Anda di halaman 1dari 5

Kemahiran Menanduk (Heading)

Teknik Heading Dalam Bolasepak

Heading atau bahasa biasanya yang sering kita dengar iaitu menanduk merupakan teknik biasa yang selalu digunakan oleh pemain bolasepak untuk menjaringkan gol. Teknik ini biasanya berkesan untuk menewaskan penjaga gol bagi pemain yang memiliki kelebihan dalam ketinggian. Teknik ini juga digunakan untuk membuat hantaran atau membuat hadangan bola.

A.

Pengertian Heading

Heading bermaksud pemain bolasepak menggunakan sepenuhnya kekuatan kepala untuk menjaringkan gol. Bolasepak adalah satu-satunya permainan yang

menggunakan kepala untuk mendapatkan gol atau mata untuk setiap pasukan. Kelebihan yang ada pada pemain yang tinggi lampai memberikan kesukaran kepada pihak lawan untuk menghalang pemain daripada membuat heading. Berdasarkan huraian di atas yang dimaksudkan dengan Heading adalah menanduk atau menyundul bola untuk menjaringkan gol (Luxbacher, J.A, 2002).

B.

Jenis-Jenis Heading

Dalam permainan sepak bola kita tidak terlepas daripada istilah Heading. Heading dapat dilaksanakan dalam dua cara iaitu jumping heading atau drive heading. Kedua dua teknik ini memerlukan kekuatan kepala dan kaki untuk

melaksanakannya. Jump Heading adalah meloncat ke atas untuk menanduk bolamanakala drive Heading adalah terjun ke bawah untuk menanduk bola (Luxbacher, J.A, 20021).

C.

Teknik Melakukan Jumping Heading

Menurut Luxbacher, J.A, (2002) untuk melakukan heading yang baik dan berkesan harus mempraktikkan 3 tahap berikut : 1. Persiapan

* Luruskan bahu sejajar dengan kedudukan bola * Bengkokkan lutut * Tahan berat badan pada pusat telapak kaki * Tarik tangan kebelakang * Fokuskan perhatian pada bola

2.

Pelaksanaan

* Melompat ke atas * Melompat dengan kedua kaki * Angkat tangan ke atas * Melengkungkan badan * Tarik dagu ke dada * Leher tidak bergerak * Sentakkan badan ke depan * Konteks bola dengan kening * Mata terbuka dan mulut tertutup

3.

Follow Through

* Gerakan kening pada saat konteks dengan bola * Lanjutkan gerakan akhir dengan badan * Tangan direntangkan ke samping untuk menjaga keseimbangan * Mendarat dengan halus di atas permukaan lapangan dengan kedua kaki.

D.

Teknik Asas Menanduk Bola (Heading)

Menguasai bola dengan menggunakan kepala sangatlah sukar. Oleh itu, latihan dan praktikal perlu dilakukan untuk mendapatkan kesempurnaan dalam membuat tandukan yang tepat. Hal utama yang perlu diingat oleh pemain adalah menjaga mata agar tetap terbuka untuk melihat sasaran dan menggunakan dahi untuk membuat sondolan atau tandukan, bukan bahagian atas kepala. Berikut penjelasan mengenai teknik- teknik asas menanduk bola. (Hervy, 2003).

1. Berdirilah dengan sejajar dengan bola, dengan satu kaki di depan kaki yang lain, bengkok lutut dan punggung agak condong ke belakang. 2. Ketika bola datang pastikan mata sentiasa dibuka untuk melihat sasaran dan pemain perlu tenang. 3. Membuat tandukan dengan menggunakan dahi dan bukan bahagian atas kepala untuk mengelak daripada mendapat sakit. 4. melepaskan seluruh kekuatan tandukan ke atas bola dan menetapkan sasaran untuk menjaringkan gol.

E.

Teknik Menanduk Dalam Permainan Bola Sepak

1.

Menanduk ke bawah

Ketika menanduk bola ke gawang, anda harus menjaga bola agar tetap mengarah ke bawah untuk menyukarkan penjaga gawang untuk menghadangnya. Kedudukan pemain haruslah lebih tinggi dari bola untuk menanduk bahagian atasnya, kemudian menundukkan kepala anda ke bawah dengan kencang saat menyentuhnya. 2. Menanduk sambil menjatuhkan diri

Cara ini berkesan untuk membuat tandukan yang deras dan laju menjangkau kemampuan penjaga gol. Fokuskan mata kepada bola dan menanduk bola serta menjatuhkan badan ke depan. Arahkan bola kekiri atau kekanan dengan memutar kepala sewaktu anda mengenai bola. Ketika anda jatuh ke tanah cubalah untuk melemaskan tubuh agar tidak sakit. 3. Mengawal Tandukan

Menggunakan kepala untuk mengawal pergerakan bola dengan menyerap bola menggunakan kepala. Jangan terlalu mencondongkan badan ketika bola tiba dan tenang dengan bijak mengawal bola untuk membuat pergerakan seterusnya. Bengkok lutut dan condongkan sedikit punggung anda, dorong bola ke depan dengan perlahan sehingga bola jatuh dan mendarat tidak jauh dari kaki anda.

F.

Jenis Latihan Menanduk (Heading)

1.

Latihan untuk dua orang pemain

Permainan ini adalah latihan menanduk yang baik dan berkesan. Laksanakan latihan ini di sebuah tempat persegi empat yang lebarnya 6 m (20 kaki) dengan sebuah barisan penanda ditengahnya. Bermainlah bersama seorang rakan yang berdiri berhadapan dengan anda, seorang pemain melemparkan sebuah bola kepada yang lain, yang menanduk kembali. Terus menanduk bola sampai jatuh ke tanah. Selain mencuba untuk mengalahkan lawan anda, pemain perlu bijak mengambil masa untuk memulihkan tenaga (Miller, 2004) 2. Latihan untuk tiga orang

Ini adalah latihan untuk tiga orang pemain. Sebuah gawang dengan lebar 6 m (20 kaki) ditempatkan di sebuah tanda sejauh 15 m (49 kaki) di depannya. Salah satu pemain menjadi penjaga gol. Seorang pemain berdiri pada posisi penjaga gol,

pemain lainnya. Pemain A berdiri di antara gawang dan tanda. A berlari mengelingi tanda sementara pemain B melemparkan bola kepadanya. A harus berlari cepat mengejar bola dan menanduknya ke arah gawang. B harus mengubah-ubah ketinggian bola untuk A agar biasa mencuba bermacam-macam tandukan yang berbeza. Para pemain bergantian setelah sepuluh kali tandukan dibuat (Harvey, 2003). 3. Latihan untuk aplikasi dalam permainan .

Permainan ini untuk pemain yang ramai atau aplikasi dalam permainan bolasepak. Bagi menjadikan sempurana setiap pemain perlu dipecahkan kepada dua pasukan dan setiap pemain juga harus memiliki pasangan lawan masing-masing. Untuk bermain anda harus mengikuti urutan Melempar, menanduk dan menangkap Membuat tandukan untuk menjaringkan gol adalah salah satu kemahiran dalam bolasepak yang berkesan dan kreatif (Harvey, 2003).

Anda mungkin juga menyukai