Anda di halaman 1dari 32

DISEDIAKAN OLEH: NUR AJLALI ASMAA BINTI ISMAIL

Kebangkitan adalah tahap kesediaan fisiologi yang berada dalam satu kontinum dari tidur yang lena sehingga kepada keseronokkan yang terlampau. (Cox, 1998)

Kebangkitan sebagai kesediaan untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual. (Cratty, 1989)

Kebangkitan sebagai tahap kesediaan fisiologikal untuk beraksi secara fizikal, intelektual atau perseptual yang tidak dipengaruhi oleh emosi. ( Wann, 1997)

Tindakan Sistem Saraf Autonomik (SSA) - Mengawal tindakan automatik serta fungsi luar badan

Sistem Simpatetik - Dianggap pusat kebangkitan

Sistem Parasimpatetik - Berfungsi sebagai

- Menyediakan badan untuk


tindakan flight or fight

penenang
- Menurunkan kebangkitan

Menurut Duffy (1957), tahap kebangkitan yang optimum sebenarnya berada dipertengahan iaitu tahap kebangkitan yang tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Tahap kebangkitan untuk rasa selamat dan sesuai untuk melakukan sesuatu tugasan dikenali sebagai tahap kebangkitan yang optimum.
Keinginan untuk mendapatkan kebangkitan yang optimum dikenali sebagai sensoristasis. (Schultz, 1965)

Pelbagai cara digunakan untuk mengesan tahap kebangkitan. Tetapi, menurut Cox (1998), tiada satu cara yang paling tepat untuk mengukur kebangkitan. Antara cara yang digunakan ialah :
Alat Elektrofisiologikal Peningkatan kadar nadi

Ketegangan otot Pengeluaran peluh Peningkatan pernafasan Perlakuan yang tidak teratur Percakapan yang terlalu laju Hilang rentak perlakuan yang biasa

Kebimbangan adalah interprestasi data negatif yang dibuat terhadap bentuk tekanan atau bebanan yang terdapat di persekitaran sama ada yang telah, sedang, dan yang akan dihadapi oleh seseorang individu. (Wann, 1997)

Kebimbangan merupakan gabungan antara kesan fisiologikal dan psikologikal yang berlaku akibat tafsiran yang dibuat oleh seseorang individu terhadap sesuatu situasi. ( IsoAhola dan Hatfield, 1986)

Kebimbangan sebagai kesan reaksi emosi yang negatif yang terhasil dari rangsangan terhadap sistem saraf pusat (CNS) yang diluar kawalan. ( Landers dan Boutcher, 1993)

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

Kebimbangan Seketika (State Anxiety) - Persekitaran

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety) - Faktor keturunan

Kebimbangan Kognitif

Kebimbangan Somatik - Aspek fisiologikal dan afektif individu.

- Proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat tafsiran terhadap situasi semasa

- Menyebabkan berpeluh, peningkatan kadar dengupan jantung, dll.

Borang Soal Selidik

Pemerhatian Perubahan Tingkah Laku


Perubahan corak pernafasan

Pemerhatian Perubahan Fisiologikal


Peningkatan kadar nadi

Penggunaan Alat Telemetri

Responden perlu menjawab soalan ahaja

Lebih cepat

Tangan berpeluh Membolehkan penyelidik mendapat bilangan responden yang ramai

Perubahan tekanan darah Seiring dengan pembangunan sukan

Membasahkan bibir

Tekanan pada otot

Stress atau tekanan merupakan respons tubuh badan tanpa emosi terhadap bebanan atau tekanan yang dihadapi di persekitaran .

(Hans Selye, 1982)

Bentuk tekanan : Tekanan Fizikal Berpunca dari penglibatan dalam aktiviti fizikal Tekanan Mental Rasa sedih, kecewa dan seronok Apa pun bentuk tekanan yang dihadapi, reaksi fisiologinya tetap sama. Tekanan dan kebangkitan mempunyai persamaan yang ketara iaitu kedua-duanya bersifat neutral serta tidak mempunyai pengaruh emosi.

Eustres Distres Hyperstres Hypostress

Merupakan stres yang positif Contohnya: Seorang atlet berdebar ketika menantikan namanya diumumkan sebagai pemenang

Merupakan tekanan yang berbentuk negatif Atlet tidak mampu menghadapi tekanan atau bebanan yang dihadapi di persekitaran.

Merujuk kepada keadaan di mana tahap serta jumlah stres yang dihadapi melampaui kemampuan kita menangani stres tersebut.

Jumlah atau bentuk stress yang dialami tidak langsung merangsang atau membimbangkan individu tersebut. Kebosanan mungkin akan berlaku.

Pengaruh Persekitaran

(Fizikal dan Psikologikal)

Tanggapan Individu Terhadap Pengaruh Persekitaran


(Jumlah Psikologikal atau Amaran Fizikal yang Diterima)

Respons Tekanan (Fizikal dan Psikologikal) - Kebangkitan -Kebimbangan Sementara

-Tekanan Otot

Akibat Tingkah Laku (Prestasi atau Ganjaran)

Menurut Endler (1978), kebimbangan dan tekanan seketika terhasil dari gabungan lima faktor.
Tekanan terhadap ego
Berlaku apabila seseorang atlet tewas dengan lawannya yang lebih rendah ranking berbandingnya. Menyebabkan beliau tidak yakin untuk perlawanan seterusnya dan menyumbang kepada peningkatan kebimbangan.

