Anda di halaman 1dari 12

1.

0 definisi permainan untuk kanak-kanak


Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak - kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998). Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kadkad bergambar, catur dan sebagainya.

Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak kanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa

melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap imaginative play sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang bolehmenjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif.
2

Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang Mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan baru dikuasai,

dan pembetulan

bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.

2.0 PANDANGAN TOKOH TERHADAP BELAJAR SAMBIL BERMAIN DI PRASEKOLAH 2.1 Maria Montessori (Belajar Melalui Aktiviti Bermain)
Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak- kanak itu bermain, secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. Melalui aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanakkanak melakukan aktiviti yang kreatif. Ummu Abdullah (2009), turut menyatakan pandapat yang hampir sama dengan pendapat Montessori iaitu menurut beliau, setiap kanak- kanak yang membina pengalaman baru dan berinteraksi dengan persekitaran mereka akan membina beberapa sambungan pada otak kanakkanak tersebut. Pernyataan ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti bermain, otak kanak- kanak
3

akan turut berkembang dan secara tidak langsung turut melatih kanak- kanak tersebut untuk menjadi lebih kreatif.

2.2 FRIEDRICH WILHELM FROEBEL 1782-1852 (Main dan Kanakkanak)


Friedrich Wilhelm Froebel telah meneroka dan membina satu sistem pendidikan awal kanak-kanak yang berasaskan kepada konsep belajar melalui bermain. Beliau percaya bermain adalah asas untuk kanak-kanak mempelajari sesuatu. Froebel juga yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir dan mampu memberi keseronokan, kebebasan, kepuasan, kerehatan dalaman dan luaran serta kedamaian di dalam dunia kanak-kanak. Beliau percaya bahawa kanak-kanak belajar dari persekitarannya dan pembentukan peribadi dipengaruhi oleh cara kanak-kanak bermain. Oleh itu, alat-alat permainan yang digunakan oleh kanak-kanak perlu dipilih dengan teliti bagi tujuan untuk menyokong perkembangan kanakkanak. Froebel amat menekankan bahawa belajar melalui bermain itu adalah penting bagi kanak- kanak. Berdasarkan pengalamannya sendiri, Froebel menyatakan bermain harus dipandang sebagai suatu metode dari pendidikan dan merupakan cara bagi kanak- kanak untuk meniru kehidupan orang dewasa. Dengan demikian, kegiatan bermain yang tidak berstruktur adalah sangat berbahaya iaitu tanpa bimbingan dan pengarahan serta perencanaan lingkungan yang baik, akan mengakibatkan cara belajar kanak- kanak menjadi yang salah. Bagi Froebel, guru bertanggungjawab dalam membimbing dan mengarahkan, dengan demikian anak akan

menjadi lebih kreatif. Secara tidak langsung akan mengembangkan kurikulum pendidikan prasekolah yang lebih terancang dan sistematik. Erikson (1902- 1994) dalam Nuriman (2009) juga mempunyai pendapat yang hampir sama dengan Frobel tentang bermain iaitu beliau percaya bahawa apabila kanak- kanak bermain, mereka akan lebih memahami diri mereka sendiri. Kanak- kanak akan mengetahui tahap dan kemampuan diri mereka ketika bermain. Semakin banyak kanak- kanak bermain, semakin banyak yang dipelajarinya. Oleh itu, sebaik- baik permainan adalah permainan yang melibatkan pemikiran, aktiviti fizikal dan juga interaksi.

