Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN February 8, 2013

ISU MINGGU KEDUA: MASALAH TINGKAH LAKU DISRUPTIF DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 BAGI MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN. Pengenalan: Pertama kali menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Langkawi, Kedah, saya kurang yakin yang saya mampu mengendalikan murid-murid dengan baik walaupun mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini. Saya beranggapan muridmurid sekolah rendah agak sukar dikawal memandangkan pada usia ini mereka lebih suka bermain daripada belajar. Namun, saya cuba memotivasikan diri bahawa ilmu yang ditimba di institut dan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini sedikit sebanyak akan membantu saya mengendalikan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan baik. Melalui pemantauan saya selama seminggu dalam kelas 6 Bijak, saya mendapati terdapat 4 hingga 5 orang murid yang suka membuat bising, mengganggu rakan, berjalan di dalam kelas dan tidak memberi perhatian ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku. Situasi ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang panjang untuk mengawal kelas dan menyelesaikan masalah murid-murid tersebut sebelum sesi pengajaran bermula. Sekiranya masalah ini tidak diselesaikan, ia akan mengganggu pembelajaran murid-murid lain, menjejaskan proses pengajaran saya serta sifat nakal tersebut berterusan pada masa akan datang.

Analisis Masalah: Beberapa persoalan bermain di minda saya mengenai punca kenakalan tersebut berlaku. Saya terpaksa mencari sebab berlakunya sikap sedemikian ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antara persoalan yang berlegar dalam fikiran saya adalah; i. Apakah yang menyebabkan murid-murid ini bersikap sedemikian?

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN February 8, 2013

ii.

Adakah mereka tidak menyukai mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan?

iii. iv.

Adakah teknik pengajaran yang saya gunakan tidak menarik minat mereka? Bagaimanakah cara untuk saya mengatasi masalah tersebut?

Hasil tinjauan dan pemerhatian yang dilakukan, saya mendapati murid-murid tersebut bertingkah laku sedemikian disebabkan mereka ini; i. ii. iii. lemah dalam pelajaran. kurang berminat dengan teknik pengajaran yang digunakan. kedudukan kelas yang kurang selesa.

Cadangan Penambahbaikan: Menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012), terdapat dua belas teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah murid-murid yang suka membuat bising atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu token ekonomi, dendaan, kontrak, peneguhan, peniruan, kawalan kendiri, reverse psychology, pengurusan kendiri, peneguhan kendiri, time out, shaping dan pengasingan. Kesannya ia mampu meningkatkan motivasi intrinsik murid-murid, mengurangkan masalah murid bertingkah laku yang tidak diingini serta

menggalakkan penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, saya telah mencadangkan beberapa tindakan yang akan diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya adalah; i. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran. Kebiasaannya murid bertingkah laku masalah ini tidak suka kepada pengajaran yang melibatkan syarahan ataupun berpusatkan guru. Jadi, saya perlu lebih kreatif ketika memilih kaedah pengajaran iaitu perlu lebih berpusatkan murid dan bahan. Kepelbagaian aktiviti samada secara berkumpulan atau individu boleh menarik minat murid untuk sama-sama berada dalam proses pembelajaran. Begitu juga penggunaan kaedah pembelajaran bestari I-Think yang baru diperkenalkan akan diterapkan di dalam pengajaran agar kemahiran berfikir murid meningkat.

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN February 8, 2013

ii.

Memberi perhatian lebih kepada murid yang bermasalah. Kadang kala murid bermasalah ini sengaja cuba meraih perhatian guru terhadap mereka. Oleh yang demikian, ketika aktiviti pengajaran dijalankan, saya akan cuba sedaya upaya memberi perhatian yang lebih kepada mereka. Namun, murid yang lain tidak dilupakan kerana ia sedikit sebanyak akan memberi kesan negatif sekiranya diabaikan.

iii.

Menyediakan ganjaran dan memberi kata-kata rangsangan sebagai motivasi. Ganjaran berbentuk hadiah dan kata-kata rangsangan seperti baik dan contohi kawan kamu adalah salah satu teknik merangsang minat murid meneruskan penglibatan mereka dalam proses pembelajaran. Jadi, saya akan menyediakan ganjaran dan kata-kata rangsangan mengikut

kesesuaian aktiviti yang dilaksanakan. Di samping itu, saya juga akan menggunakan suara yang lantang dan tegas dan bahasa tubuh bagi menunjukkan reaksi saya terhadap tingkah laku yang tidak diingini.

Tempoh Penyelesaian: 27 Januari hingga 7 Februari 2013

Tindakan Susulan: Setiap kali saya melaksanakan pengajaran, saya memastikan aktiviti yang dirancang menarik minat semua murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran. Saya menerangkan dengan jelas tugasan yang perlu disiapkan secara individu apabila diperlukan dan melaksanakan aktiviti samada secara berkumpulan atau individu mengikut situasi yang bersesuaian dengan isi pelajaran. Saya juga memberikan ganjaran berbentuk hadiah seperti pen, penanda buku atau coklat supaya motivasi murid meningkat dan menunjukkan kepada mereka bahawa saya mengotakan janji yang dibuat.

JURNAL REFLEKSI MINGGUAN February 8, 2013

Kesimpulan: Sebagai guru kadang kala kita tidak lari daripada berasa tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri. Kadang kala keyakinan itu juga boleh hilang begitu sahaja. Namun, sebagai seorang guru saya perlu sentiasa yakin dengan keputusan yang diambil. Ketegasan terhadap murid perlu dalam situasi tertentu dan hukuman juga perlu dilaksanakan agar tingkah laku disruptif tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai