Anda di halaman 1dari 1

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

1. Surat kiriman tidak rasmi ialah surat peribadi yang ditulis kepada kawan, ibu bapa dan sebagainya. 2. Surat ini juga harus ditulis mengikut format yang telah ditetapkan: Tulis alamat pengirim dan tarikh di bahagian atas sebelah kanan surat. Tarikh ditulis di bawah alamat pengirim. Pembuka kata ditulis ke dalam sedikit dengan bertanya khabar dan menceritakan keadaan diri. Kata panggilan seperti ayahanda, ibunda, nenda, kekanda, adinda, saudara, dan saudari ditulis di sebelah kiri. Isi-isi surat sesuai dengan tujuan dan ditulis dalam perenggan berasingan. Akhiri surat dengan ucapan salam atau doakan kesejahteraan penerima surat. Tulis pengakuan pengirim dan tandatangan pengirim di sebelah kanan. 3. Gunakan bahasa yang mudah. 4. Gunakan perkataan, ejaan, imbuhan, dan tanda baca yang betul. 5. Gunakan bahasa yang sopan.