3.0 Main Dalam Kurikulum


Dalam dunia pendidikan prasekolah, pendidikan dilaksanakan berdasarkan kurikulum yang diguna pakai. Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif

kurikulum, main atau bermain itu bukanlah main yang bebas tanpa perancangan tetapi main yang mempunyai unsur seperti: i. main yang terancang ii. main yang berstruktur iii. main yang fleksibel iv. memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif Untuk itu dalam perancangan dan pelaksanaan bermain sambil belajar, main merupakan perkara penting dalam merealisasikan aktiviti bermain dalam pendidikan prasekolah, khususnya

dalam membantu perkembangan kanak-kanak dan ianya tidak akan bermakna tanpa perancangan yang teratur. Antara perancangan adalah pemilihan bahan main samada bahan jenis menumpu atau mencapah. Banyak pendapat yang boleh menjadi panduan kepada penggunaan bahan main. Antara yang telah disebut oleh Hughes (1999) yang menyatakan Divergent objects may guide children to numerous approaches, leading them to appreciate the fact that problems may have multiple solutions. Banyak kebaikan dalam penggunaan bahan mencapah dalam main. Antaranya ialah: i. mengalakkan imaginasi ii. memberi peluang kanak-kanak untuk mencipta dan mencuba iii. menggalakkan kanak-kanak bekerjasama dan hubungan sosial iv. membina keyakinan diri v. berorientasikan proses bukan hasil, dan lain-lain kebaikan terutama yang banyak melibatkan jenis bahan seperti bahan

kemahiran, bahan motor kasar, bahan manipulatif, bahan binaan, bahan peluahan kendiri dan bahan semulajadi. Main bukan sahaja dianggap penting dewasa ini malah sejak dari dahulu lagi. Tidak hairan jika dalam abad ke 21, main diambil sebagai salah satu dari kaedah pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.

4.0

Kepentingan

Main

Dalam

Kurikulum

Pendidikan

AwalKanak-Kanak.
Dalam bahagian ini, penulisan artikal hanya akan memberi penekanan terhadap pentingnya bermain di prasekolah mengikut aspek perkembangan yang tertentu sahaja.

Terdapat banyak contoh untuk aktiviti bermain. Antara beberapa contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita dan lain-lain contoh yang boleh dikategorikan di bawah definisi main. Drama yang diguna pakai sebagai salah satu aktiviti di prasekolah boleh membina konsep kendiriyang positif kepada kanak-kanak dan memberikan kepada mereka pengalaman bahawa terdapat jawapan yang betul atau salah seperti kata McCaslin (2000). Drama builds positive self-concepts in children as they participate in experiences that have no right or wrong answers Drama juga dapat menilai dan menghormati identiti tersendiri kanak-kanak dan

ekspresi kreatif mereka. Disamping itu drama kreatif juga dapat menawarkan pembelajaran secara kerjasama dan berpasukan melalui perkongsian pengalaman (Heller,1996). Verriour (1994) pula menyatakan drama membolehkan kanak-kanak menghasilkan situasi absrak.

Selari dengan penemuan mengenai drama sebagai salah satu aktiviti bermain yang banyak meninggalkan kesan positif, input aktiviti ini di dalam Kurikulum Prasekolah di Komponen Kreativiti dan Estetika menunjukkan bermain bukan sesuatu yang tidak penting. Bukan juga sesuatu yang wujud untuk tujuan komersial. Malah merupakan satu aktiviti yang banyak memerlukan penglibatan aktif sehingga boleh dinyatakan idea serta ekspresi diri serta berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor disamping memupuk nilai estetika. Selain dari drama, berlakon merupakan salah satu lagi aktiviti bermain yang lazim dipraktikkan oleh guru di tadika. Sebagai contoh kanak-kanak berlakon dan berimaginasi bermain masak-masak seperti situasi yang sebenar dan dalam situasi sebegini, mengikut Wilhelm & Edminston (1998) In creative drama, children act as if their imagined world were an actual world and represent familiar feelings, thoughts, and actions for themselves rather than memorizing a script for an audience. Terdapat banyak kajian terkini ke atas pentingnya bermain di kalangan kanak-kanak tadika atau prasekolah ( Jensen,2000 ,2001; Shore, 1997; Christie, 2001; Frost, Wortham, & 2001). Kajian mereka menyatakan play is a scaffold for development, a vehicle for increasing neural structures, and a means by which all children practice skills they will need in later life. Banyak lagi kepentingan main dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak yang berlaku secara langsung dan tidak langsung. Bahagian berikut ini akan menerangkan pentingnya bermain mengikut yang lebih spesifik berdasarkan perkembangan yang tertentu.

