Anda di halaman 1dari 9

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 iii.

Cadangkan beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut dengan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik serta nyatakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Syed Abu Bakar Syed Akil (1997), menyatakan bahawa Pendidikan Pemulihan Khas amat penting dalam sistem pendidikan khas kerana terdapat hampir 20 peratus daripada jumlah kanak-kanak terpaksa bersaing dengan kanak-kanak yang biasa atau cerdas untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang perlu dicapai mengikut kehendak sukatan pelajaran yang sama. Dalam erti kata lain, pendidikan pemulihan adalah merupakan langkah-langkah khas untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Pengendalian dan pelaksanaan program pemulihan adalah sesuatu yang begitu mencabar terutamanya kepada para guru. Mereka menempuh pelbagai cabaran untuk mendidik murid-murid dalam program pemulihan mereka yang sering kali memiliki masalah pembelajaran yang berbeza. Justeru, guru pemulihan khas memainkan peranan yang amat penting dalam membantu serta membimbing murid-murid pemulihan khas untuk menguasai masalah 3M. Guru pemulihan khas juga berperanan penting dalam usaha untuk membantu murid-murid dari segi keadah, bahan bantu mengajar dan aktiviti-aktivti yang kreatif dan inovasi yang amat bersesuaian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (p&p). A. Cadangan Cara Mengatasi i. Strategi a. Strategi Berpusatkan Guru Merupakan stategi pengajaran dan pembelajaran yang telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Hal demikian kerana guru menguasai dan mengawal segala aktiviti pembelajaran. Selain itu, komunikasi dan interaksi antara guru dan murid adalah sehala dan guru berada dalam tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi ini juga dikenali sebagai pengajaran langsung kerana guru mengarah pemikiran
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 1

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 murid dan penglibatan. Sebagai contoh, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan murid akan diberikan oleh guru secara sehala. Pengajaran berpusatkan guru ini juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit kerana terdiri daripada bahan yang mengandungi langkahlangkah kecil dan sistematik serta digunakan untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Contohnya, pengajaran fakta sains atau kajian sosial, perbendaharaan kata, pengiraan matematik. Peranan guru hanyalah mengemukakan bahan pengajaran, membimbing murid melalui sesi praktis awalan dan memberi semua murid amalan berperingkat tinggi yang lebih kerap. b. Strategi Berpusatkan Murid Strategi ini akan mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat murid serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, strategi ini memberi peluang kepada murid belajar secara individu, kumpulan dan kelas. Malah, strategi ini turut melibatkan murid dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan diri mereka. Di samping itu juga, murid diberi kebebasan dalam membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran. Keadaan ini akan mewujudkan prosedur pemantauan daripada guru agar murid bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari. Oleh itu, guru dapat menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif dengan merancang penilaian berterusan secara kolaboratif dengan murid. Dalam strategi berpusatkan murid ini, murid akan

memainkan peranan penting dalam mewujudkan komunikasi dua hala antara guru dan murid. Hal demikian kerana, guru bertindak sebagai pembimbing dan penyoal serta kepimpinan guru adalah
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 2

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 secara demokratik. Melalui strategi ini, peluang interaksi di antara murid adalah positif kerana aktiviti yang dilakukan memerlukan murid untuk bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong.

c. Strategi Berpusatkan Bahan Terbahagi kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Strategi ini memupuk sifat-sifat sosial yang positif khasnya apabila murid dan guru berkongsi sumber dan bahan. Di samping itu, murid-murid akan mendapat pengalaman realistik kerana dapat melihat situasi sebenar. Selain itu juga, interaksi yang berlaku dalam bilik darjah adalah banyak hala kerana strategi ini mengutamakan memanipulasikan kecekapan pelbagai dan jenis kemahiran bahan. murid Misalnya, dalam guru

menggunakan banyak bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain dalam menjalankan pengajarannya. ii. Pendekatan a. Pendekatan Main Sambil Belajar Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Hal demikian kerana main merupakan satu ciri yang boleh mempertingkat kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk menganalis secara objektif. Aktiviti ini atau permainan yang dijalankan oleh guru

seharusnya akan dapat menarik minat murid-murid pemulihan. Hal disebabkan antara masalah pembelajaran murid-murid
3

