Anda di halaman 1dari 3

CONTOH

PENULISAN JURNAL Tarikh : Tajuk : Disiplin Pelajar Dalam Kelas. 1. Peristiwa/ Masalah/Isu yang difokuskan Semasa saya mengajar Bahasa Melayu saya dapati beberapa murid duduk di belakang membuat bising. Kebisingan ini telah mengganggu pengajaran saya. 2. Analisis ke atas peristiwa (gunakan 5W,1H) Saya percaya ini merupakan satu bentuk kenakalan. Mereka masih budak-budak kecil. Memang menjadi lumrah. Bagaimanapun kalau dibiarkan ia mungkin akan jadi kebiasaan dan akhirnya menyukarkan saya untuk membetulkan keadaan Adakah kenakalan ini berlaku disebabkan oleh kegagalan saya mengawal kelas atau sememangnya murid-murid tersebut tidak berminat / bosan untuk belajar. Walaupun kenakalan merupakan sifat semula jadi murid-murid tetapi gejala ini sepatutnya tidak boleh dibenarkan kerana ia akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dan tidak adil kepada mereka yang minat belajar. 3. Cadangan tindakan konkrit untuk memperbaiki/memulihkan keadaan/Alternatif Beberapa persoalan saya fikirkan untuk mencari punca berlakunya kebisingan itu. -Adakah murid sudah bosan cara saya mengajar? -Mengapa mereka bosan? -Mengapa ia berlaku ketika saya mengajar? a. Saya akan membuat tinjauan awal melalui temu bual , pemerhatian dan kalau perlu soal selidik. b. Saya cuba bertindak untuk menyusun semula kedudukan murid dalam kelas. Saya membahagi kumpulan mengikut tahap kebolehan yang berbeza. c. Saya akan selalu mendampingi kumpulan ini, memberi motivasi dan bimbingan. d. Saya akan menggunakan kepelbagaian teknik pengajaran dan menggunakan power point untuk topik-topik tertentu. e. Saya juga akan menggunakan bahan yang berbeza aras sesuai dengan tahap mereka. 4. Tempoh masa Saya akan membawa perubahan dalam kelas ini. Saya akan pastikan murid-murid akan mendengar pengajaran dan percakapan saya . Kebisingan yang disebabkan oleh pembelajaran bahasa tidak menjadi masalah sebab latihan berkomunikasi sangat penting, pembelajaran bahasa sememangnya adakalanya bising.Mereka perlu berkomunikasi dan bertukar-tukar fikiran dan maklumat. Tempoh masa yang saya akan ambil ialah 2 minggu.

5. Tindakan/penambahbaikan yang diambil: Saya juga bercadang untuk menggunakan model Canter Satu Sistem peneguhan melalui peraturan. Setiap pelanggaran peraturan akan menerima hukuman. Saya akan gunakan konsep peneguhan & hukuman Contoh : Satu tanda X - amaran Dua tanda XX - tidak dibenarkan rehat Tiga tanda XXX - tidak dibenarkan rehat dua kali Empat tanda XXXX - berjumpa guru disiplin Lima tanda XXXXX - berjumpa Guru Besar.
6. Kesimpulan/harapan/hasil:

ISU-ISU YANG BOLEH DIKETENGAHKAN

Masalah murid tidak membawa buku ke sekolah.


Berebut-rebut membeli makanan Murid menyanyikan lagu Negaraku sambil lewa / main-main/ tidak serius. Murid tidak memberi tumpuan terhadap pelajaran ISU-ISU YANG TIDAK SESUAI Masalah pentadbiran sekolah. masalah keceriaan / infrastruktur. Masalah peribadi guru seperti gementar, gugup,

Anda mungkin juga menyukai