4.1 PERKEMBANGAN FIZIKAL

Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira untuk sewaktu bersenam. aktif Ini

menggunakan

bahagian-bahagian

anggota

badan

mereka

membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin, dan boleh berdikari. Dalam masyarakat di mana kanak-kanak menghadapi tekanan, keyakinan dan sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang amat diperlukan (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). 4.2 PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI Dalam kehidupan sosial kanak-kanak, bermain adalah pencetus kepada

pembentukan perkembangan serta kemahiran sosial dan emosi kanak. Sebagai contoh kanak-kanak dari pelbagai umur perlu bersosialisasi, sebagai peyumbang dalam

kebudayaan masing-masing. Kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998) menunjukkan bahawa bermain dengan individu lain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan perlakuan mereka dengan orang lain dan memberikan pendapat mereka sendiri. Main dikatakan dapat memberi kanak-kanak pengalaman yang kaya untuk meningkatkan kemahiran bersosial, mempunyai sensitiviti nilai dan keperluan orang lain, mengawal emosi, belajar mengawal diri sendiri dan juga boleh berkongsi kuasa. 4.3 PERKEMBANGAN KOGNITIF Kajian telah menunjukkan perhubungan yang positif antara main dan pembelajaran kanak-kanak ( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977) Mereka telah mengenalpasti
9

kemajuan dalam penumpuan, kemahiran kesediaan, dan sikap ( McCune & Zanes, 2001: Smilansky & Shefatya, 1990); kreativiri dan pemikiran divergent (Dansky, 1980 ; Holmes & Geiger, 2002); pengambilan perspektif (perspective-taking) ( Burns & Brainerd,1979); memori ( Jensen, 1999, 2000; Gardner,1993). Jelas menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental mengikut teori pembelajaran kognitif seperti Gagne, Ausubel dan Bruner ada kepentingannya di dalam aktiviti bermain.

Terdapat banyak lagi kepentingan main contohnya dalam perkembangan bahasa. Apapun jika main setakat untuk digunakan sebagai alat bermain dan bukan alat pembelajaran tidak akan meninggalkan kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Guru harus memainkan peranan yang penting dalam memberi panduan yang sepatutnya agar melalui bermain boleh menghasilkan pembelajaran optima kepada kanak-kanak.

5.0 PERANAN GURU DALAm MAINAN KANAK-KANAK


Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta

persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti :

Menyedari bahawa guru prasekolah akan dikelilingi oleh budaya yang pelbagai dan kemahuan-kemahuan Menyedari bahawa dari mengurus bilik pelbagai darjah
10

kumpulan akan memerlukan

kanak-kanak. keupayaan untuk

melakukan

pelbagai

perkara

serentak,

membuat

beribu

keputusan

serta

merta

setiap hari dan berupaya menyesuaikan diri secepatnya dan menjadi fleksible kepada perubahan. Memahami dan bahawa mereka ianya terpaksa berguna kanak-kanak meringkaskan dan pengalaman serta yang tidak

langsung kepada

menjadikan

bermakna

menyeronokkan latar belakang

kanak-kanak

terutama

yang

mempunyai

pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka. Mengetahui bahawa guru akan memasuki satu profesion yang kadang-kala

mempengaruhi emosi dalam bidang yang mencabar ini terutama dalam hubungan interpersonal. terhadap Mereka mungkin program merasa yang cepat letih terutama dan dari segi minda serentak.

pelbagai

direncana

dilaksanakan

Harus diingat bahawa guru yang terbaik adalah yang paling cepat belajar. Kecuali guru itu seorang yang belajar sepanjang hayat, di mana sentiasa mengambil berat terhadap kemajuan dan perkembangan profesionalisma dan menjadi seorang model pelajar yang mana kanak-kanak akan contohi dan keberkesanan ini lambat laun akan berkurang.

11

12

Anda mungkin juga menyukai