebagai slogan. Merupakan ungkapan pendek yang menjadi pegangan seseorang atau sesebuah masyarakat.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


BELIA BENCI DADAH BAHASA JIWA BANGSA

Jenis ayat
Ayat dikategorikan kepada jenis-jenis tertentu berdasarkan intonasi ayat tersebut.

Ayat Tanya

Ayat Penyata

Ayat Perintah

Ayat Seruan

Ayat yang bertujuan untuk memberikan keterangan atau menyatakan sesuatu perkara, benda atau orang. Contoh : Mereka berkumpul di padang sekolah. Lukman membawa ibunya ke klinik. Norlia membeli makanan dari kedai itu.

Ayat yang bertujuan untuk menanyakan seseorang, sesuatu perkara atau benda. Dalam bahasa tulisan, ayat tanya digambarkan melalui penggunaan tanda tanya pada akhir ayat.

Contoh : Di manakah rumah kamu? Siapakah kamu semua? Adakah perempuan itu ibu beliau?

Ayat yang mengandungi unsur arahan atau


kemahuan yang kuat oleh penutur. Dibahagikan kepada empat jenis:
AYAT SURUHAN Ayat yang bertujuan untuk menimbulkan suatu tindakan berupa arahan. Duduk di tempat masing-masing. AYAT LARANGAN Ayat yang bertujuan untuk menegah atau menahan sesorang daripada melakukan sesuatu tindakan. Tak usah dikenang orang yang jauh. AYAT SILAAN Ayat yang bertujuan untuk membuat pelawaan atau ajakan terhadap seseorang. Jemputlah datang esok hari. AYAT PERMINTAHAN Ayat yang dilafazkan oleh penutur dengan tujuan menyatakan kehendaknya kepada pendengar. Tolong kemas barang-barang yang bersepah itu.

Ayat yang bertujuan untuk melahirkan pelbagai perasaan seperti gembira, sedih, kagum, terkejut, geram dan sebagainya.

Contoh: Oh, gadis itu rupanya! Amboi, cantik sungguh baju baharu kamu !

Ragam Ayat
Ragam Ayat

Ayat Aktif

Ayat Pasif

Ayat Aktif Transitif

Ayat Aktif tak Transitif

dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif

dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama & Kedua

Ayat Aktif
Ayat aktif transitif
Ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul dan ayat ini mengandungi kata kerja transitif yang diikuti kata nama sebagai objek. Pekerja itu subjek mencuci KKT bangunan objek

Ayat aktif tak transitif


Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Dia subjek makan KKTT

Ayat Pasif
Ayat Pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan terKata Kerja Pasif dimasak terbina Frasa Nama oleh emak oleh jurubina Keterangan sebentar tadi. dalam masa setahun. Subjek Makanan itu Rumahnya

Ayat Pasif dengan kata ganti nama diri pertama & kedua Menggunakan kata ganti nama diri seperti saya, aku, engkau, kau, anda, kami dan kita yang diikuti oleh kata kerja dasar. Frasa Kerja Pasif dengan KGD I/KGD II akan kita raikan mesti awak pulangkan Keterangan bersama-sama. kesemuanya.

Subjek Kejayaan ini Barang itu

Bentuk-bentuk Ayat
Ayat Tunggal Ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara. (subjek) (predikat)

Ayat Majmuk
1. Terdiri daripada lebih daripada satu klausa. 2. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan kata hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 3. Contoh: AYAT 1 : Amirah pandai menyanyi. AYAT 2: Amirah pandai menari.

AYAT MAJMUK : Amirah pandai menyanyi dan menari.

Anda mungkin juga menyukai