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 pemulihan ialah mereka kurang minat untuk belajar. Oleh itu, pendekatan berasaskan permainan merupakan pendekatan yang terbaik untuk menarik minat belajar murid. b. Pendekatan Deduktif Jamilah Ahmad (1999) menyatakan bahawa dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturanperaturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan melalui contoh-contoh seterusnya untuk mengaplikasikan peraturan yang diberi. Pendekatan ini mengemukakan pengajaran rumusan

bahasa sebelum mencapai penggunaan bahasa yakni murid-murid diperkenalkan terlebih dahulu akan sejenis rumusan tatabahasa dengan jelas lalu diberikan contoh-contoh yang sesuai. Murid-murid kemudiannya meniru contoh-contoh tersebut dan menghafaznya. c. Pendekatan Induktif Pendekatan ini dimaksudkan dengan guru menyampaikan

beberapa struktur penggunaan sesuatu aspek tatabahasa yang hendak diajarkannya. Kemudian para murid mengemukakan contoh-contoh lain yang serupa dengan struktur yang disampaikan oleh guru sebagai latihan lanjutan. Setelah itu, murid akan dibimbing untuk membuat pemerhatian kepada pembinaan struktur tersebut dan kemudiannya membentuk generalisasi atau rumusan sendiri. iii. Kaedah a. Kaedah Fonetik

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga secara tulisan, iaitu menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Dalam kaedah fonetik ini, murid-murid hendaklah di ajar secara langkah dan logik. Latih tubi adalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan dan pengamatan pendengaran murid selain daripada membabitkan penulisan kembali atau mengulang pembacaan secara kuat berdasarkan apa yang telah ditulis. Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana guru telah memulakan pengajaran dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah. b. Kaedah Pengulangan Keadah ini melibatkan langkah-langkah pemulihan yang digunakan untuk membantu ini kanak-kanak boleh diaplikasi disleksia. oleh Namun demikian, proses pendekatan guru dalam

pengajarannya dengan murid yang mengalami masalah huruf atau abjad yang terbalik kerana masalah yang dihadapi ini hampir sama dengan kanak-kanak disleksia. Tindakan yang boleh dilakukan oleh guru ialah dengan mengulang latihan yang telah dibuat oleh murid, di mana dalam latihan tersebut mempunyai pengulangan untuk menulis abjad ataupun nombor. Keadaan sedemikian bagi memastikan murid mengingati apa yang telah ditulis olehnya. iv. Teknik
5

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 a. Teknik Latih Tubi Teknik ini digunakan dalam pengajaran secara lisan sebagai latih tubi komunikatif. Guru menyebut perkataan dan meminta murid mengulanginya beberapa kali sehingga dia dapat menguasai perkataan tersebut. Namun demikian, pendekataan ini juga boleh ditambah dengan tulisan, iaitu mengulang sebutan secara lisan dan memindahkannya kepada tulisan. Hal ini sedemikian kerana teknik ini dapat meningkatkan daya ingatan murid terhadap abjad dan nombor yang telah disebutnya. Oleh itu, murid akan dapat menguasainya dengan lebih baik. b. Teknik Menulis Di Udara Teknik ini boleh digunakan oleh guru untuk mengesan sama ada murid dapat mengingat nombor dan abjad yang telah dipelajari dan ditulis olehnya sebelum ini. Selain itu, teknik ini dilakukan untuk mengesan sama ada murid mengingati setiap bentuk abjad dan nombor yang telah dipelajarinya. Di samping itu, teknik ini adalah untuk melatih murid menguasai kemahiran menulis. Misalnya, guru menyebut nombor dan abjad, manakala murid akan menulisnya di udara. Jika murid berhasil melakukan teknik ini, maka latih tubi yang telah dilakukan oleh guru sebelum ini telah memberi kesan yang positif kepada murid kerana murid berjaya menulis setiap nombor dan abjad yang disebutkan oleh guru dengan betul dan tepat. c. Teknik Tracing Tracing ialah teknik menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan. Teknik ini digunakan untuk membantu murid menulis dengan
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 6

