Anda di halaman 1dari 3

Karangan : Peribahasa

Sediakan payung sebelum hujan


Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan berlakunya perkara yang tidak dingini. Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku. Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa. Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha dari awal agar apa-apa yang dicitacitakan akan dapat dicapai. Apabila kita telah bersedia , pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi lancar dan teratur. Perancangan awal ini penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan berhasil. Bagi murid pula, peribahasa ini wajar diamalkan. Hal ini kerana, setiap murid memang perlu sentiasa bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dengan belajar dan mengulangjkaji pelajaran. Jika murid tidak belajar, maka kejayaan tidak akan dicapai. Kesimpulannya, peribahasa ini mempunyai pengajaran yang baik kerana mengingatkan kita supaya sentiasa bersedi. Oleh itu, wajarlah maksud peribahasa ini dijadikan amalan dalam kehidupan.

Karangan : PERIBAHASA
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga
Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya. Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan, Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawankawannya. Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar buahbuahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buahbuahan yang jatuh, Budin akan mencuri wang di dalam tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki tua itu. Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama, seorang lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher Budin. Budin tidak sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu kemudian membawa Budin ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh pihak polis kerana bersubahat dengan Budin.

Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan pebuatan jahat, lama-kelamaan perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan kawan-kawannya.