Kebaikan
Menggunakan deria melihat dan mendengar. Video kartun merupakan dalam lingkungan minat murid. Dalam jalan cerita, ada seekor buaya yang ingin mengira buaya lain dengan menyebut, satu tambah satu, dua. Dua tambah satu, tiga. Dengan percakapannya, murid berseronok di samping mempelajari konsep menambah. Merangsang dan menggalakkan dalam meningkatkan perhatian murid. Merangsang daya imaginasi sehingga dapat membayangkan dalam fikiran murid mengenai perkara yang akan dipelajari pada hari ini.
Stesen Sentuhan
Kebaikan
Murid menggunakan deria sentuhan dengan menyentuh dan memegang bentuk simbol tambah tersebut. Aktiviti secara berperingkat di mana ia menyelit kaedah melihat, melihat dan menyentuh serta menyentuh sahaja telah memberi rangsangan yang positif kepada murid. Rangsangan ini akan membantu murid untuk menguatkan ingatan dan menjadikannya lebih mantap. Bahan yang diperlukan tidak mahal kerana guru boleh menggunakan apa-apa bahan seperti bahan semula jadi dan bahan terbuang.
Stesen Membina
Kebaikan
Menggunakan deria kinestatik. Boleh dijalankan di padang atau dalam kelas. Bersaiz sederhana, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Membantu murid lebih mengingati kerana menjalankan aktiviti dengan menggunakan anggota badan sendiri seperti kotak pasir. Ia bersifat serba guna dan mempunyai ciri-ciri media pengajaran yang baik iaitu mudah, jelas dan difahami oleh murid serta membantu membina interaktif aktif antara guru, murid dan bahan.
Stesen Permainan
Kebaikan
Menggunakan bahan-bahan yang ada pada stesen sentuhan dan stesen permainan, maka bahan dari setiap stesen digunakan secara maksimum. Penggunaan deria kinestatik yang aktif iaitu menggunakan kebolehan anggota badan dalam melakukan gerak hasil penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan kepada masalah. (Lihat arahan pada papan) Menyeronokkan. Pelbagai guna.
Terima Kasih