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 urutan yang betul. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan papan tulis sebagai alat bantu mengajar untuk membuat latihan ini. Di samping itu, teknik tracing ini dapat mengelakkan rasa bosan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal demikian kerana semakin seronok murid belajar semakin cepat mereka memahami pembelajaran mereka. Secara tidak langsung, murid akan dapat menyalin abjad atau nombor dengan urutan yang betul dan kemas. v. Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti yang dirancang dan disusun untuk pengajaran pemulihan seperti pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid (Jamilah Ahmad, 1999). Selain itu, aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelajaran yang membolehkan murid menggunakan semua derianya seperti latih tubi dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah: a. Mengintegrasikan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi

perkomputeran sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia atau mana-mana kanakkanak yang bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanakkanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untuk menambah faktor

motivasi, menerap rasa ingin bersaing terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri (Thomas, 1992). Florian (2004) telah menyenaraikan enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran pembelajaran. Antaranya ialah sebagai alat bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 7

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudah cara. Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran murid yang mengalami masalah huruf terbalik tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain turut diguna sama, misalnya pembesar suara, projektor LCD, skrin putih, capaian internet dan papan putih interaktif. b. Menulis Huruf Dan Nombor Secara Berulangan Dalam melakukan aktiviti menggunakan pendekatan ini, murid akan diberi latihan untuk menulis urutan A-Z huruf besar, A-Z huruf kecil dan juga nombor 1-10 secara berulang-ulang. Latihan-latihan seperti ini diberikan untuk melatih murid dengan urutan abjad dan nombor yang betul, walaupun pada dasarnya murid telah mengetahui urutannya. Selain itu, murid juga perlu menyebut setiap nombor dan abjad yang ditulis olehnya sendiri semasa menulis. Hal demikian kerana kadang-kadang murid juga mudah lupa apabila diminta menyebut secara lisan. Misalnya, apabila diminta menyebut abjad dan nombor secara rawak, murid berkemungkian akan menunjukkan tindak balas yang lambat. Oleh itu, latihan-latihan seperti ini dapat meningkatkan daya ingatannya dengan mengingat abjad dan nombor yang ditulis. c. Meneka Huruf Dan Nombor Dalam pelaksanaan permainan atau aktiviti pembelajaran dan pengajaran untuk masalah huruf dan nombor terbalik, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar seperti kad-kad huruf dan gambar-gambar dan bahan maujud dalam pengajaran. Misalnya,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang 8

BMM3106 Pemulihan Dan Pengayaan Bahasa Melayu Sekolah Rendah PISMP Semester 3/2012 guru menggunakan kad huruf A-Z dalam permainan, seperti permainan Cuba Teka Siapa Saya. Sebagai contoh, murid diminta untuk meneka setiap huruf yang dipamerkan oleh guru berdasarkan huruf-huruf yang ditunjukkan. Tujuan utama pendekatan jenis ini dilakukan adalah untuk mengesan kefahaman murid sama ada mereka dapat mengenal huruf dengan betul tanpa memikirkan abjad yang terbalik. d. Menulis Dan Membaca Kad Imbasan Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru: 1. Guru menunjukkan kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebut dibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut. 2. Guru menyuruh murid mengulang ayat tersebut. 3. Guru menyebut sekali lagi dan kali ini mengikut suku kata. 4. Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut. 5. Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis. 6. Jika terdapat kesilapan, murid mencari sendiri dengan cara semakan.

Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang

Anda mungkin juga menyukai