Anda di halaman 1dari 3

(JANTINA&KESIMPULAN) Menurut Butler & Manning (1998), the term gender describes masculinity and feminitythe thoughts, feelings

s and behaviour that identify one as either male or female. Ayat ini bermaksud, terdapat persamaan dan perbezaan antara lelaki dan perempuan. Jantina atau gender merupakan perbezaan antara lelaki dengan perempuan berdasarkan ciriciri sosial dan budaya yang sebenarnya dapat ditukarkan kerana diperoleh melalui proses belajar. Contohnya, perempuan bekerja di dalam rumah dan lelaki bekerja di luar rumah. Oleh hal demikian, jantina merupakan perbezaan berdasarkan biologi, sedangkan gender berdasarkan hubungan sosial dan budaya. Namun demikian, peranan antara lelaki dan perempuan adalah berbeza dalam budaya dan agama yang dianuti oleh sesetengah masyarakat. Dalam sesetengah masyarakat, anak lelaki diutamakan dalam keluarga. Anak lelaki dikatakan

penyambung generasi. Mereka mempunyai hak-hak keistimewaan yang tertentu namun perlu bertanggungjawab atas keutamaan yang diberikan kepada mereka. Kekuatan fizikal dan ketajaman akal antara penyebab lelaki dianggap pemimpin bagi masyarakat. Misalnya, dalam Islam lelaki adalah ketua keluarga. Mereka bertanggungjawab mencari nafkah, melindung ahli-ahli keluarga dan memastikan keperluan keluarga dalah terjaga. Ketua keluarga bukanlah bermaksud autokratik semata-mata tetapi tanggungjawab sebagi pemimpin dalam sesebuah masyarakat. Islam mengajar manusia

bertanggungjawab atas amanah yang diberikan oleh Sang Pencipta, hal ini kerana, setiap manusia akan diperhitungkan amalan yang telah diamanahkan kepada mereka. Selain itu, bagi masyarakat cina anak lelaki dikatakan boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Misalnya, anak lelaki akan diwarisi harta dan perniagaan nenek moyang mereka. Mereka akan sentiasa berusaha meneruskan perniagaan tersebut dan memastikan keturunan nenek moyang sentiasa baik dan terus maju. Melalui perkahwinan, keturunan mereka akan membesar dan terus mewarisi nenek moyang hingga ke generasi seterusnya. Walaupun begitu, anak

perempuan juga ada peranannya dalam keluarga. Sebelum berumah tangga, penjagaan dan perlindungan mereka di bawah jagaan ibu bapa. Anak-anak perempuan kebiasaannya akan dilatih mengemas, memasak, membasuh pakaian dan sebagainya

yang sesuai dengan sifat kewanitaan mereka. Setelah, berumah tangga tanggungjawab penjagaan wanita adalah di bawah tanggungjawab suaminya. Dalam agama Islam, isteri wajib mentaati suaminya. Walaupun begitu, kehormatan pada ibu dan ayah masih kekal hingga hujung hayat mereka. Perbezaan murid-murid lelaki dan perempuan boleh dilihat dalam iklim pembelajaran mereka. Pembelajaran yang bercampur antara lelaki dan perempuan akan membentuk suasana sosialisasi yang baik. Penerapan nilai-nilai murni oleh pihak sekolah khususnya guru mampu membantu nilai-nilai murni yang baik diantara lelaki dan perempuan. Pergaulan bebas perlu dielak dan dikawal oleh guru agar gejala-gejala negatif tidak berlaku. Hal ini kerana, kebanyakan anak-anak muda zaman sekarang lebih mudah cenderung kepada sikap negatif yang ditunjukkan dikaca televisyen. Misalnya, movie seperti Mat Rempit, drama bersiri barat dan sebagainya. Hal ini, akan membantut minat mereka dalam pembelajaran dan cenderung kepada aktiviti-aktiviti pergaulan bebas yang tidak berfaedah. Hal ini, menunjukkan kebijaksaan ibu bapa dan guru-guru amat penting bagi membentuk anak-anak yang sentiasa bercita-cita berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Kesimpulannya, kepelbagaian budaya amat penting dan membentuk sesebuah masyarakat yang unik dan harmoni. Mohd Taib Osman (1988), memperkatakan budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. Malaysia adalah Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya yang datang dari bangsa dan puak serta sukuyang berbeza. Walau budaya bahasa, pekaian, makanan, hidup dan sebagainya adalah berbeza namun sikap patuh dan taat serta sayangkan negara telah membentuk negara yang harmoni dan tenteram. Kepelbagaian budaya ini telah menjadikan negara Malaysia adalah negara majmuk dan unik dimata masyarakat antarabangsa. Sikap hormat-menghormati antara budaya bagi bangsa lain amat penting agar perpaduan dapat dikekalkan. Namun, menghormati bukannya menganuti sesuatu budaya agama tersebut, misalnya Islam tidak dapat mengikuti budaya solat Cina dan budaya Cina tidak dapat mengikuti solat umat Islam

khususnya, orang Melayu kecuali bangsa lain selain Melayu mememeluk agama Isma. Oleh itu, kepelbagaian budaya ini memberi impak positif kepada warga Malaysia.