Tekanan terhadap fizikal individu


Atlet berasa bimbang apabila lawannya akan menewaskannya secara fizikal Contoh : tae kwan do Atlet akan mempunyai tahap kebimbangan seketika yang tinggi sekiranya lawannya lagi handal.

Ketidaktentuan
Keputusan yang tidak pasti seperti mara ke peringkat sudden death

Perubahan
Sebarang bentuk yang berubah dari kebiasaan.

Penilaian atau perbandingan sosial


Penilaian yang dibuat dan dibandingkan dengan orang lain.

Teori Dorongan

Catastrophe Teory

Teori U-Terbalik

Teori Pembalikan

Teori Zon Berfungsi Optimum

Diperkenalkan oleh Hull (1951) dan Spence (1956). Asalnya, teori ini melihat perkaitan di antara stimulus dan respons dari aspek motivasi dan pembelajaran.
Prestasi = kebangkitan x Tahap kemahiran

Dorongan atau keinginan yang kuat dikaitkan dengan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan.

Teori Dorongan ini beroperasi berdasarkan prinsip yang berikut:


Peningkatan kebangkitan akan menghasilkan respons yang dominan. Respons yang dikaitkan dengan keinginan yang kuat merupakan respons yang paling dominan. Pada tahap awal pembelajaran atau untuk kemahiran yang kompleks, respons yang dominan lazimnya kurang tepat atau salah. Di tahap akhir pembelajaran atau untuk kemahiran yang mudah, respons yang dominan lazimnya tepat atau betul.

Peningkatan tahap kebangkitan akan membantu atlet yang berkemahiran atau pakar tetapi mengurangkan keberkesanan atlet atau pemain muda. Tahap kebangkitan yang rendah lazimnya meningkatkan peluang kejayaan atlet atau pemain baru serta meningkatkan kenyakinan diri.

Teori Dorongan Prestasi


Kebimbangan/kebangkitan

Teori ini ditolak ramai pengkaji kerana mereka berpendapat bahawa prestasi manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan tahap kebimbangan sehingga satu tahap. Apabila melebihi tahap, peningkatan kebimbangan yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlet akan jatuh.

Merupakan teori yang menjelaskan tentang perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi dalam bentuk u-terbalik. Diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson (1908). Tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang baik.

Teori ini mengatakan bahawa:


Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit akan meningkatkan atau menurunkan sedikit prestasi atlet. Tahap kebangkitan yang sederhana menghasilkan prestasi yang optimum (Cox, 1998).

Prestasi adalah rendah apabila kebangkitan berada pada tahap yang terlalu rendah atau tinggi, manakala prestasi terbaik hanya dapat dicapai apabila kebangkitan berada pada tahap optimum.

Diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia, Yuri Hanin. Tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi bagi setiap atlet adalah berbeza dengan atlet lain. Tahap optimum kebimbangan berasaskan situasi seseorang atlet ada yang bermula pada tahap yang paling rendah sehingga yang paling tinggi. Setiap atlet mempunyai IZOF yang tersendiri.

IZOF atlet yang optimum akan menghasilkan prestasi yang terbaik. Manakala prestasi yang buruk lazimnya berlaku apabila tahap kebimbangan berasaskan situasi berada di bawah atau melepasi IZOF. Perbezaan antara U-terbalik dengan IZOF ialah titik optimum yang menghasilkan prestasi terbaik atlet. Titik berkenaan mungkin berada pada kontinum kebangkitan dan mungkin tidak. Ia wujud dalam satu zon dan bukannya satu titik saja.

Teori ini menjelaskan perkaitan di antara prestasi dan kebimbangan dan interprestasi individu atau atlet. Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif mahupun negatif bergantung kepada situasi yang dihadapi. Dalam mengelakkan kebimbangan, atlet biasanya ingin berada pada tahap kebangkitan yang rendah.

Manakala, dalam mencari tahap kebangkitan, atlet lazimnya mencari keseronokan atau sesuatu yang merangsangkan. Atlet boleh membalikkan interprestasi mereka terhadap kebangkitan. Tahap kebangkitan tinggi atau rendah boleh ditafsirkan positif atau negatif mengikut keadaan.

Diperkenalkan oleh Fazey dan Hardy (1988). Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit sebenarnya memberikan kesan yang cukup besar kepada atlet yang beraksi. Berdasarkan teori ini, kebangkitan dianggap sebagai faktor normal manakala kebimbangan kognitif dianggap sebagai faktor pemisah (Hardy, 1996).

Kebangkitan psikologi berkait dengan prestasi atlet secara inverted-u tetapi hanya apabila atlet tidak bimbang atau komponen kebimbangan kognitifnya berada pada tahap yang rendah. Sekiranya kebimbangan kognitif tinggi, kebangkitan pula berada pada tahap permulaan, atau hanya berada pada tahap optimum, prestasi akan menurun dengan cepat.

Jika tahap kebimbangan kognitif masih tinggi, penurunan tahap kebangkitan fisiologi yang tinggi diperlukan untuk mengembalikan prestasi kepada tahap penurunan prestasi pada peringkat awal.

Kebangkitan psikologi adalah kesan yang berbeza kepada prestasi bergantung kepada pengalaman kebimbangan kognitif atlet tersebut.
Kebimbangan tinggi + kebangkitan terlampau = terjadinya Catastrophe Model / prestasi akan menurun.